Showing posts with label Masakan Simple. Show all posts
Showing posts with label Masakan Simple. Show all posts

Monday, April 6, 2026

17 Syawal 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha dan encik suami sambung semula puasa.. Encik suami puasa sebab bila puasa ini badan rasa ringan.. Sha pula meneruskan puasa 6 yang tergendala hari tu disebabkan BFF datang.. kikiki.. Bila terus berpuasa ini memang badan rasa lebih ringan, perut jadi kecil.. Makan pun tak banyak.. 

Dua jenis nasi goreng, popcorn chicken dan sosej..

Malamnya kami berbuka ringkas ja.. nasi goreng pagi tadi dengan roti..

Wednesday, April 1, 2026

12 Syawal 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha rasa macam seronok pula update hari-hari macam ini.. Walaupun kadang tu macam tak ada cerita sangat tapi rasa macam satu motivasi pula.. Harapnya korang tak bosanlah.. Hari ini terpaksalah tangguhkan misi puasa Sha.. BFF dah datang pula.. Begitulah perempuan.. Pagi ini hujan lebat betul.. Seawal jam 4.30 pagi dah turun.. Siap guruh dan kilat.. Sampai ke pejabatlah hujannya.. Lama juga.. Pukul 9 rasanya baru betul-betul reda hujannya.. Tempat korang hujan juga ke?

Menu sahur pagi ini.. Masak tomyam.. Amani bawa bekal ke sekolah sekali sebab ada koko dah hari ini.. Alang-alang tu Sha potong sekali buah oren dan jambu yang beli dekat pasar malam semalam.. Jambu tu Imani bawa ke sekolah.. 

Petang tadi teman encik suami beli burger, Sha belilah air Iced Buttercremé Strawberry Latté dari Zus ini.. Sedaplah air dia.. Rasa strawberry tu ngam-ngam ja.. Bila tambah buttercream tu dia jadi berlemak dan halus ja lalu tekak.. Memang cunlah..

Tuesday, March 31, 2026

11 Syawal 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini redup ja.. Hujan adalah turun tapi taklah lama.. Sejuk ja cuaca.. Anak-anak nak bawa roti dengan telur ja ke sekolah jadinya menu sahur Sha ringkas ja lah.. 

Menu sahur pagi tadi.. Sha goreng telur ja lepas tu tumis bawang dan cili padi tabur atas telur.. Makan pula dengan sambal bilis rangup.. Memang menyelerakanlah.. Tembikai tu memang wajib adalah untuk sahur dan berbuka..

Berbuka Sha makan jambu.. Gigih cari dekat pasar malam.. 5 biji RM10, dapatlah dua bekas ini.. Misi nak naikkan hb bermula.. Cadangnya nanti nak derma darah, sebelum menderma kenalah cantikkan bacaan hb dulu.. Jambu ini antara yang membantu untuk Sha..

Rindu pula nak beli kuih muih di waktu petang.. Apakan daya, situasi ini masa Ramadan ja ada.. 

Wednesday, March 18, 2026

28 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tinggal lagi 1 atau pun 2 hari lagi ja entry sahur dan berbuka ini.. Agak-agak bila agaknya raya ye.. Sha okay ja mana-mana sebab cuti memang pastilah dari Jumaat sampai Isnin.. Walaupun idea memasak dah semakin kekeringan, kita gigih tau buat entry ini.. kikiki..

Ini juadah sahur kami.. Sha dah tak boleh nak fikir nak masak apa.. kikiki.. Suduhnya buat telur mata, goreng bawang dengan cili padi tabur atas telur dan tuang kicap.. Jadilahkan..

Semalam sambal ini sampai.. Sha buka yang ada tempe tu.. Pergh!! Mantap.. Sambal sedap, tempe dengan ikan bilis rangup.. 

Berbuka Sha beli kek batik (RM5), tahu begedil (RM5) & pulut dengan sambal ikan bilis (RM3)..

Tuesday, March 17, 2026

27 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini hari terakhir anak-anak bersekolah.. Kemain semangat lagi bangun dan bersiap masing-masing.. Bila sudah terlalu lama dihantar dan diambil, hari ini Sha kena pergi kerja sendiri.. kikiki.. Encik suami sepatutnya keluar ke Klang tapi batal pula.. Jadinya beliau ambil anak-anak ja lah..

