Monday, April 30, 2018

Mr & Mrs Sweet oleh Q Aulia

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Novel ini okay-okay sahaja.. Agak cliche lah juga.. Kisah kahwin paksa oleh keluarga.. Mula-mula tak suka kemudian jatuh cinta.. Lepas tu muncul pula watak pengacau iaitu kekasih lama masing-masing dan si psiko Melissa.. Heroin kena culik dan nyaris mati tapi sempat diselamatkan oleh hero.. Hero kena fitnah, heroin relaks je.. Heroin kena fitnah terus hero mengamuk tak tentu hala.. Heroin pun lari pergi luar negara.. Hero menyesal.. Gitu.. Kikiki.. Nama hero dengan heroinnya sweet pada Sha.. Iman Amanda dan Zairel Imran..

Ada kebaikan yang Sha dapat dari novel ini walaupun cliche.. Dalam hubungan perkahwinan memang kena ada komunikasi dan jangan ada rahsia.. Kalau suka berahsia, memang boleh menggugat hubungan suami isteri..

Sha baca dan selesai pada 27.04.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Urusan Rumah - Pemasangan Jeriji/Grill Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi-pagi lagi Sha dan encik suami dah gerak.. Lepas hantar anak rumah pengasuh terus gerak.. Mulanya naik kembara arwah FIL, tapi lepas pekan Slim River tiba-tiba temperature kereta naik.. Berhentilah kejap tepi jalan.. Bagi dia cool down.. Dalam 5 minit gak.. Pastu gerak balik.. Tapi sampai Trolak temperature naik balik.. Kenalah patah balik, tukar kereta.. Lambatlah geraknya sebab kereta Sha kena ganti minyak enjin baru, dah patut serviskan.. Mujurlah encik suami memang dah buang minyak lama.. Cuma nak masukkan minyak baru je.. Dugaan hari ini.. Kikiki.. 

Encik suami tengah melakukan kerja-kerja menukar minyak enjin.. 

Settle pasal minyak, kita punggah barang pula.. Dah siap, terus gerak gi Ipoh.. Singgah makan dekat Bidor lepas tu teruskan perjalanan..  Sampai Ipoh lebih kurang jam 12.. Terus punggah barang dan mulakan kerja.. Tengah seronok nak memasang grill, baru perasan wallplak yang sepatutnya dah tertinggal.. Kikiki.. Biasalah bila bertukar kenderaan.. Mesti ada yang tertinggal.. Mujurlah ada backup.. Dekat pukul 3 petang, baru berjaya pasang jeriji tingkap utama dan tingkap bilik belakang.. Lambat sebab tingkap bilik tidur utama terpaksa dipotong dan dicantum kembali kerana salah ukuran.. Kikiki.. Bukan pembuat jeriji professional kan.. Sudahnya Sha keluar pergi beli lunch sementara encik suami sambung kerja.. Sha sampai balik, encik suami dah settle pasang semua jeriji.. Tinggal pintu depan dan pintu belakang je.. Berhenti makan dulu, baru sambung balik buat kerja.. Kami selesai pasang pintu dekat pukul 6.30 petang.. Terus kemas-kemas barang dan pergi solat.. Lepas tu memang terus gerak balik.. Sampai rumah pukul 9.30 malam.. Lambat sebab pergi ambil Amani &  Imani dekat rumah pengasuh dulu.. Lepas tu memang flat lah.. Kepenatan..

 
 Pemasangan jeriji pun bermula..
Ini tingkap dekat ruang tamu..

 
 Tingkap bilik belakang..

 
 Ini jeriji tingkap bilik utama.. Tersilap ukur.. Jadinya kenalah ptong dan cantum.. Tu yang jadi lambat.. Dah lam lambat sampai.. Kikiki.. Bila bukan professional kan..

 
 Alhamdulillah.. Berjaya juga pasang jeriji untuk pintu.. Dah siap.. Nanti nak datang balik untuk basuh rumah dan buat wiring..

Koleksi Buku Bulan April - #pbakl2018

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Yeah!! Buku dah sampai.. Walaupun tak berjaya ke PBAKL, tapi tetap berjaya membeli buku.. Tempahan pertama yang sampai adalah dari terbitan Prolog Media.. Memang tak dinafikan, Prolog Media antara yang berjaya menghasilkan kulit buku yang cantik dan memikat mata.. Buku selamat sampai ke tangan pada 27 April 2018.. Hari pertama PBAKL 2018 bermula.. Kikiki.. Gembira rasa hati.. Sampai je buku ke tangan, terus Sha balut.. Senang nanti nak baca.. Sha memang pastikan buku berbalut sebelum dibaca.. Tak sabar nak mulakan pembacaan.. 

Missng Pages
Maia
Cempaka Melati
Shhh... Rahsia! 

Sunday, April 29, 2018

Drama American | Stranger Things S1 (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Best rupanya drama ini.. Sha baru tengok sampai episod 4.. Memang menarik dan memberikan debaran.. Tertengok sebenarnya.. Bayangkan ada satu lagi dunia macam kita tapi dihuni makhluk pelik dan keadaan yang gelap je.. Pergh!! Jenuh nak larikan diri dan selamatkan diri.. Watak 3 orang budak yang berusaha mencari kawan baik dia yang dah terpergi ke dunia lain tu memang ohsemlah.. Serius.. Lepastu muncul watak budak perempuan yang ada kuasa kinetik.. Dengan bantuan budak perempuan ini, mereka mula mencari Will.. Pengembaraan yang menarik dan juga menakutkan.. Kikiki.. Tapikan, Sha warning siap-siap la.. Ada gak part tak senonoh macam kat episod 3.. Awal-awal episod 3.. Tapi lepas tu tak da dah..

update: Drama ini memang bestlah.. Walaupun terkejut terkejut dibuatnya.. Tapi semangat persahabatan antara budak berempat dan El tu memang ohsem.. Polis tu pun dasyat.. Tak sabar nak tengok yang second..

Drama ini ada 8 episod dan setiap episod ada debarannya yang tersendiri.. Pada Sha memang berbaloilah menonton drama ini.. Sebab unsur suspen dia.. kikiki..

Stranger Things (2016) • TV Series
Actors: Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown
The first season begins in November 1983, when Will Byers is abducted by a creature from the Upside Down. His mother, Joyce, and the town's police chief, Jim Hopper, search for Will. At the same time, a young psychokinetic girl called Eleven escapes from the laboratory and assists Will's friends, Mike, Dustin, and Lucas, in their own efforts to find Will.

6 Karya Pemenang Sayembara Buku Fixi 2017/2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat mereka yang menggemari dan mengumpul koleksi novel-novel dari FIXI, Sha ada perkongsian menarik untuk anda.. FIXI telahpun menerbitkan karya terbaru dengan harga dan pakej yang menarik.. Berminat?? Maklumatnya seperti dibawah.. Owh ya.. Ini sekadar perkongsian sahaja ye.. Sha tidak mendapat apa-apa keuntungan pun dari perkongsian ini.. Sha pun belum membeli novel-novel dibawah ini.. (budget agak menyedihkan.. kikiki..)

6 karya pemenang Sayembara Buku Fixi 2017/2018 adalah;

1. HERO - Zakri Rahman
2. PENUMPANG - Fee Anyau
3. PADAM - Ibrahim Jama Huri
4. BERANG - Nazrul Kama
5. RAKA - Mahizan Husain
6. TOPENG - Bali Baim

Boleh dibeli secara individu dengan harga RM22.30 (sudah termasuk pos) atau pakej #6PackFixi, kesemua 6 buku dengan harga RM99.90 (sudah termasuk pos).

WhatsApp 01123651972 atau boleh ke fixi.com.my


Split oleh Nurul Ain Syuhada

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seronok bila dapat baca sesuatu yang baru seperti novel ini.. Walaupun bila membaca novel Split ini Sha terbayangkan drama Kill Me Heal Me (korea) tapi ada sesuatu yang lagi menarik dalam novel ini dan lain dari drama Korea tu.. Cuma perlu lebih terbuka ketika membacanya sahaja..

Dalam novel split ini, watak heroinnya Maryam tegas, berdikari dan berjaya.. Heronya Mikael pula punya masalah split personaliti.. Bila dua watak ini bertembung memang kelakar dan menarik.. Tambah bila satu demi satu personality dalam diri hero muncul.. Dari awal novel ini sehingga akhir novel ini, memang best pada Sha.. Satu kelainan yang menarik berjaya ditonjolkan penulis.. Cara Maryam menerima kehadiran semua personality Mikael dan menguruskan dengan jayanya.. Walaupun tidak diceritakan secara perubatan bagaimana mengubati masalah split personaliti ini tapi Sha rasa penulis berjaya menunjukkan yang Maryam mampu mengawal semua personaliti Mikael..

Semoga penulis akan terus menulis sesuatu yang lain di masa akan datang..

Sha baca novel ini pada 24.04.2018 dan selesai pada26.04.2018..

Saturday, April 28, 2018

Akaun SSPN1M-i Plus untuk Amani dan Imani

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Hari Khamis (26.04.2018) ada wakil SSPN datan pejabat Sha.. Mula tu macam tak berminat tapi lepas dengar penerangan macam menarik dan bagus pula.. Sebab sha buat potongan RM60 setiap bulan sebagai tabungan untuk anak-anak.. 

SSPN1M-i Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus) merupakan simpanan pendidikan patuh syariah yang terbaik untuk anak-anak anda. Produk ini disediakan oleh PTPTN. Selain membuat simpanan secara tetap di dalam SSPN1M-i, produk ini juga menyediakan perlindungan takaful.

