Showing posts with label xrekod. Show all posts
Showing posts with label xrekod. Show all posts

Thursday, July 23, 2026

ebook | Ritma Yang Tertulis Takdir oleh Dalia Maritza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila baca novel ini kan memang terasa kesian pada mereka yang bergelar penyanyi ini tambahan pula yang memiliki kontrak kerahsiaan hal peribadi.. Hidup bertemankan kemasyuran namun kesunyian.. Bila jatuh cinta, belum tentu cinta tu kesampaian.. Tu belum lagi nak hadap perangai peminat yang terlebih fanatik, terlebih obses.. Seolah-olah penyanyi tu hak eksklusif mereka..

Zayne seorang penyanyi popular namun menyimpan rahsia tentang kehidupan sebenarnya.. Umira pula pengurus yang hampir menjadi isteri Zayne.. Awalnya semua baik-baik sahaja namun tiba-tiba kehidupan mereka mula berubah.. Sikap Zayne yang terlalu ketara pada Umira rupanya tidak disenangi.. Ada yang cuba nak menjatuhkan Zayne dan pada masa yang sama ingin merosakkan Umira.. Mereka mula tidak senang bila ancaman makin ganas.. Demi melindungi Umira, Zayne mengahwini Umira dan akhirnya dalang yang dicari tertangkap juga.. Peminat turut menerima baik berita perkahwinan Zayne dan Umira.. Dalang tu paling tak disangka.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 23.07.2026..

Wednesday, July 1, 2026

e-cerpen | Nada Cinta Ena oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerpen ini bonus dalam novel Takdir Hati Neyra Aisya 2.. Kisahnya Ena ini terjatuh cinta dengan Din seorang pekerja kontrak di syarikat Ena berkerja.. Comellah sebab mula-mula tu macam malu-malu.. Tapi bila dah mula bertegur rapat, mereka manis ja berdua.. Cumanya tanpa Ena sedar, ada sesuatu yang Din ini tengah cuba lakukan.. Din menghilang dan kembali sebagai pemilik sebenar tempat Ena berkerja.. Masa ini barulah terbongkar yang Din ini tengah melakukan siasatan.. Ena turut dikenakan hukuman sebab menyembunyikan perbuatan salah laku.. 

Tapi cinta tak mengenal status.. Semasa dalam tempoh hukuman, Din meluahakn perasaan pada Ena dan mereka bahagia akhirnya..

Sha baca dan selesai pada 01.07.2026..

Sunday, June 21, 2026

ebook | Mata, Hati Eiman oleh Linda Ilias

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya berjaya juga habiskan koleksi ebuku pink Sha.. Buku terakhir ini berjaya buat Sha menangis.. Memang betul-betul di luar dugaan Sha penamat dia tu.. 

Kisah Eiman yang diduga dengan kehilangan kerja.. Pada saat dirinya sendiri kesusahan, Eiman tetap menghulurkan bantuan pada Farisha.. Pertemuan yang memberikan Eiman semangat dan juga kerja.. Tanpa Eiman dan Farisha jangka hati mereka saling bertaut.. Saat ingin melangkah ke fasa yang seterusnya ada satu kebenaran yang menyakitkan terpaksa mereka hadam.. Kebenaran yang menyebabkan Farisha kemalangan dan kritikal.. Eiman pula outus harap meneruskan kehidupan namun tetap ingin menyumbangkan sesuatu supaya Farisha tetap terus hidup..

Sha baca dan selesai pada 20.06.2026..

Saturday, June 20, 2026

ebook | Main Kahwin-kahwin oleh Arkeniz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selesai juga baca buku ini.. Tajuk dia tu ja dah boleh bagi tahu isi dalam buku ini.. Ceritanya tentang dua orang manusia bernama Hanis dan Afiq yang sudah berusia 30an tapi masih belum berkahwin.. Bila keluarga mereka mendesak untuk mereka berjumpa dengan calon yang dah dicarikan, Afiq memberikan cadangan yang agak mengejutkan.. Afiq mencadangkan dari jiran kepada besan.. Afiq mahu berkahwin dengan Hanis.. Tapi tu lah.. Watak Afiq tu memang kaku betul sesuai dengan perkerjaan dia yang berkerja dengan koding semua tu..

