Thursday, September 19, 2024

Jelajah Utara Malaysia | Motel Persona, Sungai Petani, Kedah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penginapan pertama kami untuk Percutian Jelajah Utara.. Sha dan encik suami bersetuju untuk menginap di hotel budget sahaja.. Sha bayar dekat Agoda dengan harga RM68.89 untuk bilik keluarga, bayaranya kami buat awal September.. Dua minggu sebelum tarikh menginap..  Bilik ini ada 1 katil Queen dan 2 katil bujang.. Kami sampai jam 9.30 malam.. Memang ambil bilik untuk mandi dan tidur saja.. Bolehlah untuk berehat.. Ada penyaman udara tapi tak adalah sejuk beku.. Rasalah sejuknya.. Esok paginya jam 7 pagi dah daftar keluar.. Daftar tu, kaunter pun gelap lagi.. Walaupun dah bayar, tetap kena letak deposit RM20 untuk kunci.. Bagi kunci dia bagi balik RM20.. Bilik okay bersih dan selesa untuk tidur.. 

Owh ya, kami sampai jam 9 malam macam tu, jadinya jam 3 petang kami dah telefon motel maklumkan kami daftar masuk malam.. Tak adalah nanti jadi perkara yang tak diingini.. 

Ada 4 helai tuala, meja kecik & kerusi, meja lampu, tv, 1 katil queen dan 2 katil single.. 

Ada sofa, bilik mandi, penyangkut baju dan sejadah.. Ada air panas dan sabun mandi..

Tempat sterika baju di tepi tangga..

Hujung laluan ada disediakan air coway..

Wednesday, September 18, 2024

Jelajah Utara Malaysia | Tugu Sampan Tsunami Kuala Muda, Kedah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini destinasi kedua kami.. Perjalanan kami ke Tugu Sampan dan Dataran Tsunami Kuala Muda, Kedah ini adalah untuk menunjukkan anak-anak tempat yang pernah dilanda tsunami suatu ketika dahulu.. Kami sampai pun dah lewat masa ini.. Memang tak lamalah.. Cantik tempatnya.. Ada kedai makan juga.. Lapang datarannya.. Laut jauh ke tengah dah.. Nampaklah matahari terbenam.. Kami sampai ini dah lewat juga, jadinya tak ramai oranglah.. Seronoklah nak merakam kenangan.. Tak perlu berebut atau menunggu..

Dataran Tsunami..

Tugu Sampan..

Jelajah Utara Malaysia | Muzium Matang, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Percutian kami bermula dengan lawatan ke Muzium Matang yang terletak di Matang, Perak.. Tiada bayaran dikenakan, cuma perlu isi buku daftar pelawat sahaja.. Ada dua tingkat.. Tingkat 1 kena buka kasut.. Boleh ambil gambar namun tak dibenarkan merakam video.. Anak-anak dan kami seronok dapat belajar tentang sejarah..

Muzium Matang, Kampung Pekan Matang, 34750 Matang, Perak.






Tuesday, September 17, 2024

Gardenia Toast'em Choco Perfecto

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah Sha nampak iklan roti baru dari Gardenia ini.. Jenuh jugalah cari.. Akhirnya berjaya juga jumpa.. Pergh!! Lembut gila roti dia.. Memang sedaplah makan macam tu saja.. Kalau ikutkan, Gardenia memang dah ada roti coklat tapi dengan kismis.. Kali ini memang coklat semata-mata.. Sebagai peminat coklat, wajiblah Sha beli dan cuba.. kikiki.. Sha lebih suka Choco Perfecto ini sebab coklat semata tanpa gabungan lain.. Memang roti yang best.. Roti coklat dan ditambah pula dengan coklat cip, memang sedap.. Tak manis..

Gardenia Toast'em Choco Perfecto (340g) - RM6.00

Meriah coklat.. 

