Sunday, March 31, 2024

Ahmad Tea: Clove Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak tahu pun Ahmad Tea ada teh cengkih.. Bila nampak dekat Shopee, teruslah Sha beli sekotak.. Beli dengan perasaan teruja.. Bila sampai, terus Sha bancuh.. Pergh!! Bau dan rasa cengkih yang mewah.. Memang berbaloilah beli.. Memang jadi kesukaan Sha ini.. Minum panas-panas, lega je tekak.. 

Ahmad Tea: Clove Tea (20 Teabags) - RM12.90

Secawan teh cengkih di pagi hari.. Padu..

Jepun | My Undead Yokai Girlfriend (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Halah.. Menci tau.. Mesti ada musim 2.. Ish.. Ish.. 

Kisahnya tentang Hachi yang tak sengaja telah membaca jampi dan membebaskan yokai bernama Izzy.. Izzy telah mengikat Hachi dengan dirinya untuk memulihkan kuasa dia semula dan mencari 5 penjaga bagi membebaskan semua yokai yang dikurung di dunia kehampaan.. Hachi berusaha menghalang niat Izzy untuk memancung 5 penjaga tu tapi tak berjaya.. Selain itu, ada juga Tenkai yang mempunyai perancangan lain dalam menghalang Izzy.. 

Tanpa disangka, Hachi rupanya mempunyai takdir yang lebih rumit bersama Izzy.. Penutup cerita dia memang tak disangkalah.. Kenalah tunggu musim 2..

Drama: Boku no Itoshii Youkai Girlfriend
Also Known As: My Dear Youkai Girlfriend, My Undead Yokai Girlfriend, Boku no Itoshii Youkai Garufurendo
Director: Miki Takahiro
Genres: Action, Comedy, Romance, Fantasy
Country: Japan
Episodes: 8
Aired: Mar 22, 2024
Aired On: Friday
Original Network: Amazon Prime
Duration: 35 min.
Set in the beautiful city of Kyoto, a strange relationship is sparked between lonely university game geek Tadashi, who wishes for nothing more than to find a girlfriend, and Izzy, a Yokai girl who can only sustain herself by engaging in physical relationships with men. While Izzy’s true intention is to exact revenge on a human family over an incident 500 years ago, Hachi struggles to find a peaceful solution to the problem.

Goodreads | Mac 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau perasan ada 10 buah buku dari Hilal Asyraf yang berjaya Sha baca secara berturut-turut.. Buku-buku ini Sha baca secara atas talian menggunakan aplikasi Cereka namun masa korang baca entry ini, buku-buku ini dah tak ada dekat Cereka lagi dah.. Sha pulun baca pun sebab Cereka bagi notifikasi mengatakan buku-buku dari Hilal Asyraf ini akan ditarik balik.. Buku beliau ini seronok dibaca sebab terselit dakwah didalamnya.. Setiap perjuangan membawakan kita kembali kepada Islam.. Puas hatilah baca.. Kalau ikut Sha, buku dari siri Gelombang Baru tu memang Sha tak bercadang pun nak baca sebab membawakan sukan bola tampar.. Tapi bila dah mula baca, memang tak boleh nak berhenti.. Memang menarik dan unik pada Sha..

Bulan ini Sha berjaya baca 25 buah buku sahaja yang boleh direkodkan di Goodreads.. Selebihnya tak ada dalam Goodreads.. Tapi Sha kongsikan juga reviewnya di blog..


Saturday, March 30, 2024

ebook | Suami Untuk Mama oleh Ai Indah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Comel sangat jalan ceritanya.. Puan Apin dan Encik Sham ini dah bercerai lebih 11 tahun, namun masing-masing masih lagi solo.. Anak-anak mereka meminta untuk mereka berbaik ataupun kahwin lain tapi masing-masing masih tak bertindak.. Sudahnya bila Anis meminta Puan Alin berkahwin, Puan Alin meletakkan syarat untuk Anis carikan lelaki yang muda 20 tahun dari usia Alin.. Bukanlah Puan Alin nak berkahwin pun dengan lelaki tersebut, sebaliknya nak dicarikan untuk anak perempuan sulungnya.. Namun pada hari lahir anak bongsu mereka, Puan Alin dan Encik Sham telah memberikan kejutan gembira buat keluarga mereka..