 
Mak dapat paper bag..

 
Anak-anak dapat tabung.. kikiki..

China | Secret Angel ; Angel and Love (2012)

Assalamualaikum..
Hye semua..
Drama yang menarik.. Hanya 12 ke 14 minit setiap episod tapi berjaya menyentuh perasaan.. Ini web drama dari China.. Kisah pasal seorang angel yang dah menyelamatkan seorang manusia yang sepatutnya mati tanpa sengaja.. Disebabkan kesilapan Angel tu, Angel tu kena turun ke bumi dan memastikan lelaki tu terus hidup dalam tempoh 100 hari, kalau tak angel tu yang akan hilang.. Musuhnya adalah devil yang kena memastikan lelaki tu mati dalam masa 100 hari.. Berjaya ke tak?? Kenalah tengok.. Kikiki..

 
 Secret Angel ; Angel and Love (2012)
CH WebDrama | 10 Episodes | Aired: Mar 21- May 23, 2012 | Romance, Supernatural |
 The drama is about the twists and turns that take place in the life of a clueless angel. She is accident-prone but impossible to resist.

Program Jom Baca Bersama 10 Minit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia pada 24 April 2018.. Program ini dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia yang merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).. Untuk tahun ini Sha dan rakan-rakan sekerja yang lain telah pergi ke Perpustakaan Sekolah untuk aktiviti ini.. Kebetulan pula Program ini serentak dengan sukan sekolah Amani & Imani, tu yang Sha past baton kat encik suami.. Demi melunaskan tanggungjawab kerja.. Bila bersama dengan budak-budak sekolah rendah ini, lain sedikit reaksi dan marespon dari mereka.. Memang seronok layan budak-budak sekolah ini.. Mereka bahasakan kami cikgu.. Kikiki.. Perasan sekejap dibuatnya..

Friday, April 27, 2018

Separuh Aku Ada Kamu oleh Awesome 5

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novel yang pendek dan ringkas sahaja pada Sha.. Kisah seorang lelaki yang sangat kerek dan kuat membuli.. Samlaikan bertukar-tukar PA nya.. Bila Syaza mula berkerja dengan Zhafir, dua syarat diberi.. Namun Syaza tak mudah mengalah.. Dari buli membuli, cinta pun berputik.. Rupanya ada sejarah antara Zhafir dan Syaza.. Memang kena sangatlah tajuk cerita dia.. Memang sweet dan sempoi novelnya.. 

Sha baca dan selesai pada 25.04.2018..

 
(ebook - PNM e-Reader)
Published 2013 by e-Sentral

Nur Syaza dan Ahmad Zhafir. Mereka dipertemukan dan bertemu di bawah satu bumbung apabila Syaza diterima bekerja sebagai setiausaha Zhafir. Patutnya, Syaza boleh bersorak gembira apabila diterima bekerja. tapi sayangnya, tak. Terma dan Syarat sebagai Pembantu Peribadi Ahmad Zhafir Bin Ahmad Zulkarnain: • Datang kerja pakai baju kurung ! ( WAJIB ) • Setiap pagi mesti ada Black Coffee dan karipap sardin tiga biji atas meja. (WAJIB TIGA!) Orang tua-tua kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi bagi seorang Nur Syaza, lebih baik tak kenal maka tak benci. Kenapa dia cakap macam tu? Sebab, Zhafir tu hanya Allah saja yang tahu macam mana kerek-tahap-mintak-campak-dalam-lombong aje perangai dia tu. Zhafir ini pun satu hal juga perangainya, suka betul dia kucar-kacirkan hidup Syaza. Kalau satu hari tak mengacau,membuli macam tak lengkap rutin harian katanya. Tapi, di sebalik setiap pergaduhan kecil tu ada sesuatu di belakang tabir. Sesuatu yang Syaza mahu pun Zhafir sendiri tak mengerti kenapa ia terjadi. “Sejak bila menyampah tengok Ron Weasly? Dulu okey aje?” “Sejak tahu Mad Sapi is a big fan of Ron Weasly!” Hidup ini penuh teka teki. Siapa tahu, apa yang kita benci boleh bertukar jadi kesukaan kita pula akhirnya kan?

Bila Salah Terima Buku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru-baru ini, Sha ada beli buku dari website FIXI.. Pakej 6 pack dengan harga RM84.00 tak termasuk postage.. Boleh baca di SINI.. Tapi telah berlaku kesilapan pada buku yang Sha pesan.. Sepatutnya sampai tajuk Mens Rea tapi yang Sha terima tajuk Mereka.. Pesanan ini selamat sampai dekat Sha pada 25.04.2018.. Malam baru sempat tengok.. Sha pun emaillah pihak Fixi di info@fixi.com.my malam tu juga.. Dan ke esokkan harinya Sha dah dapat balasan dari pihak Fixi.. Mereka akan hantar buku Men Rea tu pada Sha dan suruh Sha simpan sahaja buku yang dah tersalah itu.. Alhamdulillah.. Rezeki.. Nanti Sha update kalau buku sampai..

