Tuesday, January 5, 2021

Telefilem | Geng Van Jenazah (2019)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok sebab nampak tomok.. Sha tengok di Youtube TV3Malaysia Official.... Hahaha.. Macam muskil je dengan si tomok ini.. Okaylah telefilemnya.. Menarik.. Kisah pemandu van jenazah iaitu Husin yang menghantar jenazah bapa saudaranya pulang ke kampung.. Sepanjang perjalanan itu macam-macam gangguan yang diterima.. Memang teruklah Husin, Mail dan Sharifah diganggu.. Mengekek jugalah Sha nengokkan.. Tak adalah seram mana.. Paling best bila tiba-tiba jenazah bangun dan bercakap.. Hahaha.. Part ini memang kelakar..

Geng Van Jenazah (2019)
Pengarah: Jamal Khan
Pelakon: Tomok, Issey Fazlisham, Azhan Rani, Elisya Sandha, Reen Rahim, Aleza Shadan, Wan Sharmila, Aepul Roza, Che Mat RL, Shah Sulaiman
Husin merupakan pemandu van jenazah bersahabat baik dengan Mail. Suatu hari Husin menerima panggilan untuk mengambil jenazah Pak Tam yang meninggal dunia akibat makan durian. Dalam perjalanan menghantar Pak Tam ke kampung asalnya, Mail menerima panggilan daripada kekasihnya, Sharifah yang ingin berjumpa kerana dipaksa bertunang dengan orang lain. Kerana kesuntukan masa Sharifah dibawa bersama, dan mereka menggunakan jalan pintas. Tetapi dalam perjalanan tayar van pancit dan kemudian van terbenam. 
Mereka bertiga terkejut kerana jenazah Pak Tam minta untuk makan durian, Husin, Mail dan Sharifah lari bertempiaran. Husin menjerit sekuat hati dan kemudian dikejutkan oleh isterinya dan tersedar dari mimpi. Isterinya menghulurkan telefon meminta dia mengambil jenazah Pak Tam yang baru sahaja meninggal dunia akibat tercekik biji durian.

8 comments:

  1. citer ni kelakar giler. paling ingat scene orang mati jadi makmum sekali time diorang solat jemaah dalam hutan tu..haha

    ReplyDelete
  2. kesian betul asbab dia mati tu haha

    ReplyDelete
  3. thank you for the link kak sha! hehe

    ReplyDelete
  4. tahu psl cerita ni cuma sy je x tgk hhehe

    ReplyDelete
  5. Cerita ni tengok berkali kali pun best layan kat youtube. Kelakar dan kesian pun ada. haha

    ReplyDelete
  6. hahahaha kesian Pak Tam tengah syok makan durian, mati tercekik la pulakkk

    ReplyDelete
  7. aduhai.
    citer ni memang bengong lah :) ha ha ha ha
    aida da tgk dah, Sha.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »