Tuesday, October 31, 2023

US | Missing: Dead or Alive? (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tonton rancangan ini secara tak sengaja.. Kisah bagaimana pasukan orang hilang mencari dan menjejak mereka yang hilang.. Ada 4 kes melibatkan 2 orang dewasa dan dua remaja.. Kes pertama seorang mak yang menghilangkan diri dari anaknya sendiri.. Kea kedua pula seorang remaja perempuan yang dilarikan maknya kerana kalah dalam perebutan hak penjagaan anak.. Kes ketiga, orang dewasa yang berakhir dengan tragik.. Kes keempat pula bila remaja yang pernah ditahan di juvana bertindak menyembunyikan diri kerana takut ditahan semula..

Missing: Dead or Alive?
2023 ‧ Documentary/Crime ‧ 1 season ‧ 45m
Officers from a South Carolina sheriff's department search for individuals who have disappeared under troubling circumstances.

Goodreads | Oktober 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya juga baca 7 buah buku fizikal walaupun selebihnya ebook.. Kali ini banyak sikit bahan bacaan sebab Sha baca buku-buku yang nipis dan komik.. Teruja membaca demi mengalihkan perhatian kepada perkara yang membebankan jiwa.. InsyaAllah masih kuat untuk meneruskan kehidupan cuma kadang-kadang rasa rapuh.. Jom tengok apa yang Sha baca..




India | Mansion 24 (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menonton drama ini mengingatkan Sha pada sebuah filem Korea bertajuk The Grotesque Mansion (2021).. Cumanya penamat drama ini agak tergantung.. Mungkin akan ada musim 2 kot..

Bermula dengan kehilangan Kalidass bapa kepada Amurtha, membuatkan Amurtha mula menyiasat demi membersihkan nama baik bapa dia.. Amurtha di momokkan dengan Mansion 24 berhantu yang mana itulah tempat kali terakhir bapanya dilihat.. Amurtha tetap pergi ke situ dan setiap kali dia pergi, penjaga bangunan itu bercerita tentang kisah penghuni mansion itu.. Setiap kali habis bercerita, Amurtha akan bagi penjelasan logik untuk cerita yang disampaikan kepada penjaga itu.. Hinggalah pada episod akhir Amurtha bertanyakan tentang bilik no 24 dan disinilah kebenaran mengenai kehilangan ayah dia terbongkar.. 

Mansion 24 (2023)
Web Series S 1
Total of 6 Episode
Genre : Paronormal / horror thriller

Mengisahkan Amurtha (Varalaxhmi Sarathkumar) seorang Wartawan penyiasat jenayah yang ayahnya Kalidass (Sathyaraj ) dituduh oleh kerajaan melarikan harta  artifak yang bernilai dan melarikan diri.
Amurtha tertekan kerana ibunya jatuh sakit dan koma selepas mengetahuinya.

Dia dapat tahu bahawa ayahnya kali terakhir di katakan pergi ke Rumah Agam (Mansion) yang terbiar & berhantu. Menurut semua orang, Rumah Agam tersebut sesiapa sahaja yang masuk tidak pernah di katakan berjaya keluar dari rumah tersebut. Untuk membuktikan ayahnya bukan seorang pengkhianat dia mengambil risiko untuk ke rumah tersebut

Monday, October 30, 2023

ebook | Another Episode S / 0 by Yukito Ayatsuji

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya buku ini Sha baca dari awal Oktober tapi lepas tu Sha berhenti sebab macam tak berapa syok nak layan.. Ini baru Sha gagah habiskan bacaan..

Kisahnya Mei berjumpa dengan seorang lelaki bernama Sakaki di sebuah tempat percutian dan tak lama lepas tu Sakaki ni mati dan jadi hantu.. Sakaki tak ingat banyak perkara selepas jadi hantu, cuma Sakaki tahu yang tiada siapa pun tahu dia dah mati kerana kematiannya dirahsiakan.. Sehinggalah Mei datang semula ke tempat tersebut dan bertemu hantu Sakaki ini.. Maka bermulalah pencarian tubuh dan punca kematian Sakaki oleh Mei dan hantu Sakaki..

Tapi bila mayat Sakaki berjaya dijumpai, ada twist yang mengejutkan.. huhuhu.. Nice.. Owh ya, ada komik juga dia suku akhir novel ini..

Sha baca dan selesai pada 29.10.2023..

Published May 24, 2016 by Yen On

Massimo | Limited Edition Torta: Gula Melaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terpandang di rak roti masa mencari roti.. Belilah satu sebab tak pernah nampak.. Semerbak bau gula melaka bila buka bungkusan.. Menakjubkan bila rasanya sedap dan kena dengan selera Sha.. Tak manis tapi bila habis makan ada rasa gula melaka yang tertinggal di lidah.. Menarik.. Kek span ini boleh buat orang suka dan juga tak suka.. Bergantung pada lidah dan tekak anda..

Torta: Gula Melaka - RM1.50

Keratan rentas kek ini..

ebook | GHAIB oleh Uja Hamza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penat betul baca kisah Uja yang diganggu.. Awal-awal membaca, Sha ingatkan Uja tu perempuan tapi lelaki rupanya.. Namanya Uzair.. Uja ini lepas ikut kawan dia mandi sungai terus diganggu.. Bukan sikit-sikit gangguannya, memang teruk dan lembiklah dia.. Mak dan ayah Uja bawa dia balik ke rumah Mak anjang dia.. Masa kat sini makin teruk pula jadinya sampai kemalangan mereka sekeluarga dan keluarga Mak Anjang dia turut diganggu teruk.. Mujurlah ada Ustaz Kamil yang bersedia membantu untuk memulihkan.. Buku ini ada plot twist juga.. Memang tak sangkalah.. Tak salah pun nak ada hobi tapi biarlah berpada-pada.. Uja pula terpaksa hadap akibat dari kesalahan orang tua yang dia tak pernah kenal..

Sha baca dan selesai pada 28.10.2023..

Published September 30, 2022 by Buku Fixi

Sunday, October 29, 2023

Beryl's Almond: Dark & Milk Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ini memang pantang nampak coklat.. Beryl's keluarkan coklat bar pula.. Ada dua rasa iaitu coklat gelap dan coklat susu.. Pembungkusan dia cantik, boleh jadikan hadiah juga.. Rasa kedua-duanya sedap.. Coklat gelap tu memang mewahlah dengan rasa coklat dia, sedikit pahit tapi itulah yang menjadi kesukaan Sha.. Coklat susu tu pun best juga tapi manislah tak macam coklat gelap.. Kedua-duanya didatangkan sekali dengan badam.. Ini yang buat coklat jadi lebih umph!! Badam dia pun meriah..

Beryl's Almond: Dark & Milk Chocolate (90g) - RM7.30
Beryl's Almond: Dark & Milk Chocolate (90g) - RM7.30

Beza warna antara coklat gelap dan coklat susu.. Menarikkan.. Lepastu ada perkataan Beryl's di atas setiap bar coklat..

Paling best bila terbalikkan.. Meriah badam dekat coklat..

Coretan Bekam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semalam selesai buat Urut dan Bekam.. Kali ini Sha pergi dengan Encik Suami.. Pergh!! Lega rasa badan selepas diurut.. Memang lega sangatlah.. Banyak juga darah yang keluar tapi tak ada apa yang serius.. Encik suami pun buat juga cumanya tak serasi dengan beliau.. Sha je yang okay dan akan teruskan buat selagi makcik masih larat nak urut dan bekam.. InsyaAllah..

Minyak bidara sebagai bekalan.. Merah tu minyak panas dan biru tu berangin tapi tak panas..

Dé Blenz Mochaccino

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minuman 3 dalam 1 ini mengandungi serbuk koko juga sebab tu nama dia Mochaccino.. hehehe.. Kalau nak sedap bancuh ikut arahan tapi Sha lebihkan air sebab nampak pekat.. hahaha.. Rasa dia okaylah.. Seimbang antara kopi dan koko.. Tak saling melebih.. Ngam ngam je.. Owh ya.. Sha beli di MR. DIY..

Dé Blenz Mochaccino (150g) - RM5

5 sachet X 30g

Sha bancuh banyak sikit airnya..

Saturday, October 28, 2023

Filem | The Ghost Station (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Padan muka.. Itu makan dia..

Filem ini pasal kemalangan yang terjadi di sebuah stesen keretapi.. Won Won ternampak seorang lelaki membunuh diri dan seorang budak yang bersembunyi di bawah platform.. Won Won bagi tahu dekat sahabat baik dia Na Young yang berkerja sebagai wartawan gosip.. Na Young mula menyiasat dan menggali mengenai kematian yang berlaku satu demi satu.. Semasa menyiasat Na Young dan Won W6n menjumpai setimbun mayat budak yang menderita dan roh mereka berdendam hingga menyebabkan sumpahan berlaku.. Dalam masa yang sama Won Won ini turut terkena sumpahan.. Bila Won Won dapat cara untuk pindakan sumpahan, diapergi bagi dekat Na Young dan Na Young pula pergi pindahkan dekat bos dia yang jahat dan kejam.. Kalau korang tengok filem ini, korang akan tahu kenapa Na Young bagi sumpahan tu dekat bos dia..

Satu je lah yang Sha rasa tak patut.. Kawan baik dia tu.. Sampai hati pi bagi dekat Na Young sumpahan tu.. Kira kejam la pada Sha..

Movie: The Ghost Station
Also Known As: The Ghost of Oksu Station, Oksu Station Ghost, Oksuyeok Gwisin, Oksooyuk Guishin, Ogsuyeog Gwisin
Screenwriter: Takahashi Hiroshi
Director: Jeong Yong Ki
Genres: Mystery, Horror, Supernatural
Country: South Korea
Release Date: Apr 19, 2023
Duration: 1 hr. 20 min.
It follows the mysterious happenings that occur over and over again at Oksu Station. Choi Woo Won is an Oksu Station public service worker who is preparing for his civil service exam. After witnessing a shocking incident at his workplace, he recruits his friend Na Young to help uncover the truth behind Oksu Station.

KFC | Surf N Turf Box Meal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya encik suami nak beli set berger Surf N Turf je tapi bila Sha tengok harga macam tak berbaloi je ambil set berger seba beza harga RM1 camtu dengan box meal ini.. Tu yang encik suami beli box meal.. Lupa pula nak ambil gambar box meal tu.. Dalam set ini ada berger, ayam goreng, air, whipped potato dan coleslow.. Memang kenyanglah makan.. Harga untuk set box meal ini RM25.49..

Okaylah dari segi saiz dan rasa.. Tak adalah wow sangat.. Encik suami okay je, Sha pula tak berapa suka.. Cam muak pula bila dia donutkan udang tu.. Hahaha.. udang tu seekor seekor dan ditepungkan untuk dibentuk jadi donut.. Saiz udang dalam tepung tu, okaylah..

Surf N Turf Berger

Besar jugalah saiz udang yang didonutkan.. 

US | Haunted Mansion (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini remake tapi dengan jalan cerita yang berbeza.. Seorang perempuan bersama anaknya pindah ke sebuah rumah agam.. Sebaik sahaja melangkah masuk mereka tak lagi berjaya meninggalkan rumah tersebut.. Ini kerana roh yang ada dalam rumah tu akan mengikuti dan menghantui mereka dimana sahaja mereka lari atau berpindah.. Gabbie telah meminta bantuan Father Kent tapi tak berjaya.. Makanya Father Kent telah memperdaya seorang lelaki yang kesedihan dan meminati hantu untuk datang ke rumah tersebut.. Bukan mudah untuk mereka mencari tahu sejarah rumah tersebut dan apa yang berlaku sebenarnya.. Namun semua menjadi mudah bila mereka berkerjasama dan mendapat bantuan dari Bruce Davis dan Harriet..

Haunted Mansion
2023 ‧ Horror/Fantasy/Comedy/Drama/Family ‧ 2h 3m
A woman and her son enlist a motley crew of so-called spiritual experts to help rid their home of supernatural squatters.

Friday, October 27, 2023

Secret Recipe | Milo & Lotus Biscoff Cheese

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sepatutnya nak beli brownies SR tapi tak ada.. Encik suami memang tak makan kek-kek ini.. Dia lebih sukakan brownies.. Tapi dah masuk SR kan, mata tu laju je menengok deretan kek yang ada.. Ternampaklah dua kek baru yang tak pernah Sha tengok.. Sudahnya Sha yang beli kek dua potong untuk makan dengan anak dara.. kikiki..

Lotus Biscoff Cheese - RM12.17
Okaylah tapi Sha tak berapa suka sebab manis.. Tak berapa kena dengan tekak Sha..

Milo Cheese - RM11.32
Kek keju milo ini Sha suka.. Memang boleh beli lagi seba rasa milo dia sangat wow.. Ini barulah kaw.. kikiki.. Tak manis sangat, lebih mewah rasa milo dia walaupun bergabung dengan keju tapi masih lagi wow pada lida Sha..

Iklan yang memikat..

ebook | Kisah Natasya Dan Natrah oleh Umi E.Na

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah dua beradik bernama Natasya dan Natrah.. Dalam cerita, ada cerita.. Awal buku ini Natasya menerangkan tentang buaya sambil menyakat Natrah.. Kemudian merwka ke rumah nenek saudara dan bermain bersama ibu ayam dan minum air kelapa.. Akhir sekali Natasya belajar tentang dinasour dan kemudiannya bergaduh dengan Natrah.. Tapi selepas dinasour hampir memakan Natrah, mereka berbaik semula..

Sha baca dan selesai pada 27.10.2023..

Published January 1, 2016 by Buku Prima @ Grup Buku Karangkraf

Massimo | Duetto Strawberry & Blueberry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selain Massimo Duetto Kopi, rupanya ada juga rasa lain iaitu strawberry dan blueberry.. 

Duetto Strawberry & Duetto Blueberry

Inti blueberry yang di duet kan dengan krim.. Tak adalah manis sangat.. Just nice je..
Inti strawberry yang agak meriah lah juga pada Sha.. Krimnya ada cuma inti strawberry tu lebih menguasai pada Sha.. Tapi okay je untuk tekak Sha.. Sedap..

Thursday, October 26, 2023

US | Expend4bles (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Dasyat filem no 4 ini.. Tapi tu lah, Barney mati pula awal filem.. Memang sedih jugalah.. Tambahan bila Christmas tak dibenarkan untuk sertai misi lepas ingkar arahan.. Tapi macam biasalah Christmas bukan jenis dengar cakap.. Dia follow juga dengan bantuan Decha, kenalan lama Barney.. Musuh diorang tu sebenarnyamemang depan mata je, semuanya terbongkar bila dah ada atas kapal..

Filem kali ini pun extra best sebab puas hati tengok babak-babak berlawan Jason Statham..

Expend4bles
(also known as The Expendables 4)
2023 ‧ Action/Adventure/Thriller ‧ 1h 43m
Armed with every weapon they can get their hands on, the Expendables are the world's last line of defense and the team that gets called when all other options are off the table.

ebook | Amy and the blue strawberries by Francesca Vignaga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sangat cute.. Kisah Amy yang sukakan strawberry berwarna biru.. Hanya Amy sahaja yang boleh menanam strawbery biru ini dan buah ini hanya boleh ditanam pada musim bunga sahaja.. Amy sedih bila tak dapat makan buah kegemarannya.. Datanglah bintang bertanya dan akhirna membantu Amy mencari planet yang sesuai.. Akhirnya Amy gembira kerana dia boleh makan buah kegemarannya pada bila-bila masa..

Sh abaca dan selesai pada 23.10.2023..

Published March 19, 2012 by Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd

Coretan 26 Oktober 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selasa (24/10/2023) Sha kena ke PNM untuk pulangkan buku pinjaman kelompok.. Kali ini kena pergi sendiri.. Bayangkanlah nak bawa 650 buah buku sendirian.. Nak buat macam mana, kita orang bawah.. Arahan pergi seorang je.. Ikut je lah.. Sakit-sakitlah badan sebab sampai PNM nak kena susun pula buku tu dekat troli untuk diorang scan satu persatu.. Bayangkan dari hospital cukup jumlah buku, sampai PNM jadi kurang 11 buah buku.. Cari-cari rupanya terlepas scan.. 3 buku je tak jumpa, jenuh duk belek satu-satu.. Sudahnya Sha mengalah sebab tak larat dah nak kelebet satu persatu, dengan tak makannya lagi, mengangkut buku lagi.. Penat gila kot buat sorang-sorang.. Nak tak nak kena bayarlah pula untuk buku yang hilang tu.. Hai.. Entahlah.. 

Tengah sebok-sebok pulangkan buku, rakan sekerja mesej dia ditukarkan.. Baru nak serasi dah berpisah pula.. Staf yang datang ganti lelaki pula.. Aduh!! Terima je lah, nak kata apa.. Tapi jauh juga pengganti tu dari Gopeng.. Jenuhlah dia nak berulang dari Gopeng ke Slim River, jauh tu.. Mungkin dia buat rayuan untuk tak ditukarkan kot.. Tak tahulah.. Doakan je lah semoga urusan dia, Sha dan rakan sekerja dipermudah ye..

650 buah buku dipulangkan semula ke PNM..

Jepun | Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni Season 4 (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Patutnya sebelum musim 4 ini ada satu episod istimewa tapi tulah.. Jenuh dah cari.. Tak jumpa pula.. Makanya kita tengok je lah musim 4 ini.. Musim 4 ini pun jenuh gak cari.. Ada 5 episod je.. Episod 1 je dah mendebarkan.. Teruk juga keadaan Hibiki lepas kehilangan anak dia, memang terus jadi kejamlah.. Tak ada nak lembik atau bersimpati lagi dah.. Laju je membunuh bukan saja zombie tapi manusia jahat.. Hilang terus perangai dia yang baik dan bersimpati..

Musim 4 ini Hibiki terpaksa berkerjasama dengan geng Asuha untuk mencari Utopia tempat yang dikatakan selamat dari zombie.. Hibiki tolong pun sebab ada bukti yang mengatakan anak dia ada di Utopia.. Masa ini juga Hibiki jumpa dengan lelaki yang culik anak dia dan bagi dekat Utopia.. Lelaki yang sama menculik cuba membunuh Hibiki dengan meletupkan kereta Hibiki tapi Hibiki terselamat.. 

Drama: Kimi to Sekai ga Owaru Hi ni Season 4
Also Known As: Love You as the World Ends Season 4, With You on the Day the World Ends Season 4
Screenwriter: Ikeda Natsuko
Director: Sugawara Shintaro
Genres: Action, Mystery, Horror, Romance
Country: Japan
Episodes: 5
Aired: Mar 19, 2023 - Apr 16, 2023
Aired On: Sunday
Original Network: Hulu
Duration: 55 min.
The story takes place 20 months after the end of Season 3. Hibiki has lost his friends and loved ones who fought alongside him, and even his beloved child, Mirai, has been taken from him. Wounded with wounds all over his body, Hibiki wanders alone through the apocalypse, only to be rescued by the Niiyama Foundation Group led by Asuha.

When he is reunited with his former companion Kanae, she cannot hide her surprise at seeing Hibiki as a different person. At the Niiyama Foundation Group, Hibiki obtains the information that Mirai is in "Utopia," which is rumored to be the last city of hope for mankind.


Wednesday, October 25, 2023

ebook | Matahari Janganlah Marah oleh Wildan Nour@Hanom Taib, Cariwan Iwan (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aina sangat sukakan Enck Matahari.. Encik Matahari membantu Aina mengenalnpasti waktu.. Namun semakin lama Encik Matahari semkain marah.. Semuanya kerana penebangan hutan yang berleluasa hingga memyebabkan lapisan ozon menipis.. Aina tak mahu Encik Matahari marah, maka Aina berkongsi dwngan kawan-kawannya mengenai berkongsi kereta, menanam pokok dan perkara lain..

Sha baca dan selesai pada 23.10.2023..

Published January 1, 2015 by Buku Prima Primakids (Grup Buku Karangkraf)

Coretan 25 Oktober 2023

Assalamualaikum..
Selamat pagi..

Susulan Ambil Darah Lagi minggu lepas, hari ini Sha datang untuk dapatkan keputusan darah.. Makluman dari doktor, Sha dah ada tanda-tanda kencing manis.. Sha tak nak makan ubat lagi sebab angka tu tak adalah tinggi, Sha nak cuba kawal pemakanan je dulu.. Makanya beliau rujukan Sha ke klinik Diabetik di Tanjung Malim, Sha minta tukar ke tempat kerja Sha sekarang.. Lebih muda untuk Sha hadir temujanji.. Makanya Januari 2024, bermulalah perjalanan Sha berjumpa doktor secara berkala.. Jomlah kita kawal gula dalam badan.. huhuhu..

Yeah!! Berat turun 2kg.. Hari tu 71kg.. 

Jepun | Jigen Daisuke (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jigen Daisuke seorang penembak tepat.. Malangnya pada satu hari pistol Combat Magnum yang selalu digunakan tersasar dan tidak lagi tepat.. Jigen mula mencari pembuat pistolnya untuk memperbaik semula pistol tersebut.. Tetapi Jigen diarahkan untuk ke Jepun mencari orang lain yang lebih berkemahiran.. Semasa di Jepun tanpa sengaja Jigen telah menolong seorang budak iaitu Oto yang merupakan mangsa culik dan juga bahan eksperimen untuk membuat dadah.. Jigen yang mulanya tak nak mencampuri urusan orang lain, berlembut hati membantu Oto..

Movie: Jigen Daisuke
Also Known As: じげん だいすけ
Director: Hashimoto Hajime
Genres: Action, Adventure, Mystery, Drama
Country: Japan
Release Date: Oct 13, 2023
Duration: 2 hr. 0 min.
Feeling that something’s wrong with his long-time trusted Combat Magnum, Jigen returns to Japan after several years in search of a watchmaker known as the world’s best gun smith.

~~ Adapted from the manga series "Lupin Sansei" (ルパン三世) by Monkey Punch (モンキー・パンチ). ~~

Wordless Wednesday 2023



Tuesday, October 24, 2023

ebook | Mila's Big Curly Hair by Maslina Yusoff

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sangat comel.. Kisah Mila yang tak suka dengan rambut kerinting dia yang kembang.. Mila rasakan yang rambut tu menyusahkan dia.. Hinggalah satu hari Mila bangun dan melihat kepalanya tak lagi berambut.. Kemudian tumbuh pokok bungadi kepalanya dan ini menyebabkan lebah datang.. Mila mula merasakan yang rambut kerintingnya taklah teruk sangat..

Comel betul perangai Mila ini.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 23.10.2023..

Published August 20, 2014 by BUKU PRIMA

Jepun | My Happy Marriage (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau sebelum ini Sha tengok versi live action As Long As We Both Shall Live (2023), kali ini kita layan anime dia pula.. Ini pun seba ada rakan FB kongsikan review.. Kalau tak memang tak tahu ada anime.. Light novel dengan manga pun ada.. Yang ini nantilah kita cari..

Versi anime ini lagi terperincilah jalan cerita dia.. Memang lagi syoklah pada Sha sebab banyak yang boleh kita faham.. Bukanlah versi live action tak best.. Best je.. Cuma penyampaian cerita dalam anime ini lain sikitlah..

Masih berkisarkan tentang watak utama bernama Miyo yang diabaikan oleh keluarganya sendiri selepas dia kehilangan maknya semasa kecil.. Rupanya mak dia memang sengaja seal kebolehan dia dari pengatahuan bapa dia seba keluarga bela bapa dia nak mempergunakan Miyo untuk menjadi keluarga yang dihormati.. Bagus jugala bapa dia berikan Miyo dekat Kiyoka sebab Kiyoka sendiri bukan calang-calang orangnya.. Kebolehan dia sangat dasyat.. Gandingan keduanya rupanya ditakuti hinggakan cubaan membunuh mereka telah dilakukan.. Mujurlah Miyo cepat dalam usaha menyelamatkan Kiyoka..

My Happy Marriage | Watashi No Shiawase Na Kekkon 🏮
Episodes : 12
Duration per episode : 23 Minute
Genre : Drama, Romance, Supernatural
Synopsis : Born to a noble family, Miyo is married off to Kiyoka, a soldier so heartless his prior fiancées fled. With nowhere to go, Miyo slowly starts to open her heart to her cold husband-to-be... Could this be love?

ebook | UMMI… Ceritalah Pada Kami: Erti Al-Fatihah - Episod 1 oleh Siti Aisyah Hussain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah mengenai Alif yang sedang membaca dan menghafal erti surah Al-Fatihah.. Puteri juga ingin menghafal namun agak susah nak ingat.. Ummi pun menyampaikan cerita yang berkaitan dengan surah Al-Fatihah dan sahabat nabi.. Kelebihan dan kepentigan surah Al-Fatihah dalam kehidupan hatian kita.. Memang buku yang ohsem untuk bacaan semua..

Sha baca dan selesai pada 23.10.2023..

Published January 1, 2016 by Buku Prima

Monday, October 23, 2023

Nestle Milo Kaw Stick

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya berjumpa juga dengan aiskrim ini di 99 Speedmart.. Tak ada apa yang istimewa pun pada Sha.. Aiskrim rasa milo dengan saluran coklat di bahagian atasnya.. Okaylah untuk rasa je..

Nestle Milo Kaw Stick (80ml) - RM3.20

Suku je bersalut coklat milo dengan krispy milo yang segan-segan je.. hahaha..

ebook | Alfred by Francesca Vignaga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah mengenai Alfred yang segan kerana mempunyai belalai yang panjang.. Menggunakan bahasa Inggeris yang ringkas dan mudah difahami.. Walau bagaimanapun fizikal kita, pasti akan ada kelebihannya..

Sha baca dan selesai pada 23.10.2023..

Published March 19, 2012 by Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Munchy's Crackers Plus: High Fibre Whole Grain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak beli biskut ini tapi ada orang bagi.. Memang tak pernah cuba pun sebelum ini.. Ini dah ada orang bagi kita makan jelah.. Memang sedap dan cepat mengenyangkan.. Sha makan 4 keping je buat alas perut, dah okay.. Sukalah biskut ini, memang sesuai letak kat pejabat..

Makan dengan secawan kopi..

Inilah rupa biskutnya..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com