Saturday, October 31, 2020

ebook | Imagikata: Saka (Snackbook) oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang ke 236.. Sebuah je lagi sebelum berjaya mencapai sasaran..

ebook ini merupakan sedutan dari novel bertajuk Imagikata yang menghimpunkan pelbagai jenis cerpen.. Sha beli di Google Play Books.. Penulis ini antara yang Sha suka baca karyanya..

Walaupun pendek sahaja ebook ini namun berjaya menyampaikan isi yang sangat padat.. Nyawa manusia itu Allah yang tentukan bukannya makhluk lain.. Memang tepat ke hati isinya..

Sha baca dan selesai pada 30.10.2020..

Sha beli ebook ini di Google Play Books..
Published February 16th 2017 by Open Bridge Publications Sdn. Bhd.

Filem English | Alone (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Katanya filem ini memang dibuat dua versi.. Versi english dengan tajuk Alone dan versi Korea dengan tajuk Alive.. Cuma versi english ini, tolonglah jangan tengok dengan anak-anak.. Ada babak hero bogel.. hahaha.. Terkejut Sha.. Memang tak sangka.. Ada dua scene.. Masa awal filem dan juga masa hujan.. Bengong betul..

Kisah dia lebih kurang Alive cuma penamat dan along the way, ada beberapa perubahan sikit.. Karang kalau Sha cerita kat sini jadi spoiler pula.. Babak zombie memanjat tu ada tau cuma lebih ganas dan scary.. Tak macam zombie biasa kita tengok.. Zombie dia sangat peka pada bunyi dan sangat laju menyerang.. Memanjat, menerjah tempat tertutup.. Janji ada bunyi, memang siaplah kena serang.. Suasana masih di apartment/flat.. Trylah tengok.. Best gak layan walaupun scary.. hahaha.. Nak tercabut jantung dibuatnya.. Tapi tak adalah terganggu tidur sebab dah tengok Alive sebelum ini.. Kuranglah sikit rasa seram walaupun masih seram.. hahaha

Alone (2020) 720p BluRay
Genre: Horror,Thriller
After a global pandemic erupts, a man barricaded all alone at home and rationing food sets out to try to rescue a female neighbor after swarming hordes of undead Screamers overrun their apartment complex.

Novel | 7 Kematian oleh Saidee Nor Azam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ambil sedikit masa untuk membaca novel ini kerana isinya yang sangat berat pada Sha.. Sha beli ebook ini di Google Play Books.. Buat masa ini Sha lebih senang membeli ebook kerana kekurangan tempat untuk menyimpan buku fizikal..

Novel 7 kematian ini menceritakan bagaimana Datuk Makhtar yang merasakan dirinya teraniaya telah membuag perjanjian dengan seorang bomoh untuk mendapatkan kekuatan.. Semuanya demi membalas dendam dan memuaskan kehendak beliau.. Malangnya tanpa Datuk Makhtar sedari, beliau telah terjatuh ke perangkap paling jahat.. Kemuncak perjanjian Datuk Makhtar ialah dengan mengorbankan orang yang paling disayanginya..Bila berjanji dengan kejahatan, tak akan ada kebaikan yang menanti..

Sha baca pada 28.10.2020 dan selesai pada 30.10.2020..

Sha beli dan baca di Google Play Books..
Published March 15th 2020 by Buku Prima

Perjalanan 5000 Langkah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sebenarnya dah lama target nak jalan 5000 langkah sehari paling kurang tapi asyiklah bertangguh-tangguh sampailah datang semangat tiba-tiba pada satu hari tu.. hehehe.. Makanya Sha ajaklah encik suami.. Aktiviti macam ini bila ada kawan jadi lagi semangat.. Tambahan pula bila berat badan makin naik rasa macam makin malas je sekarang ini.. Tak mudah mengubah tabiat harian namun tetap berusaha.. Sekarang ini makin rajin sebab Sha beli Mi Band 4 tapi tulah tak boleh nak screenshot.. hehehe.. Yang kat bawah ini Sha guna aplikasi Google Fit.. Simpan sini buat kenangan..

