Showing posts with label Makanan Best. Show all posts
Showing posts with label Makanan Best. Show all posts

Thursday, July 30, 2026

Milka Daim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Milka Daim menggabungkan coklat susu Milka yang terkenal dengan teksturnya yang lembut bersama cebisan karamel badam rangup daripada Daim.. Hasilnya ialah coklat yang bukan sahaja kaya dengan rasa susu, malah memberikan sensasi rangup yang menyeronokkan pada setiap gigitan..

Apa yang Sha paling suka ialah tekstur coklat tu.. Setiap petak coklat terasa mengujakan kerana ada kejutan kecil daripada cebisan Daim.. Ia bukan sekadar coklat susu biasa, tetapi mempunyai lapisan rasa dan tekstur yang membuatkan kita ingin mencapai petak seterusnya.. 

Cumanya coklat susu ini manislah untuk tekak Sha.. Sha ambil masa 3 hari juga untuk habiskan.. Itu pun Sha kongsi-kongsi dengan rakan kerja..

Milka Daim (100g)

Dapatlah sebekas comel ini setelah dipatah-patahkan.... 

Apam Sea Salt Flavour Soda Biscuits

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa biskut ini dekat 99 Speedmart.. Sha beli sebab bungkusan dia yang sangat menyerlah dan ada perkataan sea salt.. kikiki.. Paling kelakar masa nak bayar, juruwang tu siap tanya Sha.. "Ada eh biskut ini.. Nanti kalau sedap, bagi tahu saya ye.." Adoilah.. Kelakar betul juruwang tu.. Memang sakanlah bergelak ketawa kami dekat kaunter tu.. Mujur tak ada pelanggan lain..

Sedaplah biskut dia untuk Sha.. Sesekali nak tukar selera, bolehlah beli.. Walaupun ada garam laut dekat biskut tu, tapi tak adalah rasa masin melampau pun.. Rasa masin tu macam ada, tak ada ja pun.. Lepastu taburan ketulan garam tu tidaklah meriah seperti dalam gambar ya.. Rasa dia lebih pada biskut kosong ja cuma lebih rangup dan sesekali adalah rasa masin tu..

Apam Sea Salt Flavour Soda Biscuits (400g) - RM8.85

Ada 16 pek individu dalam 1 bungkusan besar tu..

Inilah rupa biskutnya.. 

Wednesday, July 29, 2026

Farm Fresh Ice Potong Red Bean & Cendol

Assalamualaikum..
Hye semua..

Farm Fresh keluarkan aiskrim potong pula.. Setakat ini, Sha baru jumpa dua rasa ni ja.. Kacang merah dan cendol.. Dua rasa klasik yang memang disumai ramai.. Sha beli ini dekat Kedai Mesra Petronas.. Memang Farm Fresh letak peti aiskrim dia sendiri.. Meriahlah dengan pelbagai perisa..

Farm Fresh Ice Potong Red Bean (65ml) - RM1.50
Farm Fresh Ice Potong Cendol (65ml) - RM1.50

Aiskrim dia panjanglah juga.. Meriah lah dengan kacang merah.. Memang bestlah makan.. Tak manis sangat dan mewah dengan rasa kacang merah cuma kacang dia tu dekat bahagian atas dan adalah seketul dua di bahagian tengah..

Memang ngamlah rasa cendol dia.. Lepas tu meriah dengan kacang merah.. Cumanya aiskrim ini bukanlah kesukaan Sha.. Sesekali makan, okaylah..

📷 Coretan Sehari | 29 Julai 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha singgah 7E Cafe.. Hari Rabu kan, saja nak tengok apa yang menarik.. Beli sarapan, lepas tu jumpa tawaran harga menarik.. Ambil lah 2 buat tambah-tambah di Perpustakaan.. Ikut perancangan asal, Sha macam nak singgah beli nasi lemak.. Teringin sangat tapi tu lah.. Elok ja memandu sampai ke parking hospital.. Lepas tu terus naik Perpustakaan.. Nasi lemak tu dah jadi sekadar angan-angan sahaja.. kikiki.. Sampai Perpustakaan terus bancuh kopi dan sarapan.. Korang makan apa pagi ini?

Sarapan pagi Sha.. Bebola ayam dengan keju dan hashbrown..

Ini pula beli 1, percuma 1.. 
Harga asal dia RM7.50 untuk 1 pek.. 

Update: Rezeki pagi ini.. Alhamdulillah, dapat juga Sha makan nasi lemak.. Memang tak disangka betul bila ada yang hulurkan sebungkus nasi lemak daun pisang bersama seketul kuih putu Perak.. Terima kasih yang memberi.. Semoga dimurahkan rezeki..

