Sunday, January 24, 2021

Hujung Minggu PKP 2.0

Assalamualaikum..
Hye semua..

PKP 2.0 kita ini.. Tak tahu nak bebel apa bila tengok kes naik je.. Sehabis baik ramai dari kita yang mematuhi SOP namun ada segelintir yang buat tak endah.. Macam pagi ini, rasa macam nak keluar beli sarapan tapi bila fikir balik masak je apa yang ada dekat rumah dulu.. Rasanya tak salah pun kalau kita keluar dengan syarat patuhlah SOP.. Scan MySejahtera, check suhu, pakai mask dan jaga jarak.. Telefon bimbit masig-masing canggih belaka tapi bila minta scan MySejahtera banyak sangat alasan.. Kadang rasa macam nak katuk je kepala masing-masing.. MySejahtera tu antara aplikasi yang paling mudah dan senang nak guna pada Sha.. Daftar, masukkan butiran diri sendiri dan ahli keluarga je.. Lepastu dah boleh guna.. Bukannya nak kena menaip butiran diri tiap kali nak scan pun.. Scan je.. Tak tahulah nak cakap apa lagi dengan perangai manusia yang tak sedar diri dan sombong ini.. Give up rasanya..

Makan apa tengahari ini?? Sha masak ayam masak hitam.. Kenapa masak hitam bukan masak kicap?? Sebab bahannya melibatkan sos lada hitam, kicap pekat dan kicap manis.. hehehe.. tu je..


Ayam Masak Hitam
Bahan-bahannya
Setengah ekor ayam dipotong kecil dan diperap dengan sos lada hitam
Sebiji bawang merah dihuris
Seulas bawang putih dihiris
Sebiji cili hijau/merah dihiris
Minyak untuk menumis
Kicap pekat
Kicap manis
Lobak merah @ kentang potong ikut suka
Sedikit air

Cara memasak
1. Panaskan kuali dan minyak.. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan cili hjngga naik bau.
2. Masukkan ayam yang diperap dan biarkan separuh masak sebelum masukkan kicap pekat, kicap manis dan sedikit air.
3. Biarkan mereneh sebelum masukkan kentang @ lobak merah. Tunggu sehingga sayur empuk.. Dah siap..

Resepi ini boleh ubah suai mengikut selera anda.. Tidak ada kewajipan untuk ikut sebiji seperti yang Sha masak.. Terpulang pada selera anda.. Gitu..

9 comments:

  1. Sedapnya ayam masak hitam..
    Terima Kasih share resepi..
    Ada idea nak masak esok..

    Betul sha..
    Kita patuhi SOP tapi org tak patuhi..
    Akhirnya mengjangkit kat kita pulak..

    ReplyDelete
  2. betul la tu pkp sekarang tak sama dengan pkp awal2 dulu. by the way nampak sedap ayam tu :)

    ReplyDelete
  3. feberet ni kak... terliur nengok..

    ReplyDelete
  4. sedapnya! anak2 saya pun suka sangat lauk ni kak sha

    ReplyDelete
  5. Ayam masak begini anak-anak suka sangat, mesti cari kuahnya.

    ReplyDelete
  6. Sedap ayam masak hitam, makan dengan sambal gesek. Bertambah pergi dia :)

    ReplyDelete
  7. nyummm..thank you sharing resepi kak sha :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »