Showing posts with label Oakbee Buffet. Show all posts
Showing posts with label Oakbee Buffet. Show all posts

Friday, October 17, 2025

ebook | Aku Dengar Kat Kelas Seni Ada… oleh Oga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau kau fikir kelas seni cuma tempat lukis dan main warna, kau silap besar.. Dalam buku ni, penulis bawa kita masuk ke ruang yang nampak tenang, tapi makin lama makin rasa tak kena.. Ada sesuatu di sebalik cat yang kering, di sebalik kanvas yang tergantung.. Gaya penulis bercerita nampak santai, tapi sinis dan menggigit.. Gaya yang buat kau tersenyum, kemudian meremang tanpa sedar.. Pendek ja, tapi padat dengan suasana pelik yang melekat sampai habis pembacaan..

Sha baca dan selesai pada 17.10.2025..

Published November 1, 2021 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Sunday, October 12, 2025

ebook | Aku Dengar Kat Pasar Malam Ada… oleh Frog

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ni macam lawatan ke pasar malam tau.. Mula-mula tu meriah ja dengan bau sate, bunyi orang menjerit “murah-murah!”, tapi tiba-tiba semua tu berubah jadi mimpi ngeri. Frog pandai mainkan suasana dari cerah lampu neon terus bertukar jadi suram dan mencengkam.. Seram dia bukan jenis hantu menjerit, tapi jenis yang buat kau pandang dua kali bila lalu pasar malam lepas ni.

Sha baca dan selesai pada 11.10.2025..

Published October 1, 2021 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Saturday, October 11, 2025

ebook | Aku Dengar Kat Parit Ada... oleh Leoz, Nicole Bibi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik seram ringan ini membawa pembaca ke lokasi yang jarang dijadikan latar, iaitu parit.. Penulis bijak menggunakan tempat biasa untuk mencipta suasana seram yang dekat dengan kehidupan harian kita.. Setiap kisah menimbulkan rasa tidak selesa dan curiga terhadap benda-benda kecil yang sering ada di sekeliling kita.. Ilustrasi gelapnya menambah kesan seram tanpa perlu unsur yang terlalu ekstrem.. Walaupun jalan cerita agak ringkas, buku ini tetap menghiburkan dan sesuai untuk pembaca yang mahu rasa seram santai tapi mencengkam..

Sha baca dan selesai pada 09.10.2025..

Published August 1, 2021 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Thursday, September 25, 2025

ebook | Aku Dengar Kat Dapur Ada... oleh Frog

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik kali ini memang lain macam seramnya.. Bayangkan tempat yang kita selalu lepak buat kopi, masak mi segera, atau curi-curi makan pada waktu tengah malam, tiba-tiba jadi lokasi misteri dan menakutkan.. Setiap cerita berjaya bawa suasana meremang, macam ada mata lain yang memerhati dari sudut gelap dapur.. Gaya penulisan penulis yang santai, tapi cukup terperinci sampai buat kita rasa seolah-olah bunyi sudu jatuh atau bunyi peti ais terbuka sendiri tu bukan lagi satu perkara yang biasa.. Buku ini sesuai untuk pembaca yang sukakan perasaan ‘seram dekat rumah’.. Bila habis baca, pasti akan berfikir-fikir kalau nak ke dapur sorang-sorang pada waktu malam..

Sha baca dan selesai pada 24.09.2025..

Published November 1, 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Wednesday, September 24, 2025

ebook | Aku Dengar Kat Bilik Tidur Ada... oleh Leoz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini bukan sekadar buku yang menghimpunkan cerita seram.. Ia membawa kita masuk ke ruang paling peribadi iaitu bilik tidur, tempat yang kita rasa paling selamat dan selesa tapi dalam buku ini ia bertukar jadi lokasi yang paling menakutkan.. Setiap kisah disusun dengan gaya yang mudah dibaca, tetapi cukup untuk membuat jantung kita berdegup dengan laju dan bulu roma meremang.. Penulis sangat pandai bermain dengan bayangan, bunyi, dan suasana gelap yang membuatkan kita sebagai pembaca tertanya-tanya, adakah semua cerita ini hanyalah khayalan penulis atau memang ada sesuatu yang bersembunyi di sebalik pintu bilik itu? Jika anda sukakan kisah seram yang dekat dengan kehidupan seharian, buku ini pasti meninggalkan kesan sampai ke waktu tidur malam.. Cubalah.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 24.09.2025..

Published September 1, 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Tuesday, September 23, 2025

ebook | Aku Dengar Kat Tepi Jalan Ada... oleh Kron, Dragon Teo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menghimpunkan kisah-kisah pelik, misteri dan urban legend tempatan yang mungkin kita pernah dengar sepintas lalu.. Penulis berjaya menulis cerita dengan gaya santai tetapi penuh rasa ingin tahu, membuatkan kita sebagai pembaca tertanya-tanya, betulkah semua cerita ini sekadar mitos, atau sebenarnya ada kebenaran yang terselit di sebalik setiap cerita jalanan itu? Sebuah bacaan ringan yang seronok dibaca untuk mengisi masa lapang sambil membiarkan minda kita hanyut dengan teka-teki kehidupan seharian..

Sha baca dan selesai pada 23.09.2025..

Published January 1, 2021 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Sunday, July 27, 2025

Komik | Aku Dengar Kat Belakang Pintu Ada... oleh San San

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada 11 komik dan 2 cerpen pendek dalam ini.. Semuanya berkaitan pintu walau ada yang secara tak langsung.. Komiknya walaupun pendek tapi cukup jalan ceritanya.. Begitu juga cerpen pendek dalam ini, disampaikan dengan cukup isi untuk difahami.. Mudah nak layan secara santai sebab tak terlalu panjang dan setiap cerita ada keseraman yang tersendiri.. Ada beberapa komik yang berjaya meninggalkan kesan pada Sha.. Lama tak baca komik seram.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 25.07.2025..

Published May 1, 2021 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Saturday, October 12, 2024

ebook | Amalan Kecil Berpahala Besar oleh Fahrur Muis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini memberi kesedaran yang siapa sangka, amalan membaca doa sebelum makan pun boleh menyebabkan kita masuk syurga.. Dengar azan pun boleh masuk syurga dan baca doa lepas azan pun boleh masuk syurga.. Amalan yang nampak kecil tapi sebenarnya memberikan pahala kepada kita yang melakukannya.. Bermula dengan sekecil-kecil amalan dan beransur-ansur kepada perkara yang lebih besar.. Bagus sebenarnya perkongsian dalam buku ini untuk mereka yang bertatih dalam kehidupan untuk menjadi lebih baik.. Perlahan-lahan namun consistent.. 

Sha baca dan selesai pada 11.10.2024..

Published January 1, 2013 by PTS Islamika Sdn Bhd

Friday, October 11, 2024

ebook | Cinta Selepas Nikah oleh Zamri Mohamad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Karya inj merupakan sebuah buku yang membincangkan tentang aspek kehidupan berumah tangga selepas perkahwinan.. Buku ini menekankan bahawa perkahwinan bukan hanya tentang percintaan, tetapi juga tanggungjawab dan komitmen jangka panjang. Penulis menggunakan pendekatan praktikal untuk menjelaskan cabaran yang sering dihadapi oleh pasangan suami isteri, seperti komunikasi yang lemah, perbezaan pendapat, dan pengurusan kewangan.

Penulis juga mengetengahkan kepentingan mengekalkan rasa hormat dan kasih sayang antara pasangan, walaupun selepas bertahun-tahun berkahwin.. Buku ini memberi inspirasi kepada pembaca untuk terus memperbaiki hubungan mereka demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sha baca dan selesai pada 09.10.2024..

Published January 1, 2014 by PTS

Thursday, October 10, 2024

ebook | Cef Pastri Senior oleh Hayati Hanif

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menceritakan tentang ulah nakal Aina apabila Tuan Danial meminta Aina untuk memgajar Tini dan Zati cara membuat kek.. Aina telah mengenakan kawan-kawannya namun tertangkap dengan Tuan Danial.. Akhirnya Aina mengajar rakan-rakannya membuat kek dengan betul.. 

Sha baca dan selesai pada 07.10.2024..

Published August 19, 2013 by PTS One Sdn. Bhd.

Friday, October 4, 2024

ebook | Cef Pastri Junior oleh Hayati Hanif

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini tentang seorang budak bernama Aina yang sangat nakal dan malas.. Aina selalu tak siap kerja sekolah, datang lambat dan malas membantu ibunya.. Satu hari ayah dan mak Aina membuat perjanjian dengan Aina.. Sekiranya peperiksaan pertengahan tahun Aina gagal, maka Aina perlu membantu ayah Aina di kedai roti.. Aina mulanya bersemangat namun kemudian malas.. Akhirnya Aina gagal dan didenda membantu di kedai roti ayah Aina.. Aina tetap juga dengan sikap tak bersungguh dan malas malah berani membuat onar, mujurlah tak ada yang teruk berlaku.. 

Aina akhirnya sedar dan mendapat pengajaran.. Malah Aina juga berjaya menghasilkan donut yang sedap serta menggamit kenangan pada sesiapa yang memakan donut Aina..

Sha baca dan selesai pada 03.10.2024..

Published July 22, 2011 by PTS Media Group Sdn. Bhd.

Thursday, October 3, 2024

ebook | Anis Si Ratu Payung: Saya Sayang Awak! oleh Hayati Hanif

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang comel.. Kali ini Anis terpaksa berdepan dengan sepupu yang tidak disukainya iaitu Zuria.. Anis tak suka Zuria sebab Zuria suka merosakkan barang.. Perkara pertama yang Anis buat bila dapat tahu Zuria akan tinggal dengannya sepanjang cuti sekolah ialah menyembunyikan payung-payung kesayangannya.. Masalahnya kali ini Zuria datang dengan Jimi seekor kucing yang bijak dan agak nakal.. Anis ingin ke kubu rahsia bersama Hana dan Sofia tetapi Zuria juga ingin ikut.. Anis terpaksa membawa Zuria bersama kerana tidak mahu dimarahi emak.. Semasa ekspedisi mereka, Zuria hilang dan ini akhirnya membongkarkan perasaan sebenar Zuria terhadap Anis..

Sha baca dan selesai pada 02.10.2024..

Published October 12, 2012 by PTS Media Group Sdn. Bhd.

Wednesday, October 2, 2024

ebook | Jurig Jarian oleh Prayudi Q.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini membawa pembaca menyelami kisah seram di sebuah kampung yang diliputi misteri.

Watak utama cerita ini ialah sekumpulan remaja sekolah yang skeptikal terhadap hal mistik, perlahan-lahan terjebak dalam kancah seram ini apabila cuba merungkai misteri sepucuk surat yang dijumpai.. Surat itu membawa mereka ke sebuah kampung lama dimana pernah berlaku kejadian sebuah keluarga yang ditelan bumi.. 

Penulis berjaya membina suasana seram dengan elemen tempatan dan kisah rakyat, mencampurkan ketakutan psikologi dan realiti kehidupan desa yang sederhana. Penceritaannya mendalam dan kaya dengan emosi, membuatkan pembaca terjebak dalam dunia penuh misteri dan rasa takut yang menghantui setiap halaman.. Ketakutan bermula bila mereka berada dekat dengan kawasan yang dikatakan misteri dan dihuni hantu jurig jarian..

Buku ini adalah satu bacaan wajib bagi peminat genre seram, kerana ia bukan hanya mengusik ketakutan terhadap yang ghaib, tetapi juga membawa peringatan tentang dosa dan rahsia yang cuba disembunyikan oleh manusia..

Sha baca dan selesai pada 01.10.2024..

Published April 1, 2009 by Gramedia Pustaka Utama

Saturday, September 28, 2024

ebook | Mila's Big Secret by Maslina Yusoff

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mila nak bela kucing tetapi mak tak bagi.. Suatu hari, Mila terjumpa seekor tupai yang cedera.. Mila bawa tupai tu balik untuk dirawat secara sembunyi-sembunyi.. Namun diketahui oleh mak dan mak meminta Mila untuk melepaskan kembali tupai tersebut.. 

Sha baca dan selesai 28.09.2024..

Published January 1, 2014 by Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd

ebook | Mila’s Big Discovery by Maslina Yusoff

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mila rajin menolong emakanya menanam dan menjaga pokok.. Pada suatu hari, emak Mila memberikan sepasu pokok untuk Mila jaga.. Mila menjaganya dengan penuh kasih sayang.. Pada suatu hari, daun pada pokok Mila mula rosak.. Mila melihat seekor ulat pada pokoknya dan mengadu pada emak.. Emak memberitahu Mila yang Mila tak perlu risau sebaliknya teruskan menjaga pokok tersebut.. Dari sini Mila belajar tentang tanggungjawab dan perkara baru mengenai pokok, ulat bulu dan juga rama-rama..