Monday, September 16, 2024

India | Devil: The British Secret Agent (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Devil.. Asalnya datang menyiasat pembunuhan Vijaya tapi dalam masa yang sama terjatuh cinta dengan Nyshadha.. Kes pembunuhan berjaya diselesaikan namun konspirasi yang sebenar masih disiasat Devil.. Peluang bercinta dengan Nyshadha berjaya digunakan sepenuhnya oleh Devil untuk mendapatkan maklumat mengenai INA.. Nyshadha rupanya Ketua Pengendali Isyarat untuk INA dan dia sepatutnya menghantarkan kod kepada Trivarna untuk memaklumkan ketua mereka boleh mendarat dengan selamat.. Tapi malangnya kod itu telah dicuri dan sampai kepada pihak British.. Disinilah peranan Devil iaitu ejen rahsia IPI milik British berusaha untuk mendapatkan maklumat tersebut.. 

Tapikan awalnya kita ingat Devil ini berpihak pada British, masuk 30 minit terakhir filem baru kita tahu yang Devil ini sebenarnya ejen berganda.. Dia berkerja dengan INA sebenarnya tapi menyamar dalam IPI.. Mantap..

Devil
2023 ‧ Action/Thriller ‧ 2h 24m
A secret intelligence agent working in pre-independence India falls into a web of love, deceit, and betrayal when he is tasked with unravelling the mystery behind the murder of a zamindar's daughter.


7-Eleven Double Chocolate & Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut dia memang meriah dengan coklat cip.. Tak kedekut langsung.. Rangup ja.. Dua-dua sedap.. Makan sambil cicah dalam susu pun sedap.. Tak terlalu manis.. Bolehlah untuk harga yang ditawarkan.. Harga sebenar dia RM2.50 untuk satu keping tapi Sha beli masa promosi, dapatlah diskaun 50 sen.. kikiki..

7-Eleven Double Chocolate Chips Cookies (40g) - RM2
7-Eleven Chocolate Chips Cookies (40g) - RM2

Variety Korea | Jinny's Kitchen Season 2 (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sama seperti musim pertama, kali ini mereka bermula dengan sangat cantik.. Pelanggan penuh pada hari pertama mereka berniaga.. Makan tengahari dan juga untuk malam.. Memang pengalaman yang sangat menggembirakan terutama sekali untuk Seo Jin.. Tersenyum lebar Seo Jin bila tengok pelanggan yang tak putus-putus.. kikiki.. Musim ini juga mereka di sertai Go Min Si sebagai pelatih baru.. Go Min Si memang padu dan lajulah.. Suka tengok kerjasama diorang dalam menguruskan kedai.. Membantu antara satu sama lain menjadikan perjalanan kedai lancar..

Musim 2 ini menyaksikan Woo Shik sebagai tukang masak pemula dan sukses dalam menyediakan makanan.. Kepelbagaian makanan berjaya membuatkan kedai mereka mendapat sambutan luar biasa hingga mereka terpaksa menolak pelanggan sebab tak cukup meja dan masa.. Paling menyeronokkan bila hari terakhir, pelanggan tak putus-putus datang sampaikan mereka terpaksa meminta tolong dengan pengarah Na Young Seok dan CEO Lee untuk membasuh pinggan.. kikiki.. Comel ja.. Hari terakhir juga baru mereka dapat bersiar-siar dan membeli belah.. Sakan Min Si membeli belah..

TV Show: Jinny's Kitchen Season 2
Also Known As: Jinny's Kitchen 2, Seojin's 2, Seo Jinine 2, Seo Jinine Sijeun 2
Director: Na Young Seok, Park Hyun Yong
Genres: Food, Adventure, Business
Country: South Korea
Episodes: 11
Aired: Jun 28, 2024 - ?
Aired On: Friday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 30 min.
Jinny's Kitchen is back with Season 2, and its second branch, Jinny's Ttukbaegi, opens in Iceland, the land of fire and ice. Starting with the restaurant owner's signature oxtail gomtang, delicious Korean food reaches the taste buds of people from all over the world. With the veteran boss and employees, who are now close like family, and the addition of a new talented intern, the restaurant runs smoothly. Jinny's Kitchen returns with a new system, where yesterday's chef can become today's hall manager.

Sunday, September 15, 2024

F&N Seasons Barley

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap juga airnya.. Tak manis.. Terasalah barli tu.. Cuma kurang best sebab tak ada ketulan barli tu tapi ada serdak dihujung-hujung air.. Kurang menarik.. Namun begitu rasa barli tu adalah walaupun tak ada isinya.. Beli lagi? Mungkin tidak.. kikiki..

F&N Seasons Barley (300ml) - RM3.50

India | Dora (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini tentang seorang perempuan yang cepat naik angin bernama Pavalakkodi.. Pada suatu hari, kerana marahkan mak saudara dia yang tak ingin meminjamkan kereta buat mereka ke kuil, Pavalakkodi telah bersumpah yang dia juga akan menjalankan pereniagaan kereta sewa dan menjadi lebih terkenal dari mak saudara dia.. Semasa mencari kereta untuk dijadikan kereta sewa, Pavalakkodi telah membeli sebuah kereta antik.. Kereta tu bukan kereta biasa sebaliknya mengandungi roh seekor anjing bernama Dora.. 

Setelah menyaksikan kejadian pembunuhan oleh kereta itu, Pavalakkodi telah menemui sami namun tetaplah tak menghalang kereta tu dari bertindak pelik.. Sudahnya Pavalakkodi bertanya dengan kereta tu, apa yang dimahukannya.. Jadinya kereta tu membawa Pavalakkodi bertemu dengan pemilik sebelum ini.. Dari situ barulah kebenaran terbongkar dan berkait dengan diri Pavalakkodi.. Bermulalah misi balas dendam oleh Pavalakkodi bersama kereta antik tersebut..

Gitu.. 

Dora
2017 ‧ Drama/Horror/Action/Thriller ‧ 2h 30
Ignoring her misgivings, a young woman purchases a vintage car that seems to have a mind of its own. Further investigation reveals that it is possessed by a vengeful spirit with ties to her past.

Aik Cheong It’s Cup Sakura Latte Marshmallow

Assalamualaikum..
Hye semua..

Keluaran khas Aik Cheong bersama AEON.. Cantikkan corak pada cawan tu.. Bau dia pun wangi.. Bau sakura, rasa pun sedap.. Sha suka sebab tak manis.. Owh ya, Sha tak tambah marshmallow tu, Sha minum macam tu saja pun dah sedap.. Rasa dia unik tapi tak pelik.. Sedap..

Aik Cheong It’s Cup Sakura Latte Marshmallow (43g)

1. Sakura Latte Premix (40g)
2. Marshmallow (3g)
3. Pengacau

Saturday, September 14, 2024

ebook | Gus, the Dinosaur Bus by Julia Liu

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook ini Sha baca atas talian dekat Open Library.. Kisahnya Gus si dinosour menjadi pengangkutan untuk pelajar-pelajar ke sekolah.. Malangnya Gus terlalu besar dan selalu menimbulkan masalah.. Pihak sekolah dha tak mampu nak tanggung semua kos kerosakkan oleh Gus.. Jadinya mereka nak hentikan perkhidmatan Gus sebagai pengangkutan pelajar ke skolah.. Gus sedih dan menangis.. Namun pelajar-pelajar memujuk Gus.. Akhirnya Gus dah tak bersedih bila kini dia dijadikan tempat untuk kanak-kanak berhibur.. Comel..

Sha baca dan selesai pada 11.09.2024..

Published July 9, 2013 by HMH Books for Young Readers

WinWin Joystix Strawberry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wangi bau strawberi tu.. Rasa strawberi tapi tak adalah manis atau masam dan rasa tu tak kuat sangat.. Ada rasa dia cuma bila gigit biskut tu, rasa biskut dia lagi kuat.. Bolehlah buat kunyah-kunyah sambil baca buku..

WinWin Joystix Strawberry (40g)

Ada dalam 19 batang biskut..

ebook | Inspector Zhang And The Perfect Alibi by Stephen Leather

Assalamualaikum..
Hye semua..