 
Email Sha pada Fixi
Jam 8.46pm - 25.04.2018

Email balas dari Fixi Sha terima pada jam 9.48am - 26.04.2018..


My Pre-order Books for PBAKL 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018
Tarikh : 27 April - 6 Mei 2018
Tempat : PWTC, Kuala Lumpur
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 sudah pun bermula hari ini dan akan berakhir pada 6 Mei 2018.. Sha memang tak tahu lagi dapat pergi ke tak.. Tapi buku-buku yang akan dijual sepanjang PBAKL 2018 ini telah Sha beli secara online.. Antaranya ialah 

 Set ini Sha beli secara terus dengan Prolog Media setelah gagal mengawal nafsu.. Kikiki.. Sebabnya Sha jarang kecewa membaca novel keluaran Prolog Media..

Dua novel ini Sha beli dengan kawan Facebook dan kedua-dua buku ini datang dengan tandatangan penulis.. Takrut tu Sha beli sebagai hadiah sebab Sha memang akan dapat buku tu secara percuma kerana menyertai pertandingan yang dianjurkan penulis.. Boleh baca di SINI.. Jadi yang Sha beli Sha bagi pada pemenang yang bertuah yang telah meninggalkan komen di entry Sha di SINI..

 Dan yang last ini Sha beli dengan Penulis.. Sebab dapat free gift dan tandatangan.. Sha beli extra untuk seorang sahabat blogger juga.. Sha harap beliau akan suka.. Kalau korang berminat nak beli juga boleh klik SINI..

 Buku ini oleh Penulis Illya Abdullah.. Memang selalu beliau up sketsa pasal Kak Lang ini dekat Wall FB beliau.. Memang Sha suka sangat-sangat sketsa pasal Kak Lang ini..Kalau korang berminat boleh klik SINI..

Untuk buku pre-order je Sha dah habis RM252 untuk 8 buah buku.. Kikiki.. Bila kira-kira macam ini baru nampak betapa banyaknya Sha berbelanja.. Sabar jelah.. Tu belum campur yang Sha beli runcit-runcit untuk cukupkan koleksi sepanjang April ini.. Rasanya ada dekat 20 buah buku... Tak sabar nak tunggu semua buku ini sampai.. Kepada yang pergi PBAKL 2018, selamat berseronok dengan bau buku-buku itu semua..

Thursday, April 26, 2018

Blackout

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam malam, rumah Sha blackout tiba-tiba selepas bunyi letupan kedengaran.. Pergh!! Memang terkejutlah dibuatnya.. Bayangkan baru nak tidur tiba-tiba gelap gulita.. Bila check suis utama, tak ada lah pula tertendang atau jatuh.. Tapi rumah Sha sahaja yang black out.. Terus call encik suami suruh balik dan tengok.. Memang tak dapat dikenal pasti puncanya kenapa.. Nak tak nak kenalah tidur dalam keadaan tak ada eletrik.. Mujurlah anak-anak dah tidur awal.. Cuma mereka sedikit gelisahlah, panas kan.. Alhamdulillah, dalam pukul 1 lebih, hujan turn.. Tak adalah cuaca panas sangat..

Pagi lepas masuk pejabat, terus Sha call staf bahagian penyelenggaraan minta tolong tengokkan apa yang rosak..Lepas staf penyelenggaraan periksa, memang meter TNB yang problem.. Jadinya Sha pun call lah TNB dan buat aduan.. Alhamdulillah, cepat juga dapat respon dari TNB.. Dalam pukul 11 lebih macam tu mereka dah datang untuk periksa.. Dan Alhamdulillah dah selesai.. Memang suis TNB yang bermasalah.. Yeah!! Meter dah okay..
 
Main Switch kat rumah Sha okay je..

 
Masalahnya di Meter TNB ini.. 

Koleksi Buku Bulan April #1

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Buku-buku ini semua Sha beli dengan peruntukkan yang tidak disangka.. Sepatutnya memang Sha tak boleh membeli dah tapi memang tak dijangka dapat duit lebih.. Tu yang Sha borong buku.. Kikiki.. Sha beli buku yang kebanyakkannya memang dalam list nak dibeli.. dan ada juga buku yang beli sebab baca sinopsisnya menarik.. Kikiki..

Buku ini Sha beli dengan penulis.. Free keychain, postcard dan tandatangan penulis.. Sha beli sebab teruja baca sinopsis novel ini.. Cover dia pun lawa.. 

Buku-buku yang Sha beli dengan Karangkraf Mall.. Projek Seram Istana & Hotel ini nak lengkapkan koleksi Projek Seram.. Jampi tu pula novel seram baru keluaran Buku Prima.. Buku ini Sha beli pada 21.04.2018 dan sampai pada 24.04.2018.. Pada Sha prosesnya sangat cepat..

