Assalamualaikum..
Hye semua..
Selain membaca dan melakukan kerja rumah, hujung minggu juga dihabiskan dengan menonton filem dan drama.. Anak-anak menonton filem animasi, manakala Sha pula menonton filem dari pelbagai negara.. Antaranya ialah filem ini.. Detective Dee: The Four Heavenly Kings ini dah lalu lalang banyak kali dah cuma baru ini tergerak nak tengok.. Filem yang menarik.. Sha suka watak utamanya iaitu Detective Dee yang dilakonkan oleh Mark Chao.. Sangat menarik..
Filem ini mengisahkan niat jahat Permaisuri Wu yang tak bersetuju dengan tindakan maharaja yang memberikan Tombak Penjinak Naga kepada Detektif Dee.. Dari situ bermulalah konspirasi permaisuri dalam mengenakan Detektif Dee.. Selain Permaisuri, ada satu puak yang berdendam dengan kerajaan dan ingin menjatuhkan kerajaan.. Bila dendam menguasai jiwa, sihir hanyalah loncatan.. Hati yang hitam sangat mudah terpedaya.. Dengan bantuan sahabat-sahabat beliau, Detektif Dee berjaya menyelesaikan krisis yang berlaku dengan jayanya..
Filem ini menarik sebab dari awal sehingga ke hujung cerita penuh aksi.. Satu lagi yang buat Sha teruja ialah Sha terjumpa filem ini yang mempunyai subtitle bahasa melayu dan menggunakan sedikit loghat Kedah.. Bayangkan tengok filem China tapi ayat kat bawah loghat Kedah.. Memnag menghiburkan.. Hahaha.. ending credit filem ini..
Movie: Detective Dee: The Four Heavenly Kings
Country: China
Release Date: Jul 27, 2018
Also Known As: Detective Dee and the Four Kings , Di Ren Jie Zhi Si Da Tian Wang
Directors: Chui Hak
Genres: Action, Suspense, Adventure, Mystery, Crime, Detective
Sinopsis: Detective Dee is forced to defend himself against the accusations of Empress Wu while investigating a crime spree.
This marks the return of Detective Dee after the success of the first release 7 years ago. Main character Di Renjie is a former detective from the Tang Dynasty that was ordered by Empress Wu Zetian to solve mysterious murder cases.