Tuesday, September 30, 2025

Pods Twix Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau korang suka Twix, versi Pods ini ibarat Twix dalam kapsul kecil yang penuh dengan keajaiban! Gitu.. Karamel yang lembut, coklat susu yang cair di mulut, dan biskut yang rangup berjaya menghasilkan gandaan rasa manis, lemak, dan crunchy yang sempurna.. Sekali cuba, confirm tak cukup satu pek.. Pods Twix sesuai dimakan begitu sahaja, atau kalau nak lebih ‘fancy’, cuba taburkan dalam aiskrim vanilla, yogurt sejuk, ataupun jadikan topping untuk kek coklat.. Rasanya yang tak terlalu manis memang akan mencuri perhatian sesiapa sahaja yang mencuba.. Sha tersuka tanpa sengaja..


Dapatlah suku bekas tu.. kikiki.. Sekali hadap ja ini, memang licin..

US | Marvel Zombies (TV Mini Series 2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Animasi ini agak menggugat jantung lah juga sebab hero dah jadi zombie.. huhuhu.. Babak akhir dalam episod 1 memang dasyatlah.. Lama tak tengok Blade berlawan.. Babak akhir episod 1 ini dapat tengok Blade lawan Ava Starr.. Tapi tu lah, kejap ja..

Marvel Zombie ini kira macam sambungan cerita untuk siri What If...? episod 5 yang tunjukkan bagaimana dunia hancur akibat virus zombie yang dibawa oleh Janet van Dyne..

Okaylah siri dia.. Cumanya tu lah, harapan tak jadi apa bila bantuan yang dicari sebenarnya dah ada di luar planet bumi tapi tak nak membantu.. Cuma nak biarkan emuanya musnah di bumi.. Bila superhero yang sepatutnya melindungi dah jadi zombie, memang tak ada apalah yang boleh nak lawan..

Marvel Zombies
Also known as: Marvel Zombilar
2025 ‧ Animation/Action/Adventure/Drama/Fantasy/Horror/Sci-Fi ‧ 1 season
A new generation of Marvel heroes battle against an ever-spreading zombie scourge.

Indocafe: Cappucino & White

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila beli secara single sachet, memang pelbagai jenis kopilah boleh jumpa.. Ini antara yang Sha tak pernah jumpa di pasaraya.. Jadinya kita belilah untuk cuba.. Memang menarik..

Indocafe: Cappucino 5in1 (25g) - RM1.96
Pergh!! Lain macam buih atas tu.. Memang sedaplah cappuccino nya.. Mewah betul rasa dia.. Berlemak dan cukup rasa serta tak manis sangat.. 

Indocafe: White (12g) - RM1.39
Kopi tanpa gula, hanya ada susu.. Memang kaw kopinya.. Ngam ja untuk mereka yang tak suka manis.. Pekat dan berlemak kopinya.. Padu gitu..

Monday, September 29, 2025

7-Eleven Collectible Truck

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru perasan pasal voucher ini.. Kebetulan teringat, tanyalah dekat staf dia.. Stafnya kata ada lagi truck nya.. Jadinya Sha suruh Imani pilihkan.. Imani ambil warna merah.. Memang mengancamlah.. Kena ada 15 estamp, baru dapat 1 truck.. Kalau tak harganya RM39.90.. huhuhu.. Imani kata mahalnya.. kikiki..

Dapat Collectible Truck ini..

RetroTruck..

Merah menyala..

Cun betul..

Nestle KitKat Pineaple Tart

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha bukanlah peminat tart nanas, tapi teringin nak cuba kitkat ini.. Rasa coklat dengan nanas tu okaylah.. Tak adalah terlalu kuat atau mengganggu.. Sedang elok ja.. Cumanya tak kena dengan tekak Sha.. Sebungkus ini pun jenuh nak habiskan.. Hahaha.. Tapi legalah juga sebab Sha risau gatal lidah bila makan, yang ini okay ja mungkin sebab tak makan banyak dan nanasnya tak terlalu kuat..