Yang ini Sha beli dengan FIXI.. Pakej 6 buku RM99.90 termasuk postage.. Kenapa dalam gambar ada 5 je? Sebab satu lagi buku mereka salah bagi.. Huhuhu.. Sepatutnya Buku Mans Rea oleh Fazrin Jamal tapi yang sampai tajuk Mereka oleh Ariff Adly.. Harapnya bolehlah tukar balik.. Sha memang nak sangat Mens Rea tu.. 

13 Jam A380 oleh Evelyn Rose

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Lama juga masa yang Sha ambil untuk selesaikan pembacaan novel ini.. Novel yang sangat berat pada Sha.. Sha suka sebab banyak persoalan mengenai agama dan pegangan kita dibangkitkan dalam novel ini.. Yup.. Ini novel cinta tapi bukanlah tipikal seperti yang ada kita baca.. Sebaliknya penulis banyak mengupas mengenai kita umat Islam yang emmang lahir dalam Islam tapi selalu leka dan lalai dalam melaksanakan suruhan Allah.. Sebaliknya pula pada mereka yang baru sahaja mendapat hidayah Allah, berusaha memperbaiki diri dan mengikuti dengan bersungguh ajaran Islam itu..

 Novel yang sangat meninggalkan kesan.. Setiap perancangan kita tidak akan terjadi dengan izin Allah.. Setiap yang Allah tetapkan itu pasti ada hikmahnya namun manusia selalu gagal melihat apa yang tersirat berbanding yang tersurat.. Cerita yang diberikan olh penulis memang sangat-sangat memberi kesan.. Tak sangka wata yang dicipta penulis berjaya membuatkan Sha rasa geram dan marah.. Haydar yang sangat nekad, Hana yang tak sedar diri.. Kedua-dua watak ini buat Sha sakit jiwa dan dalam masa yang sama gembira.. Pelikkan.. Tapi novel ini memang banyak beri Sha sentapan.. Tepat menusuk ke hati.. Tahniah buat puan penulis.. Semoga terus berkarya ye..

Sha baca novel ini pada 22.04.2018 dan selesai pada 25.04.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Sinopsis: 13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.

"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR

Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.

"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI

"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA

"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI

"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA

Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...

“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR

Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?

Wednesday, April 25, 2018

Urusan Rumah - Bayaran TNB

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. urusan pembayaran untuk pemasangan meter TNB dah pun selesai.. Itupun Sha mesej dua tiga kali juga dekat pemaju.. Hari Isnin baru pemaju reply untuk buat bayaran deposit.. Mujurlah boleh bayar dimana-mana cawangan TNB.. Jadinya Sha minta pelepasan waktu sekejap dari Bos pada hari Isnin (23.04.2018) untuk uruskan pembayaran.. Masa sampai dekat TNB, Sha tunjuklah screenshot gambar borang permohonan yang dihantar pemaju.. Malangnya staf TNB tu kata no tu tak boleh pakai.. Sepatutnya pemaju kena bagi no akaun.. Nak tunggu pemaju reply WhatsApp lambat lah jawabnya.. Mujurlah staf TNB tu sangat baik, beliau minta no kad pengenalan Sha untuk semakan.. Alhamdulillah urusan Sha dipermudahkan.. Barulah boleh bayar RM260 untuk deposit dan urusan pemasangan meter.. Staf TNB tu suruh call semula untuk semakan sama ada meter dah dipasang atau belum lepas 3 hari waktu berkerja... Yeah!! Tak sabar nak pergi pasang grill pula..

Amani dan Imani Bersukan (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam (Selasa-24.04.2018) Sekolah Amani dan Imani ada buatKejohanan Sukan Tahunan Kali ke-6 Tahun 2018.. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi.. Dimulakan dengan perarakan rumah sukan, pelajar pra dan pendidikan khas.. Nyanyian lagu negaraku, ucapan guru besar dan perasmi.. Penyampaian hadiah untuk acara yang telah dilaksanakan terlebih dahulu sepanjang minggu lepas dan kemudian barulah acara untuk hari ini bermula.. Sha stay sampai jam 9.30 pagi je.. Lepas tu pas baton dekat encik suami.. Sebab Sha kena pergi ke Sekolah Sg. Behrang untuk Program Perpustakaan.. Gambar yang ada ini pun ehsan cikgu pra sekolah dan encik suami.. Gambar Amani tak ada walaupun dia ada menang hadiah.. Amani menang acara berkumpulan jadinya yang ambil hadiah wakil sahaja.. Ini semua kenangan untuk anak-anak.. Anak-anak pra memang cikgu bagi balik awal.. Habis je acara Pra dah boleh balik.. Jadinya encik suamilah hantarkan Imani ke rumah pengasuh.. Kakak balik dengan van sekolah..



Wordless Wednesday #72


Tuesday, April 24, 2018

Bunga oleh Altimet

Assalamualaikum..
Hye semua..

Altimet ini antara penyanyi yang Sha suka.. Sebab lirik dan lagu yang dihasilkan memang sinis dan menyentap di jiwa.. Kikiki.. Kali ini tajuknya Bunga tapi bila dengar lirik dia dari mula sampai habis kan memang sadis.. Kikiki.. Memang kenalah dengan orang-orang zaman sekarang.. Tak caya?? Ce tengok lirik kat bawah ini.. Lepas itu kalau nak lagi best, sila dengar lagu tersebut di SINI.. Kalau korang dah dengar, apa pendapat korang tentang lagu Altimet ini??

https://www.youtube.com/watch?v=6Pp0yaT_Mng

Altimet - Bunga

Hak!...

Pening kepala, takde duit belanja
Kecewa karena orang lain shopping selambar
Nak merasa, nak jual sekali bersama
Mereka mereka yang failure trending semasa

Nak apa yang dia ada
Aku nak orang berkata
Ada kaya subang jaya
Hari hari hari raya

Tak sanggup tunggu lama
Takde duit takde masa
Aku jumpa satu brother
Tanya cam mana dia berkata

Hey isi ini borang
Keluar wang berkoyan
korang jangan goyang
(Bayar kemudian)

Uh mohon terus lulus
Tanda tangan terus
Sampai tangan berlambar fulus

Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit nak duit dapat s'kali bunga
Jatuh bulan kan ada riba

Nak duit nak duit sertakan bunga

Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman masih ada bunga

Serba satu semua serba baru
Kalau tak tak laku mereka semua cerca aku
Ramai kawan baru, that's my instant fam
Semua laju tuk pasang baju kat instagram

Lima tiga liter
Kopi mahal cafe hipster
Bukan pelipur lara tapi
Teruk gebang bila cerita

Putih mata
Lupakan kisah lama
kalau nak lagi jumpa itu brother
Dia berkata

Hey isi ini borang
Keluar wang berkoyan
korang jangan goyang
(Bayar kemudian)

Uh mohon terus lulus
Tanda tangan terus
Sampai tangan berlambar fulus

Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit nak duit dapat s'kali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Nak duit nak duit sertakan bunga

Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman masih ada bunga

Bayaran tak cantik tolong bagi balik
Tanya baik baik sebelum ditarik
Bulan ni dah lambat tolong bagi cepat
Engkau dah terjerat terikat ketat

Mana mahu lari jangan kecik hati
Janji tetap janji perempuan atau laki
Tunggak punya tunggak pokok dan bagi
Bunga tanam s'kali hutang sampai mati

Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit nak duit dapat s'kali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Nak duit nak duit sertakan bunga

Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman masih ada bunga 

Misteri Kem Motivasi oleh Hasrul Rizwan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca buku ini setelah berjaya membeli buku lain terbitan Roman.. Kikiki.. Bukan apa, nanti adalah pilihan untuk dibaca.. Nampak tak tamaknya Sha pada buku.. Kikiki.. 

Novel Hasrul Rizwan ini memang terbaiklah dan tak mengecewakan.. Novel ini walaupun bertajuk Misteri tapi separuh dari novel ini mengisahkan aktiviti Mat Piah, Cupin,  Widad dan Akhil di Sekolah.. Kenakalan dan kesengalan mereka uang mampu membuatkan Sha bergelak ketawa membaca novel ini.. Memang rasa nak katuk je watak-watak dalam novel ini.. Kikiki.. Memang hilang stress lah baca novel ini.. Perangai watak-watak dalam ni sengal ya amat.. Kikiki.. Walaupun ada sesikit misteri dan seram namun kisah sebenar lebih dasyat.. Tapi novel ini bukan lah berunsurkan seram dan thrill sebaliknya pada Sha novel ini memang sangat enjoy dan seronok dibaca..

Sha mula baca pada 22.04.2018 dan selesai pada 23.04.2018..

Koleksi Sha

Terbitan Roman

Drama Korea | Nightmare Teacher (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Drama ini pendek je.. Ada 12 episod dan setiap episod hanya 14 ke 15 minit je.. Sangat pendek tapi berbaloi ditonton.. Kikiki.. Penuh misteri dan konflik.. Cerita pasal seorang cikgu yang tiba-tiba muncul dan mampu menunaikan impian pelajarnya.. Namun impian itu bukanlah berakhir dengan kegembiraan sebaliknya pula yang berlaku.. Dari drama ini dapat disimpulkan bahawa kita manusia memang selalu lupa keadaan semasa kita susah bila kita diberi kegembiraan dan kesenangan.. Malah kita tak pernah nak puas.. Sampai sanggup mengorbankan diri sendiri.. Drama yang sangat ohsem.. 

