Assalamualaikum..
Hye semua..
Buat apa hari ini?? Hari ini dah hari ketiga.. Terasa lambat masa berlalu.. Awal pagi tadi dapat info dari group WhatsApp yang kedai jual makanan basah akan ditutup mulai esok.. Terus bergegas Sha dan encik suami keluar ke kedai.. Stok ikan dan ayam dah menyusut.. Alhamdulillah.. Sempat beli ayam dan ikan untuk rumah Sha dan rumah MIL.. Koreklah duit mana yang ada dulu.. Gaji minggu depan baru keluar.. Dah alang-alang keluar tu, menyinggahlah kami ke TF Value Mart.. Banyak lagi barang.. Alhamdulillah.. Balik rumah mengerjakan ikan dan ayam lah pula kita.. Disebabkan kepenatan, masak sup sayur dan goreng ikan je..
Anak-anak, macam biasalah.. Sepah rumah, makan, bergaduh, membaca dan tengok tv.. Gitulah rutin mereka setiap hari.. hehehe.. Encik suami pula keluar balik petang tadi untuk carikan barang rumah MIL.. Dalam pukul 3 lebih macam tu Encik Suami balik kampung hantar barang MIL.. Bila dah ada askar bertugas mulai Ahad, risau juga nak ke mana-mana.. Itupun sepanjang jalan encik suami kena tempuh 2 roadblock.. Tapi tetak di teruskan sebab nak hantar barang keperluan MIL supaya barang rumah MIL cukup untuk kegunaan MIL.. Dah ajak duduk dengan kami, MIL tak nak.. Runsing duduk rumah flat ini.. Agak terkurung berbanding rumah MIL sendiri.. Lapang dan selesa MIL nak bergerak ke mana-mana.. Kamilah risau tak boleh nak balik.. Semoga Allah melindungi MIL..
Kuih tu beli dekat kawan di kuarters ini.. Dia hantar ke rumah.. Buat sarapan pagi.. Budak berdua tu pula tengah seronok menonton tv dan membaca.. Ini masa baik, kalau datang angin puting beliung memang bercekaulah deme.. Sha pula hari ini sempat blogwalking beberapa blog, buat entry Giveaway dan entry blog.. Buku malam ni baru nak start.. Drama tak sempat nak tonton.. hehehe..
2 minggu PKP ni banyaklah masa kat rumah.
ReplyDeleteTu lah..
Deletealamak esok baru nak ajak jijoi belikan barang basah stok seminggu dua ni. harap masih ada kesempatan..
ReplyDeleteBekalan sentiasa ada.. cuma ada kedai runcit yang dah mula tak beroperasi..
DeleteFamily time.. inilah masanya wlulun umah pun x rupa umah hha.. sama la umh mma pun dh mcm apa dah
ReplyDeleteHahaha.. kan Kak Adda.. bukan selalu dapat macam nie..
DeleteBanyak yang perlu dikawal masa PKP ni. Harap semuanya baik baik je
ReplyDelete