Lepas tu tengahari tadi encik suami bagi tahu beliau ke Tapah beli motor.. Gelak besar Sha bila dengar.. Memang lama dah encik suami duk ulang cerita, tunjuk gambar motor tu.. Akhirnya dapat juga encik suami beli motor idaman beliau dengan harga berpatutan.. Sha tengah fikir nak bagi nama apa dekat motor tu.. Kelabu, Silver ataupun Belalang.. Hurm!!

Menu sahur kami pagi tadi atas permintaan anak dara Sha Imani yang inginkan nasi goreng cina bersama popcorn chicken dan ayam goreng.. 

Berbuka pula Sha beli kuih buah melaka (RM3.50), keria (RM6), taufufah (RM3) & air soya (RM5).. Singgah TF Value Mart juga beli buah tembikai dan Hami Melon..

Sunday, March 15, 2026

25 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini pagi-pagi dah stress.. Sha beli pes tomyam dekat shopee, sampainya semalam.. Sha tak perasan.. Pagi tadi masa bangun masak sahur baru Sha tengok.. Eh!! Dia hantar rumah salah.. Ah!! Sudah.. Jenuhlah nak mencari.. Sha cuba mesej driver tu cakap salah rumah.. Pukul 10.32 pagi driver shopee tu call Sha maklumkan dia hantar rumah sebelah.. Legalah Sha.. Ingatkan entah mana-mana.. 

Alang-alang keluar ambil barang tu, kita pergilah cari sekali daging kambing dan ekor lembu untuk masak berbuka.. 

Pes tomyam Sha.. Beli dua bekas terus.. Pes ini memudahkan kerja Sha memasak..

Ini pula menu sahur kami pagi tadi.. Telur mata kicap dan ikan bilis goreng tambah bawang dan cili padi..

Menu berbuka pula Sha masak sup ekor, encik suami buat kambing bakar dan goreng hash browns.. 

Saturday, March 14, 2026

24 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini seharian dekat rumah.. Bangun awal masak sahur lepas tu melepek tengok anak-anak buat kerja sekolah.. Pantau je lah pun.. Bukan boleh nak tolong sangat pun.. Sempatlah layan drama china separuh jalan.. kikiki.. Lepas tu teman encik suami carikan makan berbuka buat MIL.. Kami tak beli apa pun kali ini.. Singgah bazar pun tak hari ini.. 

Menu sahur kami hari ini nasi goreng, popcorn chicken, ikan bilis goreng dan sambal sardin..

Berbuka pula Sha masak nasi putih, goreng ayam, goreng popcorn chicken dan goreng ayam bahagian drumet jenama Ayamas..

Friday, March 13, 2026

23 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha pergi kerja sendiri sebab encik suami keluar berkerja ke Bangi.. Tengahari Sha pergi ambil anak-anak di sekolah dan masuk pejabat balik.. Bulan puasa ini memang anak-anak balik berambil.. Ada sekali ja kena balik jalan kaki sebab Sha dan encik suami tak boleh nak ambil.. Tinggal 2 hari ja lagi anak-anak ini sekolah.. Pagi tadi Sha dah bagi siap dekat mereka duit raya untuk diberikan pada rakan-rakan sekelas sebab katanya minggu depan ramai yang dah tak datang sekolah..

Semalam masa cari telur, Sha beli sekali pucuk taugeh dengan udang kecil.. Lama tak makan sayur pucuk taugeh ini, teringin pula.. Pasaraya tu pun jual untuk sekali makan, memang mudahlah kerja memasak Sha..

Ini menu sahur kami.. Ayam goreng, daging blackpaper, tomyam semalam dan sayur pucuk taugeh tumis.. Meriah pula pagi ini.. kikiki..

Berbuka pula Sha beli ulunthu vaday (RM5), keria (RM3), lempeng kelapa (RM3) dan popia sira (RM2)..

Thursday, March 12, 2026

22 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi masa sahur Imani bagi tahun tempat suntikan HPV tu makin sakit.. Sha tanya dia nak cuti ke.. Marah dia.. Katanya dah besar, lagipun dia tak naklah cuti.. Nak jaga kehadiran kesekolah.. Alhamdulillah.. Harapnya tangan dia makin baiklah.. 

