Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Friday, May 29, 2026

Coretan 29 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coretan random ya.. Hari ini pergi kerja encik suami hantar.. Kemudian encik suami ambil untuk balik tengah hari sebab rehat yang panjang.. Masuk kerja petang, Sha bawa kereta sendiri sebab encik suami nak bawa MIL jumpa doktor.. Lagipun Sha nak ke Behrang 2020 ambil kek keju kesukaan kami.. 

Hari Jumaat terakhir untuk bulan Mei 2026.. Tinggal seminggu ja lagi cuti sekolah.. 

Ulang tahun yang ke 17 kami.. Sekejap ja masa berlalu.. 17 tahun dah.. Ini kali terakhir Sha dapat beli kek keju ini.. Pembuat kek ini akan berpindah ke kampung.. Maka berakhirlah sudah jual beli antara kami.. Lepas ini kenalah cari penjual lain pula..

Petang tadi sempatlah jalan 2.61km untuk melepaskan stress dan juga mengejar 100000km.. 

Semalam gagahkan juga diri briskwalk bersama Amani demi sasaran 100000km yang tonggal lagi berapa hari ja nak tamat..

Encik suami bubuh beg di bahagian belakang.. Tempat yang sepatutnya ada box.. Encik suami kata nampak lebih smart bila bubuh beg berbanding bubuh box.. Ini beliau tengah cari beg yang saiz besar sikit.. Sha layan ja..

Thursday, April 16, 2026

Coretan Memori Kerja | 18 Tahun Perkhidmatan

Assalamualaikum..
Hye semua..

16 April 2026 menandakan genap 18 tahun perjalanan Sha dalam dunia perpustakaan.. Bermula sebagai Pembantu Perpustakaan namun kemudiannya ditukar kepada Pembantu Pustakawan.. Kerjaya ini bukan sekadar rutin kerja tetapi satu amanah yang membentuk disiplin, kesabaran dan kecintaan terhadap ilmu..

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Sha telah berkhidmat di dua kementerian iaitu Kementerian Pengajian Tinggi selama 14 tahun dan sekarang di Kementerian Kesihatan Malaysia.. Setiap tempat membawa pengalaman berbeza, namun matlamatnya tetap sama iaitu memastikan akses kepada maklumat terpelihara, tersusun dan memberi manfaat kepada pengguna..

Di sebalik rak buku, sistem rekod dan tugasan harian, tersimpan kenangan tentang pembelajaran berterusan, cabaran yang mendewasakan serta rasa syukur kerana diberi peluang berkhidmat.. Semoga pengalaman ini terus menjadi bekalan untuk melangkah ke fasa seterusnya dengan penuh integriti dan dedikasi.. InsyaAllah..

"It's been 18 years of challenges, triumphs, and learning. Grateful for the journey."

Friday, March 27, 2026

7 Syawal 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini hari kedua Sha bercuti.. Hari ini Sha ziarah Abah dan Ibu pula di Ayer Tawar.. Seawal jam 6.45 pagi kami dah gerak dari Behrang.. Singgah isi minyak di Sungkai dan terus gerak ke Ayer Tawar lalu jalan Ladang Bikam, Chuk Chak, Chenderong Balai, Kg. Gajah dan singgah makan di Bota Kiri..

Singgah sarapan dulu.. Kami makan nasi lemak, mi goreng, nasi goreng + mi goreng, air teh o ais dan teh o panas.. Lepas makan baru ke kubur..

Tanah Perkuburan Islam Ayer Tawar, Perak.. Ziarah kubur arwah abah dan ibu.. Sempat juga ziarah kubur tokcik, maklang dan juga paklang.. Ibu tu isteri kedua abah lepas mak Sha meninggal..

Alhamdulillah selesai hajat utama Sha.. Seterusnya menunaikan hajat Imani dan Amani pula..

Amani & Imani nak ke sini mencari buku.. Imani beli 3 buah buku dengan harga RM36.40.. Amani pula beli 3 buah buku dengan harga RM63.90..