Sha baca dan selesai 27.09.2024..

Published January 1, 2014 by Buku Prima

Friday, September 27, 2024

ebook | Eddy Elephant Loves Apples by Mallika Vasugi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Eddy sukakan buah epal.. Herbie dan Goofy pun sukakan epal.. Eddy nampak buah epal di pokok Pakcik Ben, namun buah tu terlalu tinggi.. Mereka mula menyusun meja dan kerusi namun buah epal masih tinggi diatas pokok.. Pakcik Ben mendengar kekecohan di luar rumah dan keluar.. Sudahnya mereka ditegur Pakcik Ben.. Sudahlah jatuh, dimarah pula.. 

Penulis selitkan pengajaran di dalam buku.. Sekiranya kita inginkan sesuatu, mintalah pada pemiliknya..

Sha baca dan selesai pada 27.09.2024..

Published April 8, 2012 by Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Thursday, September 26, 2024

ebook | Happy Birthday, Herbie Hippo! by Mallika Vasugi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alahai.. comel sangat kawan-kawan Herbie ini.. Berusaha nak meraikan harijadi dengan memasak kek.. Tapi tu lah.. Mereka masak menggunakan bahan-bahan yang tak sepatutnya seperti garam, keju, susu dan tomato.. kikiki.. Apalah agaknya rasa kek tersebut ya.. Buku yang sesuai dibaca semua peringkat umur.. Kalau kanak-kanak baca pun bagus sebab buku ini bergambar, berwarna dan menggunakan perkataan yang mudah difahami.. Comel ja..

Sha baca dan selesai pada 26.09.2024

Published April 8, 2012 by Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Tuesday, September 3, 2024

ebook | Adam Kecil - Merdeka oleh Ashadi Zain, Fred Suriya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adam dan rakan-rakannya agak nakal hingga menyebabkan beberapa perkara tak sepatutnya berlaku seperti kejadian di Muzium, wong tersalah tema, riki di denda kerana mengacau, cat tumpah pada cikgu Murni, tokoh yang datang melawat pengsan dan akhirnya Adam terlepas nak tengok perarakan Merdeka kerana tertidur..

Buku ini menarik dibaca namun perlu pantauan sekiranya yang membaca itu kanak-kanak sebab ada beberapa perkara itu agak keterlaluan.. Risau kanak-kanak mudah terpengaruh..

Sha baca dan selesai pada 03.09.2024..

Published July 21, 2009 by PTS Publication

Sunday, September 1, 2024

ebook | Busana Merdeka oleh Khairul Momokz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila tiba bulan kemerdekaan pasti akan ada pertandingan Busana Merdeka.. Buku ini menceritakan tentang Danial yang ingin masuk ke Pertandingan Busana Merdeka dan berjaya meraih kemenangan..

Sha baca dan selesai pada 01.09.2024..

Published March 24, 2015 by Karangkraf

Friday, July 19, 2024

ebook | KL Noir: Magic by Deric Ee (editor)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha baca guna eSentral tapi entah kenapa tiba-tiba aplikasi eSentral crash dan tak boleh dibuka.. Maka sambung baca di Oakbee Buffet.. Mujurlah ada.. Kalau tak memang kecewalah.. huhuhu.. 

Banyak cerpen pendek dalam ini.. Paling terkesan ada beberapa.. Memang tak sangkalah bila baca gitu jadinya.. kikiki.. Antaranya A Night at Tulips by Collin Yeoh, memang tak jangkalah penamat dia macam tu.. Sha jangkakan lain.. Lepas tu penyampaian cerita pun menarik.. Jarang jumpa penulis yang sampaikan cerita macam ini.. Satu lagi Shucked.. Pergh!! Dia punya penamat tu.. Memang ngerilah.. Padah untuk yang menipu dan yang nak balas dendam..

Ada beberapa lagi yang menarik, selebihnya biasa-biasa sahaja dan ada satu yang Sha tak berkenan..

Sha baca pada 12.07.2024 dan selesai pada 13.07.2024..

Published March 12, 2021 by Buku Fixi (Fixi Novo)
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com