Assalamualaikum..
Hye semua..
Minggu lepas (Khamis - 13.09.2018) berlaku litar pintas dan percikan api di aras 1 perpustakaan tempat Sha kerja.. Percikan api tu menyebabkan asap tebal di aras 1.. Mujurlah pelajar yang melihat percikan api itu turun dan memberitahu petugas kaunter.. Disebabkan loceng penggera tidak berbunyi, maka urusan menyuruh pelajar meninggalkan Perpustakaan menjadi kalut.. Ada yang menyangka kami berpura-pura.. Sedangkan waktu ini kami semua dah panik.. Para pelajar boleh berlenggang kangkung seolah-olah tidak ada apa yang terjadi.. Kami pula risau pelajar lemas terhidu asap dan percikan api tu menyebabkan letupan..
Mujur ada seorang staf lelaki datang membantu.. Beliau menyuruh kami untuk mematikan punca utama kuasa elektrik dan menyuruh pengawal keselamatan menelefon bomba.. Bomba datang tak sampai 10 minit selepas panggilan dibuat.. Setelah pemeriksaan dijalankan, Alhamdulillah.. Tindakan pantas mematikan punca kuasa berjaya menyelamatkan Perpustakaan dari terbakar.. Memang kami panik dan fikir nak suruh pelajar keluar je.. Yang pelajar pula anggap apa yang berlaku tu sebagai perkara kecil dan tak endahkan pun arahan kami untuk suruh mereka keluar.. Memang seksa betul nak suruh pelajar keluar.. Mujurlah tiada kecederaan ataupun kejadian pengsan.. Lepas je Bomba sahkan situasi selamat, kami pun masuk balik Perpustakaan.. Sementara tunggu staf selenggara periksa lampu dan wayar elektrik, Pengarah datang untuk tengok kawasan kejadian..
Memang pengalaman sungguh.. Bila panik semua perkara terlupa.. Tapi syukur tidak terjadi kebakaran atau kecederaan..
Memang pengalaman sungguh.. Bila panik semua perkara terlupa.. Tapi syukur tidak terjadi kebakaran atau kecederaan..
ya Allah.. takut + panik bila percikan api tu..
ReplyDeleteMemang pun Shu..
Deletesalam singgah. allahu, hanya Allah sahaja yg tahu pengalaman pasal kebakaran ni. syukur takda apa2 kemalangan
ReplyDeleteSyukur semua selamat..
Deletehurmm susah jugak kan kalau ada ada pelajar tak ambik serius apa yang kita cakap...nak suruh terbakar dulu baru nak percaya ke..nanri kalau jadi apa-apa petugas jugak akan disalahkan dulu
ReplyDeleteBetul tu Nelly..
Deletealhamdulillah.. nasib baik tak terbakar.. kalau tak, naya, dah la perpustakaan..
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Deletealahai pelajar tu pun -_- kat tempatkerja sha pulak berlaku aliran elektrik berlebihan, banyak jugak alatan elektrik yang meletup pastu takda elektrik beberapa hari
ReplyDeleteAliran elektrik berlebihan pun bahaya juga..
DeleteAlhamdulillah..selamat semuanya
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteAlhamdulillah, semua selamat...selalunya bomba akan buat testing alat2 pencegah kebakaran 2x setahun, utk pastikan berfungsi..
ReplyDeleteSini tak ada pun.. huhuhu..
DeleteI have been in the situation like that kak. Dapur terbakar. Mujur pihak bomba datang cepat. at end, mampu nangis je
ReplyDeletePart nangis tu memang.. Alhamdulillah tak ada apa ye Aisyah..
Deleteboleh bayang macam mana situasi tu nak pula bila melibatkan banyak nyawa. Alhamdulillah semua selamat.
ReplyDeleteTu lah Farhanna.. Alhamdulillah..
DeleteAlhamdulillah semuanya selamat dan baik baik aje. yang penting tiada terkorban nyawa kan.
ReplyDeletealhamdulillah selamat semuanya.. mesti panik kan masa tu akak >.<
ReplyDeleteagaknya selagi x nmpk api marak selagi tu laa diorg x nk berganjak ye...ish bebudak niiii
ReplyDeletesama la macam buat fire drill. masing2 berjalan pun lenggang kangkung je.
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeletekena amik peduli kan.
kalau lambat, takut ada yg tercedera or apa2.
kena cepat.