Friday, July 5, 2024

Variety Korea | The Backpacker Chef (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ekstrem betul mereka memasak.. Bermula dengan masakan untuk budak-budak, kemudian kena mendaki gunung, di tengah laut, memasak untuk 300 orang tentera, memasak untuk atlet sukan, ahli bomba, warga emas, kanak-kanak di pusat asuhan dan pelbagai lagi cabaran.. Memang syoklah tengok.. Sesekali akan ada orang kelima yang datang membantu mereka.. 

Syok tengok diorang memasak dalam tempoh waktu yang ditetapkan.. Bila ada krisis secara tiba-tiba Baek Jong Won pasti akan ada penyelesaian.. Dari krisis yang nampak biasa hinggalah krisis luar biasa, beliau pasti akan ada penyelesaian.. Kehebatan tukang masak yang cintakan pekerjaannya..

TV Show: The Backpacker Chef
Also Known As: Baekpaekkeo
Genres: Food, Adventure
Country: South Korea
Episodes: 20
Aired: May 26, 2022 - Oct 6, 2022
Aired On: Thursday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 40 min.
The members of this show go to unexpected places with their backpacks. From the mountains to the sea, they go wherever their clients call them. Baek Jong Won leads the team, and Oh Dae Hwan, Ahn Bo Hyun, and DinDin join the team. The four members will pack their backpacks to go cater food. A request sheet is given to them, and they will find out the details about the mission when they arrive at the location. They need to be prepared for every possible situation since they have no idea what will happen to them. What will the members pack in their backpacks to satisfy their clients? And what kind of food will they create in various situations?

Thursday, July 4, 2024

Temujanji SOPD

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha ada temujanji dengan Klinik Pakar Pembedahan (SOPD) untuk susulan selepas jumpa doktor di Klinik Kesihatan berkenaan mammogram Sha hari tu.. Kali ini penerangan yang Sha terima lebih terprinci.. Doktor mulakan dengan tanya soalan asas seperti, tarikh mula hadi, ada anak ke tak, bersalin normal, pernah buat pembedahan ke tak, macam mana boleh buat mammgoram.. Dari situ doktor terangkan pula keputusan mammogram tu.. Kantung air tu cyst.. Bila doktor tengok keputusan tu, doktor maklumkan yang ketulan tu ada dekat dua-dua payudara cumanya bila dekat bahagian akhir keputusan cuma ada dekat sebelah kiri.. Saiznya pun tak lah besar, kecil sahaja cumanya Sha ada sejarah kanser tu yang doktor cadangkan untuk buat mammogram sekali lagi pada awal Januari nanti..

Buat masa ini doktor minta untuk Sha teruskan pemeriksaan secara berkala di rumah dan kalau ada benjolan keras tapi tak sakit diminta untuk maklumkan klinik.. Sha juga dirujuk ke pakar O&G untuk masalah haid yang tak normal sejak awal kedatangannya..

Orang pertama yang jumpa doktor.. Baik sangat doktornya.. Rezeki betul..

Dirujuk ke Pakar O&G.. Lambat lagi temujanjinya..

Piccadeli: GoNuts Peanut Energy, Armada Nutty Caramel & Armada Nutty Nougat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli di Kedai Mesra Petronas.. Kalau tengok atas talian, ada 4 jenis tapi Sha jumpa 3 je.. Kesemuanya sedap sebab semuanya ada kacang.. Apa sahaja makanan yang ada coklat dan kacang, pasti akan sedap.. kikiki.. 

Piccadeli GoNuts Peanut Energy (21g) - RM1.20
Piccadeli Armada Nutty Caramel (21g) - RM1.20
Piccadeli Armada Nutty Nougat (21g) - RM1.20

ebook | V for Veterinar by Ainatul Asyila, Hezry Haizad, Athirah Azhar, Zulaikha Zawawi, Arifah Zin, Robinn Teoh, Siew Siew Cheah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkongsian cerita dari 7 orang doktor veterinar yang pelbagai.. Setiap mereka punya cerita dan pengalaman yang berbeza serta menarik dibaca.. Ada juga dikongsikan info dan fakta menarik mengenai kepelbagaian haiwan.. Memang syoklah baca.. Malah buat mereka yang teingin menceburi bidang ini, bolehlah baca buku ini untuk tahu pengalaman dalam bidang ini.. 

