Saturday, January 23, 2021

Resepi Nasi Kari Kambing

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah beli kari kambing Adabi tu, baru semalam tergerak nak buat.. Banyak juga dapat.. Boleh makan sampai ke malam.. Sedap dan mudah.. Boleh cuba dengan kari daging pula lepas ini..

BAHAN-BAHAN:
2 tin kari kambing adabi
3 1/2 pot cawan sedang beras faiza Moghul
2 biji bawang besar | dihiris
4 sekawan
2 sudu planta + 2sudu minyak masak
1 biji tomato | potong dadu
1 sudu kecil garam
1/2 tin susu cair
Air sebagai tambahan

CARA PENYEDIAAN:
1. Cuci dan rendam beras selama 15 minit.

2. Panas kan marjerin + minyak (tumis dalam kuali asing dulu)
3. Tumis sampai wangi bawang besar, 4 sekawan dan tomato.

4. Masukkan kari kambing gaul sebati
5. Kemudian masukkan susu cair
6. Masukkan sedikit garam.

7. Lepas tu curahkan atas beras dalam periuk nasi elektrik dan masak macam biasa.. Boleh tambah air kalau rasa tak cukup.. 
8. Masa nak kering nanti boleh la jenguk dan gaul-gaul rata.
Siap dan boleh dihidangkan dengan apa-apa lauk yang anda suka.


20 comments:

  1. Ni yang sedap! Guna kari kambing Adabi. Saya selalu cari tapi asyik tak jumpa jenama ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha beli online kak tu yang jumpa.. kalau kat kedai memang semedang tak ada..

      Delete
  2. Nak cuba la.

    2 tin ni boleh makan utk berapa orang? Dan berapa pot beras?

    ReplyDelete
  3. Eh sorry. Xperasan pulah bahan2 kat atas tu

    ReplyDelete
  4. Resepi ni viral bulan puasa tahun lepas kalau tak silap. PH belum sempat cuba lagi. Mesti sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahamdulillah.. sedap.. Buat untuk tetamu pun sedap nie..

      Delete
  5. Sedap! Pernah buat sekali dua. tapi guna kari daging dan ayam. kambing tak makan. Susah nak dapat brand adabi ni. Sold out je

    ReplyDelete
  6. sedap, kan? :)
    PKP 1.0 tu aida da buat, Sha.
    tapi ha ha ha ha langsung tak amik gambar.
    hmmm memang tak up la dlm blog.

    nak buat sekali lagi, tak jumpa2 kari kambing adabi ni.
    aduhai lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Shopee ada Aida.. Sha beli dari Shopee.. Harga pun okay lah..

      Delete
  7. Macam menarik gambar nasi tu....

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »