Assalamualaikum..
Hye semua..
Sebenarnya buku ini Sha baca dari awal Oktober tapi lepas tu Sha berhenti sebab macam tak berapa syok nak layan.. Ini baru Sha gagah habiskan bacaan..
Kisahnya Mei berjumpa dengan seorang lelaki bernama Sakaki di sebuah tempat percutian dan tak lama lepas tu Sakaki ni mati dan jadi hantu.. Sakaki tak ingat banyak perkara selepas jadi hantu, cuma Sakaki tahu yang tiada siapa pun tahu dia dah mati kerana kematiannya dirahsiakan.. Sehinggalah Mei datang semula ke tempat tersebut dan bertemu hantu Sakaki ini.. Maka bermulalah pencarian tubuh dan punca kematian Sakaki oleh Mei dan hantu Sakaki..
Tapi bila mayat Sakaki berjaya dijumpai, ada twist yang mengejutkan.. huhuhu.. Nice.. Owh ya, ada komik juga dia suku akhir novel ini..
Sha baca dan selesai pada 29.10.2023..
berani betul mei berhadapan dgn hantuπ€
ReplyDelete