Okaylah buku ini ada konflik kecil pasangan yang baru nak memulakan kehidupan dan penyelesaiaannya.. Kadang romantis tu bukanlah seperti apa yang kita harapkan.. Ada yang ambil berat diam-diam dan menjaga dari jauh sahaja..

Sha baca dan selesai pada 19.06.2026..

Tuesday, June 9, 2026

ebook | Isteri Tuan Nuhfae oleh Rose Aleyna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Nuhfae yang meninggalkan Miya selepas akad nikah.. Pergi tanpa sebarang penjelasan.. Miya terpaksa hadap semua tohmahan dan kemarahan.. Saat hati mula sembuh dari luka, Nuhfae muncul semula menagih cinta.. Bukan mudah untuk Miya maafkan namun usaha dari Nuhfae, mama dan ibu akhirnya membuahkan hasil.. Miya mula menerima Nuhfae.. 

Awal tu Sha macam tak boleh terima sangatlah dengan tindakan Nuhfae tu.. Meninggalkan isteri yang baru dinikahi tanpa alasan.. Walaupun dia ambil tahu perkembangan Miya dan bagi nafkah tapi entahlah.. Alasan Nuhfae tu.. Hurm..

Sha baca dan selesai pada 09.06.2026..

Wednesday, June 3, 2026

ebook | Pengantin Merah Jambu oleh Wannie Nordin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang mengharapkan bacaan yang manis dan romantis.. Seromantis tajuk pada kulit ebuku.. Malangnya penulis bagi jantung Sha bergegar dengan teruk.. Nayra yang berbaju pengantin merah jambu ditemui Ardham sewaktu cuba melarikan diri dari dikejar.. Ardham selamatkan Nayra dan bawa balik rumah.. Walaupun Ardham tahu dia bawa balik masalah tapi Ardham biarkan.. Sehinggalah masalah mula muncul dalam bentuk seorang lelaki bernama Rizqan.. Rupanya Nayra bukanlah gadis biasa.. Kisah yang dibawanya cukup untuk meruntun jiwa.. Namun Ardham tak membiarkan Nayra berjuang seorang diri.. Akhirnya Rizqan tewan dengan cara yang paling dia tak sangka..

Sha baca dan selesai pada 03.06.2026..


Saturday, May 30, 2026

ebook | Pengapit Tiga Kali oleh Syameen Khalili

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis sentiasa berjaya memikat Sha dengan penulisan beliau.. Kali ini konflik pada watak utamanya iaitu Dhaniah seorang gadis bertubuh tembam yang berasal daripada keluarga bermasalah.. Oleh kerana itu Dhaniah menjadi seorang gadis yang sangat lurus dan berterus terang.. Ini merupakan mekanisma bagi melindungi dirinya.. Pada masa yang sama Dhaniah dikatakan terkena sumpahan pengapit kerana terlalu kerap menjadi pengapit.. Mitos yang kononnya "sentiasa menjadi pengapit, tidak akan menjadi pengantin".. Namun Dhaniah tidak memperdulikan kata-kata orang sebalik setia menjadi pengapit pada kawan baik dan juga adik tirinya..

Siapa sangka pertemuan dengan Hakimi menjadikan mereka kawan baik dan akhirnya membuahkan rasa..

Sha baca dan selesai pada 29.05.2025..