Drama: Nightmare Teacher
Also Known As: Nightmare High, Night Teacher, Akmong Sunsaeng
Genres: Mystery, Horror, School, Drama
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Mar 14, 2016 - Mar 31, 2016
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Original Network: Naver TV Cast
Duration: 15 min.

Monday, April 23, 2018

Kursus Menjadi Nakhoda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha telah mengikuti Kursus Menjadi Nakhoda di INSTUN selama 3 hari bermula 18 sehingga 20 April 2018.. Kursus yang sangat seronok dan bermanfaat.. Cuma ceramah akhir je kurang menyengat.. Kikiki.. Makanan untuk tengahari pun mantap.. Puaslah menjamu selera lepas menjamu minda.. Kikiki.. Bayaran yuran pun berbaloi.. RM30 je untuk 3 hari.. setiap tahun memang Sha akan mengikuti kursus di INSTUN ini.. Kursus motivasi untuk diri sendiri selain dari Kursus berkaitan tugas hakiki.. Kenalah relaks minda jugakan..

Kursus Menjadi Nakhoda ini dilaksanakan dengan tujuan mengenalpasti potensi dan menggilap keupayaan diri untuk memimpin dalam pelbagai aspek kehidupan.. Antara kandungan kursus ialah Pengenalan kepada konsep kepimpinan, Menyerlahkan Potensi Diri, Memimpin dan Dipimpin, Kepimpinan Teladan (kisah pemimpin dicontohi) dan Isu-isu Kepimpinan

Broken Angel by Arash feat Helena

Assalamualaikum..
hye semua..

Sha terdengar sebenarnya lagu ini masa Kursus dekat INSTUN hari itu.. Lagu yang menangkap di telinga dan lirik dia pun boleh tahanlah.. Cuma bahasa dia itu buat Sha sedikit keliru.. Guna Bahasa Inggeris dan satu lagi itu Sha tak pasti.. Cari di internet dan Sha jumpa lirik ini.. Kalau ikut lirik yang Sha jumpa ini macam bahasa persian.. Menarik tau kalau tengok video klip dia.. Kalau nak dengar yang dua bahasa boleh klik SINI dan yang sepenuhnya Bahasa Inggeris klik SINI..

https://www.youtube.com/watch?v=49QsYkJQ-MY

[HELENA]
I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart

[ARASH]
Man dooset daram:
(Persian: I love you)
Be cheshme man gerye nade:
(Persian: Don't bring tears to my eyes)
Na, nemitoonam:
(Persian: No, I can't)
Bedoone to halam bade:
(Persian: Without you i'm depressed)

[HELENA]
I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart
One n' only, broken angel
Come n' save me before I fall apart

[ARASH]
Ta harja ke bashi kenaretam:
(Persian: Wherever you may be, I will be by your side)
Ta akharesh divoonatam:
(Persian: till the end, I'll be crazy about you)
To , to nemidooni , ke joonami , bargard pisham :
(Persian: you , you don't know , that you are my life, return by my side)

[HELENA]
I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart
One n' only, broken angel
Come n' save me before I fall apart

[ARASH]
La la leyli , la la leyli , la la la la la
La la leyli , la la leyli , la la la la la

[HELENA]
I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart
One n' only, broken angel
Come n' save me before I fall apart
I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart
One n' only, broken angel
Come n' save me before I fall apart

[ARASH]
La la leyli , la la leyli , la la la la la
La la leyli , la la leyli , la la la la la

Shopping di Pasaraya Ku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam (Ahad - 22.04.2018) Sha singgah Pasaraya Ku lepas balik dari kampung.. Nak selesaikan baju anak-anak.. Puas hatilah sebab baju budak perwmpuan cantik-cantik.. Sampai Sha tentu arahlah nak memilih.. Kikiki.. Ini je masa yang ada.. Kalau shopping dibuat masa bulan puasa memang mencabar perasaan.. Tu yang Sha beli awal.. Total lost perbelanjaan RM287.80.. Memang berbaloi-baloilah.. Sha siap buat kad ahli.. Bayar RM10 je.. Kad pun comel je.. Kikiki.. 

Sha memang suka berbelanja di Pasaraya Ku ini sebab harganya masih okay dan kualiti baju pun berbaloi.. Kebetulan semalam memang banyak baju cantik-cantik.. Puas hatilah.. 

Buat kad ahli.. RM2 = 1 point

Sebundut baju.. 

Seluar sahaja Sha beli 3 helai untuk Amani dan 3 helai untuk Imani.. Harga sehelai RM7.50..
Gaun sehelai untuk Amani (RM26.90) dan sehelai untuk Imani (RM25.90)
Baju tidur Amani (RM19.90) dan Imani (RM16.90)
Baju muslimah - Amani (RM18.90 & RM19.90) Imani (RM17.90 & RM17.90)
Sandal 2 pasang RM21.80
Kain pelekat 2 helai RM43.80
Seluar dalam 2 set RM13

Sunday, April 22, 2018

Aku Espresso dan Latte oleh Haryani Kamilan

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Akhirnya berjumpa juga Sha dengan novel ini.. Ini novel permulaan kisah antara Qalel, Aliya dan Amir.. Sambungannya Sha dah baca bertajuk Cinta Kita Macam Dalam Drama TV, Cuma… yang diterbitkan pada tahun 2015.. Boleh baca review Sha di SINI..

