Tuesday, July 2, 2024

Beryl's B-Pop Cola & Fresh Mint

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sangka coklat Beryl's bergabung dengan popping candy.. kikiki.. Rekaan pada kotak coklat dia cantik betul.. Kena sangat dengan perasa tu.. Nak kata pelik sangat tu taklah cuma mungkin akan kurang digemari oleh mereka yang tak berapa suka gula letup ataupun gandingan coklat dengan kola dan pudina tu.. Pada tekak Sha okay ja.. Bau pudina tu memang semerbaklah lepas bukanplastik coklat.. Syok sebab dia bungkus satu-satu..

Beryl's B-Pop Cola Bittersweet Chocolate with Popping Candy 50g() - RM6.90
Beryl's B-Pop Fresh Mint Bittersweet Chocolate with Popping Candy (50g) - RM6.90

Beryls B-Pop Cola - 12pcs
Beryls B-Pop Fresh Mint - 12pcs

Bentuk dna warna tak ada besa pun.. Bau saja yang membezakan.. Kiri tu kola dan kanan tu pudina..

Korea | High School Return of a Gangster (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Layan drama ini sebab encik suami kata best dan kelakar.. Memang syoklah tengok tambahan pula bila ceritanya lebih pada fantasi dan impian seorang lelaki yang dah berusia..

Deuk Pal ini samseng tapi sangat rajin mengulangkaji demi peperiksaan.. Sedaya upaya cuba nak memandaikan diri sendiri tapi bila dah berusia, bukan mudah sebenarnya.. Sampailah satu tahap, bos dia minta berhenti.. Masa tengah berfikir, Deuk Pal ini terjumpa dengan Yi Heon yang cuba membunuh diri.. Deuk Pal cuba selamatkan Yi Heon tapi malangnya dilanggar dan mati.. Masalahnya sekarang ini roh Deuk Pal dalam badan Yi Heon.. Kira macam impian jadi kenyataanlah.. kikiki..

Bila Deuk Pal tahu sebab sebenar Yi Heon cuba bunuh diri, Deuk Pal berjanji akan pulihkan keadaan untuk Yi Heon.. Deuk Pal nak hukum semua yang buli Yi Heon, pulihkan mak dia, buat kawan dan nikmati zaman sekolah.. Se Kyung rasa Yi Heong dah lain jadinya dia cuba dekati Yi Heon untuk tahu siapa sebenarnya Yi Heon.. Ada babak yang kelakar, menggeramkan dan menyedihkan..

Walaupun fantasi, drama ini cukup rencahnya.. Bagaimana seorang budak boleh mengambil tindakan bunuh diri, betapa terseksanya jiwa seorang anak yang terdera emosinya kerana kegilaan seorang ayah.. Bagaimana tindakan mengusik akhirnya menjadi pembulian berterusan.. Memang menariklah..

Drama: High School Return of a Gangster
Also Known As: I, a Gangster, Became a High Schooler, I, a Gangster, Became a Highschool Student , Jopokin Naega Godeunghaksaengi Doeeossseubnida
Director: Lee Seong Taek
Genres: Life, Youth, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: May 29, 2024 - Jun 19, 2024
Aired On: Wednesday
Original Network: TVING, Watcha, Wavve
Duration: 1 hr. 10 min.
Kim Deuk Pal is a 47-year-old gangster who is the #2 guy in his gang. He doesn't have an educational background due to his poor parents, but he dreams of attending a university. Deuk Pal has been studying to achieve his dream, but it's not easy. One day, he sees a young man, Song Yi Heon, about to kill himself. At that time, Deuk Pal's spirit possesses the body of the suicidal 19-year-old high school student. Deuk Pal soon learns that Yi Heon is a victim of bullying, which has caused him to want to take his own life.

Now, in Yi Heon's body, Deuk Pal takes on the bullies to punish them and becomes friends with classmate Choi Se Kyung. Se Kyung is a model student who appears to be in a perfect situation but suffers from domestic violence at home by his father.

ebook | KOMBO NGERI oleh Gina Yap Lai Yoong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya Sha dah pernah baca buku-buku dalam siri ini tapi entah kenapa masih rasa teruja nak baca kombo Ngeri ini.. Kombo ini mengandungi 3 novel iaitu Ngeri, Mangsa dan Obsesi..

Membaca lagi sekali dalam keadaan yang dah tak ingat langsung plot cerita.. Buku pertama ini mengujakan dengan keadaan mangsa yang dasyat.. Walaupun separuh cerita Sha dah boleh agak siapa pembunuhnya namun bila tahu siapa rakan subahat tu, memang mengejutkan jugalah.. Patutlah sebelum mereka ditangkap, watak tu berubah laku.. Cumanya watak tu memang pandai berdrama.. huhuhu..

Buku kedua menyaksikan pasukan baru yang menyiasat kes kehilangan perempuan.. Kemuncaknya bila Rosmah seorang wartawan didapati hilang setelah membuat liputan mengenai Hani dan ular sawanya.. Detektif Minho berjaya jumpa jejak Rosmah dan memanggil Inspektor Rashid.. Semasa penyiasatan Inspektor Hema bertembung dengan mereka kerana mengekori Rehan.. Rupa-rupanya kes saling berkait.. Kegilaan Rehan semakin menjadi-jadi..

Buku ketiga ini menunjukkan sisi obsesi Detektif Hema yang tak lagi menjadi polis.. Hema yakin dan perya yang Rehan terlibat dalam kes pembunuhan Ngeri malah dalam buku kedua pun Rehan terlibat cumanya yang jadi masalah hanya Hema yang nampak Rehan.. Orang lain langsung tak terima apa yang Hema cakap.. Kali ini sasaran Rehan ialah Samuel.. Rehan nak rosakkan kehidupan Samuel sebab pada Rehan, dia yang berhak dapat apa yang Samuel dapat.. Tapi Hema berjaya menumpaskan Rehan cuma kehilangan Nazri sahaja tak pasti apa kesudahannya..

Sha baca dan selesai pada 01.07.2024..

Published May 26, 2023 by Buku Fixi

Monday, July 1, 2024

Filem Pendek | Walinong Sari (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem pendek ini Sha jumpa di Youtube.. Kisah Puteri Walinong Sari yang mencari suami melalui perlawanan.. Namun tak ada satu pun yang berjaya mengalahkan Puteri Walinong Sari.. 

Menarik cumanya kalau dipersembahkan menggunakan Bahasa Melayu mungkin lebih indah.. Sha suka bila Puteri bernyanyi dalam bahasa Melayu.. Memang indah.. Jalan ceritanya pun mudah difaham.. Sesuai ditonton semua peringkat usia..

OatChoco: Sweet Potato

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat OatChoco ini.. Orang bagi.. Tak pernah pula jumpa rasa ubi manis ini.. Sedap juga.. Rasa dia tak adalah manis tapi memang rasalah ubi tu.. Warna ungu pucat tapi rasa sedap.. Sha cuba juga cari-cari di kedai, pasaraya mahupun ECO Shop tapi tak berjumpa lagi..

Comelkan pembungkusan dia..

Warna ungu oatnya..

Penebusan Voucher Buku Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu kan ada pengumuman voucher buku untuk budak sekolah.. Masa awal-awal pengumuman tu memang tak payah beranganlah nak akses.. Loading je website nya.. Jenuhlah nak masukpun.. Sudahnya kami anak-beranak putus asa.. Sampailah minggu lepas, saja cuba.. Eh!! Boleh masuk.. Teruslah kami anak-beranak pilih buku yang sesuai.. Imani punya je yang dah sampai.. Amani masih belum di proses lagi.. Nanti Sha kongsikan buku yang Amani beli pula..

Sekolah rendah pun dapat tapi yang tahap 2 sahaja dan dia bagi RM50.. Sha tambah sikit termasuk kos penghantaran RM6, menggunakan DHL.. Tak kisah berapa buah buku pun tapi kalau kedai berlainan kena bayar kos penghantaran tu ikut berapa kedai.. Kalau dua, RM6 tu kalilah dua kedai.. Camtu.. Sha carikan dia buku di satu kedai sahaja, mudah.. Sha belikan dia buku dari kedai Buku Hasani, cepat dan semua buku yang dia nak ada disitu..

Tempahan dibuat pada 23.06.2024 dan pada 26.06.2024 dah terima buku..

5 buah buku termasuk sebuah untuk Sha..
Perempuan Busana Merah by Ramlee Awang Murshid (RM25)

Komik Sains Informatif: Kembara ke Dunia Hidupan Laut (RM20) & Komik Sains Informatif: Kembara ke Dunia Serangga (RM20)

Adik-beradik Gaza: Resipi Istimewa Ramallah Dicuri! (RM12) & Kadokawa Siri Candy G26 Sahabat Prihatin (RM12)

Jomlah membalut.. Pembalut tu dah nak habis, nak kena beli lagilah nampaknya..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com