Inspektor Zhang telah diminta membantu penyiasatan bila mana suspek bunuh berada dalam tangkapan polis semasa kejadian bunuh berlaku.. Bukti yang jelas dan nyata mengatakan suspek memang pelakunya namun bagaimana beliau boleh membunuh sedangkan beliau berada dalam tahanan polis.. Semasa menyiasat dari pelbagai sudut, penjenayah sebenar telah mendedahkan dirinya kepada Inspektor Zhang.. Semuanya kerana ingin menutup hubungan sulit dengan mangsa.. Ish.. Ish..

Sha baca dan selesai pada 10.09.2024..

Published March 9, 2012

Friday, September 13, 2024

The Tapping Tapir Sparkling Honey: Honey Lychee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa laici ditambah madu dan berkorbonat, memang ngam.. Tak terasa sangat pun madunya.. Lebih kuat rasa laici dia.. Tapi bestlah pda Sha sebab gas dia tak adalah kuat mana..

The Tapping Tapir Sparkling Honey: Honey Lychee (250ml) - RM3.80

ebook | Leilong the Library Bus by Julia Liu, Bei Lynn (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ebook ini comel gila.. Kisah dinasour bernama Leilong yang berminat dengan perpustakaan tapi tak boleh masuk kerana fizikalnya yang besar.. Bila Leilong merasa sedih dan ingin pergi, pustakawan membawakan buku-buku pada Leilong dan akhirnya Leilong menjadi perpustakaan bergerak..

Sha baca dan selesai pada 10.09.2024..

Published January 1, 2021 by Gecko Press

Smoked Cheese Mayo Shrimp Onigiri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali makan yang udang mayo ini.. Siap ada keju.. Sedap pula rasa dia.. Paling best bila kunyah tu ada ketulan udang.. Bukan seekor tapi 3 ekor.. Cuma bukan saiz besarlah udang dia.. Tapi berbaloilah.. Bukan sekadar nama dan rasa tapi siap ada udangnya.. Sedap.. Boleh beli lagi.. 

Smoked Cheese Mayo Shrimp Onigiri (116g) - RM4.90

Ada 3 ekor udang comel tau dalamnya..

Thursday, September 12, 2024

ebook | Dancing (Anita Blake, Vampire Hunter, #22.5) by Laurell K. Hamilton

Assalamualaikum.
Hye semua..

Anita di jemput ke parti rumah Zerbrowski bersama Micah dan Nathaniel.. Katie isteri Zerbrowski berkerjasama memasak bersama Nathaniel.. Semuanya baik-baik sahaja pada awalnya.. Namun bila tetamu mula datang, ada sesuatu berlaku berkaitan Nathaniel.. Semuanya selesai bila kebenaran terbuka.. Yang bersalah ditangkap karma sendiri.. Paling menarik bila Nathaniel mula membawa anak-anak yang hadir untuk menari.. Budak lelaki yang awalnya mengatakan tarian merupakan sukan wanita mula tettarik dengan pergerakan.. 

Sha baca dan selesai pada 09.09.2024

Published September 17, 2013 by Penguin

Roma Sandwichi Peanut Butter

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa biskut ini dekat kedai ECO.. Sha memang peminat mentega kacang, bila nampak biskut ini memang belilah.. Pada Sha sangat berbaloi dengan harga.. Buka saja semerbak bau kacang.. Biskut dia rapuh, krim tu memang meriah rasa kacang.. Paling syok sebab tak manis langsung.. kikiki.. Seriuslah, berbaloi untuk Sha..

Roma Sandwichi Peanut Butter (206g) - RM2.40

Ada lebih kurang 21 keping biskut..

Penuh sebalang comel ini..

ebook | Wounded (Anita Blake, Vampire Hunter, #24.5) by Laurell K. Hamilton

Assalamualaikum..
Hye semua..

Anita, Micah dan Nathaniel berkerjasama membantu mangsa cedera bernama Thomas untuk bangkit semula.. Awalnya Micah yang berbicara dengan Thomas dan kemudiannya batu Anita dan Nathaniel sertai.. Bukan mudah untuk mangsa seperti Thomas bangkit semula bila doktor sendiri tak boleh nak bagi jaminan yang dia akan pulih.. Namun selepas berbicara dengan Anita, Thomas berjanji akan menjali terapi fizikal.. Cuma terapi emosi sahaja masih nampak samar-samar..

Sha baca dan selesai pada 09.09.2024

Published December 6, 2016 by Penguin Books

Wednesday, September 11, 2024

Hershey's Choco Balls: Cookies N Chocolate & Cookies N Creme

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cookies N Chocolate tu memang sedaplah sebab coklat dan biskut kan.. Memang Sha sukalah.. Bila kunyah tu dia krup krap, krup krap sebab biskut.. Cumanya yang Cookies N Creme tu agak manis sedikit.. Lagipun coklat putih kan.. Agak tak berapa Sha suka.. Bolehlah cumanya Sha lebih teruja yang Coklat berbanding yang Creme tu..

Hershey's Choco Balls: Cookies N Chocolate (36g) - RM3.29
Hershey's Choco Balls: Cookies N Creme (36g) - RM3.29

Cookies N Chocolate tu warna gelap dan yang putih tu pula Cookies N Creme..

ebook | Beauty (Anita Blake, Vampire Hunter, #20.5) by Laurell K. Hamilton

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan dewasa ya anak-anak.. huhuhu.. Lama tak baca siri Anita ini.. Buku ini lebih pada hubungan antara Anita, Jean Cloude dan juga Asher.. Lepas tu ada sneak peak untuk buku Kiss The Dead

Sha baca dan selesai pada 08.09.2024..

Published May 8, 2012 by Penguin

Tuesday, September 10, 2024

Kopi Cerok @ Taman Wangsa Behrang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah perasan kedai ini lama dah.. Awalnya nampak iklan dekat Facebook tapi tak pasti dekat mana kedainya.. Minggu lepas baru perasan dekat laluan harian Sha hantar dan ambil anak.. Petang ahad tu baru termelencong untuk singgah.. Awalnya nak beli pastry tapi dah habis.. Jadinya kita cuballah Spanish Latte dia.. Alhamdulillah, sedap.. Kena dengan tekak Sha.. Harga pun berbaloi..

Sha cuba Spanish Latte (ice) - RM7

Kopi Cerok @ Taman Wangsa Behrang, Behrang, Perak (https://maps.app.goo.gl/xwcpWY2AaMUjsnmK9?g_st=iw)

Menu air yang ada disini..

Ride Makan Kenduri Edisi September 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ahad pagi, Sha ikut encik suami ke undangan perkahwinan di Sungai Besar.. Oleh kerana pergi berdua, kami naik motor sahaja.. Boleh pula encik suami bawa laju dan layan selekoh.. Gugur jantung dibuatnya.. hahaha.. Lepas makan kenduri, kami singgah beli coklat di Laman Choco.. Lepas tu terus gerak balik.. Sampai rumah memang penatlah sebab lalu jalan dalam, jalan tak cantik sangat.. Terhentak-hentak badan.. 

Akhirnya boleh pakai couple helmet.. kikiki..

Mantap lauknya.. Gulai umbut kelapa dengan ayam masak merah..

Buah tangan dari kenduri..

Beli coklat campur dan Choco Crispy dari Laman coklat..

Berbaloilah bayar RM10 untuk satu bekas ini.. Crispy dan meriah coklatnya..

Coklat campur yang ada coklat gelap, tiramisu, coklat yogurt dan coklat susu..

Payung Merdeka Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya setelah bertungkus lumus.. Menangis, merajuk dan bersekang mata, payung Merdeka Imani selamat dibawa ke sekolah untuk dipertandingkan.. Sha sokong dengan berikan barang keperluan yang Imani nak guna untuk siapkan payung Merdeka ini.. Selebihnya memang Imani buat sendiri.. Ayah sumbangkan idea juga.. 

Payungnya dah senget sebelah sebab patah bahagian dalamnya.. Payung RM7 kan.. Cepatlah patahnya tambah, asyik diletak merata..

Semangat dia nak bawa kenpertandingan..

Alhamdulillah menang tempat ketiga.. Hadianya biskut dan air kotak..