Memang kisah yang menarik.. Aliya yang tabah melalui dugaan hidup demi menggapai cita-cita dengan bantuan Amir dan Puan Salina.. Gangguan datang dari Mama Qalel, namun Aliya tak mengalah.. Tetap gigih berusaha demi sebuah impian..
Sha baca pada 20.04.2018 dan selesai pada 222.04.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Saturday, April 21, 2018

Urusan Rumah - Penghantaran Jeriji/Grill Rumah

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Tadi siang Sha dan suami ke Ipoh untuk hantar Jeriji yang dah siap dibuat.. Gerak pagi tapi biasalah.. Sarapan dulu, lepastu punggah jeriji bawa masuk lori kemudian baru ke Ipoh.. Lori Sha pakai pejabat punya.. Buat surat rasmi ke pengarah dengan sokongan TPA untuk pinjam lori.. Minyak dan tol, isi sendiri..

Sampai Ipoh je dah pukul 12 tengahari.. Meter eletrik tak pasang lagi tapi dah ada rumah yang berpenghuni.. Depan rumah Sha pula tu.. Ramah jiran tu.. Sempatlah bertegur sapa.. Lepas turunkan Jeriji bawa masuk dalam rumah, Sha pun mulakan aktiviti mengecat pagar rumah Sha.. Bayangkan mengecat dalam keadaan terik matahari.. Pergh!! Mencabar betul.. Masa ini memang insaf dan bersyukur sangat dapat kerja dalam pejabat.. Bayangkan mereka-mereka yang mencari makan dengan membuat kerja-kerja macam ini.. Pada Sha ini satu pengalaman yang sangat berharga.. Bila kita buat sendiri, penat lelah tu lebih berbaloi.. Malah Sha jadi lebih menghargai kerja Sha sekarang.. Terima kasih pada encik suami yang banyak membantu.. 

Proses menurunkan jeriji dari lori.. Sha sempat singgah kedai ECO untuk beli sarung tangan, berus cat dan air mineral.. Sarung tangan dan berus cat tu memang pakai buang je.. Senang.. 

Warna asal pagar rumah Sha.. 

Setelah Sha dan encik suami cat.. Memang menyerlah..

Rewards untuk diri sendiri setelah berpenat lelah.. Kikiki.. Bertahun tak minum Starbuck ini.. Memang puas dan membahagiakan.. Kikiki.. 

Urusan Rumah - Jeriji/Grill Rumah #1

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Alhamdulillah.. Grill untuk rumah Sha dah hampir siap.. Penat lelah encik suami nampaknya berbaloi.. Jimat sangat banyak, itu yang paling penting..

Design oleh encik suami.. Kikiki.. Ini untuk pintu rumah.. 

Ini untuk tingkap depan dan tingkap bilik utama.. 

Sha pakai cat ini untuk grill.. 
Kod dia 045 - Deep leather (rm20 - 1 tin) 
Sha pakai 3 tin sebab nak cat pagar rumah sekali.. Kikiki.. Biar nampak sama je.. 

Amani Menang Pertandingan Jawi kan

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Kemain teruja Amani semalam balik dari sekolah agama.. Menang pertandingan katanya.. Bila tanya pertandingan apa, Amani cakap pertandingan Jawi kan.. Kena tukar bahasa Melayu kepada Jawi.. Alhamdulillah.. Seronok dia menunjukkan hadiahnya.. Dapat Tuala, gula-gula dan pensil.. Kanak-kanak.. Dapat gula-gula pun teruja bukan main.. Ini siap dapat pensil dengan tuala.. Lain macam sikit terujanya.. Dalam pada tak berapa sihat, Amani masih seronok ke sekolah..

Friday, April 20, 2018

Imani Bercucuk Tanam

Assalamualaikum
Hye semua.. 

Hari Rabu (17.04.2018),  Imani bawa balik pokok kacang hijau yang ditanam di sekolah.. Kemain teruja lagi dia menunjukkan kepada Sha dan encik suami.. Sambil mulutnya membebel-bebel marahkan kawan dia.. Katanya kawan dia tarik pokok dia.. Adoilah.. Sabar jelah dengar dia membebel.. Kikiki.. Imani.. Imani.. Tapi memang Sha sukalah sebab dia seronok belajar di Pra Sekolah itu.. Walaupun Kadang-kadang, meragam di waktu pagi..

Pokok Imani

Ini pokok saya..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com