Tuesday, July 28, 2026

7-Eleven Kraker Sandwic Berkrim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi biskut bawah jenama 7-Eleven.. Kali ini pembungkusan dia warna merah jambu.. Memang comel.. Biskut masin dengan inti keju.. Bukanlah masin melampau, masin sikit ja biskut tu.. Keju tu saling melengkapi rasa bagi biskut tu.. 

7-Eleven Kraker Sandwic Berkrim Keju (50g) - RM1.50

Meriah betul initi keju dia..

Monday, July 27, 2026

Walls Ice Ball: Red Grape

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pekat betul rasa anggur dia.. Macam makan ais kepal berperisa.. Sedaplah tapi lepas tu dahaga.. kikiki.. Sha makan sikit selebihnya anak-anak yang habiskan.. Saiz bebopa dia sedang elok ja sekali makan.. Tak besar dan tak kecil.. Tapi tak sesuailah untuk budak-budak.. Kalau dah besar tu, okaylah.. Risau tercekik ja..

Wall's Ice Ball: Red Grape (80g) - RM4.00

Bulat-bulat ais dia.. Saiz dia kalau orang dewasa makan terus seketul, okay lagilah.. Kalau budak-budak, eloknya suruh gigit dulu.. Bahaya kalau terus makan seketul..

Sunday, July 26, 2026

Nestlé Mochi Thai Milk Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedaplah.. Sha yang tak berapa suka teh susu pun masih boleh makan.. Memang bestlah.. Rasa teh yang mewah.. Paling Sha suka, tak manis.. Memang syoklah kunyah.. Berbaloi dengan harga.. Lapisan mochi dia nipis ja.. kikiki..

Nestlé Mochi Thai Milk Tea (45g) - RM3.00

Mochi dia nipis ja..

Aiskrim perisa thai milk tea ini memang sedap.. Bila dah cair sikit, agak susah nak pegang.. Kena guna sudu.. 

Saturday, July 25, 2026

Donut Peach

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah Sha teringin nak beli.. Selalu tu harga sebekas ini paling murah pun RM20 lebih.. Baru ini Sha jumpa harga dia dalam RM13 ja.. Memang Sha belilah.. Walaupun risau masam dan tak sedap tapi kita cuba ja.. Alhamdulillah, elok manis buah dia.. Memang berbaloilah beli.. Rasa dia memang manislah tapi tak adalah manis melampau.. Sederhana ja dan buahnya lembut.. Sedap makan.. Berbaloilah Sha beli dengan harga tu.. Bila gigit tu ada rasa macam makan epal tapi versi yang lebih lembut..

Donut Peach (500g) - RM12.99

Ada 6 biji dalam 1 bekas tu..

Berbulu halus bahagian kulit dia..

Bila dibelah dua, isinya warna putih..

Thursday, July 23, 2026

📷 Coretan Sehari | 23 Julai 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sarapan apa pagi ini? Sihat ke? Pagi ini sekali lagi Sha ke 7E Cafe membeli makan.. Sambil-sambil mengumpul eSetem untuk Plush.. Makan dapat, esetem pun dapat.. kikiki.. Hari ini berjaya dapat 2 esetem.. 

Sarapan awal pagi Sha adalah 2 ketul aiskrim Magnum almond ini.. 🤤🤤🤤

Beli kombo Chicken Drumettes Hot & Spicy Crispy + Slurpee Sour Barries Lite (RM7.99).. 🤤🤤 Sedap betul air slurpee tu.. Rupanya bila beli slurpee dapat extra esetem.. 

Nasi lemak kosong dengan timun ini RM3.. huhuhu.. 😭😭

Hari ini ja kawan-kawan.. Beli 2 dengan satu harga.. Classic dan Almond ja.. Bolehlah kan.. Katanya boleh ja beli banyak-banyak kali.. 🤣🤣🤣

Wednesday, July 22, 2026

Tudor Gold Chocolate Creamy Butterscotch

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coklat ini Sha jumpa dekat pasaraya TF Value Mart.. Sebenarnya ada banyak pilihan rasa tapi yang ini lebih memikat mata sebab jarang ada rasa ini.. Belilah sekotak buat rasa-rasa.. Kotak dia cantik tau.. Jadikan hadiah pun okay.. Isi dalam dia ada 10 ketul ja dan dibungkus secara berasingan.. 

Gabungan coklat susu yang lembut dengan rasa butterscotch yang kaya dan berkrim.. Sejurus digigit, rasa coklat yang manis dan lembut membuka selera dan rasa butterscotch berjaya memberikan sentuhan karamel bermentega yang cukup memanjakan lidah..

Apa yang paling menarik ialah rasa butterscotchnya yang tidak terlalu kuat sehingga menguasai keseluruhan coklat.. Sebaliknya, ia melengkapkan rasa coklat dengan kemanisan yang seimbang dan tekstur yang halus.. Hasilnya, setiap gigitan terasa lembut, berkrim dan mudah dinikmati..

