Saturday, March 30, 2024

ebook | Ada Masanya Aku Suka Duka oleh Shai Kamarudin (pseudonym), Nurul Syahida

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mengandungi 5 kisah hidup yang berliku jalannya.. Kesemuanya memberikan impak yang menarik pada Sha.. Olahan penulis sangat cantik.. Owh ya, cerita dalam ini bukan sahaja menggunakan Bahasa Melayu, sebaliknya ada dua cerita menggunakan Bahasa Inggeris..

25 Tahun - Kisah Sabrina yang terperangkap dalam perasaan cinta pada kawan baiknya sampai tak nampak kewujudan seorang lelaki yang begitu menyukai beliau..

To Where It Was - Kisah Ain dan Hud.. Ain mengenali Hud dari zaman belajar tanpa mengetahui yang Hud sudahpun mempunyai Sha sebagai kekasih.. Bila Ain berjumpa semula dengan Hud, Hud sudahpun bercerai.. Ain menerima walaupun sepatutnya dia menolak sebab Hud dan isteri dia adalah red flag.. Memang red flag lah sebab bekas isteri Hud asyik mengganggu Hud dan Hud pula melayan.. Akhirnya Ain buat keputusan tinggalkan Hud dan teruskan kehidupan..

Epistolari - Kisah Chacha dan Isa yang berubah dari musuh kepada sumai isteri.. Cara penyampaian cerita yang ini best sebab menggunakan perbualan whatsapp.. Syok betul baca..

Nurunuhaa.at.gmail - Sweet gila cerita ini.. Hanya kerana tersalah email, sebuah perhubungan pun terbina..

Tiada Apa di Kapadokya - Sebuah kisah tentang manusia bernama Aril yang terpaksa berkerja mengambil gambar orang bulan madu di Cappadocia sedangkan tempat itu menjengkelkan dia kerana mengingatkan dia tentang tunangnya yang lari mengikut lelaki lain.. Namun perkenalan Aril dengan Ummu mengubah pandangan Aril dan membenihkan cinta..

Cerita bonus Mie and You and Them - Cerita terakhir ini kesinambungan dari buku bertajuk Mie & You oleh Shai Kamarudin.. Apa yang disampaikan dalam cerita terakhir ini mungkin pernah dialami mereka yang berjaya lalui serangan Covid-19.. Memang menyentuh perasaanlah.. Ini kesinambungan cerita bahagian bahasa Inggeris tau..

Sha baca dan selesai pada 26.03.2024..

Published February 1, 2021 by Nurul Syahida Kamarudin

2 comments:

  1. Oh jadi macam antalogi yaa, ada Bbrp cerita. Bagus juga .. . Dari review kakak sepertinya menarik

    ReplyDelete
  2. sy suka novel antologi macam ni
    lajuuuu je habis

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com