Menu sahur Sha sekeluarga pagi ini.. Tomyam aym bersama pelbagai jenis bebola.. Meriahlah sikit tomyam Sha pagi ini bila tambah pelbagai jenis bebola selain sayur kobis dan lobak merah.. Bila tengok pes tomyam Sha dah hujung-hujung ja, teruslah buat pesanan sekali.. Pes tomyam ini memang wajiblah ada dekat rumah.. Mudah kerja..

Berbuka kami beli kuih masala vadey & ulunthu vadey (RM5), keria (RM3) dan tembikai 2 biji (RM16)..

Wednesday, March 11, 2026

20 & 21 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Boleh pula lupa nak publish entry ini semalam.. Jadinya jomlah gabung ja.. Bila tak tahu nak masak apa, Sha akan beli lauk siap ja.. Simpan dalam peti ais, bangun sahur panaskan.. Masak nasi dan buat air teh..

Menu sahur 20 Ramadan, Sha panaskan ja lauk kari ikan bawal.. Sha beli 2 potong dengan harga RM8.00.. Memang mantap rasa kari dia.. Berbaloilah pada Sha untuk kami berempat makan..

Ini pula menu berbuka 20 Ramadan.. Sha beli roti nan keju dan bawang putih bersama ayam tandoori.. RM18.00.. Kuah dal dia tu sedap.. Roti nan dia pun gebus..

Menu sahur hari ini Sha buat nasi goreng ikan sardin dan telur dadar.. Lepas tu potong buah tembikai.. Puas hati betul dapat makan buah tembikai masa sahur.. Walaupun warnanya tak berapa merah tapi manis tau.. Lega tekak bila dapat makan tembikai..

Menu berbuka hari ini ialah kuih buah melaka (RM3.50), kuih lopez (RM3.50), roti bawang putih dan sup cendawan (RM5) dan kek batik (RM4)..

Monday, March 9, 2026

19 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini encik suami hantar Sha ke pejabat.. Rezeki bulan puasa, encik suami diberi kelapangan masa untuk hantar dan ambil Sha serta ambil anak-anak balik dari sekolah.. Sukalah anak-anak tak payah nak jalan kaki ke rumah pengasuh.. kikiki..

Pagi ini sahur dengan nasi goreng tuna, popcorn chicken dan ayam goreng.. Popocorn chicken tu Sha jumpa yang ada keju.. Menarik betul.. Memang sedaplah..

Petangnya Sha beli mi goreng (RM3) dan kuih keria (RM6).. Nasi goreng pagi tadi ada lagi.. Tambah telur dadar ja..

Sunday, March 8, 2026

18 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menu hari ini ringkas ja.. Mulalah pening nak masak apa.. kikiki.. 

Sahur makan telur kicap dengan nuget goreng..

Berbuka pula Amani nak nasi tomato (RM7), Imani nak kari kambing (RM8).. Sha beli juga kuih buah melaka (RM3.50), tau fu fah (RM3) dan air soya (RM5)..

Saturday, March 7, 2026

17 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makin lama makin awal subuh kita.. Sha pun makin awallah bangun untuk masak sahur.. Sha bangun awal bukan apa, boleh healing-helaing dulu sebelum kejut anak-anak dan encik suami.. kikiki.. Selalu tu memang kejut diorang jam 5 pagi.. 

Petang tadi sempatlah merayap ke Shah Alam dengan encik suami.. Pergh!! Jauh tak jauhlah.. Sampai rumah macam nak patah pinggang.. kikiki.. Sempatlah juga melayan hujan di Shah Alam.. kikiki..

Sahur kami pagi tadi ringkas ja.. Nasi goreng kosong, popcorn chicken dan sambal sardin..

Ini pula menu berbuka.. Hasil tangkapan di Bazaar Ramadan Stadium Shah Alam.. Ada nasi khoumok, Nasi Beriani Kambing dan kacang pool..