Sha baca dan selesai pada 29/05.2026


Friday, May 29, 2026

ebook | Babysitter Pak Cik Duda 2 oleh Ida Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah rumah tangga yang filanda badai hanya kerana kurangnya komunikasi dan tolak ansur.. Akid merasa tertekan bila Dinas mengandung sebab Akid turut merasa alahan dan prestasi kerja dia terganggu.. Bila Akid hilang alah, Dinas pula diganggu alahan mengandung yang teruk dan ini turut memberi kesan pada emosi Akid.. Masa mereka rapuh, Alina muncul membuat kacau.. Rapuh kah cinta antara Akid dan Dinas atau berjayakah mereka melalui badai yang mengganggu rumah tangga mereka.. Kenalah baca.. Geram ja Sha dengan Akid ini tau.. Ish!! Memang sakit hatilah bila baca..

Sha baca dan selesai pada 29/05/2026..

Published 2026 by HD Ideal Publication

Friday, May 8, 2026

ebook | Gadis Yang Dipinggirkan oleh Nuraisyah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa buku ini dekat elib.. Pinjam sebab gambar perempuan duduk dan bersedih tu menarik.. Jalan ceritanya okay, boleh dikembangkan lagi untuk jadi lebih menarik.. Ada isi dan pengajaran.. Kisah pelajar yang dibuli hanya keran menjadi kesayangn cikgu.. 

Cuma mungkin penulis ini baru baru nak mencuba agaknya.. Huru hara penceritaannya.. Lepas tu macam tak ada permulaan, hujung pangkal pun entah ke mana.. Perenggan lagilah.. Sabar je lah Sha membacanya..

Sha baca dan selesai pada 07 Mei 2026..

Published 2019 by DREAM OF FANTASY

Monday, May 4, 2026

ebook | Sesingkat Satu Malam oleh Pinang Sebatang Bookstore

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pun tak pastilah apa yang Sha baca.. Ceritanya memang tentang satu malam tapi bercampur aduk.. Tak pasti kaitan antara watak dengan kesemua cerita.. Awalnya cerita pasal penulis yang menghasilkan karya seram dan diganggu.. Lepas tu pasal 2 orang perompak yang cuba merompak sebuah rumah dan kemudianya terbunuh penghuni rumah.. Akhir sekali tentang seorang isteri yang berselingkuh.. Pening betul bacanya.. Tak ada mula tau-tau tamat ja..

Sha baca dan selesai pada 04.05.2026..

Published by Pinang Sebatang Bookstore

Wednesday, April 22, 2026

ebook | Dendam Berdarah oleh Iza Iman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan yang sangat menarik untuk Sha.. Kisah 2 generasi yang berkahwin dua.. Namun ada dendam yang tersimpan pada generasi pertama dan generasi kedua menjadi mangsanya.. Mujurlah rasa kasih dan sayang akhirnya membongkarkan kejadian sebenar..

Cerita dia memang menarik cuma editing dia agak kacau sedikit.. Lepas tu penceritaan penulis pun macam huru hara.. Bolehlah kalau nak baca santai-santai..

Sha baca dan selesai pada 19 April 2026..

Published September, 2025 by Lucyana Publication Enterprise 

Thursday, March 19, 2026

ebook | Kerana Dia Suami oleh Ida Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal-awal tu kan lepas Iskandar kehilangan Zahra, rasa macam nak hempuk ja kepala Iskandar tu.. Geram kita tau.. Tapi ialah, faham ja perasaan orang kehilangan ini.. Cumanya mulut tu cubalah jaga sikit.. Kesian Afina terpaksa makan hati.. Mulut Iskandar tu macam tak ada insuran, main cakap ja sesuka hati dia.. Tabiklah tengok sikap Afina.. Tak ada nak memaksa atau buat perkara pelik-pelik pun.. Menerima seadanya, memaafkan bila perlu.. Meluahkan apa yang diarasa.. Mujurlah bahagia penamat dia.. Tapikan Sha macam nak jugalah tengok penamat yang kejam sikit, biar padan muka Iskandar.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 18.03.2026..

Published 2026 by Ida Anuar

Wednesday, March 18, 2026

ebook | Kapsul Masa Cinta Amnesia oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Macam mana nak cakap ya perasaan bila baca.. Awal-awal tu macam, wah menarik.. Perkahwinan waktu muda dan masih kekal bersama.. Eh!! Tiba-tiba hero kemalangan dan hilang memori 10 tahun bersama isteri dan kembali pada usia 18 tahun.. Ah!! Sudah.. Merindu cinta lama pula tu.. Jenuhlah si isteri mencarikan kekasih lama si suami.. Bila berjumpa, satu kebenaran yang menakutkan terbongkar.. Rupanya masa silam si suami bukanlah indah.. Namun demi memastikan kesilapan masa lalu ditebus, si isteri membenarkan poligami.. Hero berkahwin dengan cinta lama dan ini menjadi permulaan kepada sebuah kisah yang menyeksa jiwa mereka bertiga.. Mujurlah kesedaran muncul sebelum masing-masing hancur dibuai pegangan masa silam.. 

Kadang bersahabat itu lebih baik dari memiliki.. Memaafkan dan menerima kekurangan tidak menjadikan kita manusia yang luar biasa sebaliknya itulah hakikat kehidupan.. Melepaskan lebih memberi kebahagian dari memiliki tapi jiwa tersiksa..

Sha baca dan selesai pada 18.03.2026..

Published 2026 by Nursyazni e-Book Pub

Thursday, February 12, 2026

ebook | Skizo oleh Fimirae

Assalamualaikum..
Hye semua..

Skizo (ringkasan untuk skizofrenia) dalam bahasa Melayu merujuk kepada penyakit mental serius yang kronik, yang menjejaskan cara seseorang berfikir, merasakan, dan berkelakuan, selalunya menyebabkan mereka hilang sentuhan dengan realiti. 

Masa mula-mula baca, Sha dah boleh nampak ada yang tak kena dengan Bella ini.. Masuk bab 25, ornag di sekeliling Bella mula nampak ada yang tak kena dengan Bella.. Tapi bukan mudah nak bawa Bella untuk dirawat.. Bella menafikan kondisi diri dia yang kurang sihat.. Namun bila Doktor Ian muncul dan mula menerangkan tentang kondisi Bella, Bella mula menerima kebenaran yang dirinya sakit.. Tapikan buku ini buat Sha kembali keliru bila watak-watak yang awalnya dikatakan ilusi Bella muncul secara nyata.. Huhuhu.. 

Jalan cerita buku ini memang bestlah cuma editing dia tu agak kurang bagus, buat Sha rasa macam nak putus asa baca.. huhuhu.. Tu yang lama baru habis..

Sha baca pada 06.02.2026 dan selesai pada 11.06.2026..

Published 2024 by Fimirae Publishing

Thursday, February 5, 2026

ebook | Ali Imran oleh Danisyarahmat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ceritanya kita dah boleh agak namun olahan penulis menarik dibaca.. Kisah Qaireen yang bercinta dengan Ali.. Saat Qaireen kehilangan ayah, Ali menghulur janji untuk membantu.. Namun Qaireen mula berubah hati selepas berkenalan dengan Jeff.. Akhirnya Ali disatukan dengan Qaira iaitu adik Qaireen.. Qaireen pula diberikan kata dua oleh mak Jeff supaya tinggalkan Jeff dengan cek bernilai RM100 ribu.. Hidup ini kalau tak pandai jaga maruah dan tersalah pilih kawan memang tak kemanalah jawabnya..

Sha baca dan selesai pada 04.02.2026..

Published January 2023 by Norhafisah Binti ismail

Thursday, October 17, 2024

ebook | Lengkapkan Hati Kita oleh Rose Aleyna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Zania yang agak sadis jugalah.. Terpaksa menerima cemuhan dan hinaan dari orang sekeliling hanya kerana dia membesarkan anak kakaknya.. Iyalah tiba-tiba balik dengan anak kecil tanpa suami, siapa ja yang tak mencemuh.. Kemunculan semula Zharif merumitkan keadaan.. Bukan mudah untuk Zania melalui semua ini, hatinya yang sakit tiada siapa yang tahu.. Namun Zania sedar Zharif lebih berhak maka satu perjanjian dibuat.. 

Sha baca dan selesai pada 15.10.2024..


Friday, August 23, 2024

ebook | Cinta Di Sujud Terakhir by Ai Indah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alahai.. Dia macam tiba-tiba.. Eh.. Dah habis.. Camtu.. 

Kisah Syakira yang asyik putus tunang, berpindah tempat kerja baru.. Berkenalan dengan Abdul Hamid.. Awal-awal kerja, Syakira terjumpa penyelewengan duit syarikat.. Lepas tu Syakira dan Abdul Hamid nak dibunuh.. Semasa menuju ke suatu tempat, kereta mereka rosak breknya.. Menginap di hotel dan diserbu penguatkuasa.. Kahwin, baru saja nikah, tengah solat, meninggal.. Habis..

Sha baca dan selesai pada 19.08.2024..


Tajuk: Cinta Di Sujud Terakhir
Penulis: Ai Indah
Tahun Terbit: Julai 2020
Penerbit: Ai Indah
M/S: 60
Sinopsis: “Kira dan Rusdi… putus tunang.” – SYAKIRA Tunang putus, tunang putus, tunang putus. Sedar tak sedar dah 10 kali Syakira tak dapat peluang nak menjadi isteri orang. Cuma dapat gelaran tunang dan bekas tunang orang je. “Belek muka saya lama-lama, kenapa?” – ABDUL HAMID “Maaf bos, masa bos angkat kening tu saya teringat ayah saya. Dia suka angkat kening bila tanya saya soalan. Tu terpukau tu.” – SYAKIRA Dan tanpa Syakira sedari, sikapnya yang clumsy dan suka merepek bukan-bukan itulah yang buatkan Abdul Hamid rasa terhibur. ‘Terima kasih juga sebab suka saya,’ – ABDUL HAMID. Dapatkah mereka bersama melakar cinta sampai ke syurga?

Wednesday, June 26, 2024

ebook | Abah Saya Cef! oleh Hafirda Afiela

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku tentang seorang anak yang bagga dengan kerjaya abahnya iaitu tukang masak.. Memang comel..


Info buku
Tajuk - Abah Saya Cef!
Penulis & Ilustrator - Hafirda Afiela
Penerbit - Karangkraf
ISBN - 9789674460471
Tahun Terbit - 31 March 2015
M/S - 20

ebook | Ayah Apa Itu? oleh Alam Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini tentang seorang anak yang rajin bertanya.. Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung Ana bertanyakan banyak soalan kepada ayahnya.. Semua soalan itu berkaitan dengan pokok kelapa seperti kegunaan buahnya, batangnya dan juga daunnya.. Memang menarik..

Info buku
Tajuk - Ayah Apa Itu?
Penulis & Ilustrator - Alam Anuar
Penerbit - Karangkraf
ISBN - 9789674460549
Tahun Terbit - 31 March 2015
M/S - 20

Saturday, June 8, 2024

ebook | Cinta Hati Milik Syed Haidar oleh Miss Nas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Haidar bertemu kembali dengan Syamimi di balai polis.. Peristiwa yang merapatkan kembali mereka bila rahsia ayah Syamimi terbongkar.. Walaupun dah 2 tahun terpisah namun rasa cinta masih dihati.. Syed Haidar buat keputusan drastik supaya Syamimi ak hilang lagi namun langau masih sibuk cuba mengganggu hinggalah Syamimi diculik dan dibelasah.. Hilang ingatan sekejap namun kemudian bahagia.. 


Info buku
Tajuk - Cinta Hati Milik Syed Haidar
Penulis - Miss Nas
Penerbit - Nur Farzana binti Mohammad Saleh
ISBN - 9789672674023
Tahun Terbit - November 2022
M/S - 283
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com