Assalamualaikum..
Hye semua..
Cuti sekolah ini Sha menunaikan janji pada anak-anak untuk belanja mereka tengok wayang dan makan-makan..
Celebrate sekali
birthday Imani (Mac) dan
birthday Amani (Jun) tapi tanpa ayah.. Ayah kena kerja dan jaga MIL.. Makanya Sha ajak adik perempuan Sha yang duduk di Rasa, Selangor untuk sertai kami.. Patutnya tengok Upin Ipin je tapi nak bagi adil Sha tambah satu lagi cerita.. Seronoklah mereka marathon wayang sekali dua.. Cerita Wonder Park dan Upin & Ipin..
Kami gerak dari rumah awal.. jam 7.15 pagi.. Pergi isi minyak dulu, kemudian baru ambil adik Sha di Rasa, Selangor.. Sampai Aeon Rawang jam 9.00 pagi.. Sarapan dulu di McD.. Sha tak terkejar-kejar sebab dah beli tiket wayang online.. Sekali dengan kombo makanan.. Senang.. Scan je dah selesai.. Pukul 10 pagi kami tengok
Wonder Park dulu sebab yang ini Sha ambil panggung
Family Friedly, bolehlah bawa masuk anak adik yang belum 2 tahun tu.. Menariklah panggung dia cuma kemudahan yang disebut tak ada pun dalam tu.. Panggung biasa je cuma tak gelap dan sound sistem tak adalah kuat sangat.. Masih seronok juga melayan kartun tu..
Lepas habis Wonder Park kami jalan-jalan di Daiso sementara tunggu tayangan Upin & Ipin.. Sempatlah beli kiub batu, gunting dan plastik zipper.. Kalau ikut nafsu, banyak lagi nak beli.. Lepas pergi Daiso, masuk pula Popular lagi rasa macam nak nangis.. Mampu tengok je deretan buku-buku baru tanpa membeli.. Memang kuat semangatlah Sha.. Hehehe.. Tengok je.. Tak beli walau sebuah pun.. hahaha..
Anak-anak SHa tengah merayu suruh belikan buku.. Hahaha.. Mak mampu dengar je.. Kena sabarlah ye anak-anak.. Bulan ini perbelanjaan tight sedikit..
Hasil tangkapan di Daiso.. RM5.90 satu barang..
Pukul 12.50pm kami terus ke TGV untuk tayangan Upin & Ipin.. Adik Sha dan anak dia pula lepak main dekat Kidzoona.. Anak adik tu kecik lagi belum 2 tahun.. Sangat tak sesuai untuk menonton di pawagam biasa.. Upin & Ipin akan ditayangkan di pawagam Family Friendly hanya selepas seminggu tayangan.. Untuk minggu pertama ini memang pawagam biasa je..
Ini hidangan yang sampai.. setiap menu ini dua set.. Tak cukup tempat.. So ambil gambar yang ini je..
Muffin Vanila dan Coklat..
Lepas habis tayangan Upin & Ipin, kami singgah makan di Kenny Roger's.. Adik ada voucher beli 1 percuma 1.. Tapi Sha agak bengang jugalah dengat staf Kenny Rogers tu.. Pesanan yang kami terima untuk bawa balik tak sama dengan pesanan yang kami makan di Restoran.. Memang sakit hatilah.. Terlupa nak periksa sebab kami dah nak balik, baru dia buat pesanan kami.. Itupun 3 kali tanya baru siap.. Geram jugalah.. Sebab caj perkhidmatan yang dikenakan mahal tau..
Nampak tak perbezaan dia.. Gambar atas tu kami suruh tapau sebab dia hantar awal.. Gambar bawah tu pula dua, tiga kali minta dan ingatkan.. Dah nak balik pun tak buat lagi.. Lepas bayar baru siap, memang lupalah nak tengok isi dalam.. Dah bergegas nak balik kan.. Geram betul dengan staf Kenny Rogers ini..
Sebelum balik, belanja donut dulu kat budak berdua ini..
Nak gerak balik, hujan turun dengan lebat berserta angin kencang.. Risau jalan lama banjir, kami ikut highway.. Sepatutnya masuk tol Bukit Beruntung nak hantar adik kat Rasa tapi terlepas.. Terpaksa pusing dekat tol Bukit Tagar.. Memang kelakarlah.. Hahaha.. Sha sampai rumah lagi 5 minit pukul 7 malam..