Thursday, March 5, 2026

14 & 15 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Boleh pula terlupa publish entry ini semalam malam.. Jadinya kita sekalikan jelah ye.. Baru hari ke 14, dah tak tau nak masak apa.. Anak-anak Sha memilih makan jadinya memang tak banyak pilihan kalau nak pastikan diorang makan.. Owh ya, untuk buka selera Sha dan encik suami ada sambal bilis yang memang kami bekukan.. Jadilah buat pembuka selera..

Ini menu sahur 14 Ramadan.. Ayam dan kentang goreng..

Berbuka Sha beli kuih lopez (RM3.59), buah melaka (RM3.50) & kek batik (RM3.50)..

Ini pula menu sahur pagi tadi.. Sup ayam bersama sambal kicap..

Ini pula juadah berbuka.. Sha beli tauhu berlauk (RM7) tu ja.. Bubur lambuk yang ada sudu tu pejabat bagi.. Lepas tu singgah Speedmart dapat 2 bekas lagi bubur lambuk..

Monday, March 2, 2026

12 Ramadan 1447H

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini menu sahur dan juga berbuka Sha hari ini.. Masak yang ringkas-ringkas sahaja.. Bahan-bahan ini Sha siapkan awal sebelum tidur.. Bangun pagi terus masak supaya tak kalut dan cepat siapnya.. Meriah isi tomyam tu Sha tambah dengan cendawan, kobis bunga, lobak merah dan putik jagung.. Cukuplah sifatnya protein dan sayur-sayuran.. Gitu.. Minuman selalunya Sha akan bancuh teh o panas dan kopi untuk Sha selain air suam.. 

Sha masak tomyam ayam dan goreng tempe..

Menu berbuka kami kuih muih.. Ini separuh dari kuih yang dibeli.. Separuh lagi encik suami bawa ke rumah MIL buat berbuka.. Sha beli vadai (RM5), popia (RM3.50), keria+cek mek (RM3.50), buah melaka (RM3.50) dan lopez (RM3.50).. Amani ja makan nasi dengan lauk tomyam pagi tadi..

Sunday, March 1, 2026

Ramadan Minggu Kedua

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini menu sepanjang minggu kedua Ramadan.. Sha memang masak masa sahur ja.. Berbuka ke bazaar Ramadan lah kita sebab masing-masing ada menu idaman yang ingin dipenuhi.. Setakat hari ini, sekali sahaja makanan yang dibeli tak dimakan iaitu 2 ketul karipap.. Itupun sebab encik suami terlupa.. huhuhu.. Selebihnya memang habislah.. Alhamdulillah..

Pagi hari Isnin Sha masa nasi lemak.. Buat telur dadar, ayam goreng dan ikan bilis goreng.. Sambal tu sambal udang RTE yang Sha beli dari 99 Speedmart..

Berbuka Sha beli popia (RM3) dan pulut panggang (RM1) untuk Sha, buah melaka (RM3.50) untuk Amani dan mi goreng (RM3) untuk Imani.. Encik suami berbuka dengan mak dia.. Sha beli juga 2 biji tembikai saiz comel dengan harga RM12.. Jumlah perbelanjaan petang ini RM10.50 sahaja untuk berbuka tidak termasuk tembikai..

Pagi selasa Sha masak nasi goreng tuna dengan popcorn chicken untuk menu sahur..

Menu hari ini untuk berbuka ialah mi goreng (RM2), kuetiau goreng (RM3), Kuih tepung gomak (RM3), kuih buah melaka (RM3), dan kuih keria (RM3).. Jumlah semua RM14.. 
Lepas tu sempatlah beli tempe, kobis bunga dan telur juga.. 
Meriah sikit lauk sahur pagi rabu.. Sha masak telur mata lepas tu tumis bawang dan cili padi tabur atas telur dengan tuang kicap.. Kemudian Sha goreng tempe.. Sambal ikan (RM5) tu Sha tapau ja semalamnya masa ke bazaar ramadan.. 

Menu berbuka hari ini ialah ayam gunting comel (RM2x2), garlic bread & donut (RM6), taufufah (RM3), air soya (RM5), air oren (RM5), tauhu begedil daging (RM6), wrap daging (RM5) dan mi goreng (RM3)..

Sahur hari Khamis Sha masak nasi goreng sosej permintaan Amani dan Imani dengan popcorn chicken.. 

Berbuka Amani nak nasi tomato (RM7) dan cheese tart (RM6), Imani pula nak ayam gunting (RM2), Sha pula makan mee kicap (RM10) dan cheese tart (RM8.50), encik suami beli kuetiau goreng (RM3) dan karipap sardin (RM2.10)..

Menu sahur hari Jumaat lauk kari kambing (tapau - RM8) dan ayam goreng.. 

Petang kami berbuka dengan kuih karipap sardin (RM3.50), kuih buah melaka (RM3.50), putu mayam (RM3.50) dan garlic bread+mushroom soup (RM5)..

Sahur pagi Sabtu Sha panaskan lauk yang Sha tapau ja.. Ayam masak merah (2 ketul - RM8) dan sambal ikan (RM5)..

Berbuka Sha beli kuih vadai (RM2.50) dan ayam gunting (RM8).. Menu ini ja berjaya dijumpai sebab kami ke Bazaar Ramadan Slim River.. Inilah baru pergi sejak puasa.. Selalu tu memang ke Behrang 2020 atau Tanjung Malim ja.. Bazaar Ramadan Slim ini tak ada yang menarik kecuali vadai.. Tempat lain memang tak ada.. 

Rasanya ini adalah menu sahur paling ringkas yang Sha buat.. Kari ayam dan kentang.. Sahur pagi Ahad.. 

Berbuka petang tadi Sha beli cheese tart (RM11.50 - 6 ketul), dumpling ayam (RM8) dan ayam gunting (RM4).. 

Sunday, February 22, 2026

Ramadan Minggu Pertama

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terajin pula nak buat entry menu bersahur dan berbuka.. Sha masak masa sahur ja dan selalunya lebih untuk Amani makan masa berbuka.. Amani sorang ja yang makan nasi masa berbuka.. Imani kadang-kadang sebab ikut perangai ayahnya yang suka makan mee, mihun atau kuetiau waktu berbuka.. Sha pula biasanya makan kuih atau buah ja waktu berbuka.. Makan berbuka ja cari kat bazaar ramadan dan biasanya budget RM20 ke bawah.. Berbuka ini anak-anak kadang nak kuih.. Susah nak jumpa kuih yang boleh campur-campur.. Selalunya dah siap pek kan..

Juadah sahur hari pertama ada ayam goreng, sup kentang suun dan sambal sardin..

Berbuka pula Sha beli kuih buah melaka (RM4), taufu fah (RM3) popia basah (RM4) dan bihun sup (RM7) untuk Imani.. Amani makan nasi dengan lauk masa sahur tadi.. Belanja hari pertama RM18..

Menu sahur hari kedua nasi goreng, telur dadar dan ikan bilis goreng.. Sha guna lebihan sambal sardin sahur hari pertama untuk buat nasi goreng.. Jadinya tak adalah pembaziran.. 

Berbuka hari kedua pul, Sha beli kuih buah melaka dua bekas (RM6) untuk Imani dan Amani, Sha makan kuih popia sayur (RM3) dan encik suami makan kuetiau goreng (RM3).. Beli juga air minutes maid untuk berbuka.. Amani dan Imani makan nasi goreng lebihan sahur dengan telur dadar.. Belanja hari kedua RM12 untuk makanan dan air Minute Maid RM9.60 untuk 2 botol..

Sahur hari ketiga Sha masak tomyam ayam dan buat telur dadar..

Hari ketiga ke bazaar ramadan cari kuetiau goreng (RM2) untuk Imani, beli kuih keria (RM6 - 10 ketul) untuk amani,sha dan encik suami.. Sha beli juga kuih seri muka sebekas (RM3.50) kongsi dengan encik suami dan Imani.. Lepas tu beli tembikai sebiji dengan harga RM7.60.. Amani makan nasi dengan lauk tomyam lebihan sahur.. Belanja hari ketiga RM19.10..

Menu sahur hari ketiga Sha panaskan tomyam semalam dan tambah telur dadar dengan ayam goreng.. 