Day 1 - 06/10/2020
Masa ini sebelah paginya Sha main sukan Woodball, petangnya Sha jalan kaki dengan encik suami, dapatlah 5058 langkah.. Untuk hari ini je Sha berjaya jalan 9000 lebih langkah.. Lupa lak nak screenshot.. hehehe.. Buat semangat gitu..

Selang sehari, Sha dan encik suami berjalan lagi.. Dapat capai 5000 lebih sikit je sebab hujan renyai-renyai.. Usaha juga bagi dapat sampai 5000 langkah.. Kena maintain dan tambah langkah sebenarnya cuma keadaan cuaca tak berapa mengizinkan.. hehehe..

Tak dapat 5000 langkah.. huhuhu.. Encik suami memancing, Sha jalan separuh je dari yang selalu.. hehehe.. Tak ada partner tak berapa nak berani lalu sampai hujung sebab kawasan tu sedikit sunyi.. hehehe..

Rekod ini berjaya dilakukan selepas menggagahkan diri untuk terus berjalan dan berjalan.. Hehehe.. Cuba push diri untuk terus berjalan walaupun rasa macam tak larat.. Kena juga.. Supaya badan menjadi sedikit ringan.. Alhamdulillah, walaupun kepenatan namun esoknya merasa badan sedikit ringan..

Gigih jalan dan terus jalan demi melepasi 5000 langkah.. Sha buat laluan baru dari yang biasa lalu tu.. Jadi lagi jauhlah perjalanan.. Tapi tak sampai 5km lagi.. Nak cuba sampai 5km tu tak tahulah bila boleh dapat..

Hari ini tak dapat 5000 sebab ralit bersembang dengan orang mancing ikan.. Seronok pula lepak luah perasaan.. Sampai gambar encik suami dengan anak-anak pun lupa nak ambil.. hehehe.. 

Hari Ahad (18.10.2020) Sha gagahkan berjalan dua pusingan.. Kononnya nak dapatkan 5km tapi tak berjaya.. Tapak kaki sakit.. Pergh!! Sikit je lagi.. hehehe.. Dapat paksa sampai 6000 lebih langkah je.. Memang kena paksa diri baru dapat capai sasaran..

Lirik Lagu | Sakit oleh YonnyBoii (Ft. Zynakal)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah suka lagu ini, sejak mula terdengar.. Cuma tak pernah ambil tahu pasal penyanyi dan tajuk.. Entah kenapa masa cuti baru ini, Sha saja kemas kini playlist brisk walking.. Terjumpa video lagu ini dekat Youtube.. Bila baca ken dekat bawah video klip, baru tahu yang Zynakal ini ada masalah Bipolar Disorder..

Buat semua yang ada masalah, stress, tekanan, Sha doakan anda semua kuat.. Kuat semangat untuk meminta bantuan, kuat semangat untuk teruskan kehidupan.. Kuat semangat untuk melawan tekanan anda.. 


Lirik Lagu | Sakit oleh YonnyBoii (Ft. Zynakal)
Kalau kau rasa tak dihargai
Tutup la mata pegang la hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih
Aku disini

Walau hidupmu tumpas
Ku akan beri kerjasama..
Bangkit wahai hidup ini tak
Sempurna...

Jangan selalu bersedih
Ku juga selalu terleka
Kesilapan lama bakal jadi
Rama rama...

Tapi aku sakit bila ramai keji...
Sakit aku bukan dihati..
Jadi sakit aku pendam sendiri..
Rasa sakit ini tak akan berhenti...

Mengerti...
Ku terpaksa hadap walau
Penat lari..
Ku terpaksa jatuh bila
Penat diri..
Ku terpaksa hilang walau
Ramai cari

Aku lupa ingatan
Jadi tolong ingatkan
Saat luar kawalan
Jadi tolonglah pesan

Tolonglah aku kawan
Aku ni manusia
Ku buat kesilapan
Ku manusia biasa

Percayalah
Ku berpegang tangan
Jika engkau memerlukan
Jadi tolong jangan segan

Kalau kau rasa tak dihargai
Tutup la mata pegang la hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih aku disini

Walau hidupmu tumpas
Ku akan beri kerjasama..
Bangkit wahai kawan hidup ini tak
Sempurna...

