Assalamualaikum..
Hye semua..
Selasa minggu lepas, Amani maklumkan ada seminar dekat UPSI.. Amani nak sertai, ayah dah bagi kebenaran dan duit.. Sha suruh Amani selesaikan sendiri urusan pendaftaran semua.. Biar Amani belajar.. Sha turunkan tandatangan ja pada borang.. Tak ramai yang pergi dari sekolah Amani.. Sha hantar Amani pagi Ahad tu dalam jam 7 dekat sekolah, ada bas yang akan bawa mereka ke UPSI.. Kemudian jam 6 petang Sha ambil Amani di sekolah semula.. Seminarnya 1 hari dan belajar 4 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.. Amani seronok belajar, katanya jalan kerja yang diajarkan buat dia mudah faham.. Berbaloilah bayar mahal kalau anak-anak boleh dapat tips yang bagus.. Amani bagi tahu mereka bagi buku rujukan juga kepada peserta..
Yuran tu dapat potongan, pelajar perlu bayar RM160 sahaja..
Semangat Amani menunggu bas dalam kereta.. Ini dia duduk depan sebab main telefon..
Alhamdulillah
ReplyDeleteDapat peluang timba ilmu
wahhh tahun ni ada exam utk form 3 semula ke?
ReplyDeleteTak ada pun.. Seminar ini bagi tips menjawab peperiksaan ja..
DeleteSemoga berjaya di dunia dan akhirat ya..anak-anak ni anugerah..berilah kasih sayang pasti mereka sayang kita
ReplyDeleteBoleh tahan jugak yuran dia...ank saya kecik2 lagi...ke depan x tahu la yuran seminar mcm mana...
ReplyDeleteBagus, dia sendiri nak pergi. Lebih semangat la nak tuntut ilmu 👍🏻
ReplyDeleteBagus juga seminarnya, bagi tips cara mengerjakan exam nanti . Ingat dulu saya pun suka attended acara begini. Terkadang memang buat students lebih paham cara menyelesaikan soal2 ujian
ReplyDelete