Monday, January 25, 2021

Novel | Puaka 3 Dimensi oleh Lekir, Mizz Lynz, Ikmal Hadri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sahaja mencabar diri semalam untuk menyelesaikan pembacaan dua buku ini.. Walaupun kerap melencong dengan menonton klip video di Youtube, akhirnya jam 11 malam berjaya juga habiskan pembacaan.. 

Buku kedua ini bergenre seram.. Namun penyampaiaannya berbeza dengan plot twist yang cantik..

Bisikan Iblis oleh Lekir
Kisah pertama ini mengenai seorang suami bernama Dolah yang kerap sakit kepala dan diganggu lelaki tua bertanduk.. Ketika menepis gangguan itu menyebabkan Dolah kelihatan seperti seorang lelaki yang hilang akal namun beberapa kejadian yang mengganggu anak-anaknya membuktikan yang Iblis itu ada.. Namun kesudahan Dolah menyedihkan..

Jangan Takut oleh Mizz Lynz
Kisah ini paling mengganggu.. Kehidupan 4 gadis mula berubah saat salah seorang dari mereka ingkar dengan arahan tuan rumah.. Kejadian demi kejadian mula menimpa mereka.. Penamat dia mampu buat kau tercengang..

Aku Kembali oleh Ikmal Hadri
Sepasang suami isteri yang menghambakan diri pada syaitan namun dalam masa yang sama berjaya menyelamatkan anak mereka dari terus menjadi pewaris.. Kerana sikap tamak manusia suami isteri ini akhirnya mati dan menghantui rumah pusaka dan kampung tersebut hinggalah pewaris mereka pulang dan membersihkan rumah tersebut..

Sha baca dan selesai pada 24.01.2021..

Hak milik peribadi Sha..
Published July 2019 by Khursani Press


9 comments:

  1. selalu genre mcm ni kite baca kat fiksyen syasya hehe

    ReplyDelete
  2. kena baca siang siang ni..takut terbawak bawak dalam mimpi.

    ReplyDelete
  3. Cerita yang last tu, teringat kisah anak kerak

    ReplyDelete
  4. Genre seram ni tak boleh baca malam-malam...hehe

    ReplyDelete
  5. Mesti ending dia tak seperti yang dijangka bila ada plot twist yang menarik. Btw jemput sertai segmen terbaru di blog saya, Kak Sha.

    ReplyDelete
  6. Bila Sha kongsi sinopsis novel, LZ surrender tak boleh compete Sha.
    Bab membaca memang Sha win..

    ReplyDelete
  7. Aku Kembali tu mcm menarik��

    ReplyDelete
  8. aduh tiga tiga cita best ni!
    yg first tu mesti ada kematian :(

    tapi atie suka cerita yg number 2 :)
    tuan rumah jahat eh?

    ReplyDelete
  9. jiwa kacau juga bila diganggu tapi kisah ketiga tu macam sengaja cari penyakit pergi buat perjanjian dengan syaitan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »