Assalamualaikum..
Hye semua..
Dah dekat sebulan lebih kereta Sha tak ada hawa dingin.. Minggu lepas baru berkesempatan nak hantar kereta untuk diperiksa dan dibaiki.. Dah masanya dia meragamkan, 7 tahun dah usianya.. Guna pula setiap hari.. Mujurlah cepat siapnya dan tak overbudget..
Asalnya hawa dingin tu kejap ada, kejap tak ada.. Bila hantar kedai, mekanik tu kata relay dia problem.. Tukarlah relay.. Tak lama lepas tu terus tak ada.. Memang naya lah sebab pertama kali jadikan.. Memang menginsafkan betul bila hawa dingin kereta tak berfungsi.. Namun hidup dan rutin harian tetap diteruskan..
Bila diperiksa rupanya blower (kipas angin) yang masalah.. Tukar blower dan alhamdulillah semuanya kembali okay.. Memang mekanik yang ohsem.. Hantar hari Khamis dan Sabtu dah siap..
Inilah rupa blower yang rosak.. Kenalah RM320 termasuk upah..
Rupa relay yang diganti sebelum ini..
stress kalau aircond tak berfungsi ni :(
ReplyDeletebetul tu.. tambah skrg ini musim panas je..
DeleteKereta kita pun dah ada simptom gini Sha. Kejap sejuk kejap panas, ikut cuaca hihi...
ReplyDeleteowh.. bahaya tu.. kena jumpa doktor sebelum meragam lagi teruk..
Deletepernah dah alamai kereta rosak..stress sangat...tukar barang lepas satu satu rosak...lama lama, tukar kereta terus
ReplyDeleteaircond rosak memang stress. panas malaysia lain mcm. kalau mlm ok lagi sedap sejuk. kalau siang, memang sakit kepala kalau panas
ReplyDelete