Saturday, January 30, 2021

Kasut Roda Boleh Laras

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bagi memberikan sedikit kegembiraan buat anak-anak yang tak boleh keluar bermain seperti biasa, makanya encik suami belikan kasut roda buat mereka.. Mulanya belikan untuk kakak dulu dan baru ini belikan untuk si adik.. Boleh pula dia bergaduh nakkan sama warna macam kakak dia.. hehehe.. Hadoilah.. Tapi dah lama okay je dia main.. Sakanlah mereka meluncur didalam rumah.. Mujurlah rumah kerajaan ini sedikit besar dan lapang, Sha pun tak ada bubuh perabot tambahan.. Guna perabot sedia ada je..

Kasut roda Amani ini encik suami beli masa PKP tahun lepas, sekali dengan scooter si adik.. 

Dua minggu lepas encik suami belikan untuk Imani pula.. Tersilap saiz, ukur dah betul.. Rupanya dia bagi ukuran luar bukan dalam kasut.. Jenuh encik suami godek dan ubah suai, akhirnya muat untuk Imani pakai.. Seronoklah mereka berkasut roda dalam rumah.. hehehe..

Bila tengok anak-anak meluncur dalam rumah Sha dan encik suami pun rasa macam nak beli.. hahaha.. Sha pernah mainlah masa bebudak dulu.. Sekarang ini tak surelah boleh balance lagi ke tak.. hahaha.. Angan angan je..

7 comments:

  1. Baguslah kalau emak dan bapaknya dapat meluncur sekali

    ReplyDelete
  2. Shida rasana..last pkai kasut roda ni masa sekolah rendah xsilap..seronok dapat main walau hat org..main skejap2 jer hahaa

    ReplyDelete
  3. bestnya dulu kecik2 suka main kasut roda ni pinjam sepupu punya. nak beli sendiri memang tak mampu la time tu..

    ReplyDelete
  4. seronoklah merekaa... takdelah mati kutu nak buat apa masa pkp ni

    ReplyDelete
  5. Bila anak-anak asyik dlam rumah, maka kita pun beli kasut roda untuk depa...adalah sedikit kecerian pada wajah mereka...

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat roller blade. Teringat dulu zaman sekolah suka main roller blade kat kampung.

    ReplyDelete
  7. nasib baikkkk pandai gubah..takyahhhh nak kena beli baru kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »