Thursday, March 29, 2012

-Hobi Baru-

Assalamualaikum dan selamat petang....

    Cewah2... tetibe formal lak.. hehehehe... saje je nak berformal-formal.. hahaha... xde maknenye... kali nie aku nak cite pasal hobi baru yang diperkenalkan oleh suami... kalo ikutkan xde la baru cume sebab dah lame x melakukannya... kira baru nak maen balik r... cewah2... sewonok betul bila dapat beraktiviti begini.. hobi baru tu menunggang atau mengayuh basikal.. hehehe.. tambah2 bila bawak amani naek sekali.. memula die cam cuak je.. tapi bila dah masuk round yg kedua kemain sewonok lg die.. siap usik gear n nak berdiri lak.. tp maser aku ngayuh tu jalan rata.. nie td basikal baru sampey dari kg(khamis - 29.3.2012) .. xtau r camne nanti bile ngayuh kat kawasan poli yang berbukit bukau nie.. hahahahaha.. jgn semput udahlah... memule mungkin sakit sikit la kot... hehehe... berhobi sambil menyihatkan badan... semoga stamina semakin mantap dan body pun semakin sihat n slim.. hahaha.. bole r amani berseronok... hubby nye basikal racing zaman tok kadok x siap lg.. kalo dah siap bole r berbasikal bersama-sama...


Update 11.12.2018 : Basikal ini Sha sedekahkan kepada kawan anak Sha..

Tuesday, March 20, 2012

- Semangat yANG hILANG -

  Malam nie entah kenapa, aku bersedih kembali.. di saat2 aku rasakan diri semakin pulih kesedihan datang bertamu.. aku cuba untuk bangkit dari kejatuhan ini namun aku seolah2 tidak berdaya... tersungkur aku di kaki langit disaat aku telah menggapai awan... haruskah aku terus melangkah dalam kepayahan dan kesakitan walaupun aku tau ini hanyalah dugaan kecil yang harusku lalui dengan penuh keinsafan.. di saat inilah aku rasakan betapa kerdilnya diri... betapa aku hanyalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan.. Keadaan ini membuatkan aku berada dalam kemurungan yang x bertepi...

  Aku cuba untuk bangkit dan melangkah tapi kaki seolah2 terpahat di bumi... menyebabkan setiap kali aku cuba melangkah aku tidak kemana.. kekal terpaku di dalam kesedihan dan kemurungan yang tidak bertepi.. hati hanya tenang disaat mendengar kalimah Allah.. hanya pada mu Ya Allah aku memohon.. memohon dengan sepenuh hati, agar hati ini redha menerima dan tabah melalui.. kekuatan dan semangat ku seru kau kembali... kembalilah kerana aku sangat memerlukan..

  Hati... janganlah bersedih... jiwa.. janganlah terus berduka... kaki... janganlah terus kaku... air mata... berhentilah mengalir... senyum... kembalilah semula.. kegelapan... nyahlah dari sisi... cahaya... muncul lah semula... mata... janganlah terus terpejam...

  Wahai semangat ku seru kembalilah ke dalam diri.. bangkitlah Shahida Binti Mohamed... bukan sekali kau diuji tetapi kau terus bangkit dan melangkah... jangalah mengalah disaat kekalahan hanyalah dugaan... sesungguhnya masih banyak yang perlu kau lalui... masih ada yang menemani dan memerlukanmu... janganlah berhenti mengharap dan memohon.. berserahlah pada yang maha kuasa... kembalilah kepada dirimu.. bangkitlah.. sedarlah perjalanan mu masih jauh... masih ada yang memerlukanmu... jangalah terus menyepi dan memencilkan diri... kebahgiaan akan terus meninggalkanmu andai kau tidak kembali mengejarnya... berusahalah sesungguhnya usaha adalah satu langkah dalam mencapai kebahgiaan... tinggalkan segala duka nestapa...

Sunday, March 18, 2012

Assyafi Wellness Center

   Assalamualaikum kengkawan... hehehe... pagi nie nak cite sikit pasal Pusat Kesihatan Assyafi yang terletak di Saujana Utama... kat sini boleh buat macam2 jenis terapi dan juga Urutan... nak wat kaunseling pun ada... antara Terapi yang disediakan ialah Terapi Sauna Herba, Terapi Bekam Al-Hijamah, Terapi Urutan (Kayu Rotan), Terapi Rendaman Kaki Herba, Terapi Urutan Refleksologi, Urutan Badan/Limpatik, Urutan Tulang Belakang dan yang terakhir nie paling best Urutan Lepas Bersalin... syok o... memanjakan diri selepas melakukan perjuangan kecil...

   Urutan dilakukan oleh orang professional bukan sebarangan orang.... kita nie kalau berpenyakit perlulah mendapatkan rawatan... kenkadang kalau x sakit pun boleh je dapatkan langkah pencegahan... manjakan diri dengan sauna...

   Tempat rawatan nie terletak di No. 58-1 Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama 3, 47000 Sg. Buloh, Selangor... nak lebih detail mengenai apa yang mereka ada leh gi laman web diowang iaitu www.assyafi.com

hayatilah gambar2 dibawah...











Nie Promosi Rawatan untuk tempoh yang agak lama jugak... bolehlah kalo nak try...
nie link WEBSITE.

Monday, March 12, 2012

Kehilangan yang telah dijangka namun memberi kesedihan yang mendalam... ;(

Setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya... kita hnaya merancang, namun perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita... belum rezeki kami lagi untuk menambah ahli keluarga... Walaupun hakikatnya aku telah menduga akan kehilangan ini, namun sakitnya tetap terasa... Mujurlah ada sokongan dari suami tersayang... thanks hubby... dan dah tentulah cahaya kesejahteraan kami Nur Amani...

    Melalui pengalaman ini banyak mengajar aku betapa bukan mudah sebenarnya melalui segala dugaan sekiranya kita tidak bersyukur... Alhamdulillah setiap yang berlaku ade hikmahnya... sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik.. aku melalui detik2 ini dengan penuh keinsafan.. Walaupun dugaan ini berat namun aku redha... sekurang2nya aku tau kita berusaha, berdoa dan berserah... Allah akan menentukan..

Sunday, March 11, 2012

abdul rahman muhammad - lau kaana bainana

Assalamualaikum... 
malam nie nak bercerita pasal lagu nie.. sebenarnya lagu nie adalah lagu yang mengejutkan lenaku di pagi hari.. kalo dulu kunci tv setkan kat tv3.. skrg set tv alhijrah.. sebab lepas bangun, mandi n solat terus tgk wajah hensem Ustaz Don n dengar celotehnye... hehehe... tiap2 pagi dengar lagu nie.. terus terang cakap bila dengar lagu nie mmg boleh buat hati terasa sayu n menitik air mata walaupun x faham liriknya..

   Pastu td buka tv alhijrah n tertonton rancangan tajuk “Lau Kana Bainana Habib”. Maksudnya, seandainya ada kekasih Allah di antara kita. Kekasih Allah itu merujuk kepada Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam. Kemudian kuar r lagu nie, pastu hubby pun sebut r nama penyanyi n tajuk lagu tu.. rupa2nya hubby dah lebih dulu jatuh cinta ngn lagu tu n memulakan pencariannya... kalo dengar je mmg sedih tapi kalo dgr n fahami maksudnya lagi lah sedih hingga menitik air mata..

  So kat sini sha buh lagu tu.. selamat mendengar n memahami maksud lagu nie...


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com