Showing posts with label Goodreads. Show all posts
Showing posts with label Goodreads. Show all posts

Wednesday, April 1, 2026

ebook | Seribu Jalan Menuju Irhanan oleh Syameen Khalili

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini kan sangat comel.. Mula ja baca terus melekat.. Bila laluan takdir tu telah tertulis, nampak lancar sahaja perkenalan antara Irhanan dan Rifki.. Perkenalan tanpa sengaja bila Irhanan menyelamatkan anak buah Rifki, kemudian pertemuan yang tak dijangka di China.. Bila mereka saling mengikuti antara satu sama lain.. Akhirnya mereka bertemu dan berkerja dibawah satu bumbung.. Walaupun ada sedikit gangguan ketika mereka mula rapat namun bila hati dah bertaut, tak ada yang dapat menggugat..

Sha baca dan selesai pada 01.04.2026

Published 2026 by Syameen Khalili

Friday, March 20, 2026

ebook | Setulus Kemaafan oleh Shahariah Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha rasa macam kena pula tema buku ini dengan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma ini.. Kisah tentang betapa kemaafan yang tulus mampu membahagiakan diri dan juga orang lain.. 

Sepasnag suami isteri yang telah berkahwin lama namun tak memiliki zuriat.. Si isteri cuba menjaga maruah suami namun si suami yang terlalu ego akhirnya termakan hasutan dan menjatuhkan talak tiga pada si isteri tanpa belas kasihan.. Tak lama kemudian kebenaran terbongkar.. Si isteri terus melangkah kehadapan dan memulakan hidup baru manakala si suami ini tadi masih terperangkap dalam rasa bersalah yang menggila.. Bukan mudah untuk memaafkan diri sendiri apatah lagi orang lain.. Namun saat diri sendiri mula memaafkan, InsyaAllah pasti akan ada sinar bahagia yang muncul..

Sha baca dan selesai pada 19.01.2026..

Published Mac 2026 by Cerita Dari Hati Publisher

Saturday, January 3, 2026

Goodreads | 2026 Reading Challenge

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Semangat!! Semangat!! Jomlah membaca walaupun macam dah tak berapa nak lekat.. kikiki.. Kadangkan, bukan sebab tak nak membaca tapi suka terganggu.. Sha akan lekat membaca kalau jalan cerita buku tu memikat.. Bukan tak ada buku yang sedap dibaca tapi suka terganggu dengan drama cina.. kikiki.. Tu yang kadang tak berapa nak fokus.. Tahun ini kita cuba cari fokus balik.. 

Kalau kawan-kawan blogger ada yang sertai cabaran membaca ini, bolehlah bubuh link dekat ruangan komen.. Nanti Sha singgah ya..

1 Januari 2026 dah boleh mulakan cabaran membaca yang baru..

Siap ada Winter Challenge yang akan berlangsung dai 1 Januari hingga 1 April 2026..

Sasaran Sha untuk Tahun 2026 dan mungkin tahun-tahun akan datang.. Kita letak satu angka kekal dan tengoklah semangatnya macam mana..

Friday, January 2, 2026

Goodreads | Year in Books 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sangka pula Goodreads keluarkan graf yang cantik macam ini dan hantar ke email.. Sha tahu pun masa jalan-jalan dekat Thread, ada orang kongsikan.. Goodreads hantar email pada 29 Disember 2025 dan Sha masih lagi membaca.. Jadinya graf ini hanya paparkan 101 buah buku sahaja.. Tapi masih okaylah pada Sha sebab graf dia cantik sangat.. Jadinya kita kongsikan dekat semua platform.. Gigih tau.. Walaupun sebelum ini macam makan hati dengan Goodreads sebab banyak buku Melayu tak ada dalam Goodreads.. Lepas tu dah tak boleh nak tambah buku.. Tapi lepas dapat graf cantik ini macam semangalah sikit nak membaca.. kikiki..

Setahun bersama buku-buku sama ada fizikil mahupun digital..

103 buku/ebuku dan top 5% pembaca..

Siap ada pecahan jumlah buku yang dibaca mengikut bulan.. Disember tu 3 buah tau.. Paling sikit Januari tu lah.. Memang putus asa masa tu.. Lepas tu, sikit-sikit Sha bina balik semangat..

Sikit sangat jumlah muka surat ini.. Kebanyakkan buku yang Sha baca dan ulas dekat Goodreads kadang tak ada jumlah muka surat pun.. Ini antara punca tak semangat nak buat ulasan dekat Goodreads.. huhuhuhu..

Lagend lah sangat.. huhuhu..

Manga tu berada di kedudukan pertama.. Seram memang forte Sha lah.. Selain komik dan novel bergambar..

Antara yang Sha bagi 5 bintang..

Selamat tinggal 2025.. Berjayalah dapat penanda buku ini sampai Disember dan tambahan 3 lagi yang menunjukkan langkauan sasaran dalam membaca..

My Year 2025 in Books

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun 2024, Sha tak buat pun entry ini.. Jadinya jomlah kita tengok setahun Sha dengan buku.. Sha ambil di Goodreads.. Inipun, ada ja buku yang tak masuk sebab tak ada dalam Goodreads.. Susah dah sekarang ini sebab kita tak boleh nak tambah buku yang tak ada.. Kebanyakkannya buku Bahasa Melayu..

Sha berjaya baca 103 buah buku dengan jumlah muka surat 15,390 helai.. Kalau ikutkan, banyak lagi tapi ada sesetengah ebuku@buku tu tak bubuh jumlah muka surat..

Buku paling sikit muka suratnya Sha baca bertajuk I Feel Happy by D.K. Publishing dan buku yang paling banyak muka suratnya bertajuk Di Akhir Mimpi Yang Usang oleh Syaz Eym..

Purata muka surat yang Sha baca ialah 149 muka surat..

Buku yang paling popular bertajuk The House on Mango Street by Sandra Cisneros dan buku yang baru sahaja ditambah ke Goodreads bertajuk Ecah oleh Syaz Eym.. 

Purata bintang yang Sha bagi di Goodreads..

Buku dengan bintang yang paling tinggi Sha bagi bertajuk Di Akhir Mimpi Yang Usang oleh Syaz Eym..

Buku pertama yang Sha baca dan buat ulasannya di Goodreads bertajuk BARA BEENA oleh Syaz Eym..

Sha tutup tahun 2025 dengan buku bertajuk Ke Hadapan Bakal Bekas Suami Farah Edora oleh Syaz Eym..

Bawah ini Sha kongsikan gambar buku-buku yang berjaya Sha baca sepanjang tahun 2025..

Penanda buku yang berjaya Sha kumpulkan sepanjang tahun 2025..

Thursday, April 24, 2025

Goodreads | Reading Challenge 2025 Completed

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha letak sasaran yang kecil ja tahun ini sebab emosi dan mood tu macam tak berapa okay tapi tak sangka pula boleh juga selesaikan sasaran ini.. Kalau ikutkan flow membaca Sha untuk tahun ini memang tak berapa sangat pun.. Biasa-biasa sahaja.. Buku banyak ja, tapi nak mula membuka tu jadi tak berapa rajin.. huhuhu.. 

Selesai pada 22 April 2024..

Monday, January 13, 2025

Cabaran Membaca Terkandas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah 13 Januari, tapi satu buku pun tak baca lagi.. Tak tahulah nak mula bila.. Sasaran pun tak letak lagi.. Bukanlah tak membaca langsung, baca tapi buku atas talian dan tak ada dalam GR ini.. Faham-faham je lah, ada sesetengah buku atas talian ini tergantung.. Nak kongsi dekat blog pun tak berbaloi.. Sudahnya tak adalah ulasan buku.. 

Nantilah kita kemas kini sasaran ini bila ada buku yang nak di rekodkan..

Tak tahu lagi nak bubuh berapa banyak buku.. Januari dah berlalu 13 hari ini.. kikiki..

Friday, November 1, 2024

Goodreads | Oktober 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya kan.. Emosi Sha macam beku dan kejung dari membaca bulan ini.. Kalau ikutkan Sha kembali membaca selepas memilih buku kanak-kanak.. Yup.. Buku kanak-kanak yang bergambar dan berwarna warni.. Walaupun ada buku yang temanya berat dan membantu psikologi namun masih mampu menarik emosi Sha untuk membaca.. Jadinya bulan ini tema dia adalah buku kanak-kanak.. Sambil tu Sha selitkan beberapa novel dan buku motivasi.. Jomlah tengok tajuk yang Sha baca..






Monday, September 30, 2024

Goodreads | September 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan ini kita tutup dengan 28 bacaan yang pelbagai.. Memang tak sempat nak kejar sampai 30 bacaan.. Tersebok pula bula ini.. kikiki.. Tapi awal September tu sempatlah juga baca buku berkaitan kemerdekaan.. Lepas tu memang baca ja apa yang boleh.. Bulan ini tema dia kanak-kanak gitu.. 

Jomlah tengok Sha baca apa.. 







Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com