Tudor Gold Chocolate Creamy Butterscotch (60g) - RM6.90

Ada 10 ketul coklat dalam 1 kotak tu..

Coklat dia bentuk petak dan sedikit berminyak..

📷 Coretan Sehari | 22 Julai 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makan apa hari ini? Sha makan buah dan makanan yang Sha beli 7E Cafe.. Pagi tadi 2 kali Sha singgah 7E Cafe.. Kali pertama belikan sandwich dengan onigiri untuk bekal Amani dan Imani.. Kali kedua beli sarapan untuk diri sendiri.. Tiba-tiba rasa macam nak minum kopi 7E Cafe pula.. kikiki.. 

Sarapan Sha pagi ini.. Secawan cappuccino, seketul pau inti coklat/kopi dan 2 keping hashbrown.. 

Ini pula menu makan tengahari Sha.. 2,3 hari ini memang kurang makan nasi Sha ini.. Jadinya Sha beli stok roti lebih sikit letak dekat pejabat.. Jambu tu pula memang rutin Sha lah.. Nak bagi HB cantik.. Jumaat ini nak cuba derma darah lagi..

Akhirnya berjaya juga tebus Slurpee Plush Keychain ini.. Kalau ikut kata adik 7E tu, plush ini ada banyak lagi.. Harapnya berjaya lah tebus satu lagi.. Bukan apa, barulah adil nak diberikan pada Amani dan Imani.. 

Twiggies Perisa Keju Beri Biru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi produk baru dari Gardenia.. Memang susah betul nak jumpa.. Ini pun kebetulan ada dekat 7E Cafe.. Baru sampai rasanya sebab ada dalam 10 bungkus.. Cantik betul pembungkusan dia.. Warna tu dari jauh dah memikat mata..

Buka ja pek tu, memang semerbak bau beri biru.. Sedaplah bau dan rasa dia.. Keknya lembut dan krim dekat tengah tu dia tu banyaklah juga.. Sha suka rasa dia tak terlalu kuat, ngam-ngam ja dekat tekak Sha.. Kalau jumpa lagi memang Sha beli.. Tambahan pula tarikh luput dia lama jugalah..

Twiggies Perisa Keju Beri Biru (38g) - RM2.50

Ada 2 ketul kek dalam 1 pek tu..

Warna kek span dia ungu pucat..

Tuesday, July 21, 2026

Ritter Sport Lass Dich Feiern "Happy Birthday"

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ritter Sport Lass Dich Feiern "Happy Birthday" dalam kotak biru merupakan pilihan hadiah yang ringkas tetapi cukup istimewa.. Setiap kiub memberikan pengalaman rasa yang berbeza, menjadikan coklat ini lebih menyeronokkan untuk dinikmati atau dikongsi bersama keluarga dan juga rakan-rakan..

Apa yang paling menarik pada coklat ini ialah kepelbagaian teksturnya.. Ada yang lembut dan berkrim, serta masam dibahagian tengah dan memang cairlah bila dimasukkan ke mulut.. Ada yang rangup dengan biskut bila dikunyah, ada pula yang dipenuhi karamel cair dan kacang hazel.. Setiap kali mencapai kiub yang baharu, terasa seperti membuka hadiah kecil yang penuh dengan kejutan..

Ritter Sport Lass Dich Feiern "Happy Birthday"

5 Special Flavours: Yogurt, Choco Crisp, Stracciatella crisp, à la mousse au Chocolat and Whole Hazelnuts in Praliné Cream.

Monday, July 20, 2026

Mighty White Flossy Bun: Sambal Spicy Chicken Floss Bun with Sambal Filling

Assalamualaikum..
Hye semua..

Roti dari Mighty White ini best tau.. Cumanya sedikit pedas.. Sesuailah dengan nama dia tu.. Bahagian atas roti ada serunding ayam yang pedas kemudian dekat bahagian tengah tu ada inti sambal.. Memang jadi bergandalah pedas dia.. Tapi masih okay lagilah untuk lidah dan tekak Sha.. Kiranya bolehlah makan sampai habis walaupun pedas.. Malah Sha rasa memang Sha akan beli lagi sebab roti ini pedas tapi sedap..

Nampak tak warna serunding ayam pedas pada bahagian atas roti tu merah.. kikiki.. Kat tengah ada inti sambal..

