Showing posts with label Koleksi. Show all posts
Showing posts with label Koleksi. Show all posts

Saturday, June 20, 2026

Hadiah Ulang Tahun Kelahiran Amani & Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini ulang tahun kelahiran Amani.. Sha belikan hadiah ini awal sedikit masa minggu PBAKL 2026 hari tu.. Sha beli atas talian ja.. Sha belikan sekali untuk Imani sebab Mac hari tu Sha belanja dia kek ja.. Alang-alang Imani bising dah tak ada bahan bacaan, Sha belikan lah sekali.. Kebetulan minggu PBAKL, banyak lah diskaun dekat shopee.. 

Ini pilihan Sha untuk Imani.. Sha tambah sebab Imani pilih 4 ja buku awal tu.. Jadinya Sha carikan lah buku lain untuk dia..
Cilgu Talhah Sebuah Kisah Sedih oleh Yaya Okita
Cikgu Harith Sebuah Galau Perjuangan oleh Yaya Okita
Ameer & Musa: Geng Jom Solat oleh Yaya Okita
Ameer & Musa: Geng ke Masjid oleh Yaya Okita
Jejak paranormal oleh Olvidado Shakur
Pemburu DNA oleh Olvidado Shakur

Ini pula pilihan Imani sendiri..
1. Siri Candy 70: Dihujani Segenap Rasa [Cuaca] oleh Kaoru
2. Kisah Zulaikha 28 oleh Xanseviera
3. Kisah Zulaikha 21 oleh Xanseviera
4. Kisah Zulaikha 19 oleh Xanseviera

Ini pilihan Amani
1. Titik Koma oleh Aramoon
2. Missing Pages oleh Anna Lee, Ayumi Syafiqah, Ema Deesyiaqis, Farrah Izzlorna, Jun Sahaja, Pasha (buku ini Sha dah pernah beli sebelum ini tapi rosak dimakan anai-anai, jadinya Sha belikan jugalah yang baru untuk Amani..)

Ini pun pilihan Amani sendiri..
1. BF-Ku Idola K-Pop? 03 oleh Xanseviera
2. BF-Ku Idola K-Pop? 04 oleh Xanseviera
3. Novel Siri Putera 04: Kutukan Teater Opera oleh Natasha Mazya, Kaoru 

Ini pun buku pilihan Amani.. Hargany RM25 tapi masa Sha belikan untuk Amani, ada diskaun yang banyaklah juga tinggal RM7 ja..
Kaoru's First Draft【Artbook】
Illustrations & Commentary by Kaoru
Size: A4
Page Count: 64 pages

Tuesday, May 19, 2026

Coretan 19 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha agak kurang sihat.. Tak pastilah salah makan ke atau memang perut dah tak berapa nak okay.. Berulang juga Sha ke toilet hari ini.. sebelah pagi ja lah.. Lepas sapu minyak angin, legalah sikit.. Hari ini pun tak adalah nak buat kerja berat ke apa, jadinya teruskan juga puasa.. Petangnya ke pasar malam nak cari nasi lemak daun pisang, tapi tak jumpa.. Jumpa buah ja.. Jadilah..

Menu sahur Sha pagi tadi.. Anak-anak tak nak bawa bekal, jadinya Sha sahur dengan Numee mi goreng ja.. Makan juga kurma dan kekacang.. Tak lalu nak makan nasi.. Ini pun makan dengan kimchi..

Petangnya, Sha teman encik suami ke Tanjung Malim untuk tukar mata wang..

Singgah pasar malam juga cari buah.. Epal (6 biji) dengan pear (4 biji) tu RM10, buah laici tu RM11 lebih tapi dia bagi dekat Sha RM10 ja.. Sha beli juga buah oren sekilo RM10..

Yeah!! Buku dah sampai.. Terima kasih penulis Lila Vee dan Akyelrahim.. 

Koleksi baru ebuku Sha sempena PBAKL yang bakal berlangsung minggu hadapan.. Kali ini kita layan tema romantis pula..

Monday, May 18, 2026

Coretan 18 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha bangun lagi awal dari biasa sebab nak puasa sunat.. Masak sekali bekal untuk anak-anak ke sekolah.. Petang balik kerja terima kejutan.. Kejutan istimewa dari Buku Fixi..

Ambil ubat alergi Imani dan ubat encik suami.. Orang pertama yang tunggu depan farmasi sebelum farmasi dibuka.. Cepat sebab awal dan orang tak ramai..

Sahur hari pertama.. Sha masak nasi goreng tuna, makan dengan ikan bilis goreng bersama air sejuk dan 3 biji kurma..

Sha dapat sebuah buku bertajuk Cerpen oleh Neesa Jamal.. Tak pasti macam mana boleh dapat, kejutan yang memberikan sejuta kebahagiaan..

Saturday, March 28, 2026

Sampul Duit Raya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Khamis (6 Syawal 1447H) tu kan Sha pergi Melaka ziarah Along Sha.. Along bagi Sha sampul duit raya ini.. Memang cun-cun lah.. Lepas tu sampul yang dah tak ada lagi keluarannya.. Memang lagendlah kan..

Along bagi Sha sampul dari Maybank, Tesco, Intersurgical, Petron dan OCBC.. 

Ini dari Maybank.. Satu pek ada 8 keping.. Cantikkan..

Sampul Tesco ini memang lagendlah.. Tapi satu pek ada 3 keping ja..

Ini pula sampul duit raya dari Intersurgical.. Satu pek ada 5 keping..

Ini dapat 2 keping ja.. Sampul dari Petron.. Bila diterbalikkan dan letak sebelah-sebelah dia jadi peta..

Ini dari Maybank.. 1 pek ada 8 keping..

Ini pula dari OCBC bank.. Memang lawa dan eksklusiflah.. Sampul dalam sampul.. 1 sampul besar dengan 8 keping sampul dalam dia.. Warna pun cantik..

Thursday, February 19, 2026

Koleksi Sampul Duit ECOShop

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru ini masa Sha jalan ke Sekinchan, Sha sempat singgah ECO Shop Sungai Besar.. Ternampaklah sampul duit raya ini di belakang kaunter.. Memang Sha beli teruslah 2 set.. 1 set tu ada 4 corak dan setiap corak ada 10 keping.. Jadinya 40 keping tu RM2.60, memang cunlah kan.. Bukan senang nak dapat sampul duit raya ini.. Cepat habisnya.. Beli awal tak kalut.. kikiki.. Lawa-lawa corak dia.. Berbaloi sangat-sangat dengan harga yang dijual..

Ada 8 reka corak dan setiap corak ada 10 keping..

Friday, December 26, 2025

Hadiah Ulang Tahun Kelahiran

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam dapat mesej macam dibawah ini.. Teruja rasa hati.. Bukan tak membaca, baca tapi tu lah.. Kadang separuh jalan.. Bila dapat mesej ini, teruja nak membaca.. Nanti Sha kongsikan ulasannya tau.. Korang kalau berminat nak baca, boleh klik SINI..


Raksi Lara - Syameen Khalili
Ke Hadapan Bakal Bekas Suami Farah Eudora - Syaz Eym
Calon JodohLeftenan Qif - Ida Anuar
Khilaf Melisa, Takdirnya Radhi - Shahriah Ismail

Sunday, December 21, 2025

Menjelajah ke 7E Cafe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi bawa Amani dan Imani cari baju dekat Hari Hari.. Lepas tu mereka ajak menyinggah ke 7E nak mencari komik dan novel.. Makanya jomlah kita menerjah 7E.. Dua 7E yang Sha bawa diorang demi mencari komik dan novel keluaran GempakStarz.. Berjayalah jumpa.. Buku-buku ini mereka guna duit sendiri.. Sha memang jaranglah nak belikan kecuali kalau ada hari istimewa ataupun hadiah untuk mereka.. Selalunya memang Amani dan Imani akan kumpul duit belanja untuk beli buku.. Bertambahlah koleksi mereka.. Mak pun tumpang baca juga.. Adalah pengisian untuk cuti sekolah ini nanti..

Ini buku Amani.. Kalau ikutkan, ada lagi yang dia nak beli tapi dia tahan diri.. Nak minta Sha beli atas talian katanya..

Ini pula buku Imani..

Thursday, March 6, 2025

Buku Baru untuk Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara hadia Sha untuk Imani.. Sha minat Yaya Okita ini dah lama.. Sebelum ini ada komik beliau yang Sha tak berpeluang nak beli.. Kali ini ada rezeki lebih, Sha belikan untuk Imani sempena ulang tahun dia.. Sebelum bagi dekat Imani, mak balut dulu.. kikiki.. Sha beli dengan tawaran harga dan penghantaran percuma.. Pada Sha okaylah sebab bukunya berwarna warni memang sukalah anak Sha bila dapat..

Balutan yang cantik dan kemas..

Sha beli kombo yang dalam sampul biru tu dan buku The Inspirizer tu Sha tambah sebab ada potongan harga..

Inilah kombo yang Sha belikan tu..
Diari Yaya Okita dan Sahabat Syurga..

Monday, December 9, 2024

Aktivitu Hujung Minggu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan entry Rezeki Orang Berpindah.. Ini adalah buku-buku yang Sha ambil untuk bacaan anak-anak Sha.. Sebelum baca kita balut dulu.. Banyak senarai yang menarik ye kawan-kawan..

Jenuh nak balut.. kikiki..

Koleksi Ramlee Awang Murshid
Magis
Sunan Musafir
Sunan
Fiksyen 302
Raudhah
Aku Bercerita
Legasi Tombiruo
Mikhail
Imaginasi
Ungu Karmila
Mitos
Rayyan Fantasi
Banja Manggala
Haura
Anding Ayangan
Anding Ayangan II
Kasyaf Ain
Saifudin Jalis: Musafir Cinta Meraga Sukma

Buku Saifudin Jalis dan Haura ini masih berbalut, siap ada hadiah lagi.. Ada fridge magnet, penanda buku dan button batch..

Buku dalam gambar ini tak semua Sha ambil.. Kisah Laki Bini dengan Kisah Anak Bini tu Sha bawa ke Perpustakaan tempat kerja Sha.. Selebihnya macam senarai dibawah ini, Sha ambil dan balut..
Ahmad Ammar
Diari Diet Lola
Panggil Saya Bedah
Namaku Bedah
Dalam Bilik Darjah

Ini pula buku-buku berkaitan puzzle dan word search.. Anak-anak Sha ambil ini..

Koleksi Jangan Baca Novel ini, Forever Lat dan Medan Selera Odyssey..

Buku-buku ini Sha leta di Perpustakaan tempat kerja Sha.. Tak sesuai anak-anak Sha baca..

Ini pula buku selebihnya, Sha bawa ke Perpustakaan tempat kerja Sha.. Bertambahlah koleksi Perpustakaan..

Rezeki Orang Berpindah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengah ralit buat kerja, encik suami hantar gambar seketul rak buku berisi buku-buku pada (04.12.2024).. Tanya Sha nak tak.. Mestilah Sha jawab nak.. Kawan pejabat dia pindah keluar dari kuarters, jadinya banyak barang yang dia tak nak bawa pergi rumah baru.. Antaranya rak berisi buku ini dan mesin jahit.. Encik suami tahu Sha dan anak-anak minat membaca tu yang dia ambil gambar tunjuk dekat Sha.. Sebenarnya banyak lagi barang yang rakan pejabat dia bagi dekat kawan-kawan lain.. Selebihnya dia buang.. 

Gambar rak berisi buku yang encik suami hantar dekat Sha.. Sha ingatkan sikit ja, rupanya banyak.. Paling mengujakan ada koleksi Ramlee Awang Murshid.. Turut diberinya rak tu sekali.. Owh ya, buku bahagian bawah tu ada dua lapis rupanya.. Bahagian belakang ada lagi buku..

Ini pun dapat juga.. Encik suami bagi dekat Imani.. Imani minat jahit-jahit ini jadinya encik suami bagi dekat dia..