Nestle KitKat Pineaple Tart (35g) - RM3.80

Kuning di bahagian atas coklat tu rasa nanas..

Program Motivasi & Qiyamullail Sempena PSRA & UPKK 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumaat (26.05.2025) Imani ada Program Motivasi & Qiyamullail sempena PSRA dan UPKK.. Disebabkan Sha dah ada temujanji bekam dan urut pada hari Sabtu, makanya Amani hanya sertai program sampai jam 11 malam Jumaat sahaja.. Program ini gabungan pelajar darjah 6 dan darjah 5 yang akan menduduki PSRA dan UPKK tahun ini.. Kalau darjah 6 sahaja, ada 4 orang ja pelajar tahun ini.. 

Sepanjang program ini, para pelajar telah mengikuti pelbagai aktiviti bermanfaat seperti solat berjemaah, qiyamullail, tazkirah subuh, slot motivasi peperiksaan, solat Dhuha berjemaah, bacaan doa khusus untuk calon peperiksaan, senamrobik dan aktiviti eksplores yang sungguh menyeronokkan.. 

Nampaklah ramai sebab gabung dengan pelajar darjah 5..

Alhamdulillah, sambutan menggalakkan..

Sunday, September 28, 2025

CP Grilled Chicken Steak Burger

Assalamualaikum..
Hye semua..

Burger terakhir dari Thailand.. Akhirnya habis sudah.. kikiki.. Kali ini encik suami beli burger yang tarikh luputnya lambat tamat.. Jadinya bolehlah makan dengan bertenang-tenang.. Burger ini okaylah.. Cuma sos dia tu Sha tak berapa suka.. Kuat sangat rasa sos tu.. Lepas panaskan dalam microwave memang terus makanlah..

CP Grilled Chicken Steak Burger (90g)

Comel ja ayam dia tapi tebal.. Pastu ada sos black paper..

US | The Fantastic Four: First Steps (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menariklah filem dia.. Kisah 4 hero dari bumi yang lain terpaksa berlawan dengan raksasa bernama Galactus yang ingin menelan planet mereka disebabkan kelaparan yang luar biasa.. Askar dia iaitu Silver Surfer datang memberi amaran kepada mereka supaya bersedia menerima kemusnahan, namun 4 hero ini cuba mencari Galactus untuk membunuh raksasa tersebut.. Sebaliknya pula yang berlaku.. Galactus nakkan bayi yang dikandungkan Sue Storm.. Mereka berjaya balik ke bumi dan cari cara lain untuk musnahkan Galactus.. 

Ada end credit yang akan menyambung cerita ini ke filem Avengers: Doomsday (2026)..

The Fantastic Four: First Steps
2025 ‧ Action/Adventure/Sci-Fi ‧ 1h 55m
Mister Fantastic, Invisible Woman, Human Torch and the Thing face their most daunting challenge yet as they defend Earth from Galactus and Silver Surfer.

Alicafe Warung: Kopi Putih Kaw

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara kopi yang Sha beli secara bundle.. Sha beli sebab tak ada campuran tongkat ali.. Kalau tengok pada sachet tu lah.. Rasa kopi dia padu.. Tak manis sangat dan terserlah rasa kopinya.. Memang kaw lah.. Sesuai sangat minum waktu pagi.. kikiki..

Alicafe Warung: Kopi Putih Kaw (g) - RM1.39

Saturday, September 27, 2025

Urut, Bekam & Roti Sunshine

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha ke Saujana Utama untuk sesi urut dan juga bekam.. Alhamdulillah.. Cantik ja darah yang keluar kali ini.. Lega rasanya lepas berurut dan juga berbekam.. Tak sakit pun, sebab makcik Sha guna jarum.. Lagi dua bulan kita buat lagi.. Kali ini pun dapat buah tangan juga.. Ada karipap dan juga jubah untuk anak dara Sha..

Sebungkus karipap sardin roll..

6 helai jubah dari sepupu Sha untuk anak dara Sha..

