Friday, July 26, 2024

ebook | Omniscient Reader’s Viewpoint, Vol. 1 by Singshong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya Sha dah pernah baca ebook ini tapi lepas tu berhenti separuh jalan, ini baru sambung balik baca.. Pergh!! Tebal betul.. Jenuh juga nak membacanya.. Sha baca berselang seli dengan buku lain sama.. Jadinya lambatlah sikit.. Buku pertama ini sampai episod 36 saja.. Nanti kita sambung baca buku yang seterusnya.. Kena relaks dulu.. kikiki.. Ada lagi 5 volume sebelum betul-betul habis.. Volume yang lain tak setebal volume satu ini..

Kisah seorang lelaki yang kesunyian dan mengisi masanya dengan membaca novel atas talian bertajuk Ways Of Survival.. Sampailah satu hari, Kim Dokja berada dalam situasi novel yang dia baca.. Bermula dari situ Kim Dokja cuba mengubah perjalanan cerita dalam novel tersebut.. Kelebihan pada Kim Dokja sebab dah pernah baca buku bukan sekali tapi berkali-kali jadinya banyak jalan cerita yang boleh diubah.. Dalam masa yang sama cerita yang dilaluinya bukanlah cerita biasa tetapi melibatkan banyak pihak.. Seolah-olah apa yang berada didalam novel telah bertukar menjadi realiti.. Pertarungan dan kelansungan hidup menjadi acara yang dipertonton.. Kim Dokja berjaya memperoleh beberapa item untuk memastikan kelansungan hidup dia hingga ke penamat..

Buku pertama ini menemukan Kim Dokja dengan beberapa watak yang Kim Dokja rasa dia perlu selamatkan dan pastikan peningkatannya supa cerita berakhir seperti yang dia mahukan.. Kim Dokja turut bertemu dengan watak utama novel iaitu Yoo Jonghyuk.. 

Sha baca pada 17/04/2024 dan selesai pada 25/07/2024..

Published January 6, 2018 by Munpia

1 comment:

  1. kiranya banyak bermain dengan imaginasi dok ja laa ni ya?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..