Thursday, October 2, 2025

Pilih Sekolah Menengah Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hujung tahun dah nak sampai.. Imani pun bakal meninggalkan Sekolah Rendah.. Semalam cikgu dah edarkan borang digital pemilihan sekolah menengah untuk tahun hadapan.. Borang tu ada 3 pilihan dan Sha pilih sekolah yang sama ja untuk ketiga-tiga pilihan.. Memang tak kan pilih sekolah lain.. Asrama memang taklah.. Sekolah biasa ja.. Biar dia depan mata sampailah SPM..


Sunshine Signature: Summer Berries, Uji Matcha & Royal Butter Corn

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setiap kali Sha pergi berbekam dan urut, Sha akan cari roti jenama Sunshine ini.. Ada rezeki, dapatlah jumpa roti perisa baru.. Macam baru ini Sha pergi urut, dapatlah Sha beli perisa baru dari Sunshine iaitu Summer Barries, Uji Matcha dan Butter Corn.. Roti ini mahal sikitlah tapi rasa dia tu berbaloilah dengan harga..

Summer Berries ini menariklah.. Krim tu tak manis sangat dan ada rasa masam sikit.. Lepas tu setiap gigitan tu boleh rasalah ketulan kecil buah beri tu.. Kira puas hatilah makan..

Uji Matcha - Okaylah.. Nak kata sedap sangat tu tak lah.. Nak kata taksedap pun, tak juga.. Biasa-biasa ja untuk Sha sebab Sha bukan peminat matcha.. Beli ini pun sekadar nak rasa ja.. Tapi krim dia memang tak kedekutlah.. Tebal.. Puas hati makan..

Royal Butter Corn - Wangi betul bau jagung dia.. Sedaplah tapi bukan kegemaran Sha.. Lepas tu dekat krim tu ada ketulan kasar jagung tau.. Kalau peminat jagung mesti suka..

Sunshine Signature: Summer Berries (52g) - RM1.60
Sunshine Signature: Uji Matcha (52g) - RM1.60
Sunshine Signature: Royal Butter Corn (52g) - RM1.60

Wednesday, October 1, 2025

US/Thailand | Alien: Earth (TV Series 2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ini tak adalah minat sangat cerita alien ini.. Sha lebih suka Predator.. Tapi Sha tertarik nak tengok drama bersiri ini sebab ada komunikasi antara alien dan manusia synthetic.. Sha terjumpa sebenarnya klip pendek komunikasi manusia synthetic tu dengan alien.. Tu yang gigih juga tengok drama ini..

Marcy atau kemudiannya dipanggil Wendy merupakan model manusia synthetic.. Kemudiannya syarikat mendapatkan lagi beberapa budak untuk menemani Wendy.. Wendy ini dia masih memilik kesedaran sebagai Marcy dan sentiasa merindui serta memerhati abang dia Joe.. Sampailah satu hari berlaku rempuhan kapal angkasa dan Joe terlibat dalam misi menyelamat.. Masa ini Wendy dan rakan-rakan dia dihantar untuk menyelamatkan Joe dan mengambil semua sample makhluk asing yang ada dalam kapal..

Bila dah berjaya dapatkan sample dan selamatkan Joe, syarikat membawa balik sample tersebut ke pulau untuk dikaji.. Joe tercedera dan paru-paru dia diganti baru.. Paru-paru yang rosak diberi kepada larva yang diambil dari facehugger alien.. Wendy kemudiannya diketahui boleh berkomunikasi dengan alien melalui bunyi.. Jadinya Wendy ini diarahkan untuk berkomunikasi dengan alien yang akhirnya keluar dari larva yang dimasukkan ke dalam paru-paru Joe.. Sudahnya Wendy dan alien tu jadi kawan baik..

Drama ini bukan setakat kisah Wendy ini sahaja tapi adalah watak-watak lain.. Cumanya taklah sepenting Wendy ini sebab dia watak utama kan.. Kalau tengok penamat macam akan ada season 2.. Tapi kalau tak ada pun, okay ja pada Sha..

Alien: Earth
Taglines: 'In 2120, Mother Earth is expecting.'
2025 ‧ Horror/Sci-Fi/Thriller ‧ 1 season
When a mysterious space vessel crash-lands on Earth, Wendy and a ragtag group of tactical soldiers make a fateful discovery that puts them face-to-face with the planet's greatest threat.


S1.E1 ∙ Neverland
S1.E2 ∙ Mr. October
S1.E3 ∙ Metamorphosis
S1.E4 ∙ Observation
S1.E5 ∙ In Space, No One...
S1.E6 ∙ The Fly
S1.E7 ∙ Emergence
S1.E8 ∙ The Real Monsters

Pods Snickers Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Mengancam coklat dia.. Coklat ini datang dalam bentuk yang sangat comel.. Inti Snickers di bahagian dalam coklat ada rasa kacang tanah yang memberi kontras tekstur dan disaluti karamel manis masin yang ikonik.. Kombinasi manis, lemak, rangup, dan sedikit masin ini menjadikan Pods Snickers satu snek yang bukan sekadar sedap, tapi berjaya buat Sha nak makan lagi dan lagi.. Memang tak sedarlah hampir separuh hilang sebaik sahaja bungkusan dibuka.. 

Kelebihan Pods Snickers ini pada saiznya yang comel membuatkan ianya makanan yang mudah untuk dikongsi bersama.. Memang syoklah makan bersama keluarga.. Sha makan berdua dengan encik suami, kejap ja licin.. 


Dapatlah sebekas comel ini..

Bila digigit, inilah lapisan dia..

Pertama Kali Guna BUDI95 @ Setel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha dah berjaya guna BUDI95 melalui aplikasi Setel.. Mudah dan cepat.. Nak tengok baki pun senang.. Terasa betul perbezaan harga tu.. Syukur sangat dapat BUDI95 ini.. Sha memang lebih suka gunakan Setel bila isi minyak.. Pelanggan setia Petronaslah katakan.. kikiki.. Setiap kali gaji Sha dah masukkan siap-siap budget untuk penggunaan minyak sebulan.. Senang nak pantau setiap bulan berapa banyak duit dan minyak yang digunakan.. Kalau korang nak download Setel, bolehlah masukkan kod 3gbbk ini.. Kalau guna kod Sha ini, nanti korang akan dapat RM3 selepas selesai daftar dan belanja RM30 petrol atau di Kedai Mesra..

Ini sebelum guna.. Ada 300 liter..

Ini semasa pengisian sedang dijalankan.. Dia budget dah berapa liter Sha akan isi..

Ini pula jumlah sebenar minyak yang Sha isi.. Paparan harga sebenar kalau bayar RM2.60.. Tolak subsidi RM12.20 dan jumlah yang Sha bayar hanya RM39.81 sahaja..

Ini paparan baki minyak yang masih boleh Sha tebus..

Ini paparan di aplikasi TouchnGo ewallet Sha.. Sama kan macam paparan di setel..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com