Sempatlah juga Sha mencari roti Sunshine yang baru.. Dapat 9 bungkus.. Ada 3 rasa baru.. Cumanya yang roti potong tu ja tak jumpa..

Sijil Pendidikan Islam Tamat Sekolah Rendah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru tahu yang darjah 6 ada Sijil Pendidikan Islam Tamat Sekolah Rendah (SPITSR).. Masa kakaknya dulu tak ada SPITSR ini.. Inipun cikgu kelas Imani masukkan pemakluman mengenai ujian ini dalam group Whatsapp kelas pada 03 September 2025 tu.. Sijil ini diberikan selepas pelajar melalui 3 ujian iaitu bacaan, hafazan dan jawi..

Imani buat ujian bacaan pada 08 September 2025.. Kalau ikut Imani ujian bacaan ini dia dapat soalan susah tapi Alhamdulillah boleh jawab sebab dia dah belajar dekat sekolah agama..  Ujian jawi pula sepatutnya pada hari Rabu (10.09.2025) tapi Imani buat pada 11 September 2025 (Khamis) sebab Rabu tu ada temujanji hospital.. Hafazan pula baru ja buat Khamis (25.09.2025) lepas.. Alhamdulillah.. Selesai sudah semuanya.. Tunggu dapat sijil ja lah..


Malaysia | 6 Jilake (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

FIlem yang kelakar dan menarik.. Nama watak ja dah kelakar.. Hahaha.. Jalan cerita dia memang ada isilah cumanya cara dipersembahkan tu tak sempat nak rasa takut atau berdebar.. Lebih pada kelakar.. Walaupun heronya tak handsome.. 

6 Jilake arahan Aziz M. Osman ini membawa kita kembali ke abad ke-18, ketika kuasa asing masih cuba menguasai tanah kita.. Belanda datang dengan niat menguasai lombong bijih timah, lalu mengupah sekumpulan samseng yang digelar 6 Jilake.. Dari sinilah bermula pertembungan antara penceroboh luar, sekumpulan penjahat upahan, dan penduduk kampung yang cuba mempertahankan tanah air mereka..

Walaupun jalan cerita membawa tema sejarah, filem ini bukan sekadar serius semata-mata.. Banyak selingan humor yang menjadikan ia lebih ringan dan dekat dengan penonton..

Barisan pelakon dia pun cukup meriah.. Ada yang garang, ada yang kelakar, ada yang penuh dengan gaya dramatik.. Interaksi mereka membuatkan kita yang menonton tidak hanya fokus pada pertarungan, tetapi sempat juga bergelak ketawa dengan lawak mereka..

6 Jilake
2025 ‧ Action/Adventure/Comedy/History ‧ 2h 14m
Pada abad ke-18, Syarikat Hindia Timur Belanda cuba memonopoli bijih timah di Perak dengan mengupah samseng 6 Jilake untuk mengawal lombong, termasuk Kampung Ketayap. Namun, kampung itu dilindungi oleh pendekar Kuping. 6 Jilake ditugaskan menakluk Kampung Ketayap demi khazanah yang dikatakan tidak ternilai. Mampukah Kuping mempertahankan kampungnya dari cengkaman Belanda?

Pelakon dan nama watak yang dibawa dalam filem ini..
Kelakar ja nama dia..

Friday, September 26, 2025

CP Beef Cheese Burger

Assalamualaikum..
Hye semua..

Plastik ja besar.. Burgernya comel ja.. kikiki.. Tapi daging dia tebal, berbaloilah pada Sha.. Sedap ja makan terus macam tu lepas dipanaskan.. Kalau nak tambah sos pun okay ja.. Terasa keju dia.. Tambah-tambah lepas dipanaskan, kejunya cair.. Memang syoklah.. Satu perkara yang Sha perasan, kalau lepas dipanaskan dan tak terus makan.. Roti dia akan liat sikit bila dah sejuk..

