Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha kongsikan info mengenai Covid19 ini.. Mungkin yang ini lebih mudah untuk kita faham.. Sha pun panik juga bila diberitahu hayatnya si Covid19 ini lama bila duduk dekat permukaan tertentu.. Harapnya apa yang dikongsikan loeh Doktor
Adelin Zin ini dapat mencerahkan lagi pemahaman kita mengenai Covid19..
“Dr, saya risau sidai baju kat ampaian nanti jiran sebelah batuk melekat kovid19”
“Dr, lepas balik pasaraya barang semua kena tinggal luar rumah 8 jam ke?”
“Dr, fon saya ni kalis air jadi kena basuh dengan sabun berapa kali sehari?”
Semua dah cuak lepas keluar pernyataan berapa lama Covid19 bertahan pada setiap permukaan yang berbeza. Sabar, tarik nafas.. hembus 😄
Walaupun dinyatakan berapa jam si Covid19 tu boleh melekat pada permukaan, anda tak perlu panik sampai tak boleh tidur fikirkan esok nak pegang stereng macam mana. Yang paling penting untuk anda ingat dan terangkan pada mereka yang kurang faham adalah :
💧 1. Covid19 menjangkiti kita dalam bentuk droplet (titisan) yang keluar masa kita batuk, bersin, selsema.
💧2. Partikel dia lepas keluar dari mulut atau hidung kita, “melompat” paling jauh pun 1 meter. Lebih dari itu dia akan jatuh ke bawah. Ini lah sebab nya kenapa kena jarak 1 meter setiap orang. Ini juga sebabnya takpe sidai baju kat luar rumah.
💧3. Virus ni kena ada perumah / host / senang cerita “manusia” untuk hidup.
💧4. Bila droplet jatuh ke atas barang-barang atau tangan, dia akan bertahan sementara sebelum mati (sebab dia takde perumah melainkan anda terus pegang muka, hidung atau mata anda masa dia ada kat tangan tu).
💧 5. Cara nak matikan si Covid19 yang paling senang adalah dengan sabun tangan anda selama 20 saat. Sebab tangan anda yang transfer kan Covid19 ni dari barang-barang kepada diri anda apabila anda sentuh muka, hidung dan mulut anda.
Jadi anda harus ingat TIGA sahaja :
1. Jaga jarak 1 meter supaya dia tak melompat pada anda.
2. Sentiasa cuci tangan dengan sabun supaya segala mak nenek jenis kuman termasuk Covid19 nyah dari tapak tangan anda.
3. Sumber penularan Covid19 adalah tangan dan droplet anda.
Maka, lepas beli barang, kemas dan cuci tangan anda. Pastikan siapa-siapa yang sentuh barang tu juga cuci tangan mereka. Jangan pergi cium plastik roti gardenia tu pulak sebab barang rare kan.
Ubah etika anda sekarang kerana hasilnya akan nampak lagi 2-3 minggu. Kalau sekarang anda tak ikut saranan KKM mungkin sambutan Aidilfitri tahun ini hanya dengan videocall Whatsapp sahaja.
Nota kaki ❗
- Bila hari gaji, tolong jangan berpusu-pusu pergi ke bank. Kalau anda ada jawatan dekat bank, arahkan ada gap 1 meter setiap customer. Untuk mereka yang dah berusia, minta tolong anak yang keluar untuk ambilkan duit. Jangan risiko kan mereka..
- Jangan belanja sakan sangat, beli apa yang perlu sahaja sebab wabak ni tak tahu sampai bila. Seriously we dont know when it will end.
#stayathome
#fromhyetobyecovid19
#kawalanpergerakan