Showing posts with label Cabaran. Show all posts
Showing posts with label Cabaran. Show all posts

Monday, August 17, 2026

BookDoc | Around The World Challenge: Brazil

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi cabaran mengelilingi dunia yang berjaya Sha selesaikan.. Selepas ke Brunei, dia campaknya Sha ke Brazil.. Layan ja lah.. Sementara boleh akses ini, kita layan ja mana dia campak.. Sampai sekarang Sha tak berjaya sertai Battle Royale bawah cabaran dunia ini.. Asyiklah terlepas.. Dia ada spesifik masa.. Kadang tu terlupa nak tengok.. Tak ada notifikasi, tu yang susah tu.. 

Kalau nak akses cabaran ini kena bayar BookDoc Premium, RM8 sebulan..

Jom kita ke Brazil.. Sha mula pada 07 Ogos 2026 dan selesai pada 14 Ogos 2026..

Ada 5 bandar kesemuanya dan Sha bermula dengan Manaus dulu..

Selamat sampai ke Manaus pada 10 Ogos 2026..

Kemain nama bandarnya dalam Bahasa Inggeris.. Selesai pada 11 Ogos 2026..

Sampailah kita ke Ouro Preto pada 12 Ogos 2026..

Yeah!! Berjaya sampai di Rio de Janeiro pada 13 Ogos 2026..

Sampai juga ke Brasilia pada 14 Ogos 2026..

Tamatlah sudah jelajah Sha ke Brazil pada 14 Ogos 2026.. Dapat extra 200 poits dan bendera negara Brazil..

Ada 6 cop termasuk cop bendera negara Brazil..

Wednesday, August 12, 2026

BookDoc Challenges - Milan, Italy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setiap bulan, BookDoc akan keluarkan cabaran ke negara-negara menarik.. Kali ini kita ke Milan, Itali dengan 100,000 ribu langkah.. Cabaran yang ini percuma ada, berbayar pun ada.. Selalunya Sha memang sertai yang percuma ja.. Kalau tak bayar pakej yang RM8 sebulan tu pun, boleh sertai cabaran ini.. 

Cabaran bulan Ogos ke Milan, Itali kita.. 

Berjaya Sha selesaikan pada 07 Ogos 2026..

Dapatlah ucapn tahniah ini sebab berjaya selesaikan cabaran ini..

Dapat 2 medal virtual sebab percuma kan.. 1 dia bagi lepas berja dapatkan 50,000 ribu langkah.. Satu lagi selepas berjaya dapat 100,000 ribu langkah..

Setakat ini Sha dah berjaya dapat 4 set medal virtual ini..

Monday, August 10, 2026

BookDoc | Around The World Challenge: Brunei

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya juga nak ke Brunei.. BookDoc buka juga laluan ke sini selepas selesai Turkmenistan.. Kikiki.. Brunei ada 5 ja bandar.. Tapi setiap bandar tu perlukan 30 ribu langkah untuk lengkap.. Sha dapat joint cabaran ini dekat BookDoc sebab Sha bayar RM8 untuk pakej premium.. Kalau yang percuma tu memang tak ada cabaran ini.. Merasalah ke negara orang walaupun hanya melalui cabaran BookDoc.. kikiki..

Moh la kita ke Brunei guys!!

5 bandar.. Sha mulakan dengan Bandar Seri Begawan..

Yeah!! Selesai ke Bandar Seri Begawan pada 31 Julai 2026..

Selesai ke Batu Apoi pada 03 Ogos 2026..

Sampai juga ke Labi pada 04 Ogos 2026..

Yeah!! Selesai ke Seria pada 06 Ogos 2026

Sampai juga ke Tutong pada 07 Ogos 2026..

Bila selesai semua bandar tu baru dia bagi bendera negara tu..

Cukuplah 6 cop.. kikiki..

Kemanakah kita selepas Brunei?..

Friday, July 31, 2026

BookDoc | Around The World Challenge: Turkmenistan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rupanya cabaran ini kita tak boleh pilih negara yang seterusnya.. BookDoc yang akan tentukan.. Sha baru nak ke Brunei tapi dapat Turkmenistan pula.. kikiki.. Okay ja.. Sha mulakan langkah pada 23 Julai 2026 dan selesai kesemuanya pada 29 julai 2026.. 

Jom ke negara yang seterusnya.. Turkmenistan saya datang..

Ada 6 checkpoint ya..
120000 langkah dengan 400 points..

Sha sampai di Balkan pada 24 Julai 2026..

Selesai Dashoguz pada 25 julai 2026..

Yeah!! Sampai di Karakum Desert pada 27 Julai 2026..

Ke Lebap pada 28 Julai 2026

Stop yang terakhir ini bila nak screenshot tak keluar pula logo bandar tu.. huhuhu..
Selesai pada 29 Julai 2026..

Ashgabat ini pun Sha berjaya selesaikan hari yang sama iaitu 29 Julai 2026..

Ada enam cop termasuk cop negara.. Sha dapat 160 extra point..

Jom ke negara seterusnya..

Thursday, July 23, 2026

BookDoc | Around The World Challenge: Sabah & Sarawak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu Sha buat dekat Semenanjung.. Kali ini kita gerak ke Sabah Sarawak pula.. Selesai dah semuanya pada 23 Julai 2026.. Ada 6 checkpoint yang Sha perlu selesaikan.. Sha mula pada 25 Jun dari Kuching dulu dan berakhir dengan Kota Kinabalu..

Lama jugalah sebab langkah dia tu bukan sikit-sikit tau.. huhuhu.. Sha sertai ini sebagai pembakar semangat ja supaya Sha tetap berjalan..

Selesai Sabah dan Sarawak..

Ada 6 checkpoint untuk Negeri Sabah dan Sarawak.. Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Tawau dan Kota Kinabalu..

Kuching selesai pada 29 Jun 2026..

Sibu ini selesai pada 03 Julai 2026..

Bintulu selesai pada 08 Julai 2026..

Miri selesai pada 14 Julai 2026..

Tawau selesai pada 18 Julai 2026..

Akhir sekali Kota Kinabalu dengan 100000 langkah selesai pada 23 Julai 2026..

Tamat juga akhirnya menjelajah Malaysia.. mengumpul 535000 langkah.. Dapat 120 point tambahan sebab berjaya selesaikan semua checkpoint..

Ini pula semua logo yang Sha berjaya kumpul termasuk bendera Malaysia ada 14 semuanya..

Negara seterusnya kita tak boleh nak pilih tapi dia yang tentukan.. Sha dapat Turkmenistan..

Thursday, July 9, 2026

BookDoc Challenges - Madrid, Spain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan ini kita ke Madrid, Spain.. Sha mula pada 1 Julai dan berjaya sampai destinasi akhir pada 9 Julai 2026.. Sha selesaikan dalam tempoh 09 hari sahaja.. Sasarannya tetap 100000 langkah.. Bila dah selesai yang ini, bolehlah Sha fokus pada Around The World Challenge pula.. Tinggal lagi 3 checkpoint ja.. Sekarang ini tengah menuju ke Miri, Sarawak..

Cabarannya bermula pada 01 Julai 2026 dan berakhir pada 31 Julai 2026..
100,000 langkah..

Sha selesai setiap checkpoint ini awal..
Royal Palace of Madrid - 02 Julai 2026 (7.44pm)
Puerta del Sol - 04 Julai 2026 (6.57pm)
Plaza Mayor - 06 Julai 2026 (11.40am)
Retiro Park (El Parque del Retiro) - 07 Julai 2026 (7.11pm)
Misi selesai pada 09 Julai 2026 jam 12.55pm

Sukses dalam masa 9 hari..

Berjaya dapat 2 medal..

Saturday, June 27, 2026

BookDoc | Around The World Challenge: Semenanjung Malaysia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya, Sha guna BookDoc yang biasa ja.. Tapi bila tengok untuk upgrade premium cuma perlu bayar RM8 ja sebulan.. Sha pun bayarlah.. Kita cuba dulu sebulan.. Kalau berbaloi baru bayar lagi.. Lepas bayar ja, Sha terus boleh akses cabaran Around The World.. Kena mulakan dengan Malaysia dulu baru boleh akses negara lain.. Kalau untuk Asia, ada 18 negara termasuk Malaysia.. Setiap negara mempunyai jumlah checkpoint, langkah dan point yang berbeza.. 

Cuma tu lah.. Kita kena klik negeri yang nak dituju baru dia mula kira langkah.. Dia tak automatik kesan jejak kita tau.. Nak kena selalu semak, dah cukup ke tak langkah tu.. Kadang tu terlupa memang terlepaslah.. Tapi syok ja.. Tu yang jadi lagi semangat nak briskwalk.. Kadang bila rasa malas kan, terus terkenangkan sasaran ini.. Jadi rajin balik.. kikiki..

Sha mulakan cabaran ini pada 05 Jun 2026.. Sha kena mulakan dengan Malaysia dulu..

Ada 7 checkpoint semuanya di bahagian Semenanjung dan setiap checkpoint tu berlainan jumlah langkah yang perlu dikumpul dan dapat point juga..

Sha mulakan perjalanan ke Kuala Lumpur terlebih dahulu pada 05 Jun 2026.. Selesai berjalan ke Kuala Lumpur pada 06.06.2026 jam 7.15 pagi..

Jom ke Melaka pula.. Ada 25 ribu langkah yang nak dikumpul.. huhuhu.. Yeah!! Berjaya sampai Melaka pada 9 Jun 2026 jam 5.07 petang..

Jom ke Johor pula.. Sha berjaya sampai ke Johor pada 13 Jun 2026 jam 7.23 pagi..

Negeri seterusnya pula ialah Pahang.. Selesai pada 17 Jun 2026

Selesai ke Terengganu pada 21 Jun 2026..

Sha selesai sampai Langkawi pada 23 Jun 2026..

Yeah!! Berjaya sampai ke Pulau Pinang pada 25.06.2026..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com