Sha baca dan selesai pada 01.04.2024


Info buku
Tajuk - Suami Untuk Mama
Penulis - Ai Indah
Penerbit - Ai Indah
ISBN - 9789671994528
Tahun Terbit - Julai 2020
M/S - 74
Sinopsis - “Carikan suami untuk mama.” – PUAN ALIN “Mama tu dah berusia 48 tahun tahu? Mana nak cari lelaki yang berusia 28 tahun yang sanggup jadi suami mama dan juga papa tiri kita!” - AMRI Nak cari suami untuk mama, tak ada masalah. Yang ada masalahnya bila PUAN ALIN minta suami berusia 20 tahun lebih muda. Siapa yang mahu ibu tunggal yang ada empat anak ni? Bukan anak kecil, tapi anak yang dah boleh kahwin usianya. “Kalau kita kahwinkan papa dan mama balik, nak tak?” – AMALINA Memang impian si bongsu mahu mama dan papanya bersama kembali tetapi cadangannya ditolak mentah-mentah oleh abang dan kakak-kakaknya. Maka bermulalah misi anak-anak mencari suami untuk mama mereka.

US | Land of Bad (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kinney menyertai misi menyelamatkan seorang askar yang ditangkap penjenayah namun mereka telah diserang hendap dan hanya Kinney yang terselamat dengan dibantu Reaper yang mengendalikan dron.. Semasa dalam misi menyelamat Kinney tertangkap tapi diselamatkan Branson salah seorang askar yang disangkanya telah mati.. Mereka berkerjasama dan meminta Reaper melancarkan bom 3 biji selang 15 minit bermula jam 11.. Selepas terputus hubungan Reaper diminta untuk balik dan biarkan askar lain yang mengendalikan misi membantu Kinney.. Kinney dan Branson tu tertangkap namun semasa proses penyeksaan Kinnye terlepas bila bom kedua yang dilancarkan telah menghancurkan kubu penjahat.. Kinney hubungi Reaper namun tak diendahkan sebab askar terlalu sibuk menonton perlawanan basketball.. Kinney tinggalkan pesanan suara pada Reaper untuk batalkan penghantaran bom ketiga.. Mujurlah Reaper sempat sampai kem dan batalkan.. Lepas tu dia pergi bilik rehat dan pecahkan tv.. Pergh!! Ohsem betul bahagian ini..

Land of Bad
2024 ‧ Action/Thriller ‧ 1h 50m
When a Delta Force team is ambushed in enemy territory, a rookie officer refuses to abandon them. Their only hope lies with an Air Force drone pilot as the eyes in the sky during a brutal 48-hour battle for survival.

ebook | Ada Masanya Aku Suka Duka oleh Shai Kamarudin (pseudonym), Nurul Syahida

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mengandungi 5 kisah hidup yang berliku jalannya.. Kesemuanya memberikan impak yang menarik pada Sha.. Olahan penulis sangat cantik.. Owh ya, cerita dalam ini bukan sahaja menggunakan Bahasa Melayu, sebaliknya ada dua cerita menggunakan Bahasa Inggeris..

25 Tahun - Kisah Sabrina yang terperangkap dalam perasaan cinta pada kawan baiknya sampai tak nampak kewujudan seorang lelaki yang begitu menyukai beliau..

To Where It Was - Kisah Ain dan Hud.. Ain mengenali Hud dari zaman belajar tanpa mengetahui yang Hud sudahpun mempunyai Sha sebagai kekasih.. Bila Ain berjumpa semula dengan Hud, Hud sudahpun bercerai.. Ain menerima walaupun sepatutnya dia menolak sebab Hud dan isteri dia adalah red flag.. Memang red flag lah sebab bekas isteri Hud asyik mengganggu Hud dan Hud pula melayan.. Akhirnya Ain buat keputusan tinggalkan Hud dan teruskan kehidupan..

Epistolari - Kisah Chacha dan Isa yang berubah dari musuh kepada sumai isteri.. Cara penyampaian cerita yang ini best sebab menggunakan perbualan whatsapp.. Syok betul baca..

Nurunuhaa.at.gmail - Sweet gila cerita ini.. Hanya kerana tersalah email, sebuah perhubungan pun terbina..

Tiada Apa di Kapadokya - Sebuah kisah tentang manusia bernama Aril yang terpaksa berkerja mengambil gambar orang bulan madu di Cappadocia sedangkan tempat itu menjengkelkan dia kerana mengingatkan dia tentang tunangnya yang lari mengikut lelaki lain.. Namun perkenalan Aril dengan Ummu mengubah pandangan Aril dan membenihkan cinta..

Cerita bonus Mie and You and Them - Cerita terakhir ini kesinambungan dari buku bertajuk Mie & You oleh Shai Kamarudin.. Apa yang disampaikan dalam cerita terakhir ini mungkin pernah dialami mereka yang berjaya lalui serangan Covid-19.. Memang menyentuh perasaanlah.. Ini kesinambungan cerita bahagian bahasa Inggeris tau..

Sha baca dan selesai pada 26.03.2024..