Cumanya dari segi editing ada beberapa bahagian ayatnya tak habis dan tergantung.. Agak mengganggu pembacaanlah pada Sha..

Sha baca dan selesai pada 03.07.2024..

Published May 1, 2017 by Penerbitan Kata Pilar

Wednesday, July 3, 2024

Indonesia | Jagat Alam Gaib: Sinden Gaib

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok sebab ada perkataan Jagat tu.. Sebelum ini ada tengok filem tajuk Jagat Arwah.. Kotlah ada kena mengenakan.. Tapi macam tak ada je.. Ke ada tapi Sha yang tak faham.. Tak kisahlah..

Kisahnya mengenai Ayu yang tiba-tiba jasadnya ditumpang Sarinten.. Melalui mimpi rakan ayu, Sarinten bagi tahu yang dia sukakan Ayu.. Walaupun jenuh mak ayah Ayu cuba ubat dia namun Sarinten tu tak nak tinggalkan Ayu.. Sampailah berlaku kejadian kedua dimana masa ini keluarga Ayu dan juga kekasih Ayu kena terima dengan terbuka kedudukan Sarinten ini dalam badan Ayu..

Jagat Alam Gaib: Sinden Gaib
Mystic Singer
2024 ‧ Horror ‧ 1h 36m
Adapted from a true story in Trenggalek. Ayu, a woman whose spirit remains intertwined with the figure of Sinden, Sarinten, from the mystical realm of Watu Kandang after being expelled from Banyuwangi. To this day, Sarinten resides within Ayu's body.

Beryl's Crunchy Delights: Giadunja Chocolate & Strawberry White Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Dua-dua coklat ini sedap.. Sha tak sangka yang Sha akan suka coklat strawberi tu.. Sedap gabungan coklat, strawberi dan biskut bebola.. Memang boleh beli lagi.. Rasa dia tu compliment each other.. kikiki.. Yang satu lagi tu pun sedap.. Coklat lepas tu ada badam dan biskut bijirin, memang krup krap, krup krap lah.. Tapi tak jumpa pula jual dekat pasaraya.. Sha beli ini atas talian.. Tu yang coklat tu saling melekat dan kurang cantik rupa dia.. Tak ada pek ais kan.. 

Beryl's Crunchy Delights Giadunja Chocolate (60g) - RM7.50
Beryl's Crunchy Delights Strawberry White Chocolate (60g) - RM7.50

Coklat ini dalam paket macam ini.. 

Kena panas dia melekat antara satu sama lain.. Jadi tak berapa cantik bentuknya.. kikiki.. Kiri tu coklat Giadunja dan kanan tu Strawberry..

Tuesday, July 2, 2024

Beryl's B-Pop Cola & Fresh Mint

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sangka coklat Beryl's bergabung dengan popping candy.. kikiki.. Rekaan pada kotak coklat dia cantik betul.. Kena sangat dengan perasa tu.. Nak kata pelik sangat tu taklah cuma mungkin akan kurang digemari oleh mereka yang tak berapa suka gula letup ataupun gandingan coklat dengan kola dan pudina tu.. Pada tekak Sha okay ja.. Bau pudina tu memang semerbaklah lepas bukanplastik coklat.. Syok sebab dia bungkus satu-satu..

Beryl's B-Pop Cola Bittersweet Chocolate with Popping Candy 50g() - RM6.90
Beryl's B-Pop Fresh Mint Bittersweet Chocolate with Popping Candy (50g) - RM6.90

Beryls B-Pop Cola - 12pcs
Beryls B-Pop Fresh Mint - 12pcs

Bentuk dna warna tak ada besa pun.. Bau saja yang membezakan.. Kiri tu kola dan kanan tu pudina..

Korea | High School Return of a Gangster (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Layan drama ini sebab encik suami kata best dan kelakar.. Memang syoklah tengok tambahan pula bila ceritanya lebih pada fantasi dan impian seorang lelaki yang dah berusia..

Deuk Pal ini samseng tapi sangat rajin mengulangkaji demi peperiksaan.. Sedaya upaya cuba nak memandaikan diri sendiri tapi bila dah berusia, bukan mudah sebenarnya.. Sampailah satu tahap, bos dia minta berhenti.. Masa tengah berfikir, Deuk Pal ini terjumpa dengan Yi Heon yang cuba membunuh diri.. Deuk Pal cuba selamatkan Yi Heon tapi malangnya dilanggar dan mati.. Masalahnya sekarang ini roh Deuk Pal dalam badan Yi Heon.. Kira macam impian jadi kenyataanlah.. kikiki..

Bila Deuk Pal tahu sebab sebenar Yi Heon cuba bunuh diri, Deuk Pal berjanji akan pulihkan keadaan untuk Yi Heon.. Deuk Pal nak hukum semua yang buli Yi Heon, pulihkan mak dia, buat kawan dan nikmati zaman sekolah.. Se Kyung rasa Yi Heong dah lain jadinya dia cuba dekati Yi Heon untuk tahu siapa sebenarnya Yi Heon.. Ada babak yang kelakar, menggeramkan dan menyedihkan..

Walaupun fantasi, drama ini cukup rencahnya.. Bagaimana seorang budak boleh mengambil tindakan bunuh diri, betapa terseksanya jiwa seorang anak yang terdera emosinya kerana kegilaan seorang ayah.. Bagaimana tindakan mengusik akhirnya menjadi pembulian berterusan.. Memang menariklah..

Drama: High School Return of a Gangster
Also Known As: I, a Gangster, Became a High Schooler, I, a Gangster, Became a Highschool Student , Jopokin Naega Godeunghaksaengi Doeeossseubnida
Director: Lee Seong Taek
Genres: Life, Youth, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: May 29, 2024 - Jun 19, 2024
Aired On: Wednesday
Original Network: TVING, Watcha, Wavve
Duration: 1 hr. 10 min.
Kim Deuk Pal is a 47-year-old gangster who is the #2 guy in his gang. He doesn't have an educational background due to his poor parents, but he dreams of attending a university. Deuk Pal has been studying to achieve his dream, but it's not easy. One day, he sees a young man, Song Yi Heon, about to kill himself. At that time, Deuk Pal's spirit possesses the body of the suicidal 19-year-old high school student. Deuk Pal soon learns that Yi Heon is a victim of bullying, which has caused him to want to take his own life.

Now, in Yi Heon's body, Deuk Pal takes on the bullies to punish them and becomes friends with classmate Choi Se Kyung. Se Kyung is a model student who appears to be in a perfect situation but suffers from domestic violence at home by his father.

ebook | KOMBO NGERI oleh Gina Yap Lai Yoong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya Sha dah pernah baca buku-buku dalam siri ini tapi entah kenapa masih rasa teruja nak baca kombo Ngeri ini.. Kombo ini mengandungi 3 novel iaitu Ngeri, Mangsa dan Obsesi..

Membaca lagi sekali dalam keadaan yang dah tak ingat langsung plot cerita.. Buku pertama ini mengujakan dengan keadaan mangsa yang dasyat.. Walaupun separuh cerita Sha dah boleh agak siapa pembunuhnya namun bila tahu siapa rakan subahat tu, memang mengejutkan jugalah.. Patutlah sebelum mereka ditangkap, watak tu berubah laku.. Cumanya watak tu memang pandai berdrama.. huhuhu..

Buku kedua menyaksikan pasukan baru yang menyiasat kes kehilangan perempuan.. Kemuncaknya bila Rosmah seorang wartawan didapati hilang setelah membuat liputan mengenai Hani dan ular sawanya.. Detektif Minho berjaya jumpa jejak Rosmah dan memanggil Inspektor Rashid.. Semasa penyiasatan Inspektor Hema bertembung dengan mereka kerana mengekori Rehan.. Rupa-rupanya kes saling berkait.. Kegilaan Rehan semakin menjadi-jadi..

Buku ketiga ini menunjukkan sisi obsesi Detektif Hema yang tak lagi menjadi polis.. Hema yakin dan perya yang Rehan terlibat dalam kes pembunuhan Ngeri malah dalam buku kedua pun Rehan terlibat cumanya yang jadi masalah hanya Hema yang nampak Rehan.. Orang lain langsung tak terima apa yang Hema cakap.. Kali ini sasaran Rehan ialah Samuel.. Rehan nak rosakkan kehidupan Samuel sebab pada Rehan, dia yang berhak dapat apa yang Samuel dapat.. Tapi Hema berjaya menumpaskan Rehan cuma kehilangan Nazri sahaja tak pasti apa kesudahannya..

Sha baca dan selesai pada 01.07.2024..

Published May 26, 2023 by Buku Fixi

Monday, July 1, 2024

Filem Pendek | Walinong Sari (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem pendek ini Sha jumpa di Youtube.. Kisah Puteri Walinong Sari yang mencari suami melalui perlawanan.. Namun tak ada satu pun yang berjaya mengalahkan Puteri Walinong Sari.. 

Menarik cumanya kalau dipersembahkan menggunakan Bahasa Melayu mungkin lebih indah.. Sha suka bila Puteri bernyanyi dalam bahasa Melayu.. Memang indah.. Jalan ceritanya pun mudah difaham.. Sesuai ditonton semua peringkat usia..

OatChoco: Sweet Potato

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat OatChoco ini.. Orang bagi.. Tak pernah pula jumpa rasa ubi manis ini.. Sedap juga.. Rasa dia tak adalah manis tapi memang rasalah ubi tu.. Warna ungu pucat tapi rasa sedap.. Sha cuba juga cari-cari di kedai, pasaraya mahupun ECO Shop tapi tak berjumpa lagi..

Comelkan pembungkusan dia..

Warna ungu oatnya..

Penebusan Voucher Buku Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu kan ada pengumuman voucher buku untuk budak sekolah.. Masa awal-awal pengumuman tu memang tak payah beranganlah nak akses.. Loading je website nya.. Jenuhlah nak masukpun.. Sudahnya kami anak-beranak putus asa.. Sampailah minggu lepas, saja cuba.. Eh!! Boleh masuk.. Teruslah kami anak-beranak pilih buku yang sesuai.. Imani punya je yang dah sampai.. Amani masih belum di proses lagi.. Nanti Sha kongsikan buku yang Amani beli pula..

Sekolah rendah pun dapat tapi yang tahap 2 sahaja dan dia bagi RM50.. Sha tambah sikit termasuk kos penghantaran RM6, menggunakan DHL.. Tak kisah berapa buah buku pun tapi kalau kedai berlainan kena bayar kos penghantaran tu ikut berapa kedai.. Kalau dua, RM6 tu kalilah dua kedai.. Camtu.. Sha carikan dia buku di satu kedai sahaja, mudah.. Sha belikan dia buku dari kedai Buku Hasani, cepat dan semua buku yang dia nak ada disitu..

Tempahan dibuat pada 23.06.2024 dan pada 26.06.2024 dah terima buku..

5 buah buku termasuk sebuah untuk Sha..
Perempuan Busana Merah by Ramlee Awang Murshid (RM25)

Komik Sains Informatif: Kembara ke Dunia Hidupan Laut (RM20) & Komik Sains Informatif: Kembara ke Dunia Serangga (RM20)

Adik-beradik Gaza: Resipi Istimewa Ramallah Dicuri! (RM12) & Kadokawa Siri Candy G26 Sahabat Prihatin (RM12)

Jomlah membalut.. Pembalut tu dah nak habis, nak kena beli lagilah nampaknya..