Jangan selalu bersedih
Ku juga selalu terleka
Kesilapan lama bakal jadi
Rama rama...

Tapi aku sakit bila ramai keji...
Sakit aku bukan dihati..
Jadi sakit aku pendam sendiri..
Rasa sakit ini tak akan berhenti...

Mergerti...
Ku terpaksa hadap walau
Penat lari..
Ku terpaksa jatuh bila
Penat diri..
Ku terpaksa hilang walau
Ramai cari

Kau kenal aku siapa
Yang dulu tu bukan aku
Masa itu aku gila
Ku sendiri tak tahu

Apa yang sudah jadi
Ku rasa macam mimpi
Hanyut di realiti
Kesannya hari ini

Penyakit tiada luka
Sakit tiada parut
Sakitnya dikepala
Bercelaru mengarut

Tindakan luar biasa
Marah terus mencarut
Lupa semua kata
Rasa nyawa tercabut

Aku faham
Apa yang kau rasa
Janganlah kecewa
Ku sentiasa ada

Friday, October 30, 2020

Drama Korea | Zombie Detective (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang suka tengok lakonan Choi Jin Hyuk ini.. Bila dia bawa watak zombie tu memang ohsem lah.. Kelakar dan menyeramkan.. hehehe.. Paling best bila dia cuba untuk bergerak seperti manusia.. Hahaha.. Gigih berlatih jalan atas mesin.. Lepas tu jumpa pula dengan perempuan yang sengal.. Pasangan yang sangat kelakar.. Drama ini pendek je.. 24 episod tapi 30 minit je setiap episod.. Namun walaupun drama ini tak logik ada beberapa perkara yang dipaparkan dalam drama ini sangatlah bertepatan dengan kehidupan seharian.. Drama komedi, seram dan penyiasatan yang menarik ditonton..

Seorang lelaki terjaga dalam keadaan yang pelik sebelum menyedari dirinya zombie.. Bertemu dengan satu pembunuhan dan mula mengambil alih tempat lelaki yang dibunuh.. Menjadi penyiasat persendirian.. Lelaki zombie ini mempunyai kekuatan fizikal, dan cekap menghidu.. Dari situ banyak kes yang berjaya diselesaikan beliau.. Dalam masa yang sama beliau mula mencari identiti dirinya.. Rupanya kejadian yang berlaku pada beliau adalah secara tak sengaja namun semuanya berpunca dari tugas beliau.. Menarik, menggembirakan dan sedikit seram bercampur sedih..

Drama: Zombie Detective
Also Known As: Jombitamjeong, Jombitamjung, Zombietamjung, The Zombie Detective
Director: Shim Jae Hyun
Screenwriter: Baek Eun Jin
Genres: Comedy, Drama, Zombies, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 24
Aired: Sep 21, 2020 - Oct 27, 2020
Aired On: Monday, Tuesday
Original Network: KBS2
Duration: 30 min.
A zombie and a writer team up to solve crimes in this thrilling drama that explores what happens when someone actually comes back to life. After being secretly buried on a hill, Moo Young comes back to life as a zombie thanks to illegally dumped medical waste. With his memory gone, he eventually accepts reality and does whatever he can to walk and look like a human. Luckily, his peculiarly developed sense of smell allows him to position himself as one of the prominent businesses in the field of private investigation, finding the bodies of those who are reported missing. Seon Ji, who once was a writer for a TV show that deals with issues regarding current affairs, is employed as a part-time assistant at Moo Young’s agency. While being emotional, hot-tempered, and willing to stamp out justice at all costs, Seon Ji finds out that Moo Young is a zombie. As she helps the zombie detective look for the traces of his lost memories, she comes to realize how Moo Young is related to one of her previous cases. (Source: Viki)

Beg dan Bekas Makanan dari Shopee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Ada rezeki lebih sikit, sajalah Sha belikan untuk anak-anak dan diri sendiri.. Lama dah berkenan tengok lunch box yang ada compartment, sudu, chopstik dan beg ini.. 1 set lebih kurang RM16 macam tu.. Kebetulan ada free postage untuk pembelian RM15 ke atas, jadinya jimat dekat postage lah.. 

