Assalamualaikum..
Hye semua..
Bengkel dan mesyuarat tu dilaksankana di Melaka.. Inilah tempatnya.. Kalau tengok suasana memang nampak baru lagilah.. Biliknya bersih.. Penghawa dingin sejuk, Okaylah..
Swan Garden Resort Hotel, 2, Jalan KSB 2, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka
Dua katil single, almari solek, papan seterika, seterika, tv dan penghawa dingin.. Owh ya, bilik Sha ini mengadap laut.. Ada beranda comel tapi tak adalah bangku ke apa.. Setakat berdiri tu, bolehlah..
Tempat sangkut baju, peti sejuk, cerek air, 2 botol mineral, cawan, kopi, teh, gula dan krimer..
Sinki dalam toilet.. Ada keperluan mandi dan 2 cawan gelas disediakan.. Tapi Sha lebih suka pakai barang mandi Sha sendiri..
Toilet dia memang luaslah.. Air pancut tu ada panas dan sejuk.. Lepastu laju gila airnya.. Memang syoklah mandi..
Ini ruang solat dekat dengan dewan bengkel.. Selesa dan bersih..
Tempat wuduk..
Tempat kami berbengkel.. Bahagian depan ini untuk minum pagi jam 11, minum petang jam 4.30 dan supper jam 9 malam..
Ini pula tempat kami sarapan pagi jam 7, makan tengahari jam 1 dan makan malam jam 7.. Makan style buffet.. Menunya pelbagai dan sedap.. Puas hatilah untuk Sha..