Perhimpunan Bulanan September 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini ada Perhimpunan Bulanan.. Kadang tu tak perasan pun ada perhimpunan.. Ini pun sebab ada yang kongsikan tentatif program dalam group Whatsapp.. Barulah perasan.. Sebelum naik ke dewan, Sha sarapan dulu.. Perut dah berbunyi-bunyi.. kikiki.. Mujurlah naik, pengarah tak sampai lagi dan majli belum bermula..

Anjuran Jabatan Patologi dan Transfusi..

Dapat roti dan air mineral..

Nescafe 3in1 Kurma

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berjaya juga beli walaupun dah habis puasa.. kikiki.. Nescafe 3in1 dengan rasa kurma.. Harganya agak okaylah.. Okaylah pada Sha rasa dia.. Ada rasa kurma tu dan rasa kopi tu tak terlalu kuat.. Sangat seimbang dan mengancam.. Owh ya, satu lagi yang Sha perasan, Sha tak rasa dehidrasi lepas minum nescafe kurma ini.. Kiranya bolehlah minum masa puasa.. 

Nescafe 3in1 Kurma (15 sachet) - RM11.99

Pekat airnya.. 

Thursday, September 25, 2025

Majlis Perpisahan Doktor Nadiah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengahari tadi ada jamuan perpisahan untuk Dr. Nadiah.. Doktor ini akan bercuti untuk sambung belajar, jadinya adalah jamuan sikit.. Sha lambat sikit joint sebab jumpa encik suami dekat lobi.. kikiki.. Masa Sha joint tu, Doktor tengah bagi ucapan.. Tak lama lepas tu dah boleh makan.. Menu yang Sha ambil seperti gambar dibawah..

Ada buah epal asam boi, karipap sardin, pizza dan popiah.. Nai putih lauk gulai nanas ikan masin, ayam goreng, ulam-ulaman dan sambal belacan bersama air sirap..

Ini pula kek lobak merah.. Sedap, dua kalilah juga Sha ambil ini..

Owh ya, tak ada dalam gambar mi hoon sup..

CP New Orleans Chicken Steak Burger

Assalamualaikum..
Hye semua..

Antara berger dari Thailand yang pertama kali Sha cuba ialah berger ini.. Sha makan tanpa sos dan rasanya sedap.. Tak pedas walaupun dah ada sos.. Kepingan ayamnya adalah ayam gril jadinya lembut jelah.. Cumanya Sha makan dah sejuk sebab bawa ke pejabat.. Jadinya roti dia agak liat sikit.. kikiki.. Kalau terus makan, roti dia lembut ja.. Harganya pula Sha tak pasti tapi murah sikitlah dari beli dekat 7E Malaysia..

CP New Orleans Chicken Steak Burger (121g)

ebook | Aku Dengar Kat Dapur Ada... oleh Frog

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik kali ini memang lain macam seramnya.. Bayangkan tempat yang kita selalu lepak buat kopi, masak mi segera, atau curi-curi makan pada waktu tengah malam, tiba-tiba jadi lokasi misteri dan menakutkan.. Setiap cerita berjaya bawa suasana meremang, macam ada mata lain yang memerhati dari sudut gelap dapur.. Gaya penulisan penulis yang santai, tapi cukup terperinci sampai buat kita rasa seolah-olah bunyi sudu jatuh atau bunyi peti ais terbuka sendiri tu bukan lagi satu perkara yang biasa.. Buku ini sesuai untuk pembaca yang sukakan perasaan ‘seram dekat rumah’.. Bila habis baca, pasti akan berfikir-fikir kalau nak ke dapur sorang-sorang pada waktu malam..

Sha baca dan selesai pada 24.09.2025..

Published November 1, 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Wednesday, September 24, 2025

Munchy's Lexus: Pek Keceriaan Edisi Terhad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pek besar dan pelbagai ini, lain tempat lain harganya tau.. Ini Sha beli dekat pasaraya TF Value Mart.. Kalau dekat 99 Speedmart, murah lagi.. huhuhu.. Memang rezekilahkan.. Kena pandai survey dan cari.. Mana yang lebih berbaloi dibeli.. Isi dalam ini ada 5 jenis biskut dari rangkaian Lexus.. Memang kesukaan anak-anak Sha..