Tuesday, June 11, 2024

Koleksi Terbaru Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis kesayangan Sha keluarkan buku baru sempena PBAKL 2024.. Satu novel penuh dan satu novel kompilasi.. Kedua-duanya bertemakan seram.. Tema kesukaan Sha.. Banyak juga cenderahati yang diberikan penulis.. Ada penanda buku, kad checklist senarai novel beliau, kad terima kasih, penanda magnetik, fridge magnet serta coklat..

Pengabdi Telaga Ungkar oleh Maria Kajiwa

Sebelum baca, kita balut dulu..

Ini yang paling mahal, tandatangan penulis dan ucapan pada buku..

Buku yang ini pun ada..

Friday, June 7, 2024

Koleksi Buku Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku-buku ini Sha tak beli pun.. Diberi orang semuanya.. Kebetulan seminggu sebelum cuti sekolah abang Sha turun ziarah, Abanglah belanja anak-anak buku yang dalam gambar pertama tu.. Sha pun menyelit juga.. kikiki.. Gambar yang kedua tu pula dari sepupu Sha.. Kelmarin baru berkesempatan nak membalutnya.. Lama tak balut buku banyak-banyak macam ini.. Sha guna plastik pembalut warna oren dan hitam.. Bila dah balut ini, barulah syok nak membaca..

Lari-Lari GEMPAK! oleh King Kong
XOXO oleh Axie Oh
Seni Dalam Memberi oleh SisYoujae
Maboroshi oleh Mari Okada
Koleksi Terulung Keladi oleh Keladi

Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi oleh Musa Nuwayri
Terima Kasih Si Babi Hutan oleh Ismail Ariffin @ Lepat
Saring Sebelum Mereng oleh Mat Rodi
Dendam Anak Jagoan oleh Aisa Linglung, Nami Cob Nobbler
Bolot oleh Asmar Shah
KL Noir: Blue by Eeleen Lee(Editor), Mama Vies, Chua Kok Yee
KL Noir: White by Amir Hafizi(editor), Nadia Khan, Foong Li Mei

Jomlah membalut..

Monday, January 22, 2024

Koleksi Terbaru Penulis Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli Tiga Jumaat oleh Maria Kajiwa sebab buku ini hanya dicetak sebanyak 200 naskah sahaja dan penulis jual 190 naskah.. Sha pemilik ke 23.. Alang-alang beli melalui Shopee, Sha beli sekali buku penulis yang sebelum ini bertajuk Luk Thep.. Penulis memang galakkan pembelian melalui Shopee.. Walaupun melalui Shopee, tetap ada tandatangan dan cenderahati dari penulis..

Luk Thep & Tiga Jumaat

Ada penanda buku, button badge, kad terima kasih dan sticker ngeri.. Owh ya, ada juga tandatangan beliau..

Pemilik ke 23..

Buku ini pun ada tandatangan dan sedikit kata-kata dari penulis beserta penanda buku..

Monday, January 1, 2024

Koleksi Sepanjang 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kongsikan pembelian ebook, novel dan buku sepanjang 2023.. Hadiah juga ada Sha senaraikan.. Mana-mana tajuk yang ada link pautan tu bermakna Sha dah baca.. Bertambah dan dibaca.. Kiranya ada pergerakanlah kan.. kikiki..

ebook
5. The Undead oleh Del Osmera
11. Gadis Futuristik oleh Sharina Elisa
12. Jurugambar Hantu oleh Ilya Abdullah
13. Al-Ummu oleh Del Osmera
14. Ketukan Kum Kum oleh Ninie Othman
15. Pelesit oleh Ninie Othman
16. Dilangkah Hantu Galah oleh Ninie Othman
17. Sumpahan Hantu Bukit oleh Ninie Othman
18. Kum-kum oleh Ilya Abdullah
19. Teman Pengganti oleh Ilya Abdullah
22. Hikayat Elementalis Purba - Pewaris Phoenix oleh Novelis Dylas
23. Jelik oleh Ismi Fa Ismail
25. FANTASTIK oleh Hasrul Rizwan
26. Akan Ada Akhirnya oleh Ogy Yusof


Novel
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com