Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Sunday, June 14, 2026

Coretan 14 Jun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini tak dapat nak briskwalk sebab hujan lebat.. Plan asal nak briskwalk, lepas tu masak dan keluar.. Bila hujan kita batal briskwalk teruslah masak ja.. Selesai masak, Sha keluar dengan encik suami, menunaikan temujanji yang tertangguh.. Ini kita buat entry lainlah..

Semalam briskwalk dengan Amani dapatlah 4086 langkah dengan jarak 3.16km.. Kononnya petang nak briskwalk tapi ke laut dalam.. kikikiki..

Beg ini Sha dapat dari Majlis Daerah Tanjung Malim.. Ada staf dia bagi dekat pasaraya TF Value Mart, Bandar Behrang 2020.. TF sekarang ini memang dah tak bagi beg plastik, jadinya bila dapat beg macam ini memang bergunalah sangat.. Tinggal ja dalam kereta..

Bila gulungkan jadilah macam ini beg dia.. Beg kain yang berkualiti tau.. 

Friday, June 12, 2026

Coretan 12 Jun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini tak dapat nak buat briskwalk.. Sha balik lambat dari pejabat.. Hujan lebat dekat Slim River.. Hujan, lepas tu berangin siap ada kilat dan guruh.. Memang Sha lepaklah tunggu hujan reda baru gerak balik.. Sampai rumah dah 6.40 petang.. Masuk rumah teruslah kita.. Esok lah briskwalk..

Hari ini dapat banyak ini ja langkah.. Ini pun sebab Sha balik tengah hari, ambil anak balik sekolah.. Kalau tak, lagi sikit dari ini.. kikiki.. Setakat jalan pergi bilik air ja lah.. Bolehlah kan..

Pagi tadi ada Perhimpunan Bulanan untuk bulan Jun.. Jabatan O&G yang uruskan.. Mereka bagi nasi lemak, air mineral, penanda buku dan sebatang pen.. Nasi lemak tu wangi dan sedap betul.. Teringat-ingatlah lepas makan.. kikiki.. 

Thursday, June 11, 2026

Cerita Hari Khamis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha cuti sebab Imani ada temujanji doktor sebenarnya.. Oleh kerana temujanjinya jam 3 petang, Sha tak cutikan Imani.. Sha ambil dia balik sekolah, bawa ke rumah transit untuk mandi dan terus ke hospital..

Sha dengan Imani sampai hospital ngam-ngam jam 3 petang.. Jumpa doktor sekejap ja.. Doktor tengok lidah Imani dah okay.. Cumanya doktor minta pantau ja lidah Imani tu, kalau jadi lagi bertompok-tompok doktor minta maklumkan dekat dia.. Lagi 4 bulan jumpa balik untuk pantau gigi pula.. 
Sha beli kopi Wanda Gold ini sebab lama tak beli.. Lepas tu tengok dekat rak, macam ada percuma kopi wanda 3in1.. Sajalah Sha tanya adik jurujual tu.. Rupanya kalau beli pek besar 3in1 baru dapat percuma.. Tapi adik jurujual tu bagi ja dekat Sha tadi.. Dapat dua pula tu.. Setiap 1 tu ada 2 sachet.. Satu original dan satu kopi tarik.. 

Petangnya Sha jalan lagi.. Kali ini dapat 3.29km dengan 3888 langkah.. Alhamdulillah, cukup 10 ribu langkah Sha hari ini.. Bukan senang nak dapat 10 ribu ini..

Merasalah jumpa anak ular tedung.. Tau pun sebab corak dekat kepala dia tu.. Mujur perasan, Sha elak je lah.. Dah jauh baru berani ambil gambar dia.. Lepas ini memang kena jalan atas jalanlah.. Pengalaman sungguh..

Coretan 11 Jun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha cuti.. Jadinya lepas hantar anak ke sekolah, Sha keluar buat briskwalk.. Pusing balik ikut laluan asal.. Alhamdulillah tak ada dah anjing.. kikiki.. Risau risau juga masa nak lalu tu.. Tapi yakinkan diri sebab staf dah ramai dan mula ke tempat kerja, mesti anjing tu dah lari ke tempat lain.. Yeah!! Dah boleh lalu balik laluan asal Sha briskwalk.. Lega hati.. 

Cantikkan langit tu.. Jalan sorang, Sha pakai headphone.. 

Dapatlah 3.3km dengan 3842 langkah.. Jadilah untuk sebelah pagi.. Kalau rajin, petang karang Sha briskwalk lagi.. Sementara tengah semangat ni, kenalah buat.. Sha nak cuba dapatkan 10 ribu langkah hari ini.. Kita cuba..

Wednesday, June 10, 2026

Coretan 10 Jun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi Sha briskwalk sorang-sorang.. Pakai headphones, pasang lagu rancak terus jalan.. Memang tak toleh kiri kananlah.. Ada ja orang briskwalk dan berlari.. Tapi tak ramailah.. selusih dengan orang balik kerja juga cumanya tak lah ramai sebab Sha keluar pun dah dekat pukul 6 petang.. Jadilah briskwalk 30 minit..

Amani dan Imani bawa balik hadiah menang perbarisan masa Kejohanan Olahraga Tahunan Ke 14 hari tu.. Pasukan Puteri Islam dapat tempat kedua.. Hari ini ada perjumpaan koko, barulah cikgu agihkan hadiah.. Mereka dapat hamper, jadinya bagilah sorang sikit..

Lawa betul langit petang.. Matahari tak ada.. Cuaca redup ja.. Syok tengok langit..

Suka betul Sha tengok puncak bukit..

Bila jalan kaki ini, memang dapatlah 30 minit dan 3 ribu lebih langkah.. kikiki..

Tuesday, June 9, 2026

Coretan 09 Jun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita dua hari ini.. Semalam nak buat entry, terlupalah pula.. Kita sekalikan je lah hari ini.. kikiki..

Amani dan Imani dapat hadiah ini semalam sebab datang awal.. 10 orang yang paling awal ja sapat.. Amani no 8 dan Imani no 9.. Alhamdulillah, rezeki datang awal.. Cikgu panggil nama masa perhimpunan..

Petang semalam Sha buat senaman ringan di rumah.. Dapatlah 3 ribu lebih langkah untuk 30 minit.. Nak dapatkan 10 ribu langkah sehari tu agak payahlah juga sebab kerjanya duduk ja kan..

Hari ini Sha tolong bos beli kuih untuk mesyuarat.. Kalut sikitlah sebab mengejut.. Kalau ikutkan tak payah, tiba-tiba nak pula.. Mujurlah ada kuihnya.. 

Hari ini Sha buat senaman yang sama macam semalam cuma kurang 3 minit ja.. Tak dapatlah pula 3 ribu langkah.. Masa cukuplah 30 minit.. Macam tu lah bila guna telefon.. Kadang dia tak detect pergerakan kita.. Tak pe lah yang penting bersenam..

Sunday, June 7, 2026

Coretan 07 Jun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini lambat sikit Sha keluar briskwalk.. Pusing jalan dalam poli waktu lengang ini, rasa dia lain sikit.. Jalan sunyi, tenang tanpa hiruk pikuk pelajar mahupun kenderaan.. Memang relakslah.. Sejuk pula tu sebab malamnya hujan.. Pagi tu pun masih redup dan mendung.. Syok betul.. Terapi mata dan hati.. Balik ja dari briskwalk, Sha terus masak.. Masak lauk tengah hari sampai malam.. Senang.. kikiki..

Layan langit sekali..

Cahaya matahari baru nak muncul..

Dapatlah 3 ribu langkah.. Kalau kumpul dengan merayap dekat kenduri dapatlah 5 ribu levih langkah.. Ini pun sebab kena parking jauh.. Kawasan parking terhad.. kikiki.. 

Encik suami ajak sarapan berdua..

Makan wantan mi kicap dan 'Lor Mai Gai' aka pulut ayam.. 

Air pula Sha minum longan ais dan encik suami ambil selasih bunga telang..

Lepas tu kami terus ke kenduri kahwin anak buah encik suami.. Sha makan yang ringan-ringan ja.. Kenyang lagi makan mi kicap tadi.. 

Dapat tiga kotak buah tangan..

Ini pula isi dalam kotak buah tangan yang kami terima dari keluarga pengantin..

Saturday, June 6, 2026

Coretan 06 Jun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi-pagi kita briskwalk demi sihat dan penjelajahan di BookDoc.. kikiki.. Mula tu macam nak batalkan ja sebab langit gelap gila.. Elok pukul 7, cerah dah.. Makanya jomlah teruskan niat.. Tapi macam tak banyak pula langkah pagi ini.. Tak apa.. Kita sambung buat senaman dalam rumah pula.. kikiki.. Jadilah untuk 5000 lebih langkah.. Tu belum campur merayap dekat ECO dan TF lagi.. kikiki..

Langit dah mula cerah.. Cantikkan...

Suka betul pemandangan waktu pagi tiap kali briskwalk..

Ini Sha briskwalk dengan Amani..

Ini Sha buat senaman ringan dekat rumah.. 

Sha selalu ikut video Walk at Home by Leslie Sansone ini ja tiap kali buat senaman di rumah.. Ini salah satu video yang Sha rajin ikut.. Banyak ja dekat youtube tu..

Wednesday, June 3, 2026

Nazatul Nursing Healthcare

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Baru-baru ini MIL Sha masuk hospital.. Oleh kerana encik suami tak boleh nak jaga MIL dalam wad, encik suami minta carikan caretaker.. Sha jumpalah syarikat ini.. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kami.. Encik suami tempah untuk dua hari.. Bermula 7 malam Isnin (31/05/2026) sehinggalah Selasa (02/06/2026).. Alhamdulillah perkhidmatan yang diberikan memang terbaik.. Staf tu ada Diploma in Medical Assistence.. Syarikat bagi siap resume staf dan juga lesen untuk makluman kita.. Kiranya orang yang kita bayar tu memang professional lah.. Bukan biasa-biasa..

Paling bagus urusan dengan doktor pun staf boleh bantu juga.. Memang memudahkan encik suamilah..

Ini bayaran perkhidmatan yang disediakan.. 

Tuesday, June 2, 2026

Coretan 02 Jun 2026

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Sha tetap teruskan misi briskwalk Sha walaupun langit kelihatan gelap.. Mula tu Sha ingat jerebu.. Sekali memang nak hujan.. Pertama kalinya Sha nampak awang gelap bergerak.. Memang mengujakan.. Sempatlah Sha rakam video awan bergerak.. separuh jalan gerimis mula turun, tetaplah Sha dan Amani teruskan perjalanan sampailah hujan mula lebat.. Bertempiaran Sha dan Amani berlari balik.. hahaha.. Pengalaman betul.. 

Langit dah mula gelap..

Sha kongsikan video awan bergerak.. Kalau korang perasanlah.. 

Masa Sha ambil gambar ini, dah mula gerimis..

Jarak pendek dan langkah tak banyak tapi tetap berjaya buat.. Seronok sebenarnya bila keluar waktu pagi.. Tambahan pula masa cuti ini, orang tak ada.. Jalan tenang tanpa kereta dan manusia.. Memang relaks ja rasa..

Monday, June 1, 2026

Coretan 1 Jun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lembik lutut rasanya sebab jalan terlalu banyak semalam.. Tapi tetaplah Sha gagahkan diri berjalan pagi ini.. Cumanya kena tukar route.. Tiba-tiba ada anjing 3 ekor berkejar-kejaran dekat laluan yang selalu Sha dan Amani guna untuk briskwalk.. Seram.. Jadinya kita lalulah route lain demi keselamatan diri..

Tetaplah dapat buat lebih 30 minit.. Jaraknya tak adalah jauh, dalam 3.07km sahaja.. Tapi langkah kakinya dapatlah 4038..

Sejuk hati tengok langit..

Pagi-pagi inilah pemandangan yang Sha suka..

