Wednesday, September 3, 2025

Laksam & Laksa Lemak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka ja makan laksam cumanya jaranglah beli sebab susah jumpa.. Laksa lemak tu pertama kali Sha jumpa, okaylah sedap ja.. Lebih kurang macam makan laksa cuma kuahnya kuah laksam.. Dia punya mee tu pun lebih halus berbanding laksa.. Memang syoklah kunyah.. Sha tunjuklah laksa lemak tu dekat kawan yang memang asal Kelantan.. Dia cakap, laksa lemak tu tak lengkap.. Patutnya ada sambal lada, belacan dengan ulam sayur bukan kobis.. Nampak gayanya kena ke Kelantan jugalah nanti.. kikiki.. Alasan..

Ini laksam yang tak ada awasnya.. Kikiki.. Sha makan kosong ja.. Malas nak bubuh sayur dan sambal dia..

Laksa Lemak - RM6.00

Bila dah campur dengan kuah, sayur dan sambal..

Ritter Sport Crunchy Duo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alami keistimewaan gabungan coklat susu premium bersama inti rangup yang membawa anda ke dunia penuh kenikmatan rasa hanya dengan Ritter Sport Crunchy Duo..

Setiap gigitan menyajikan keenakan kacang hazel panggang, kekacang bergula karamel dan bijirin rangup yang serasi indah dengan coklat halus.. Buat pencinta coklat bertekstur rangup, Crunchy Duo ini sememangnya pilihan wajib! Ia menawarkan keseimbangan sempurna antara rasa coklat yang lembut dan kerangupan yang memuaskan..

Nikmatilah kerangupan yang mengujakan bersama Ritter Sport Crunchy Duo.. Memang layan..

Ritter Sport Crunchy Duo: Crispy Cream & Choco Crunch (218g) - RM18

Perbezaan antara crispy cream dan choco crunch..

Imani dan Sambutan Merdeka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang, Imani bawa baik hadiah dan lukisan yang diwarnakan.. Ada pertandingan sempena Sambutan Kemerdekaan di sekolah Imani.. Menang tempat pertama.. Sukalah dia.. Sha simpan sini untuk kenangan bersama..

Hasil kerja Imani

Hadiah Tempat Pertama
Ada buku nota, pemadam, pensil, gam dan sedikit jajan..

Tuesday, September 2, 2025

US | Red Sonja (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah pahlawan wanita bernama Red Sonja yang terpisah dan membesar di dalam hutan.. Kemudiannya ditangkap ketika cuba membalas perbuatan askar yang membunuh haiwan hutan.. Tapi kemudian Red Sonja tu terlepas termasuklah hamba lain yang terperangkap.. Maka bermulah perang antara Red Sonja dan raja kejam yang gila.. Red Sonja hampir mati namun pada saat akhir, kuda dia berjaya selamatkan Red Sonja.. 

Red Sonja
2025 ‧ Action/Fantasy/Adventure/Drama/Thriller ‧ 1h 50m
Captured, chained and forced to fight for survival, Red Sonja must battle her way through the blood-soaked pits of a tyrant's empire while rallying an army of outcasts to reclaim her freedom and take down Dragan and his ruthless bride, Dark Annisia.

ebook | Simpang Dua oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mengandungi 8 cerita pendek.. Boleh dikatakan hampir ke semuanya berkaitan dengan perkara mistik dan seram kecuali cerita bertajuk Khalid dan Aridhah.. Cerita ini lebih kepada misteri dan sedikit thriller.. Kalaulah penuis jadikannya cerita penuh, mesti menarik.. Memang menariklah kompilasi dalam buku ini..

Sha baca dan selesai pada 02.09.2025..

Published August 9, 2024 by Batcha Enterprise

Harold's Iced Shaken Signature Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalunya bila singgah Harold's, Sha beli roti ja.. Tapi ada satu hari tu rasa macam nak kena kopi.. Bila tengok harga dia macam berbaloi ja, jadinya kita belilah satu.. Memang padulah kopi dia.. Segar mata lepas minum.. Terus semangat memandu.. kikiki.. Bolehlah beli lagi lepas ini kalau teringin nak minum kopi yang padu.. Ngam lah rasa kopi dia untuk tekak Sha..

Harold's Iced Shaken Signature Coffee - RM6.60
(Add on dapat diskaun RM1.88)

Monday, September 1, 2025

Twisties Korean Flaming Cheese

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab tak pernah cuba rasa ini.. Memang betul-betul pedaslah seperti selalunya makanan Korea.. Cumanya boleh lagi Sha makan sebab bergabung dengan rasa keju.. Itupun Sha makan berulang, tak boleh nak habiskna sekali hadap.. Terasa pedasnya.. kikiki..

Twisties Korean Flaming Cheese (60g)

Isi dalam dia, banyak tu ja sekarang ini..

ebook | Eskapisme oleh Maria Kajiwa & A.Miruu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini kompilasi seram dari dua penulis.. Satu otai dan satu lagi baru pertama kali Sha baca karyanya.. Memang uniklah sebab setiap cerita itu mempunyai penamat yang tak terduga.. Ada sesetngah cerita tu kalau dipanjabgkan memang mengancam.. Ada yang buat Sha toleh kiri dan kanan sebab meremang.. huhuhu.. Memang tak terbayang..

Sha baca dan selesai pada 01.09.2025..

KFC Treats: Mochi Durian & Strawberry Cheese

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mochi ini antara makanan kesukaan Sha.. Sha cuba yang KFC punya.. Boleh tahan.. CUmanya lepas beli memang terus kena makan baru sedap.. Terutama sekali yang durian tu.. Memang kena makan dalam tempoh sejam selepas pembelian.. Kalau tak mungkin lepas tu dia rosak kot.. Kotak dia pun cantik..

Mochi Durian (60g) - RM6.99
Strawberry Cheese (60g) - RM5.99

Ini Mochi Durian, memang mewahlah inti durian dia.. Masa dapat ini Sha terus makan sebab dah terbaca amaran kena makan dalam tempoh sejam selepas pembelian.. Memang agak lembutlah dah masa ini tapi masih lagi sedaplah sebab rasa durian dia tu ada kick.. Mochi ini sekali ngap ja, dah selesai.. Saiz dia comel dan lembut.. Satu pek ini ada 2 ketul..

Ini pula keratan rentas untuk mochi strawberi keju.. Ada lapisan putih dan jem strawberi.. Sha lagi suka yang ini sebab masih kenyal masa dikunyah dan gabungan keju dan strawberi tu ngam betul.. Sedap dan mengancam.. Saiz dia pun comel dan tak sesuai dimakan seketul terus, kena gigit separuh dan kunyah.. Sha makan seketul tu terus dan nyaris tercekik sebab dia masih kenyal.. kikiki.. Satu pek ini ada 2 ketul mochi..