Munchy's Lexus: Pek Keceriaan Edisi Terhad (418g) - RM9.99

Munchy's Lexus: Vanilla Cream (4pcs)
Munchy's Lexus: Chocolate Cream (3pcs)
Munchy's Lexus: Peanut Butter (1pcs)
Munchy's Lexus: Chocolate Coated Biscuits (3pcs)
Munchy's Lexus Cookies: Dark Choc (2pcs)
1 Fotokad BT21

ebook | Aku Dengar Kat Bilik Tidur Ada... oleh Leoz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini bukan sekadar buku yang menghimpunkan cerita seram.. Ia membawa kita masuk ke ruang paling peribadi iaitu bilik tidur, tempat yang kita rasa paling selamat dan selesa tapi dalam buku ini ia bertukar jadi lokasi yang paling menakutkan.. Setiap kisah disusun dengan gaya yang mudah dibaca, tetapi cukup untuk membuat jantung kita berdegup dengan laju dan bulu roma meremang.. Penulis sangat pandai bermain dengan bayangan, bunyi, dan suasana gelap yang membuatkan kita sebagai pembaca tertanya-tanya, adakah semua cerita ini hanyalah khayalan penulis atau memang ada sesuatu yang bersembunyi di sebalik pintu bilik itu? Jika anda sukakan kisah seram yang dekat dengan kehidupan seharian, buku ini pasti meninggalkan kesan sampai ke waktu tidur malam.. Cubalah.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 24.09.2025..

Published September 1, 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Nestle: KitKat Chocolate Drink & Milo Intense Dark Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat 2 sachet minuman dari Nestle iaitu KitKat dan Milo.. Rasanya ini minuman baru dari Nestle.. Promosi memperkenalkan lah kot.. Rasa air coklat yang berbeza dari biasa.. Lama dah dapat, baru perasan tak publish entry ini.. huhuhu..

Nestle KitKat Chocolate Drink (33g)
Nestle Milo Intense Dark Chocolate (33g)

Rasa coklat kitkat tapi dalam bentuk minuman.. Sedap diminum panas-panas.. Kalau sejuk kena tambah ais baru sedap.. 

Rasa milo yang digabung dengan coklat gelap.. Memang padulah jadinya.. Paling syok bila tak ada rasa manis.. Memang sepenuhnya rasa coklat, sesuai diminum semasa dalam keadaan sejuk seperti di pejabat..

Tuesday, September 23, 2025

Toblerone Dark

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coklat hitam dengan madu dan nougat badam di dalamnya.. Memang sedaplah kunyah sebab tak manis lepas tu ada rasa ketulan kecil yang kenyal-kenyal.. Memang layanlah, tau-tau ja dah habis sebungkus.. kikiki.. Selalu makan yang kuning tu ja, bila dah cuba yang coklat gelap ini Sha lagi suka yang ini.. Coklat gelap ini lebih mewah rasa coklatnya dan tak manis..

Toblerone Dark (100g) - RM8

Keratan rentas coklat..

ebook | Aku Dengar Kat Tepi Jalan Ada... oleh Kron, Dragon Teo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menghimpunkan kisah-kisah pelik, misteri dan urban legend tempatan yang mungkin kita pernah dengar sepintas lalu.. Penulis berjaya menulis cerita dengan gaya santai tetapi penuh rasa ingin tahu, membuatkan kita sebagai pembaca tertanya-tanya, betulkah semua cerita ini sekadar mitos, atau sebenarnya ada kebenaran yang terselit di sebalik setiap cerita jalanan itu? Sebuah bacaan ringan yang seronok dibaca untuk mengisi masa lapang sambil membiarkan minda kita hanyut dengan teka-teki kehidupan seharian..

Sha baca dan selesai pada 23.09.2025..