Lepastu kami ke TGV menonton wayang.. Imani belanja tengok filem Hoppers dan kemudian Sha belanja tengok filem GOAT.. Habis wayang terus gerak balik.. 

Gerak balik dari AEON Seri Manjung jam 4.15 petang.. Singgah Sabak Bernam makan malam, lepas tu terus gerak balik.. Sampai rumah jam 7.15 malam.. Kami lalu WCE terus ke Sabak Bernam, lalu ikut Felda Gedangsa baru masuk Behrang..

Tuesday, February 17, 2026

Bertemu Mesra Sahabat Lama

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam masa tengah layan sakit selepas gigi dicabut, kenalan lama mesej Sha.. Beliau dalam perjalanan ke PSAS dan berhajat untuk jumpa Sha.. Sha maklumkan yang Sha ada di rumah.. Sejam kemudian beliau sampai.. Sha bawa ke SJ Salai sebab dah sampai waktu makan tengahari.. Pada Sha SJ Salai ini paling dekat dan makanan dia pun sedap.. Sejam lebih juga kami bersembang dan saling bertukar cerita.. Tahun lepas tak dapat nak jumpa, tahun ini ada rezeki pertemuan.. 

Sha tak habis makan, bawalah balik.. Jenuh juga nak mengunyah disebelah bahagian sahaja..

Thursday, January 15, 2026

Coretan Baling Belakang - 14/01/2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha bercuti lagi.. Sha terima jemputan ke sekolah untuk Program Melangkah ke Menara Gading.. Lepas hantar Amani dan Imani ke sekolah, Sha singgah beli sarapan di Petronas.. Majlis mula jam 7.45 pagi, jadinya kita sarapanlah dulu.. Karang lapar pula perut tu.. 

Lepas majlis, kami kaum ibu ini duduk sekejap dekat wakaf yang disediakan berhampiran pintu masuk sekolah.. Sha membantu para ibu ini mendaftar myDigital ID dan juga aplikasi PTPTN.. myDigital ID tu kalau korang terlupa kata laluan, batalkan dan daftar semula.. Lepas daftar semula terus buat tetapan biometrik.. Lebih mudah dan cepat, tak payah nak ingat-ingat kata laluan.. Sha memang guna biometrik ja, sebab kebanyakkan aplikasi dah boleh akses guna myDigital ID.. Macam MyHRMIS-Mobile, MyJPJ myPTPTN dan yang sewaktu dengannya.. Kalau guna biometrik ini, boleh pilih sama ada nak imbas jari atau muka.. Mudahkan.. 

Sha dah buat lama dah akaun SSPN Plus tu cuma selalu tu terima email ja.. Tak tahu pun jumlahnya berapa.. Bila ada aplikasi myPTPTN ini bolehlah tengok jumlah dalam SSPN Plus tu.. Selain daripada tu, kita boleh juga buka akuan SSPN Prime, semak baki pinjaman (kalau ada), buat pembayaran dan buat permohonan untuk potongan gaji, debit ataupun kredit.. 

Sarapan kopi dan roti di Petronas..

Lepas habis sesi mendaftar aplikasi, kami kaum ibu ini ke Zus pula.. Mengopi dan bergosip.. kikiki.. Sha cuba air Mango Smoothie.. Sedap berkrim dan mewah rasa mangga dia.. Ada sedikit sentuhan masam lemon.. Memang umph la..

