Assalamualaikum..
Hye semua..
Pagi ini seawal 7.29 pagi Sha dah sampai klinik untuk ambil darah.. Alhamdulilla dipermudahkan semua urusan Sha pagi ini.. Sampai awal, cepat lah prosesnya dilakukan.. Tak ada menunggu lama pun.. Selesai ambil darah Sha pun hantarlah sample ke makmal.. Pastu da boleh balik..
Sha tak balik tapi terus ke LPPKN bersama surat doktor untuk dapatkan Implanon.. Bila sampai LPPKN, daftar dan bersoal jawab sekejap.. Staf tu maklumkan juga yang mereka tak jual implanon tu kecuai pesakit datang bersama surat doktor.. LPPKN pun buat pemasangan implant tu cumanya Sha dah ada rekod dengan Klinik Kesihatan, jadinya Sha dapatkan Implant sahaja di LPPKN dan pemasangan akan dibuat di klinik pada minggu hadapan..
Lepas selesai urusan implant, staf LPPKN tanya Sha pasal ujian HPV DNA.. Sha ingatkan sama macam Pep Smear, Sha cakaplah baru je buat Julai hari tu.. Tapi staf LPPKN tu cakap ujian ini lain sikit.. Sha yang kena dapatkan sendiri sampel tu.. Staf tu ajar macam mana nak buat dan bagi alatnya pada Sha.. Oleh sebab Sha tak payah bayar apa-apa untuk ujian ini, Sha pun setujulah nak buat.. Keputusannya akan dimaklumkan pada kita sekiranya ada masalah.. Kalau dalam tempoh sebulan tak ada apa-apa makluman, Sha boleh hubungi LPPKN untuk dapatkan sainan keputusan..
Ambil angka giliran dulu dan tunggu untuk pendaftaran..
Jam 8.15 pagi dah selesai ambil darah.. Kai ini tangan belah kanan pula kena cucuk.. Pergh!! Tajam menusuk tapi terus keluar darah.. Memang terbaiklah misi tu..
Alat dia tu macam cotton bud je.. Memang senanglah dan kita pun tak adalah segan dengan misi..
Moga Allah memberikan kesihatan yang baik buat akk
ReplyDeleteHPV DNA....info baru ni..leh try
ReplyDelete