Pembungkusan dia kemas..

Beli 3 lunch box dan 3 beg..

Set pink ini Sha beli dua.. 1 untuk Amani dan 1 untuk Imani.. Anak perempuan kan, pink lah pilihannya..

Biru ini pula, Sha punya.. hehehe..

ebook | 50 Kisah Tentang Buku, Cinta, dan Cerita-Cerita Di Antara Kita (Snackbook) oleh Salman Faridi

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa ebook ini di Google Play Books masa tengah mencari ebook lain.. Ada dua versi.. Yang Sha baca ini adalah snackbook, sedikit sedutan dari buku penuh dengan tajuk yang sama.. Walaupun snackbook tapi masih seronok dibaca.. Bermula dengan sedikit penerangan mengenai pasang surut dunia literasi, malah ada disebutkan tentang perkembangan buku di Malaysia juga.. Berjiran kan.. hehehe.. Lagipun banyak juga buku dari Indonesia yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu seperti Laskar Pelangi dan lain-lain.. Kemudian dua lagi tajuk ialah bagaimana kita menggunakan buku untuk melawan serta sedikit penerangan penulis mengenai penulis buku dengan nama Emha Pasca yang pernah menjadi kegemaran beliau..

Sha baca dan selesai pada 30.10.2020..

Wonda Coffee: Barista Daily Fix

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cantikkan tin dia warna biru.. hehehe.. Rasa dia pun quiet okay.. Tak adalah heavy sangat.. Yang penting tak manis tapi lebih berlemak.. Minum waktu sejuk-sejuk memang best.. Sha beli dekat 7Elevan.. Tapi lupa berapa harganya.. Hehehe.. Jangan marah ye.. 


Thursday, October 29, 2020

Novel | Puaka Asrama (Siri Cerita Hantu) oleh Khairul Nizam Khairani

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah buku yang mendebarkan.. Garapan yang sangat menarik dari penulis.. Bermula dengan penemuan mayat dan bangunan sekolah yang terbakar hinggalah kepada cerita yang berlaku sebelum penemuan tersebut.. Bagaimana beberapa orang budak yang terpaksa tinggal di asrama untuk melakukan latihan bola dan seorang budak yang terpaksa balik semula ke asrama.. Akibat lapar, dua orang budak keluar mencari makanan.. Yang tinggal pula mula bermain permainan ala spirit of the coin namun tak berhasil sebaliknya seorang dari mereka telah hilang.. Semasa pencarian mereka bertemu dengan sesuatu yang tak dijangka.. Budak yang keluar membeli makanan terjumpa dengan rakan perempuan mereka dan mereka juga diserang.. Ada antara mereka yang jahat dan kejahatan itu telah lama bertapak di kawasan sekolah tersebut...

Sha baca dan selesai pada 28.10.2020..

Sha beli dan baca di Google Play Books..
Published November 30th 2017 by Penerbit X

Pepsi: Raspberry Flavor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ternampak tudung botol yang cantik berwarna pink.. Makanya belilah sebotol.. Nak beli yang kecik sebenarnya tapi yang ada saiz besar nie je.. Hehehe.. Okaylah rasa dia.. Tak adalah wow sangat.. Cuma tutup pink tu comel.. hehehe.. Sha beli dekat kedai runcit biasa je ini.. Mungkin dekat 99Speedmart atau pasaraya ada kot.. 

RM2.50 sebotol

Cantikkan berry tu.. hehehe..

Surprise Gift From Blogger Norhidana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, semalam petang Sha terima sampul surprise dari Blogger Dana.. Memang surprise habislah.. Isi dalamnya dua mask extender dan seutas tasbih.. Cantik, comel dan cute.. Terharu Sha bila terima hadiah mengejut macam ini.. Korang kenal ke Blogger Dana Miswan ini?? Ha.. Tak kenal.. Rugi.. rugi.. Beliau ini rajin berkongsi resepi masakan, tutorial menjahit manik.. Cantik wei hasil jahitan beliua.. Sha ini memang suka tengok hasil kerja seni jahitan orang sebab tak pandai menjahit.. hahaha.. Jahit baju koyak tu lepaslah, nak menajhit manik memang taklah.. Tak caya ke?? Meh terjah entry beliau seperti dibawah ini


Terima kasih Dana untuk Hadiah yang ohsem, kebaboom dan mengancam ini.. Sha doakan semoga Dana sekeluarga sentiasa dlaam rahmat Allah.. Aamiin.. Aamiin..

Salam Maulidur Rasul 2020/1442H

 



Wednesday, October 28, 2020

ebook | Cerulean Sins (Anita Blake, Vampire Hunter #11) by Laurell K. Hamilton

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel Anita ini seronok je nak baca kalau dia fokus pada kes tapi kadang-kadang cerita percintaan dan hubungan antara Anita, Vampire dan warewolves lagi banyak sampai mengganggu.. Kes yang diselesaikan Anita kali ini agak ganas dan mendebarkan.. Bermula dengan pembunuhan seorang lelaki yang dibuat seakan sebuah ritual dan berlanjutan dengan kes perempuan dibunuh dengan kejam.. Mayat mangsa bercerai berai dan darah bergelimpangan.. Kalau buat cerita ini mesti gore habislah.. Bila Anita dipanggil untuk melihat tempat kejadian, Anita mencadangkan untuk guna warewolves sebagai penjejak sebab penjenayahnya tak mungkin manusia.. Terlalu ganas..

Sha baca pada 24.10.2020 dan selesai pada 26.10.2020..

Sha baca menggunakan Google Play Books..
Published August 31st 2004 by Berkley Books (first published 2003)

eZAUTO.MY Covid-19 Campaign

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pun tak pasti bila masa Sha joint campign ini.. Tahu-tahu je sampai bungkusan berisi hand sanitiser dan juga kain pengelap.. Alhamdulillah.. Bertambah hand sanitiser dekat rumah.. hehehe.. 

Kotak istimewa dari eZAUTO.My..

Inilah isi dalam kotak..
Hand sanitiser (110ml) - jenis spray, memang kesukaan Sha..
Non-woven wipes.. Bercorak cantik dan agak besar saiznya..

Wordless Wednesday 2020 PKPP



Tuesday, October 27, 2020

ebook | Wangi oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah yang mendebarkan.. Alias yang pindah ke rumah sewa bertemu dengan Wangi yang sangat misteri.. Berpakaian putih dan duduk dalam rumah yang sentiasa gelap.. 

Cerita cinta yang tak disangka.. Bila manusia bertemu dengan sicantik yang bukan manusia.. Dua pertembungan yang menyebabkan manusia hilang akal dan menghampiri maut.. Memang ohsem penceritaan penulis kali ini.. Siap ada bonus cerpen bertajuk Paranormal..

Sha baca dan selesai pada 26.10.2020..

ebook ini koleksi peribadi Sha.. Beli dengan penulis Naim Tamdjis..
Published October 2020 by Naim Tamdjis

Drama China | Reunion: The Sound of the Providence (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha langsung tak perasan drama yang Sha tunggu-tunggu dah masuk season 2 semuanya sebab guna tajuk lain.. Menci tau.. hehehe.. Sha tengok dekat iQiyi.. Nanti nak terus sambung tengok season 2 lak.. hehehe.. 

Mujurlah hero dia handsome.. hahaha.. Kisah pasal Wu Xie yang menyiasat kehilangan pakcik beliau dan kaitannya dengan guruh serta kota yang hilang.. Menarik masa diorang terperangkap dekat bawah tanah.. Diserang patung kertas dan makhluk ganas.. Memang mendebarkan.. Tambahan pula bila tengok guna telefon..Namun Wu Xie tak punya banyak masa bila penyakit yang dihadapinya semakin teruk.. Kerana sakit tu jugalah Wu Xie nak pastikan dia berjaya jumpa semula pakciknya yang hilang tu.. Penyiasatan Wu Xie membawa beliau ke Gudang 11, dimana beliau berjaya menjumpai bukti yang pakciknya ada disimpan disitu.. Kikiki.. Bunyi pelik kan.. Gudang ini tempan simpan barang dan juga orang.. Orang yang tak nak dijumpai.. Namun semasa berada dalam gudang 11 ini, Wu Xie jumpa kaitan gudang dan juga kota lama yang hilang.. Sambil mencari pakciknya, Wu Xie turut membantu Bai Hao Tian menyelesaikan kes pembunuhan yang berlaku di gudang 11.. Kes selesai dan drama bersambung ke season 2.. hehehe

Drama: Reunion: The Sound of the Providence
Also Known As: Chong Qi Zhi Ji Hai Ting Lei, Dao Mu Bi Ji Chong Qi, The Lost Tomb 3, The Lost Tomb Reboot
Director: Pan An Zi
Genres: Action, Adventure, Mystery, Horror, Fantasy
Country: China
Episodes: 32
Aired: Jul 15, 2020 - Aug 13, 2020
Aired On: Tuesday, Wednesday, Thursday
Original Network: iQiyi, Youku
Duration: 45 min.

The iron triangle Wu Xie, Pang Zi and Zhang Qiling restart their adventure after receiving an unusual text from Wu Sansheng. Wu Xie, Pang Zi  and Zhang Qiling  have hung up their hats to end a ten-year promise. After trading their adventures for a normal life, a text from Wu Sansheng drives them to embark on a mysterious journey for the sake of family and friendship.
(Source: Chinesedrama.info)

ebook | KadirKadariah oleh Syameen Khalili

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca tajuknya dan melihat cover bukunya rasa macam.. eh.. Novel cintakah ini.. Sha memang tak baca sinopsis atau review mengenai ebook ini pun.. Terus je baca dan tak boleh berhenti..

Ceritanya sempoi, menarik dan mistik.. Ye.. Ceritanya ada unsur mistik.. Pendamping gitu.. Tapikan olahan penulis ini pada Sha sesuatu yang luar biasa sebab pendampingnya bukanlah seram sebaliknya memberikan sesuatu yang tak terjangkau dek akal kita.. Sha nak cerita lebih-lebih pun tak boleh juga.. Nanti jadi spoiler pula.. Cuma sha boleh cakap, silalah beli di esentral.. Sha jatuh cinta dengan penulisan beliau.. Kalau mahukan kelainan namun tak suka kan keseraman, novel ini memang kena dengan anda.. Novel mistik yang lain dari kebiasaan.. Tahniah buat penulis untuk sesuatu yang segar..

Sha baca dan selesai pada 24.10.2020..

ebook ini merupakan hadiah dari Blogger kak Farah kepada Sha.. Boleh baca di entry Hadiah ebook Dari Blogger Farah
Published June 24th 2020 by Siti Syameen Md Khalili

Monday, October 26, 2020

Filem English | The Witches (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagi filem Disney.. Kali ini Anne Hattaway jadi jahat.. hahaha.. Tapi cerita fantasikan, kenalah orang baik menang..

Kisah seorang budak yang kehilangan ibu bapa dan di jaga oleh neneknya.. Pertama kali bertemu dengan ahli sihir di sebuah kedai.. Mujurlah diselamatkan neneknya dari mengambil gula-gula di tangan ahli sihir.. Namun nasibnya tak baik bila tanpa sengaja dia berada di dalam dewan yang dipenuhi ahli sihir dan tertangkap.. Ahli sihir tersebut menitikkan ubat ajaib yang menyebabkan beliau bertukar menjadi tikus.. Mujurlah neneknya masih percaya padanya.. Dengan bantuan nenek dan 2 tikis lain mereka membalas balik perbuatan ahli sihir dan menyelamatkan ramai kanak-kanak dari bertukar menjadi tikus..

Sebab tu kita pesan dekat anak-anak kita jangan ambil makanan dari orang yang tidak dikenali kerana ia boleh mengundang padah.. Bila tengok dengan anak-anak, kena explain lah sikit.. Seronok je tengok cerita ini.. Best pula layan cerita Disney..