Mighty White Flossy Bun: Sambal Spicy Chicken Floss Bun with Sambal Filling (65g) - RM2.60

Sunday, July 19, 2026

📷 Coretan Sehari | Cerita Hujung Minggu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Catatan bergambar Sha.. Ini cerita semalam dan hari ini.. Tak tau nak kongsi apa, jomlah layan gambar makanan.. 🤣🤣

Semalam lepas briskwalk, Sha bawa anak-anak makan roti canai dekat Felda Sg. Behrang.. Ini antara waktu yang Sha sangat suka.. Lepas makan bawa anak-anak ke Mr.DIY dan kedai ECO.. Senpat jugalah Sha merayap ke Pasarnya TF Value Mart..

Alhamdulillah.. Malam Sabtu Sha dapat mesej untuk ambil durian.. Ada juga rezeki Sha nak rasa Durian Duri Hitam (Black Thorn) ini.. Sebiji yang Sha punya ini harganya RM25.. Sekilo orang tu jual RM15.. Besar juga buahnya.. Cukuplah untuk kami sekeluarga..

Ada 10 ulas isi dia.. Tebal pula tu isinya.. Sha makan 3 ulas ja.. Berbaloilah pada Sha.. Rasa dia lemak manis tapi bukan manis sangat-sangat.. Manis dia sederhana.. Ngamlah untuk tekak Sha manis dia tu.. Puaslah kami makan sekeluarga..

Ini pula pengasuh anak Sha bagi.. 2 biji durian kampung.. kikiki.. Rezeki.. Imani dah minta buatkan kuah durian..

Mighty White It's Donut Cake! Chocolate Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Akhirnya masuk juga kek ini dekat kawasan tempat tinggal Sha.. Iklan pasal kek ini asyiklah lalu lalang dekat media sosial Sha.. Geram ja rasa.. Sha nak beli atas talian ja tapi bila fikir kuantiti dan harga, terus tangguh dulu.. Sekali bila pergi pasaraya TF Value Mart, dah ada jual.. Walaupun baru satu rasa tapi kira okaylah sebab rasa yang masuk ini kesukaan Sha..

Memang berbaloilah penantian Sha.. Keknya lembut dan lembap.. Memang padulah rasa mocha dan coklat tu.. Rasa coklat tu memang pure.. Bau kopi dari mocha tu pun mengancam.. Kek pun jenis tahan lama, memang ngamlah untuk anak-anak bawa bekal atau pun nak jadikan menu minum perang.. 

Harga pula dia bagi harga pengenalan.. Harga asal dia dalam RM4 lebih.. 

Mighty White It's Donut Cake! Chocolate Mocha (60g) - RM3.90

Ada 2 pek dalam dia..

Inilah rupa dia.. Sebelah coklat, sebelah lagi mocha.. Mantap..

Saturday, July 18, 2026

Mighty White Flossy Bun: Salted Egg Chicken Floss Bun With Mayonnaise Custard

Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam berlawan-lawan pula syarikat roti keluarkan roti-roti baru.. Ini Sha jumpa masa beli beras.. Kebetulan rak roti ini berhadapan dengan kawasan beras, memang mata tu laju ja lah mencari roti yang best untuk dibeli.. Perkataan Limited Edition tu antara faktor yang buat Sha capai roti ini.. 

Rasa telur masin tu tak adalah ketara sangat.. Dia dekat hujung-hujung ja dan bau pun manja ja.. Mayonis dekat bahagian tengah tu banyaklah juga dan menyeimbangkan rasa keseluruhan bila dikunyah dan telan.. Kalau ikut tekak Sha, okaylah untuk sekali rasa sebab rasa dia tidaklah terlalu wow.. Beli lagi tu, taklah.. 

Mighty White Flossy Bun: Salted Egg Chicken Floss Bun With Mayonnaise Custard (65g) - RM2.80

Chicken floss tu dekat bahagian atas dan mayonnaise Custard tu pula dekat bahagian tengah..

Thursday, July 16, 2026

CP Chicken Roll

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asalnya Sha nak beli Chicken Popcorn yang memang hanya dijual di 99 Speedmart tapi habis pula.. Sudahnya belilah Chicken Roll ini selepas bertanya dengan anak dara Sha.. Imani yang minta beli sebab nak bawa bekal ke sekolah.. Penatlah juga asyik menyinggah 7E ja kan.. kikiki.. Penat menunggu sebenarnya, sebab lamakan diorang nak masak makanan yang goreng-goreng tu..

Jadinya kita beli ja 1 pek ini.. Lepas tu Sha asingkan dalam pek kecil lain untuk sekali masak.. Ayam gulung ini dalam dia ada sayur-sayuran tau.. Ada lobak merah, cendawan dan jagung.. Lepas tu di balut dengan fucuk dibahagian luar dia.. Memang sedaplah.. Anak-anak suka, Sha senang hati.. kikiki.. Cuma hargalah, keras sikit..

CP Chicken Roll (550g+100g) - RM13.90

Adoilah, tergelap pula.. kikiki..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com