Berbuka pula Sha belikan Amani ayam masak merah seketul (RM4).. Lepas tu singgah beli kuetiaw goreng dan kuih campur RM7.50.. Beli juga Keria gula melaka (RM6 - 10 ketul), popia sayur (RM2) dan nasi lemak (RM2).. Belanja hari ke empat RM21.50 dan air Twister (2 botol - RM8.88)

Belanja hari ke empat ja lebih dari budget.. kikiki..

Thursday, May 28, 2020

Resepi Nasi Mandy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Haritu Sha ada kongsikan pasal pes nasi mandy nie kan.. Kali ini Sha kongsikan cara membuatnya.. Mudah, cepat dan sedap..

Ini pes yang Sha guna.. Dia datang sekali dengan beras.. Sha cuma sediakan ayam dan bahan untuk sambal je.. Nak mudah memasak boleh tonton video di SINI.. Untuk beras 500gm ini, boleh dimakan oleh 4 ke 5 orang dewasa.. Conform jadilah kalau guna pek ini.. Nak sedap bolehlah buat sup sekali..

Basuh beras dan rendam selama 30 minit..

Sementara tunggu beras tu kita masukkan 700ml air dan beberapa ketul ayam ke dalam periuk bersama rempah yang disediakan dalam pek.. Rebus sehingga mendidih..

Masukkan beras, air rebusan dan ayam kedalam periuk nasi.. Masak..

Lebihan ayam yang direbus tu Sha salutkan dengan perencah perap dan bakar..

Setelah nasi masak, bolehlah letakkan pewarna kuning yang disertakan didalam pek dan tutup semula periuk nasi dan biarkan selama 15 minit..

Ayam yang dah siap dibakar..

Yeah!! Dah siap.. Makan macam ini je pun dah sedap.. 

Sambal tomato je Sha tak buat sebab malas nak keluar pergi beli.. hahaha.. Ada disertakan resepi sambal tomato dekat pek tu.. Senang je nak buatnya.. Nak lagi best buat sup daging atau sup ayam.. Memang puas lah makan..

Saturday, June 23, 2018

Masakan Ringkas Buat Tetamu

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Masih mood raya lagikan?? Kali ini Sha nak suggest menu yang paling cepat boleh disediakan bila terima tetamu mengejut.. Tambah kalau berkerja macam Sha ini.. Balik kerja tiba-tiba ada tetamu call nak datang.. Nak keluar beli barang memang tak sempat.. Jadinya selongkar peti ais dan cari apa yang boleh dimasak.. Mujurlah rumah Sha memang sentiasa ada sos spaghetti dan spaghetti..  Cuma bahan dalam sos je kita kena kreatif.. Kali ini Sha gunakan apa sahaja yang ada dalam peti sejuk..

Spaghetti versi Sha
Bahan-bahannya
Spaghetti (Didihkan air, bubuh garam, minyak dan rebus spaghetti)


Sos Spaghetti
Sos spaghetti kimball
Bebola Ayam Farmbest dipotong 4
Kepingan berger ayam dipotong kecik
2 sudu cili blande
2 Bawang merah/besar dipotong dadu
2 sudu planta untuk menumis
1 biji telur
1 biji Carrot dipotong dadu


Bahan-bahan yang Sha guna.. 

Cara Memasak
Cairkan planta dalam periuk/kuali. 
Goreng bebola ayam dan daging ayam. 
Kemudian masukkan bawang yang dipotong dadu.. 
Setelah naik bau, masukkan cili blend dan sedikit air.. Tumis.. 
Masukkan carrot dan biarkan sekejap.. 
Masukkan sos spaghetti kimball dan kacau.. Didihkan sekejap.. 
Last sekali baru masukkan telur dan kacau.. Tak nak masukkan telur pun boleh.. Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air..


Goreng bebola ayam dan kepingan berger ayam dulu.. 

Masukkan bawang dan cili blend.. 

Masukkan carrot (boleh je nak bubuh cendawan butang, cili capsicum dan lain-lain sayur.. Ikut bahan apa yang ada dekat rumah.. Tak bubuh sayur pun okay je..) 

Masukkan sos spaghetti.. Lepas tu, bubuh air dalam botol sos spaghetti.. Goncang dan tuangkan dalam periuk.. Untuk bagi berkuah.. 

Yeah!! Dah siap.. 

Bolehlah dihidangkan pada tetamu.. 

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com