Published February 1, 2021 by Nurul Syahida Kamarudin

Friday, March 29, 2024

India | Abraham Ozler (2024)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula dengan panggilan palsu dan kehilangan anak serta isteri kepada pegawai polis bernama Ozler.. Ozler mengalami kemurungan yang teruk.. Walaupun penjenayah telah ditangkap namun mayat anak dna isteri Ozler masih tidak dijumpai disebabkan penjenayah lupa dimana dia tanam mayat-mayat tu.. Selama 3 tahun Ozler menderita sampailah pakar psikologi suruh dia alihkan minda dia pada kerja supaya dia penat dan dapat berehat.. Kebetulan berlaku pembunuhan bersiri makan Ozler mula menyiasat.. Penghujung filem ini baru Ozler menyedari sesuatu yang ganjil mengenai pembunuhan anak dan isteri dia jadi Ozler jumpa balik pembunuh tu.. Bersambung dalam bahagian 2.. Ish.. Ish..

Abraham Ozler
2024 ‧ Thriller/Crime/Drama/Mystery ‧ 2h 30m
Veteran cop Abraham Ozler begins to investigate a mysterious unsolved case and the hunt for a serial killer begins.

ebook | 300 Menu Ramadan Syawal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau sebelum ini Sha kongsikan buku dengan 100 juadah, kali ini Sha kongsikan buku dengan 300 menu pilihan u tuk Ramadan dan juga Syawal.. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hidangan Ramadan dan Sajian Syawal..

Hidangan Ramadan ada resepi untuk menu awal berbuka macam jus, puding dan aneka kuih.. Selain itu ada juga resepi lauk pauk, kerabu, sambal dan juga menu ringkas untuk bersahur.. Memang banyaklah pilihan.. Mana yang sennag tu bolehlah cuba.. 

Sajian Syawal pula menyajikan pelbagai jenis resepi tradisi, nasi, rendang, lauk pauk dan mi.. Memang menggoda betul resepi-resepinya.. Hanya perlukan kerajinan dan semangat yang tinggi.. kikiki..

Sha nak share gambar, tak bolehlah pula sebab baca dari aplikasi Oakbee Buffet.. Maaf ye.. Lagipun eloklah tak kongsi.. Karang terliur lagi payah.. kikiki..

US | Madame Web (2024)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik pula filem ini.. Pencarian labah-labah istimewa di hutan Peru akhirnya mengorbankan Constance Webb apabila dikhianati Ezekiel Sims.. Namun sebelum Constance Webb mati, anak dalam kandungannya berjaya diselamatkan puak yang tinggal di dalam hutan Peru tersebut.. Kembali ke masa kini, Cassie yang bertugas sebagai paramedik nyaris mati namun berjaya diselamatkan rakan setugasnya.. Semasa berada dalam keadaan tersebut Cassie mengalami sesuatu yang pelik namun mengabaikannya.. Cassie sangkakan ianya hanyalah khayalan sampailah rakan sekerja beliau mati barulah Cassie mula fokus pada perkara yang menjadi visi dia.. Kerana apa yang dilihatnya, Cassie menyelamatkan 3 remaja dari dibunuh oleh Ezekiel Sims dan kerana ini juga barulah Cassie tahu kebenaran mengenai kematian mak dia dan juga kebolehan yang dia ada..

Syoklah layan sebab babak lawan dia cun.. Tengok gaya macam akan ada sambungan dan cross over dengan Spiderman.. kikiki..

Madame Web
2024 ‧ Action/Thriller ‧ 1h 54m
Cassandra Webb is a New York City paramedic who starts to show signs of clairvoyance. Forced to confront revelations about her past, she must protect three young women from a mysterious adversary who wants them dead.

Thursday, March 28, 2024

ebook | Dilangkah Hantu Galah oleh Ninie Othman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Leman, Samad dan Berahim mengikut abang Rahmat memburu ayam hutan.. Awalnya Leman tak nak pergi sebab mereka perlu melalui rumah Mak Senah.. Namun setelah dicabar Samad, Leman pergi juga.. Awalnya tak ada apa yang berlaku tapi tak lama kemudian Abang Rahmat menyuruh mereka diam.. Ingatkan ayam hutan yang muncul, sekali hantu galah.. Memang traumalah Leman dibuatnya..

Sha baca dan selesai pada 23.03.2024..