Petangnya Sha teman rakan PIBG ke LPPKN untuk bertanya mengenai Program Subsidi Ujian Mamogram.. Rakan Sha ini tak ada TCA perancang jadinya bila nak buat Mammogram ini kena guna kaedah lain.. LPPKN memang ada buat Program Subsidi Ujian Mamogram dengan syarat usia mestilah 40-70 tahun dan pendapatan isi rumah 10 ribu ke bawah.. Nanti pergi ja LPPKN, bawa RM 15 (ini untuk pendaftaran dan pemeriksaan payudara) dan slip gaji.. Selesai yang ini staf LPPKN akan dapatkan tarikh dan di mana kita nak buat Ujian Mammogram tu.. LPPKN akan tunjuk senarai hospital (Hospital swasta)  yang boleh buat ujian tu.. Kita pilihlah hospitak man yang kita nak pergi.. Nanti staf akan buat panggilan dan dapatkan temujanji mengikut tarikh yang kita boleh nak pergi.. Lepas selesai ini, staf LPPKN akan bagi voucher untuk kita bawa ke hospital tersebut masa ujian mammogram nak dibuat.. 

Satu lagi boleh ke Klinik Kesihatan terdekat.. Daftar dekat bahagian pesakit luar, jumpa doktor dan maklumkan nak buat ujian mammogram.. Umur mestilah 40 tahun ke atas.. Ataupun pergi ke Klinik Ibu dan Anak yang berdekatan dan tanya jururawat mengenai Program Mammogram percuma kepada orang awam.. Biasanya akan ada waktu-waktu tertentu..

Wednesday, January 14, 2026

Selamat Tinggal YES

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pakai kad sim dari telco YES ini sejak Januari 2021.. Sha dapat kad sim ini secara percuma melalui shopee.. Masa ini memang berbaloi sangat pakai telco YES ini.. internet percuma ja dari shopee.. Lagi banyak beli di shopee, lagi banyaklah internet yang dapat tapi lepas tu dia letak maksimum jumlah internet.. Masih okaylah pada Sha.. Tapi lepas tu dah tak ada dah internet percuma dari shopee.. Jadinya masa cuti sekolah, Sha suruh anak-anak guna internet sedia ada dalam YES tu bagi habis.. Supaya Sha boleh tukar ke Tunetalk.. Sha pilih Tunetalk sebab Sha rasa tawaran internet dia paling murah, banyak dan line stabil setakat ini di tempat Sha.. Lepas-lepas ini kalau bermasalah kita fikir lain.. kikiki.. Kad sim ini Sha jadikan hotspot di rumah untuk kegunaan anak-anak belajar dan buat kerja sekolah.. Zaman teknologi ini, memang kena ada juga internet dan komputer dirumah, kalau tak memang ketinggalanlah jawabnya.. huhuhu..

06 Januari 2026, Sha buat permohonan tukar telco YES ke Tunetalk melalui aplikasi Tunetalk dan Selasa (07.01.2026) kad simnya selamat dihantar kepada Sha menggunakan Gdex.. Lajukan.. Mestilah laju, kos penghantara RM10 kot.. kikikiki.. Tapi tu lah, tak boleh nak pakai nombor YES tu, dia suruh pilih nombor lain.. Makanya Sha ambil nombor belakang yang sama dengan nombor lama Sha.. Port in kejap ja tak sampai 24 jam pun..

Dua-dua nombor duduk dalam satu apps yang sama sebab berdaftar atas nama Sha.. 

Ini adalah sebab kenapa Sha tukar ke Tunetalk.. Plan RM35 dapat internet 150gb, cukuplah untuk anak-anak guna sebagai hotspot di rumah untuk buat kerja sekolah.. 

Saturday, January 10, 2026

Coretan Sepanjang Minggu Kedua Januari 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak buat entry bergambar.. Jomlah layan gambar-gambar sepanjang minggu kedua Januari 2026 ini.. Tak banyak pun gambarnya, tapi dapatlah satu entry.. kikiki..

Buku ini disumbangkan oleh bekas staf HSR.. Beliau tinggalkan di kaunter pendaftaran dan maklumkan Sha.. Bertambahlah koleksi perpustakaan HSR..

Hari Selasa, encik suami tawarkan untuk menghantar Sha ke tempat kerja tapi kena naik si putih ini.. Lama dah tak naik sebenarnya.. Sha tiba-tiba gayat.. Mujurlah pagi ini elok ja..

Hari Rabu pun encik suami merajinkan diri hantar Sha ke tempat kerja.. Ini singgah sebentar di Pekan Slim River.. Sempatlah memotret si putih ini..

Bermula hari Khamis (08.01.2026), kedai serbaneka di lobi HSR telah berwajah baru dengan penyewa yang baru.. Yeah!! Kedai serbaneka ini telah kembali menjual aiskrim.. Lepas ini bolehlah layan aiskrim kembali bila emosi kurang menarik.. kikiki.. Barulah semangat.. kikiki..

Aktiviti petang Jumaat.. Lepas selesai urusan dekat sekolah, balik tu memang suruh anak-anak balut buku terus.. Amani balut sendiri buku teks dia..  Buku kerja Amani tak nak balut lagi, nak balut sekali dengan buku yang tak beli lagi.. Imani pula, Sha tolong balutkan suku buku kerja dia.. Balut sambil ajar Imani.. Selebihnya Imani balut sendiri.. Lepas-lepas ini memang suruh Imani balut sendiri ja macam kakak Amani.. Mak pantau, ingatkan dan sediakan bahannya saja..

Tuesday, January 6, 2026

Papa Zola The Movie Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ye.. Akhirnya.. Sha berjaya tengok Papa Zola The Movie buat kali kedua.. Kali ini tontonan berjalan lancar dengan sedikit gangguan yang tidaklah mencacatkan tontonan.. Berjaya jugalah tengok dengan gembiran.. kikiki.. Sha tengok berdua ja dengan encik suami.. Banyaklah bahagian yang Sha terlepas pandang masa tontonan kali pertama tu terubat di tontonan kali kedua ini..

Tontonan kali pertama Sha nampak KJ pada watak Kachax dan tontonan kali kedua, Sha nampak Aflin Shauki pada watak YonB.. kikiki.. Tapi Kachax tu memang mengingatkan Sha pada KJ.. Tambah bila dia cakap Tall, Dark and Handsome.. kikikiki.. 

Yeah!! Dapat juga bergambar dengan bas merah jambu ini.. kikiki..

Bayar untuk seorang ja sebab Sha tebus MovieMoney.. Mahal wei tiket lepas pukul 12.. kikiki..

Monday, December 1, 2025

Suami Belanja Aneka Kek Keju dari Zus

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Jumaat (28.11.2025) encik suami tanya Sha, tak nak kek ke.. Pilihlah kek apa-apa, dia belanja.. Sha cakap nak beli dari Zus lah sebab dapat kupon sempena hari jadi.. Encik suami suruh beli ja kek apa yang nak.. Zus ada 3 jenis ja, Sha beli semua.. kikiki.. 1 bayar harga penuh, 1 dapat diskaun 20% dan satu lagi percuma.. Jadinya encik suami kena bayar RM24.30.. Burnt Cheese Cake dengan Biscoff Baked Cheese Cake tu biasa ja pada Sha.. Tak ada yang wow pun.. Sesuailah rasa dengan harga dia tu.. 

Summer Berries Cheese Cake - RM13.50
Burnt Cheese Cake - RM10.80 (-20%)
Biscoff Baked Cheese Cake - RM13.50 (free)

Summer Berries Cheese Cake ini sedap.. Warna dia pun cantik.. Memang ngam teruklah dengan tekak Sha.. Rasa buah beri tu sedap, masam tapi tak terlalu mengganggu dan ngamlah dengan keju dia.. Lapisan kek tu pun mantap, lembut ja kek dia.. Rasa beri tu buat teringat-ingat.. Sedap makan sejuk-sejuk.. Sha simpan dulu bagi sejuk baru makan.. Memang ngamlah..

Beli 1 percuma 1.. Birthday treat from Zus..

Saturday, November 22, 2025

Jumaat Yang Meriah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ambil cuti rehat sebab encik suami minta temankan beliau ke Tapah atas urusan rasmi.. Makanya bercutilah kita.. Selesai hantar anak kami terus ke Tapah.. Selesai urusan di Tapah terus gerak balik sebab nak ambil anak-anak pula.. Petangnya Sha teman encik suami bawa MIL berurusan dengan Pesuruhjaya Sumpah pula.. Kemudian ambil Imani balik sekolah agama pula.. Lepas tu barulah selesai semua urusan untuk hari tu.. Malamnya memang melepeklah.. Kepenatan.. hahaha..

Hazelnut Spanish Latte + Whipping Cream - RM8
Balik dari hantar anak sekolah, Sha amil kopi dulu.. Ada jiran kuarters buat jualan kopi dari rumah.. Kita belilah tanda sokongan.. Mantap kopinya.. Bolehlah beli lagi lepas ini..

Sampai Tapah, singgah makan dulu.. Alhamdulillah rezeki hari Jumaat.. Ada orang belanja makan.. Semoga dimurahkan dan dilapangkan serta dipermudahkan urusan beliau.. Bukan kami ja.. semua yang ada dekat kedai makan tu beliau belanja..

Selesai urusan disini kami gerak balik.. Sempatlah jumpa rakan sekerja yang sama-sama pernah bertugas di PSAS.. Beliau pindah ke sini.. 

Jumpa pula orang jual sengkuang calit kuah merah.. Haruslah kita beli sekeping.. Memang puas hatilah.. Sekeping ini RM5.. Jarang dah jumpa kuah merah ini.. Selalu tu kuah hitam.. Sha makan ja tak kira kuah tapi bila dapat jumpa kuah merah ini, feel tu lain sikit.. kikiki..

Sempatlah belikan barang rumah MIL sekali.. Ini ja dah RM100.. kikiki..

Petang tu beli Mojito pula.. jiran yang sama jual kopi..

Saturday, October 4, 2025

Mengatasi Kegerunan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu ini Imani habis PSRA.. Kiranya ini tahun akhirlah anak Sha akan bersekolah agama.. Sha masih ingat lagi waktu mula-mula carikan sekolah agama untuk Amani.. Masa ini tahun 2016.. 3 ke 4 bulan sebelum Amani habis sekolah Pasti.. Oleh kerana Sha duduk di sempadan Selangor dan Perak, Sha cari sekolah agama Amani di sebelah Selangor.. Ini pun bukan sahaja sebab dekat tapi juga disebabkan kos.. Kos pembelajaran bagi sekolah agama di Selangor lebih mesra poket..

Masa survey ini, memang Sha pergi sekolah atas bukit ini dulu tapi disebabkan masa tu jalan nya lebih curam dan sedikit sempit, Sha suruh encik suami cari yang lain dulu.. Sha yang akan uruskan anak jadi biarlah pilih sekolah yang mudah dan senang Sha nak akses.. Tambahan pula bila kereta yang Sha pakai masa ini manual.. Ngeri okay nak panjat bukit ini.. Tu yang Sha sekolahkan Amani di Kg. Serigala, sebab sekolahnya tepi jalan sahaja.. 

Masa Amani periksa UPKK dia buat secara atas talian sebab musim PKP.. Masa periksa PSRA, Amani menumpang di sekolah atas bukit ini tapi ustaz ustazah yang uruskan.. Imani UPKK dekat sekolah Serigala sebab masa ini ada pelajar SRITI yang menumpang jadinya cukuplah jumlah pelajar untuk sekolah Serigala dijadikan pusat periksa.. Cuma bila nak PSRA ja, Imani terpaksa menumpang di sekolah atas bukit ini sebab mereka hanya ada 4 orang sahaja.. Tak cukup jumlah pelajar untuk sekolah jadi pusat periksa.. 

Sha pula memang ambil cuti seminggu untuk uruskan Imani.. Jadinya hari Isnin petang, ustaznya dah Whatsapp maklumkan yang ibu bapa kena ambil sendiri anak dari sekolah atas bukit ini.. Memang Sha tawakal ja lah.. Lagipun kereta dah tukar auto, encik suami pun dah cakap.. Kereta auto ini dia tak akan mengundur bila gear duduk dekat D.. Yakinlah sikitkan.. Alhamdulillah.. Sha berjaya naik dan turun bukit ini dengan selamat sepanjang minggu peperiksaan PSRA Imani.. Gemuruh dan berdebar tu memang adalah tapi berjaya juga diatasi demi seorang anak..

Ini pemandangan dari seberang jalan..
Sha tak pasti bila tapi rasanya macam sebelum PKP diorang lebarkan jalan nak naik ke sekolah agama ini.. Tapi Sha memang tak pernah naik.. 

Pemandangan sebelum naik..

Ini video semasa naik bukit..

Ini pula video turun bukit..

Wednesday, July 23, 2025

Malang Tak Berbau

Assalamualaikum..
Hye semua..

Betullah malang tu tak berbau.. Memang betul-betul tak diduga, bila diuji dengan kesakitan.. Semalam nasib Sha kurang baik.. Boleh pula tergelincir dan jatuh di bahu jalan masa nak ke pasar malam.. Sha baru turun kereta, jalan belum jauh lagi dah jatuh terduduk.. Memang tak jadilah nak ke pasar malam, terus balik.. Mula tu Sha ingat luka dekat lutut je, bila selak tengok terkoyaklah kulit sampai nampak isi putih.. Tersagat dekat batu.. Mujur seluar tak koyak tapi tak melindung pun sebab kainnya nipis kan.. Sha terpeleot, tergelincir dan jatuh, jenuh tahan sakit sambil memandu pulang.. Sha ingatkan tak adalah luka di kaki sebab pakai kasut sukan dan stokin yang agak tebal jugalah, tapi balik tu tengok ada juga luka di buku lali kaki kiri.. Patutlah sakit semasa nak tekan clutch kereta..  Masa memandu tu juga baru perasan di jari kanan ada luka tertoreh, agak dalam dan di tangan kiri ada kulit terkoyak.. Jenuhlah menahan pedih kaki dan tangan semasa mandi.. Malamnya memang berdenyut-denyut lah luka-luka tu semua.. Sha telan 2 biji panadol untuk kurangkan sakit..

Nak tidur tu, boleh pula ibu jari kaki tertendang bucu pintu.. Adoilah, encik suami dah geleng kepala ja tengok Sha.. Belum kurang sakit akibat jatuh, udah bertambah sakit lagi.. Semoga ada hikmah yang baik-baik sahaja lepas ini.. Aamiin..

Jari tengah tangan kanan ada luka yang dalam.. Tertusuk batu rasanya..

Ini pula jari tengah tangan kiri.. Terkoyak bahagian sendi..

Thursday, June 26, 2025

Rindu Itu Berat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau arwah abah masih ada sekarang ini usia beliau 76 tahun.. Figura yang sentiasa dirindui.. Perginya tak akan ada ganti.. Dirindu setiap masa.. Adakalanya rasa rindu tu terlalu menggebu-gebu.. Terasa-rasa sentuhan hangat beliau.. Baunya seolah-olah masih ada.. Terngiang-ngiang suaranya.. Namun siapalah kita untuk menidakkan takdir.. Andai sampai masa, kita juga akan pergi mengadap Ilahi.. 

Ya Allah… Ampunkan dosaku dan dosa kedua Ibu Bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka  mengasihaniku ketika aku masih kecil, berilah mereka balasan Syurga..

Ya Allah gantikan penat lelah buat Abah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami dengan setinggi-tinggi SyurgaMu di sana.. Aamiin.. Ya Allah, kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu untuk  Abah kami yang telah banyak berkorban membesarkan kami selama ini..
Ya Allah letakkanlah Arwah Abahku di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amiin Ya Mujib Ya Rabb Ya Zal Jalali Wal Ikram..

Sha tahu lagu ini dari blog Mummy Ayu.. Bila layan memang mencengkam jiwa.. 

Rindu Itu Berat
Song by Amir Jahari

Ini cerita kita
Terngadah dan berharap
Kau antara bintang 
Dan telah pergi selamanya

Rindu itu berat
Tak terdakap tubuh dan jasad
Runtuhlah jiwa jiwa yang kuat
Maka jadilah
Rindu itu berat

Ini sebuah derita
Yang dulu engkau jeritkan
Tanpa suara yang mendengar
Maafkanku teman

Rindu itu berat
Tak terdakap tubuh dan jasad
Runtuhlah jiwa jiwa yang kuat
Rindu pada yang tak berhayat

Teman rindu air mata
Musuh rindu adalah kenangan
Menjunjung kesal maaf kelewatan
Maka jadilah
Rindu itu berat

Wednesday, June 11, 2025

Rezeki Daging Korban 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami maklumkan tempat kerja beliau ada buat korban.. Encik suami turut terlibat dalam kerja-kerja kurban tersebut.. Jam 11.21 pagi beliau mesej maklumkan dapat daging.. Alhamdulillah Syukur.. Merasa juga daging korban.. Sha ingatkan setakat daging korban je lah.. Eh!! Jam 3.55 petang beliau maklumkan dapat lauk.. Memang ada masak-masak lepas siap bahagi-bahagi daging korban tu.. Tapi Sha tak jangkalah nak dapat.. Encik suami maklumkan dia tolong sampai habis.. Sampai ke pembersihan dan tanam-tanam semua.. Lepas tu tak sangka pula ada lauk lebih untuk beliau.. Sha pula ingatkan tak adalah banyak.. Bila balik rumah baru Sha tengok lauknya banyak betul, siap boleh simpan beku sebahagian lauknya.. 

Daging segar.. Ini kita simpan dulu.. Nanti baru masak..

1 bekas besar sup, 2 beg plastik lauk singgang dan 1 beg plastik masak kunyit..

Bila dah bubuh dalam periuk.. Puaslah makan daging arini.. Sha simpan sebahagiannya dekat tempat beku.. Nanti nak makan, panaskan aja.. Bukan boleh nak makan habis semuanya hari ini..

Masak kunyit tu dia buat stail rendang nasib.. Semua bahagian ada dalam masak kunyit tu.. Sha ada tergigit hati lembut.. Telan jelah dah gigit.. Menarik juga bila dia buat macam ini.. Sha tak sangka pula rasa hati lembu macam tu.. Sha memang tak makan hati lembu ke, hati ayam ke.. Ini kira pertama kali rasalah.. Menarik..

Friday, May 30, 2025

Ulang Tahun Perkahwinan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam ulang tahun perkahwinan Sha.. Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia perkahwinan kami.. Raikan terus bersama anak-anak.. 

“Ya Allah, berkatilah aku dalam keluargaku dan berkatilah mereka dalam diriku. Berilah aku rezeki dari mereka dan berikanlah mereka rezeki dariku. Ya Allah, kumpulkan kami untuk kebaikan dan pisahkan kami apabila Engkau pisahkan kami untuk kebaikan.” 

”Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan berikanlah kemudahan serta petunjuk kepada kami untuk keselamatan agama kami.”

Aamiin.. Aamiin..

Asalnya Sha tempah kek batik indulgence tapi penjual ada masalah yang tak dapat dielakkan, Sha tukar kepada brownies.. 

Hadiah kami berdua untuk keluarga kami.. kikiki.. Sha kongsi duit dengan encik suami untuk gadget baru rumah kami menggantikan air fryer yang meletup sebelum ini.. Harga asal dia RM419 tapi masa beli semalam ada promosi, dapatlah beli dengan harga RM319 sahaja.. 

Friday, April 4, 2025

Tragedi 4 Syawal 1446H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang jam 3.26 encik suami telefon Sha bagi tahu ada ular masuk rumah.. Minta tolong Sha telefonkan JPAM sementara beliau pergi panggil pengawal keselamatan.. Sha pun google JPAM Muallim dan minta tolong mereka ke rumah untuk selamatkan ular tu.. huhuhu.. Jam 3.49 petang, JPAM datang dan tangkap ular tedung tersebut.. Lepas tarik keluar dari bawah penyidai tu baru tahu ular tedung.. Encik suami adalah ambil video tapi staf JPAM tak bagi bubuh di mana-mana sosial media.. Jadinya maaflah ya, tak dapat Sha nak kongsikan kehebatan 3 gadis menawan ular.. huhuhu..

Balik dari pejabat, baru tahu rupanya anak dara Sha Amani duduk sebelah ular tu sebelum dia dengar bunyi desiran ular.. Masa ini memang Amani seorang sahaja yang ada di rumah.. Terus dia telefon ayahnya maklumkan.. Ayah dan adik ada diluar masa ini.. Oleh kerana encik suami panik dia telefon Sha minta carikan no telefon JPAM Muallim.. Sha memang bedebar-debarlah menunggu perkembangan di pejabat.. 

Alhamdulillah.. Syukur Allah selamatkan Amani dari sebarang musibah.. 

Ini kejadian kedua tentang ular di bulan Syawal.. Sebelum ini ularnya di luar rumah.. 

Elok ja dia duduk bawah sejadah tu..

Ini jalah keratan yang Sha boleh kongsikan dari video yang encik suami ambil..

Lepas ular ini diselamatkan JPAM, encik suami kata ada bau hanyir yang tertinggal.. Masa Sha balik tu beliau dah moplah rumah.. Semalam memang panas terik pun, mungkin ular tu cari tempat sejuk untuk berehat.. Sebelah tempat sejadah tu, pintu sliding.. Memang kami biarkan terbuka tu yang elok dia menyusup masuk tu.. Nampak gayanya lepas ini kena tabur beleranglah.. 

Wednesday, April 2, 2025

Cerita 2 Syawal 1446H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha sekeluarga ke Ayer Tawar ziarah kubur arwah abah dan juga ibu.. Awal kami keluar dari rumah.. Jam 7.15 pagi dah gerak.. Tapi singgah Teluk Intan dulu cari sarapan pagi.. Alhamdulillah jumpa juga kedai yang jual nasi lemak.. Kikiki.. Perut kenyang, baru teruskan perjalanan.. Ikut lebuhraya WCE keluar dekat persimpangan Setiawan dan terus ke Pekan Ayer Tawar.. Alhamdulillah selesai ziarah kami gerak ke tempat lain..

Hari ini 6 tahun Abah tiada disisi Sha.. Kami tak adalah rapat namun ini sahaja figura orang tua yang Sha ada lepas kehilangan emak pada usia 4 tahun.. 

Ibu wujud dalam hidup Sha selepas arwah mak tiada.. Tak rapat namun beliau Sha hormati..

Ini pula kubur mak dan bapa saudara Sha.. Tak adalah dekat mana namun membesar bersama mereka sejak Sha sekeluarga pindah ke Ayer Tawar..

Rumah lama yang pernah Sha huni suatu masa dahulu.. Simpan sini sebagai kenangan.. Tak ada dah kembali ke sini.. Tinggallah semua kenangan yang pernah ada disini.. Tak kiralah bahagia mahupun sedih.. 

Tuesday, April 1, 2025

1 Syawal 1446H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita 1 Syawal kami bermula dengan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Ar-Rahman, Ulu Bernam.. Oleh kerana raya kami di Behrang sahaja, maka encik suami buat keputusan untuk solat sunat Aidilfitri jauh sikit dari rumah.. Kami sampai sekitar jam 7.45 pagi dan keadaan masih lengang.. Parkir kereta mudah dan dapat duduk di saf kedua.. Selesai solat sunat, maka mencari sarapan pagilah kami.. 

Ziarah MIL di Slim River sebelum MIL ke Kampung Gajah bersama adik ipar..

Kemudian kami terus gerak ke Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang untuk ziarah kubur arwah mak Sha..

Tahun ini perjalanannya pendek sahaja.. Sempatlah merasa kesesakan lalu lintas di KL..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com