Monday, October 16, 2023

Ambil Darah Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu lepas keputusan darah Sha untuk gula tak berapa cantik walaupun Sha dah puasa.. Sepatutnya bawah 5 tapi Sha punya 7.. Doktor Perancang Keluarga suruh Sha datang minggu ini untuk ambil darah lagi sekali.. Kebetulan Sha memang cuti hari ini, tu yang Sha terus pergi klinik untuk ambil darah.. Hari ini ambil darah, doktor kata tak payah puasa.. Cumanya sebab Sha datang pagi-pagi, memang tak makan apa lah lagi.. Kalau datang lambat, ramai orang.. Minggu depan Sha akan datang semula ke klinik untuk jumpa doktor dan dapatkan keputusan ujian darah.. Harapnya semua baik-baik sahaja..

Kali ini botol tudung ungu pula..

Ujian yang dijalankan ialah ujian HbA1c yang mana memberi ukuran tepat kandungan glukosa darah dalam tempoh tiga hingga empat bulan sebelumnya..

5 comments:

  1. Moga yg baik2 je tok sis sha... Linda pun risau kandungan gula ngan kolestrol je... Makan minum takde lah melampau sgt, tp xd aktiviti fizikal yg mengeluarkan mkanan tu balik... Hihihi

    ReplyDelete
  2. MA tahun ni dah lepas dah, alhamdulillah semua ok..tahun depan la pulaknya

    ReplyDelete
  3. Nampaknya Sha dah kena kurangkan makanan dan minuman manis & jajan lepas ni sebab 7mmol tu dah di luar range borderline. Apapun semoga result ujian HBA1c tu tak tinggi dan tak perlu makan ubat 🤲🏻

    ReplyDelete
  4. Eh bukan baru Sha buat ujian saringan kesihatan semua ok ke?
    Harap keputusan minggu depan cantik.

    ReplyDelete
  5. kena kurangkan minum 3 in 1, makan kek bagai semua tulah sha...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com