Assalamualaikum..
Hye semua..
Rasa terakhir dari rangkaian Ritter Sport Duo.. Sha beli dengan kawan pejabat, jadinya harga dia murah sedikitlah dari pasaran.. Kalau tak RM20 lebih juga.. Coklat ini bergabung dengan dua rasa iaitu krim karamel yang dihiasi dengan ketulan biskut butter masin.. Manakala sebahagian lagi mengandungi krim brownie koko yang lembut dan cair dimulut.. Memang gandingan yang memberikan keseronokkan berganda..
Ritter Sport Sweet 'N' Salty Duo (218g) - RM18.00
Caramel Crush pada bahagian yang ada perkataan Ritter Sport & Big Brownie pada bahagian yang ada perkataan DUO..
Dua rasa yang mengancam.. Yang putih tu rasa karamel dan ada sedikit ketulan rangup.. Manakala yang hitam tu rasa brownies yang smooth ja..
Sebekas comel..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..