Assalamualaikum..
Hye semua..
Filem yang superb.. Sangat awesome, kelakar namun menginsafkan.. Lakonan Bell Ngasri walaupun kelakar berjaya meninggalkan impak bukan sahaja pada Sha tapi juga anak-anak.. Iye.. Sha menonton filem ini bersama anak-anak.. Mana yang kurang logik Sha dan encik suami terangkan..
Bermula dengan babak Kiambang yang cuba meletakkan hasil jualannya namun ditolak malah diumpat.. Kemudian babak diteruskan dengan perangai Bakoba yang membelanja kawan-kawannya makanan semasa bulan puasa.. Namun disebabkan Bakoba tidak mahu memberikan makanan tersebut pada Yah Kuchai makanya Yah Kuchai telah melaporkan kepada Pak Din, Ustaz Kazim dan yang lain.. Maka mereka pun ditangkap dan didenda.. Namun Bakoba tak serik, sebaliknya terus membeli makanan dan makan didalam kebun.. Masa inilah malang datang menimpa.. Bakoba di timpa durian dan mati.. Berjumpalah Bakoba dengan syaitan.. Semua kejahatan Bakoba tertayang di depan matanya termasuklah sesuatu yang menjadikan Bakoba rasa sangat menyesal.. Apakah agaknya?? Kenalah tengok.. Hehehe..
Pada Sha filem ini memang sangat bagus ditonton sekarang bersama keluarga.. Ada pengajaran dan teguran yang disampaikan.. Menusuk tepat ke hati dan jiwa.. Tapi kalau tengok dengan anak kecik kenalah terangkan ye..
Ayat Bakoba yang ini memang mengimbau drama Kampung Pisang Bersiri-siri.. "Aduh! Mi Kari Kuah Laksa ini".. Hahahah.. Memang mengekek Sha gelek bila dengar Bakoba cakap ayat nie..
Mi kari Ah hok ada x? Hehe. Macam menarik review Sha
ReplyDeleteHehehe.. kali ini tak ada Sal..
Delete