Published September 16, 2023 by Del Osmera Publication

China | Orc King (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tonton filem ini dekat youtube je.. Sha layan je walaupun pelakon dia nampak muda gila.. Jalan cerita dia pun fantasi kan.. Tak adalah nak letak harapan.. Santai-santai je.. Kisahnya seorang raja yang mencari cinta sejati demi melalui ujian untuk menjadi berkuasa.. Raja ini culik seorang perempuan yang pernah selamatkan dia, tapi perempuan tu dah ada orang yang dia suka.. Beberapa kali jugalah perempuan tu cuba lepaskan diri dan akhir sekali perempuan tu pura-pura sukakan lelaki tu sebelum bagi racun.. Sudahnya bila lelaki tudah lepaskan perempuan tu, eh perempuan tu balik semula dekat lelaki tu.. kikiki.. Sabar je lah..

Movie: Orc King
Also Known As: Shou Wang
Genres: Historical, Romance, Fantasy
Country: China
Release Date: Feb 2, 2024
Duration: 1 hr. 14 min.
The film tells the tale of an ancient beast known as the White Feilian, who survives a millennium of tribulation to ultimately become the God of Wind. The young Feilian, originating from the mythical beast Feilian with a deer's head and a bird's body, seeks true love among human girls to get through the thousand-year tribulation. The heroine stumbles upon a forbidden area on a demon island, leading many women in their escape from the realm of demons, only to be assaulted by a bunch of bat demons. Within the mysterious underground palace, a woman clad in red cries every night, guarding the dead; she turns out to be Feilian's mother. In order to help her son get through the tribulation, she has wept unceasingly for a thousand years, her eyes turning into blood red. The Feilian brothers, one black and one white, turn against each other, each determined to overcome their tribulation and become gods, engaging in a fierce battle in the sky that shakes the universe.

ebook | Al-Ummu oleh Ninie Othman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Soleha yang kehilangan maknya menjadi buah mulut penduduk kampung kerana berkeadaan seolah-olah maknya masih hidup.. Leman juga pernah nampak Soleha bercakap seorang diri.. Orang kampung mengatakan yang emak soleha membela.. Namun kedatangan tok ketua ke rumah Soleha bersama 3 sekawan membuktikan perkara sebenar.. Soleha mengalami gangguan emosi bukanya perkara mistik..

Sha baca dan selesai pada 23.03.2024..

Published June 1, 2023 by Del Osmera Publication

Wednesday, March 27, 2024

Us/China/Thailand | Triple Threat (2019)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Gitu je mula dia.. Payu dengan Long Fei ditipu Deveraux untuk misi kemanusia walhal mereka sebenarnya nak lepaskan penjenayah nama Collins.. Sudahnya Payu dengan Long Fei kena tinggal dalam perangkap untuk diletupkan.. Mujurlah diorang sempat selamatkan diri.. Jaka pula kebetulan ada dekat situ bertugas sebagai pengawal keselamatan.. Isteri dia kena tembak dan dia pengsan.. Jaka cari Payu dengan Long Fei, bila bertemu Jaka perangkap diorang sampai kena tangkap dengan polis.. Jaka buat macam tu untuk umpan geng Collins.. Memang geng Collins tu datang tapi sebab kejar  Xiao Xian.. Bertembunglah mereka.. Memang padulah aksi lawan-lawan dia..

Triple Threat
2019 ‧ Action/Thriller ‧ 1h 36m
A group of professional assassins plan on killing the daughter of a billionaire who is targeting a crime-syndicate. Another group of men try to protect her.

ebook | Stories You Will Never Read by Megan Wonowidjoyo (Editor), Chuah Guat Eng (Foreword)

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook ini diberikan percuma di Google Play Books.. Sepertimana tajuknya, isi dalam dia memang tak terjangka.. Memang kalau ditulis seperti dalam ebook ini, pastilah kita tak akan baca tapi kan bila dah baca agak sakit hatilah juga.. Walaupun sebenarnya Sha faham je apa yang setiap cerita sampaikan tapi kadang-kadang penjelasan yang penuh tetap diperlukan pembaca.. Garapan setiap cerita tu mampu membuatkan Sha sebagai pembaca terkesan..

Buku ini mengandungi 13 cerita pendek yang sangat tak disangka jalan ceritanya..

Sha baca dan selesai pada 22.03.2024..

Published October 15, 2023 by Buku Fixi (Fixi Novo)

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, March 26, 2024

ebook | Ketukan Kum-Kum Ninie Othman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kg. Hulu 9 digemparkan dengan ketukan hantu kum kum.. Tapi tanpa sempat mereka melakukan rondaan mahupun kawalan, ketukan sudah berakhir.. Memang tragis pengakhirannya.. 

Sha baca dan selesai pada 22.03.2024

Published September 15, 2023 by Del Osmera Publication

India | Eagle (2024)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Semuanya bermula dengan artikel suratkhabar tentang kapas.. Tak pasal-pasal wartawan nama Nalini dibuang kerja sebab menulis artikel tu.. Geram punya pasal, terus Nalini siasat ada apa dengan ladang kapas tu.. Jadinya dia pun ke Talakona untuk mengetahui lebih lanjut tentang  kilang kapas tersebut yang di uruskan oleh  Sahadev Varma.. Bermula dengan cubaan mengorek bauksit tapi tak berjay sebab dihalang Eagle dan akhirnya peperangan dengan pemberontak.. Memang lain macam jalan cerita dia.. Babak aksi pun lain macam.. kikiki.. Syoklah layan tapi ada bahagian 2 pula.. huhuhuhu

Eagle
2024 ‧ Action/Thriller ‧ 2h 39m
A journalist uncovers the story of a ruthless assassin when she investigates a government cover up.

ebook | Sumpahan Hantu Bukit oleh Ninie Othman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya.. Sekumpulan pelajar mengadakan aktiviti perkhemahan di atas bukit Kg. Hulu 10.. Tanpaereka sedari perkhemahan mereka turut disertai makhluk yang tak sepatutnya.. Memang teruklah seorang pelajar tu diganggu.. Mujur ada Tok Guru membantu.. Sudahnya bukit tu ditutup terus dari dikunjungi..

Sha baca dan selesai pada 21.03.2024..

Published September 16, 2023 by Del Osmera Publication

Monday, March 25, 2024

Korea | Alienoid: Return to the Future (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Mantap pak abu ceritanya.. kikiki.. Tapi tu lah, tak dapat sangat tengok Woo Bin beraksi.. Dalam filem kedua ini heronya Mu Reuk dan Yi An.. Memang betul-betul bersambung terus filem ini dari filem pertama dia.. Pertembungan antara Ja Jang yang masih berusaha merebut devine sword yang boleh mengunci semula Hava.. Memang tak sangkalah bila tahu yang designer ada dalam badan Yi An bukan Mu Reuk.. Sebaliknya dalam badan Mu Reuk ada Guard yang melindungi bumi dari alien jahat.. Bila gerbang terbuka, mereka kembali semula ke masa depan dan bergabung menentang Ja Jang dan Designer.. Memang mantaplah babak berlawan dia tambah-tambah bila ada Lee Ha Nee.. kikiki..

Movie: Alienoid: Return to the Future
Also Known As: Alien + People: Part 2, Alien + Person: Part 2, Alien + Man: Part 2, Alien: Part 2, Alienoid: Part 2, Oegye+In 2 Bu, Wegye+In 2 Bu
Screenwriter & Director: Choi Dong Hoon
Genres: Action, Adventure, Sci-Fi, Fantasy
Country: South Korea
Release Date: Jan 10, 2024
Duration: 2 hr. 2 min.
Ian is stuck in the past while trying to stop an alien prisoner from escaping a human body. After many obstacles, she finds a new weapon that can open a time door and saves Thunder. Meanwhile, Mu Reuk is confused by a strange presence inside him. Other characters, such as Heuk Seol, Cheong Woon, and Neung Pa, are also involved in the search for a divine sword. Ja Jang starts chasing Ian and Mu Reuk.

Many people are dying from an alien substance called Hava, and Min Gae In realizes this is just the beginning. With limited time left, Ian opens the time gate and returns to the present with Mu Reuk, Thunder, and two immortals. They must fight the aliens, stop Hava from exploding, and save the people.

ebook | Pelesit oleh Ninie Othman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kawan Leman buka perniagaan kedai runcit.. Alhamdulillah memang menjadilah bila ramai yang fatang.. Kedai kemas dan moden, senang cari barang memang ramailah yang suka.. Masalah timbul bila ada yang dengki dan hantar pelesit.. Maka tok guru bersama Leman dan kawan-kawan pun membantulah..

Sha baca dan selesai pada 21.03.2024..

Published September 15, 2023 by Del Osmera Publication

China | Yasha My Deepest Love (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ruo Xi diculik oleh Yasha semasa dalam perjalanan ke majlis kahwin dia.. Dikurung di neraka kerana ingin dijadikan korban.. Dekat kurungan ini dia jumpa Wu Xiang.. Wu Xiang banyak tolong dia untuk lepaskan diri dari Raja Yasha yang jahat.. Tanpa Ruo Xi tahu, rupanya dia merupakan Puteri Yasha.. Ling Chu merupakan bakal suami Ruo Xi, bila dia tahu Ruo Xi diculik dia pergi ke tempat Yasha.. Pertembungan antara mereka bertiga dengan raja Yasha yang kejam mengorbankan bukan sahaja Raja Yasha tetapi juga Wu Xiang.. Ling Chu kembali ke dunia manusia dan Ruo Xi kekal di dunia Yasha..

Movie: Yasha My Deepest Love
Also Known As: Ye Cha Zhi Wu Jian You Qing
Genres: Historical, Romance, Fantasy
Country: China
Release Date: Jan 25, 2024
Duration: 1 hr. 16 min.
The movie follows a young maiden trapped in the Yaksha demon realm, where she falls in love with a Yaksha demon. Amidst treacherous challenges, their forbidden love unfolds, revealing hidden depths of loyalty and sacrifice. Ultimately, the maiden transforms into a demoness to seal away the Yaksha kingdom's threats forever.

Sunday, March 24, 2024

ebook | Ku Dengar Suara - Siri 2 oleh Han Nisa Mash

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan untuk siri Ku Dengar Suara.. Kali ini penulis menyambung cerita mengenai apa yang berlaku setelah kembali ke Malaysia.. Semua sikap manusia yang menafikan kesakitan ditanggung penulis, akhirnya menjadi pencetus tindakan luar biasa buat penulis.. Sudahnya penulis dihantar untuk bertemu pakar.. Banyak yang perlu dilalui penulis dalam merawat penyakit yang dihadapinya..


Info buku
Tajuk - Ku Dengar Suara - Siri 2
Penulis - Han Nisa Mash
Penerbit - Hanisah Mashkuri
ISBN - 9789671994528
Tahun Terbit - 2021
M/S - 54
Sinopsis - Sambungan daripada Siri 1, satu-persatu episod "terdengar suara' berlaku tatkala cuba teruskan kehidupan seusai kembali ke tanahair Malaysia untuk bekerja. Hingga dipaksa untuk didiagnosis kali kedua.

Korea | Knight Flower (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nakal, ceria dan menyentuh hati serta ada beberapa babak suspen yang dimasukkan.. Sha tonton sebab heroinnya Sha minat.. Jalan cerita dia walaupun ada kelakar namun sangat ebrliku untuk seorang perempuan yang berkahwin namun kemudiannya bergelar balu..

Memang jahat gilalah menteri Ji Seong tu.. Demi mencapai matlamat dia, semuanya sanggup dia buat.. Membunuh, menjadikan seorang perempuan isteri anak dia yang tak pernah ada.. Pergh!! Babak Su Ho dengan Yeo Hwa pun ohsem.. Kelakar je tengok dua-dua ini.. Tersuka lepas tu malu-malu.. kikiki.. Okaylah penamat dia.. Cumanya drama ini fiksyenkan, janganlah serius sangat..

Drama: Knight Flower
Also Known As: Flower that Blooms at Night , Night Flower, Night Blooming Flower, Flowers that Bloom at Night, Bame Pineun Kkoch, Bame Pineun Kkot
Director: Jang Tae Yoo, Choi Jung In
Genres: Historical, Mystery, Comedy, Drama
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Jan 12, 2024 - Feb 17, 2024
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: MBC
Duration: 1 hr. 10 min.
Cho Yeo Hwa has been a widow for 15 years. Her in-laws are the most prestigious noble family in the kingdom. During the day, she leads the life of a widow devoted entirely to her dead husband's memory and rarely ventures outside the gate of her home. At night, Yeo Hwa dons the mask of Hero, who secretly jumps over the surrounding wall to save the helpless. In the process, she crosses paths with Park Soo Ho, a handsome senior officer in the Capital Guard, who quickly realizes that Hero and Yeo Hwa are not who or what they appear to be.

ebook | Dendam oleh Nasa Yusof

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang mantaplah novel ini.. Awalnya kita dihidangkan dengan kisah Mashitah dan Rohaya yang bersahabat dan semasa peperiksaan, guru besar mereka terjun bangunan.. Kemudian pembaca dibawa ke masa hadapan dimana Mashitah dah pun berkahwin dan mempunyai anak.. Bila anak Mashitah ini, si Erdina dimasukkan ke sekolah lama Mashitah, Erdina sering diganggu.. Bermulalah pembongkaran kepada kesilapan masa lalu yang tak dijangka.. Memang kesianlah dekat suami Mashitah dan anak dia Erdina tu.. Mashitah punya simpan dendam sampai sanggup buat perkara yang tak dijangka..

Sebab tu kita kalau nak marah orang atau bergurau jangan keterlaluan.. Kita tak akan pernah tahu apa ada dalam hati orang tu.. Sama ada dia berdendam atau tidak.. Sha cakap macam ini bukanlah menyokong tindakan Mashitah cuma kadang kita ini selalu terlepas pandang dengan apa yang kita katakan.. Dalam diam ada yang sakit hati dengan kita..