Sunday, May 31, 2026

Coretan 31 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha briskwalk lambat sikit.. Teman encik suami selesaikan urusan beliau dulu.. Lepas tu barulah Sha briskwalk.. Hari ini briskwalk seorang ja.. Amani tak ikut.. Walaupun dah lewat tetaplah Sha gagahkan diri berjalan.. Kena tetap semangat.. Bila dah mula, kenalah terus melangkah.. Bukan apa, nanti bila dah berhenti, susah nak mula balik.. Sha fikir langkah ini selain melunaskan cabaran, ianya mampu memberikan kesihatan pada Sha.. InsyaAllah..

Banyak sikit langkahnya sebab Sha luaskan lagi tempat berjalan.. kikiki..

Bila keluar lewat, lagi cantik langit.. Biru ja dengan sentuhan putih yang sederhana..

Lawakan.. Sejuk mata dan jiwa.. Memang terapi yang menenangkan..

Saturday, May 30, 2026

Coretan 30 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha bangun awal hari ini dengan semangat ingin mengumpul sebanyak-banyaknya langkah.. Selesai ja masak sarapan, Sha dan Amani briskwalk pagi.. Selesai briskwalk, Sha menyiapkan senarai barang rumah yang ingin dibeli pula.. Berdua ja dengan Amani.. 

Sambil-sambil tu, sempatlah Sha mengemas juga barang-barang yang dah tak perlu.. Banyak sangat pun runsing juga tengok.. Kita buang ja lah mana yang tak perlu.. Simpan pun jadi tukun ja..

Semangat berkobar-kobar pagi ini.. Dapatlah 4028 langkah dengan jarak 3.25km dan masanya 41 minit.. Ini briskwalk waktu pagi..

Sebahagian barang rumah yang Sha beli.. 2 bulan tak beli barang, memang banyaklah.. Ada lagi 3 bag sebenarnya termasuk beras.. Amani dah siap kemas, tinggallah yang ini ja untuk Sha ambil gambarnya.. Sekarang kena bawa beg beli belah sendiri..

Yeah!! Dapat hadiah percuma.. Pinggan dengan flushie tu sebab beli berus gigi Systema.. Maggi perisa baru tu sebab beli 2 bungkus maggi.. 

Jalan dalam TF Value Mart dapatlah 998 langkah.. Tak sampai seribu langkah.. Kira kecik ja lah TF tempat Sha ini.. kikiki.. 

Petangnya Sha belajar untuk terima hakikat, redakan hati untuk perkara yang di luar jangkaan.. Hidup ini kita kena terima hakikat, bukan semua perkara yang kita rancang tu akan kita dapat.. Adalah hikmahnya semua perkara ini terjadi..

Friday, May 29, 2026

Coretan 29 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coretan random ya.. Hari ini pergi kerja encik suami hantar.. Kemudian encik suami ambil untuk balik tengah hari sebab rehat yang panjang.. Masuk kerja petang, Sha bawa kereta sendiri sebab encik suami nak bawa MIL jumpa doktor.. Lagipun Sha nak ke Behrang 2020 ambil kek keju kesukaan kami.. 

Hari Jumaat terakhir untuk bulan Mei 2026.. Tinggal seminggu ja lagi cuti sekolah.. 

Ulang tahun yang ke 17 kami.. Sekejap ja masa berlalu.. 17 tahun dah.. Ini kali terakhir Sha dapat beli kek keju ini.. Pembuat kek ini akan berpindah ke kampung.. Maka berakhirlah sudah jual beli antara kami.. Lepas ini kenalah cari penjual lain pula..

Petang tadi sempatlah jalan 2.61km untuk melepaskan stress dan juga mengejar 100000km.. 

Semalam gagahkan juga diri briskwalk bersama Amani demi sasaran 100000km yang tonggal lagi berapa hari ja nak tamat..

Encik suami bubuh beg di bahagian belakang.. Tempat yang sepatutnya ada box.. Encik suami kata nampak lebih smart bila bubuh beg berbanding bubuh box.. Ini beliau tengah cari beg yang saiz besar sikit.. Sha layan ja..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com