Published January 1, 2021 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Monday, September 22, 2025

Cloudiz Mini Biscuits filled with Cocoa Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mengancam ya biskutnya.. kikiki.. Paling syok bila tengok gambar kartun spongebob pada kotak tu.. kikiki.. Biskut comel dengan inti krim coklat.. Tak manis tu yang paling best.. Krim coklat tu sedang elok ja di bahagian dalam.. Tu belum lagi corak menarik pada permukaan biskut.. Ada muka senyum, muka pakai kaca mata dan love.. Owh ya, biskut ini ada orang beri sebenarnya jadi tak pastilah dimana ada jual..

Cloudiz Mini Biscuits filled with Cocoa Cream (30g)

Ini pek comel dalam kotak bersama gambar Patrick..

Lupa pula nak terbalikkan biskut tu.. kikiki..

EzyGo Fish and Double Cheese Burger

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula tu Sha ingatkan burger ayam, bila baca balik bungkusan baru perasan burger ikan rupamya.. Tapi sedaplah sebab dah ada sos dan juga keju.. Sha makan sikit, selebihmya Amani yang makan.. Amani tambah sos cili nak bagi rasa pedas-pedas sikit.. Sha makan awal tu memang tak tambah sos, pun dah sedap.. Panaskan dalam microwave lebih kurang 1 minit 30 saat, lepas tu terus makan.. Mudah dan cepat..

EzyGo Fish and Double Cheese Burger (108g)

Penang White Coffee: 3in1 White Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Padu betul rasa kopi ini.. Sha bancuh dalam cawan besar untuk kurangkan rasa manis tapi rasa kopi dia tetap ngam.. Memang berbaloilah kalau nak beli paket besar.. Ngam betul minum panas-panas tapikan kalau bancuh sejuk pun sedap ini sebab kopinya padu.. Ini antara kopi yang Sha beli dalam entry sebelum ini..

Penang White Coffee: 3in1 White Coffee (40g) - RM2.59

Sunday, September 21, 2025

Kelas Tambahan Tahun 6

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula 13 - 21 September 2025 (16/09/2025 - Cuti), setiap pagi Sha akan hantar Imani ke sekolah agama untuk kelas tambahan.. Kelas tambahan ini diadakan sebagai persediaan untuk menghadapi Peperiksaan PSRA yang dijangka akan dilaksanakan pada hujung bulan September.. Okaylah pada Sha sebab usaha dari ustaz dan ustazah haruslah dihargai dengan menghadirkan diri.. Sha memang sedaya upaya usaha hantar juga Imani ke sekolah agama walaupun Rabu tu, Sha dah mula kerja dan encik suami berada di luar kawasan.. Sha tak naklah hampakan usaha ustaz dan ustazah yang mengorbankan waktu cuti mereka untuk anak-anak ini.. Cuma pada hari Jumaat (19.09.2025) ja Imani tak perlu ke sekolah, sebaliknya kelas tambahan diadakan secara atas talian menggunakan Google Meet.. Sepanjang kelas tambahan tu semalam dan hari ini ja encik suami yang uruskan.. Imani minta ayahnya hantar guna motor..

Semoga segala usaha dan tenaga yang dicurahkan ustaz dan ustazah mendapat balasan ganjaran yang baik dari Allah.. Aamiin..

Ini Sha beli masa hari ketiga dia semangat ke kelas tambahan sebagai hadiah.. Sukalah dia..

Wall's Sweet Heart

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menariklah rasa dia.. Sha suka rasa aiskrim strawberi di bahagian dalam.. Cukup rasa masam dan manisnya.. Coklat yang salut bahagian luar pula nipis ja, tak adalah tebal mana dan rapuh.. Memang makan habis coklat baru makan aiskrim strawberi tu.. Gandingan yang menarik.. Paling comel dah tentulah bentuk dia tu.. 

Wall's Sweet Heart 50g) - RM2.90

Comelkan bentuk hati/love..

Bahagian dalamnya warna merah jambu melambangkan rasa strawberi..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com