The Witches
2020 ‧ Fantasy/Comedy ‧ 1h 45m
In late 1967, a young orphaned boy goes to live with his loving grandma in the rural Alabama town of Demopolis. As the boy and his grandmother encounter some deceptively glamorous but thoroughly diabolical witches, she wisely whisks him away to a seaside resort. Regrettably, they arrive at precisely the same time that the world's Grand High Witch has gathered her fellow cronies from around the globe -- under cover -- to carry out her nefarious plans.

ebook | RAMONA: Sebuah Novelet oleh Ismi Fa Ismail

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu penceritaan yang sangat kebabom dari penulis.. Ramona mati dilanggar namun kematiannya agak misteri bila janin anaknya tercampak ke luar.. Misteri bertambah bila mayat Ramona hilang dari bilik mayat dan kematian ngeri yang berlaku pada lelaki yang mempunyai isteri tengah mengandung.. Kematian yang sangat ngeri dan tak terjangkau dek akal.. Salah seorang isteri mangsa mengatakan Ramona yang membunuh namun polis tak berhasil menangkap pelakunya.. Sehingga ke penghujung novel baru penulis ceritakan apa sebenarnya yang menjadi punca kematian misteri Ramona dan lelaki-lelaki itu.. Watak-watak yang dipaparkan dari awal cerita hinggalah ke hujung cerita memainkan oeranan penting dalam membentuk cerita Ramona ini..

Sha baca pada 23.10.2020 dan selesai pada 24.10.2020..

Sha beli ebook di Google Play Book.. 
Published August 2020 by I F I ENTERPRISE

Tutorial | Roti Canai Sarang Burung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha kongsikan bagaimana ingin membuat roti canai sarang burung.. Adunan sama je macam buat roti canai, kalau anda pernah buat.. Kalau tak, boleh je pakai roti canai segera tapi lubangkan bahagian tengah dia.. Jom tengok bagaimana roti canai sarang burung dibuat..

Adunan roti yang dah diuli, dibentukan menjadi bulat dan kosong dibahagian tengah seperti gambar diatas.. Sekiranya anda memakai roti canai segera, anda hanya perlu guntingkan dan biarkan ia kosong dibahagian tengah.. Masakan bahagian bawah dahulu.. 

Setelah sebelah bahagian masak, terbalikkan dan pecah dua biji telur dibahagian tengah.. Biarkan sehingga roti canai masak dan telur setengah masak seblum diangkat untuk dihidangkan..

Inilah rupanya setelah siap dimasak.. Boleh juga taburkan serunding dikeliling telur.. Sha lebih suka makan begini.. Sangat sedap..

Komik | Misi 4 Flat (Komik Misi #05) oleh Nazry Salam, Afiq

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang sangat ohsem.. Misi 4 Flat bagi pelajar universiti bukanlah misi mustahil andai niat kita belajar adalah untuk mendapatkan ilmu dan juga kerana Allah.. Apa juga halangan pasti akan dapat kita tempuhi.. Dengan sendirinya usaha kita akan membuahkan hasil.. Komik ini berjaya menyampaikan bahawa dimana sahaja kita belajar, apa sahaja yang kita niatkan seiring dengan usaha serta percaya kepada Allah pasti akan membuahkan hasil yang manis.. Bukan sahaja ilmu malah persahabatan juga pasti akan kita perolehi..

Sha baca dan selesai pada 24.10.2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published April 24th 2015 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

Sunday, October 25, 2020

Filem English | Love and Monsters (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik mengenai survival dan juga raksasa.. Kisah mengenai Joel dan kumpulannya yang berada dibawah tanah selepas serangan dari raksasa yang bermutasi akibat bahan kimia yang digunakan untuk meletupkan asteroid.. Bila tempat persembunyian mereka berjaya diceroboh raksasa, Joel merasakan dia perlu mencari kekasih hatinya Aimee.. Perjalanan yang memakan masa 7 hari dengan cabaran yang luar biasa menemukan Joel dengan Clyde Dutton dan Minnow.. Mereka mengajar Joel asas untuk terus bertahan dan hidup.. Malah Minnow juga memberitahu Joel yang tak semua raksasa tu jahat.. Malangnya bila berjumpa Aimee, Joel tak berjaya menemukan cintanya kembali..

Pada Sha Aimee memang kejam.. Sepatutnya dia kena maklumkan pada Joel yang dia dah move on bukannya terus memberikan harapan.. Bayangkan bila Joel melalui cabaran hidup dan mati untuk berjumpa Aimee, tiba-tiba Aimee kata tak cintakan beliau.. Adoi.. Frust owh.. Tapi memang bestlah bila layan cerita survival macam ni.. Dengan keadaan kita sekarang ini.. Haiah.. Harapnya cepatlah Covid19 ini berlalu..

Love and Monsters (2020)
Adventure/Apocalyptic and post-apocalyptic fiction
Seven years after the Monsterpocalypse, Joel Dawson, along with the rest of humanity, has been living underground ever since giant creatures took control of the land. After reconnecting over the radio with his high school girlfriend, Aimee, who is now 80 miles away at a coastal colony, Joel begins to fall for her again. As Joel realizes that there's nothing left for him underground, he decides to venture out to Aimee, despite all the dangerous monsters that stand in his way.

Buku | Kitab XX oleh Shah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini membawa topik mengenai wanita dan hubungan.. Bagaimana gadis ingin mencari jodoh.. Tips-tips ringkas memikat lelaki.. Apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan cinta.. Adakah kerekter yang sama menjaminkan kebahagian.. Bacaan ringkas andai anda ingin bercinta dan mencari jodoh..

Sha baca dan selesai pada 24.10.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published 2017 by Gue.Ril.La

Balun Cafe, Kg. Balun Perak.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru pertama kali ke Cafe ini.. Itupun sebab ada rakan encik suami yang bagi tahu.. Cafe ini terletak ke dalam sedikit dari Pintu Gerbang Kg. Balun.. Namun boleh nampak kemeriahan lampu berwarna warni dari tepi jalan utama.. Sha makan Nan Cheese, encik suami makan Nan Garlic dan anak-anak Sha makan Chicken Chop.. Suasana dia best sebab tempat makan dia berada dia seberang jalan.. Sha lupa nak ambil gambar.. Lain kali kalau Sha ke sini lagi Sha ambil gambar nya ye.. Makanan dia affordable pada Sha.. Tak terlalu mahal.. 

Terletak sedikit ke dalam Cafe ini..

Roti Nan Garlic - RM3.50
Sedap.. Serius sedap.. Kuah kari dan dal dia pun sedap..

Roti Nan Cheese - RM7
Menu pilihan Sha.. Memang sedap.. Cheese dia banyak cuma tak boleh tarik je.. hehehe.. Tapi kenyang makan.. Kuah dia tu, pergh!! Ohsem wei..

Chicken Chop - RM10
Yang ini paling Sha suka salad dia.. Sedap.. Rasa macam nak minta extra je sayur tu.. hahaha.. Ayam dia sedikit keras.. Terlebih goreng agaknya..

Saturday, October 24, 2020

Random Photo #24 2020

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Antara yang menarik dari telefon Sha.. hehehe.. Agak kebuntuan idea untuk update entry, maka berkongsi gambarlah kita..

Kemain kusyuk budak ini membuatkan kad hari jadi untuk ayahnya.. Siap lukis gambar ayah tengah memancing.. hehehe..

Hasil pancingan encik suami pada 17 Oktober.. Dapatlah ikan talapia untuk menu makan malam.. Sha goreng je.. Memang sedap makan ikan baru ini.. Tambah kolam pancingan itu airnya sentiasa mengalir, jadi rasa ikan ini sedap.. Tak ada rasa tanah..

Kemain makan dengan chopstick.. hehehe.. Jepun sangat ini..

Teh o ais limau yang ohsem.. hehehe..

Pertama kali beli hari tu, Sha beli 1 bekas je.. Bila dah rasa, terus minta encik suami beli 3 bekas.. Kebetulan beliau ada trip ke Terengganu untuk hantar orang.. Memang puas hatilah makan.. Sedap je layan..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com