Thursday, January 22, 2026

Coretan 22 Januari 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Imani mengamuk.. Geram ja Sha tengok.. Mengamuk dan buat perangai sebab plastik yang dia selalu guna untuk cantikkan tudung hilang.. Memang geramlah Sha sebab buat hal pagi-pagi.. Sha cuba jugalah cari sebelum hantar dia ke sekolah tapi mana ada kedai yang jual plastik tu buka pagi-pagi.. Sudahnya Sha hantar ja dia pergi sekolah..

Amani pula terus lupa ambil botol air mineral dari bonet kereta sebelum turun dari kereta gara-gara adiknya.. Mujurlah bila Sha tanya petang tu, Amani kata kawan dia dah bawakkan.. 

Sudahnya Sha pergi kedai buku dan beli 5 keping plastik PVC saiz A4 ini untuk Imani.. Kalau hilang juga, tak tahulah.. Biasanya sekeping ini boleh dapat 3, bila dipotong ikut saiz yang Imani pakai..

Balik dari ambil anak-anak terus beli gas.. Ganti tong yang dah habis.. Rumah Sha memang ada 2 tong.. Memudahkan kerja.. Lepas tu encik suami buatkan raga bertayar untuk letak gas ini.. Senang nak digerakkan..

Sha dapat 2 set sampul duit raya Tahun baru cina dari Mr.DIY.. Kalau ikutkan setiap pembelian RM40, hanya dapat satu set tapi adik juruwang tu bagi dua-dua ini dekat Sha bila dia tengok Sha teruja.. kikiki.. Baik adik tu.. Cantikkan..

7E Cafe | Buah Potong

Assalamualaikum..
Hye semua..

7E pun sudah mula jual buah potong.. Mahal sikitlah harga dia.. Sha dah beli 3 kali buah limau bali.. Senang nak makan sebab dah bersih kulitnya.. kikiki.. Manis pula tu.. Bawah ini Sha kongsikan antara buah yang ada di 7E Cafe.. Nanas pun ada tapi Sha tak makan, jadi tak adalah Sha beli..

Segar ja buah-buah potong dia.. Siap ada pencucuk untuk mudah makan.. Jambu tu siap ada serbuk asam.. Meamang okaylah.. Paling Sha suka, sudah tentulah buah limau bali.. Limau bali ini kalau hari Rabu dapat beli dengan harga RM5 ja sebekas.. Tapi kena tengok juga promosi dia dekat aplikasi 7E..

Jambu, mangga, limau bali dan nangka..

Jambu - RM4.90
Mangga - RM4.90
Limau bali - RM5.90
Nangka - RM4.90

Kejohanan Merentas Desa Tahun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam sekolah Amani dan Imani dah selesai buat Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2026.. Lega rasanya dah selesai satu aktiviti sekolah.. Amani dan Imani semalam memang sekolah dari pagi sampai petang.. Mulai minggu ini memang mereka berdua akan balik jam 5 setiap Rabu.. Oleh kerana semalam pagi sekolah buat aktiviti merentas desa, makanya pembelajaran sesi pagi dibawa ke sebelah petang.. Kiranya semalam tak adalah aktiviti kokurikulum mereka.. 

Imani balik ja dari sekolah petang semalam memang kepenatan betul.. Lepas mandi, terus tertidur.. Sha pelik tengok dia tak ada depan komputer buat kerja sekolah, tanya dekat Amani baru tau dia tertidur lepas mandi.. Kejutkan dia untuk buat kerja sekolah.. Kalau dibiarkan memang Imani akan tidur sampai esok paginya.. kikiki..

Wednesday, January 21, 2026

4A - STEM C

Assalamualaikum..
Hye semua

Alhamdulillah.. Amani dapat masuk kelas Sains Komputer.. Balik sekolah tadi kemain teruja dia bercerita dengan Sha.. Hari ini dia dah mula belajar di kelas 4A.. Balik tadi sempatlah menyinggah Mr.DIY carikan Sodium Bikarbonat untuk projek subjek Sains dia esok..

Lega sangat Sha dengar Amani dah dapat masuk kelas Sains Komputer ini.. Rupanya cikgu dah temuduga Amani hari Isnin hari tu.. Cikgu tanyalah kenapa nak masuk kelas Sains Komputer.. Amani jawablah dia memang minat.. Cikgu siap tanya markah subjek Asas Sains Komputer dia masa peperiksaan akhir tahun 2025.. Amani siap kena buat Aku Janji untuk kekalkan markah dia walaupun dah turun kelas.. 

Semoga Amani terus semangat untuk belajar.. Aamiin.. Aamiin..

Amani ambil Sains Komputer dan Sains Sukan.. 

Choco Albab | Belgian Chocolate & Brazilian Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kantin HSR baru ja ada balik.. Jadinya sesekali memang Sha ke kantinlah beli makanan.. Baru ini pergi tengok ada jual sachet Choco Albab ini.. Sha belilah buat rasa.. Sebelum ini ada juga jumpa tapi kena beli sekotak.. Kitanya risau rasa dia tak ngam dengan tekak.. Bila ada jual sachet macam ini, memang belilah untuk cuba..

Choco Albab | Belgian Chocolate (30g) - RM3.00
Choco Albab | Brazilian Coffee (25g) - RM3.00

Belgian Chocolate - Rasa coklat dia memang pekatlah.. Sedap minum panas ataupun sejuk.. Sha bancuh ini panas, minum dekat pejabat.. Memang layanlah..

Brazilian Coffee - Wei.. Sedaplah kopi dia.. Tak terlalu pekat tapi rasa kopi dia tu memang ngamlah.. 

Monday, January 19, 2026

Chipsmore Almond Crunch

Assalamualaikum..
Hye semua..

Chipsmore keluarkan biskut baru.. Kali ini bergabung dengan badam.. Ada saiz ini ja setakat yang Sha beli.. Okaylah biskut dia, dari segi rasa memang lebih sedaplah sebab dia bubuh badam.. Memang layanlah..

Chipsmore Almond Crunch (117g) - RM3.69

Dalam 1 pek ini ada 13 keping biskut ini.. Sha beli 2 bungkus, dua-dua sama ja jumlah dia..

Sebungkus tu dapatlah setengah balang.. Meriah ketulan coklat dan badam pada biskut..

Lipton Soda Lemon Tea Zero Sugar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Musykil rasanya.. Walaupun dekat bekas tu tertulis zero sugar, tetaplah airnya rasa manis.. Cumanya tidaklah semanis yang biasa tu.. Kali ini lipton keluarkan air teh lemon berkarbonat.. Rasanya tak pelik.. Sedap ja namun sesuai diminum saat terik matahari.. kikiki.. Sejuk-sejuk pula.. Memang ngamlah bila lalu di tekak.. Menyegarkan gitu.. 

Lipton Soda Lemon Tea Zero Sugar (400ml) - RM2.50

Sunday, January 18, 2026

Nestlé Lychee Yogurt

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa aiskrim ini memang ngamlah.. Bahagian pink tu manis laici, dan yang putih tu masam yogurt.. Syok betul kunyah.. Sha beli masa hujan pula tu.. Makan sejuk-sejuk lagi umph.. Cumanya aiskrim ini cepat cair, tak bolehlah nak layan sangat.. Kena makan laju-laju.. Kikiki.. Kalau tak habis menitik-nitik.. Berlengas jadinya.. Sha jumpa aiskrim ini dekat Pasaraya Segi..

Nestlé Lychee Yogurt (70ml)

Warna pink ini aiskrim perisa laici yang menyegarkan..

Warna putih bahagian tengah tu pula rasa yogurt berkrim dan sedikit masam..

Zus | Honey Lemon Peach Frappe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam malam tiba-tiba rasa macam nak makan burger.. Geraklah ke Slim, kedai biasa kami pergi.. Eh!! Tutup pula kedainya.. Lepas tu encik suami bawa ke gerai dia biasa beli dekat dengan Zus Slim.. Bila dah dekat, terbelilah air Zus.. kikiki.. Malam, kita cari yang buah-buahan.. Karang beli kopi tak tidur pula.. Oleh kerana tak ada dalam perancangan, makanya tak adalah tumbler.. Bolehlah cuba frappe.. kikiki..

Sha beli yang kurang manis.. Ini pun pada Sha masih lagi manis.. Kiranya memang okay sangatlah bila minta kurang manis.. Rasa air dia tu memang wangi pic.. Sedap dan ada sedikit masin-masin dihujungnya.. Memang menyegarkan dan lain dari biasalah.. Lepastu ada pula boba kristal, memang syoklah.. Cantik warna air dia.. Nak sedap, memang kena kacau sebelum minum.. Baru rasa dia seimbang..

Honey Lemon Peach Frappe (less sweet ) - RM15.20

Saturday, January 17, 2026

White Castle | Luxury Wafer Rolls: Chocolate, Vanilla & Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini biskut yang ada dalam goodies bag bila ke majlis kahwin.. Biskut yang dah lama Sha nak beli di kedai ECO tapi selalu ragu-ragu.. kikiki.. Tin dia tu menarik.. Rasa biskutnya sesuailah dengan harga yang ditawarkan.. Kuantiti dia pun ngam ja untuk sekali makan.. Menyerlah untuk setiap rasa yang ditawarkan.. Bolehlah untuk makan-makan secara santai..

White Castle | Luxury Wafer Rolls: Chocolate (70g)
White Castle | Luxury Wafer Rolls: Vanilla (70g)
White Castle | Luxury Wafer Rolls: Hazelnut (70g)

Dari kiri coklat, vanila dan hazelnut..

Sumbangan Buku - Januari 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semalam Sha terima sumbangan buku dari Doktor di HSR.. Meriah okay buku-buku yang diberikan beliau.. Bukan 1,2 tapi 29 buah buku.. Pelbagai jenis, Bahasa Melayu dan juga Inggeris.. Terima kasih dari kami staf Perpustakaan HSR.. Semoga sumbangan doktor dapat memeriahkan lagi Perpustakaan HSR..

Ini buku-buku berkaitan perubatan..

Ini pula antara buku motivasi dan umum..

Novel Bahasa Melayu dan Inggeris..

Karta | Air Kelapa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Air kelapa jenama Karta ini, Sha tak beli tapi rakan sekerja Sha bagi.. Sha simpan dalam peti ais terlebih dahulu sebelum minum.. Memang sedaplah lalu tekak bila sejuk.. Segar ja rasanya.. Ini air kelapa sahaja tanpa isi.. Airnya ada sedikit rasa masam,pahit tapi tidaklah mengganggu.. Masih okaylah untuk diminum.. 

Kalau korang tak tahan makan durian macam Sha, baguslah sediakan air kelapa ini dekat rumah.. Untuk Sha, lepas makan durian, Sha minum air kelapa ini setengah kotak ja.. Alhamdulillah malam tak adalah panas badan.. Memang dia legakan panas badan.. Tapi kena try and errorlah.. Badan kita tak sama kan..

Karta: Air Kelapa (250ml)
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com