Sha baca dan selesai pada 20.03.2024..

Published January 1, 2023 by Buku Prima

Saturday, March 23, 2024

India | Hanu Man (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini mula dengan Michael yang begitu bercita-cita menjadi superhero, hinggakan sanggup membunuh mak ayah dia sendiri.. Michael ini kononya menjadi penyelamat bandar namun masih tak puas hati sebab tercedera, dia nak jadi kebal.. 

Lepas tu filem beralih ke arah Hanumanthu, seorang lelaki yang suka mencuri dan nakal.. Sukakan Meenakshi dari zaman kecil lagi namun ditolak sebab perangai tak senonoh.. Berlaku satu peristiwa dimana Hanumanthu berjaya menyelamatkan Meenakshi namun dia sendiri cedera parah dna terjatuh ke dalam laut.. Jumpa pula batu ajaib yang ada kuasa dewa hanuman.. Tiba-tiba terus jadi kuat dan elok.. Hilang semua cedera.. Tapi nakal tu ada lagilah.. 

Keadaan berubah bila Michael muncul di kampung Hanumanthu dan Hanumanthu boleh agak niat Michael tu.. Jenuh juga nak sembunyikan permata dan kuasa Hanumanthu sampailah akhirnya kakak si Hanumanthu ini mati disebabkan Michael.. Awalnya mengalah namun bankit bila kisah sebenar mengenai permata diketahui.. Hero menang.. Kita tunggu filem kedua pula..

Hanu-Man
2024 ‧ Action/Adventure/Fantasy ‧ 2h 38m
A man who accidentally attains superpowers clashes with one who is desperate to get his own.

ebook | Game oleh Julie Jasmin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini cerita tentang Amani yang dipulaukan di dalam kelas namun kemudiannya tersangkut dalam satu permainan yang tak dijangka bersama rakan sekelasnya iaitu Helmi, Taufiq, Qiara dan Hazim.. Mereka terpaksa berkerjasama dalam mencari bahagian badan Red Killer yang tak cukup supaya dapat lepaskan diri dari permaianan tersebut.. Selagi tak jumpa, selagi tu lah mereka terpaksa melalui hari yang sama secara berulang-ulang.. Memang penatlah.. Tapi sedihlah dengan penamat dia.. Kesian Amani..

Sha baca dan selesai pada 19.03.2024..

Published January 1, 2023 by Buku Prima Sdn Bhd

China/US | Hidden Strike (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Gabungan yang ohsem.. Jackie Chan dan John Cena..

Dragon Lee diarahkan untuk menyelamatkan sekumpulan perkerja di tengah padang pasir.. Malangnya semasa mereka menunu ke tempat selamat, bas mereka diserang dan 5 orang telah diculik oleh Owen.. Owen ini memang jahat gila.. Selamba je dia bunuh adik Chris bila Chris tak nak tolong dia rompak minyak.. Dragon Lee ini ikut Chris sebab dia ingatChris ini terlibat sama, sudahnya diorang berkerjasama musnahkan perancangan Owen.. Memang padulah aksi lawan diorang.. Syok tengok..

Hidden Strike
2023 ‧ Action/Adventure ‧ 1h 42m
Two former soldiers face nonstop danger as they travel along one of the most dangerous roads in the world.

Friday, March 22, 2024

ebook | Penyu Karah Khazanah Laut Negeri Melaka oleh Rosmawati Ghazali, Siti Norjannah Johari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah layan buku pasal penyu pula.. Sha pun terjumpa je buku ini dekat eSentral.. Tak tebal tapi padat dengan informasi mengenai penyu.. Ada 4 bab semuanya.. Bab satu pengenalan cerita tentang sejarah, kepentingan, taburan pendaratan mengenai penyu.. Kemudian diselitkan juga mengenai perundangan berkaitan penyu dan status populasi penyu mengikut spesis di Malaysia.. Kemudian dalam bab seterusnya penulis masukan juga mengenai biologi penyu Karah ini, ancaman dan halangan sama ada secara semulajadi mahupun dari manusia.. Pemuliharaan penyu Karah ini turut dijalankan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Masjid Tanah, Melaka.. Memang menariklah baca buku ini.. Ada peluang nanti kita jelajah Pusat Konservasi tu..

Tapak penetasan..


Info buku
Tajuk - Penyu Karah Khazanah Laut Negeri Melaka
Penulis - Rosmawati Ghazali, Siti Norjannah Johari
Penerbit - Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN - 978-983-49-2105-7
Tahun Terbit - 2019
M/S - 120
Sinopsis - Fokus buku ini adalah terhadap spesies penyu karah yang terdapat di negeri Melaka, di samping beberapa spesies penyu lain. Siapa sangka, di bumi Hang Tuah ini terdapat kawasan yang menjadi tempat pendaratan penyu karah untuk bertelur. Kecantikan warna karapas dan keunikan penyu ini mendorong penulis untuk berkongsi ilmu dengan pembaca. Di samping aspek fizikal penyu karah, pelbagai aspek kehidupan penyu ini merangkumi pemakanan, habitat dan pembiakannya turut dibincangkan secara mendalam. Dengan terbitnya buku ini, diharapkan orang ramai mempunyai kesedaran betapa pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan ini dan secara tidak langsung memberikan kesedaran betapa pentingnya memelihara kelestarian alam sekitar agar dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang. Buku ini amat sesuai untuk bacaan umum, terutamanya kepada pencinta alam sekitar dan boleh menjadi sumber rujukan penting kepada penyelidik serta pelajar universiti yang mengambil jurusan dalam bidang ini.

India | Bramayugam (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila Sha tekan, eh.. Menarik pula sebab filemnya dalam hitam putih.. Tak ada warna.. Lain macam betul filemnya.. kikiki.. Misteri dan seram.. Bermula dengan dua sahabat iaitu Thevan dan Koran yang melarikan diri dari terus dijadikan hamba.. Namun semasa di dalam hutan, Koran telah dibunuh oleh yakshi (hantu) dan Thevan melarikan diri hinggalah terjumpa sebuah rumah agam yang terbiar pada waktu pagi.. Oleh kerana lapar dia mencuri kelapa dan ditegur oleh tukang masak rumah tu.. Semasa bertegur sapa ini, tiba-tiba tuan rumah panggil.. Bila ditanya Thevan ini bagi tahu dia penyanyi istana dan tersesat.. Tuan rumah suruh nyanyi dan pelawa Thevan ini tinggal dekat situ.. Walaupun Thevan ini menolak tetaplah dipaksa untuk kekal tinggal di situ.. Memang peliklah keadaan rumah tu.. Rupanya ada rahsia yang menakutkan berkenaan rumah tu.. Kesianlah juga dekat Thevan tu..

Bramayugam
2024 ‧ Horror/Thriller ‧ 2h 19m
Thevan, a folk singer of the Paanan caste, has a fateful encounter when escaping slavery, leading to discover an ancient tradition altering his destiny.

Bramayugam (translate The Age of Madness)

Novel | Innocent oleh Aeyfa Nasri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca buku ini sebab teruja dengan sinopsis dia.. Bukunya okaylah.. Ada thriller, ada mainan emois dan ada sedikit misteri.. Awal-awal Sha baca, memang Sha syak kawan si Ain ini ada kena mengena juga.. Walaupun betul tapi motif dia tu.. Hurm..

Kisahnya si Ain ini awalnya nak selamatkan kawan dia nama Farhan dari dibuli, alih-alih Ain yang jadi mangsa dan Farhan sekadar melihat sahaja.. Semuanya kerana manusia bernama Aqram.. Aqram ini dia dah ada sasaran dan Ain termasuk dalam sasaran dia.. Bila salah sorang mangsa buli tu masuk hospital, makin menjadi-jadi pula buli yang diterima oleh Ain.. Ain ini berkenalan pula dengan Dzul dan tanpa sengaja Dzul ini jadi pensyarah dekat tempat Ain belajar.. 

Motif pembuli ini memang tak masuk akal.. Tapi ialah manusia ini kalau dah gila dan jahat, bukan dia kira.. Dia redah je buat.. 

Pada Sha, penulis punya topik yang sangat menarik.. Penyampaian cerita pun okay cuma ada yang kurang umph!! Apa pun semoga penulis terus sukses..

Sha baca dan selesai pada 17.03.2024..

Published January 1, 2021 by Fajar Pakeer

Thursday, March 21, 2024

Massimo Ricco Chocolato

Assalamualaikum..
Hye semua..

Massimo keluarkan roti potong dengan rasa coklat.. Sedap pada Sha sebab rasa coklat dia tak terlalu kuat.. Sha beli untuk makan waktu berbuka.. Makanan yang ringkas tapi mengenyangkan.. Bila berbuka, memang tak lalu nak makan nasi atau makanan yang berat.. Makanan yang paling mudah untuk Sha, adalah roti ataupun kuih muih.. Tapi rotilah paling mudah..

Massimo Ricco Chocolato (360g) - RM5.50 (Beli kat 99 Speedmart dapat diskuan 20 sen)

Mewah coklat tapi tak manis pun dan dia guna coklat gelap jadi rasa dia memang sedang elok je untuk tekak Sha..

Rupa rotinya.. Sedap..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com