Sunday, July 15, 2018

Sambal Tempoyak Udang Petai

Assalamualaikum.. 
Hye semua.. 

Disebabkan semalam Sha dapat tempoyak, petang tu juga Sha gi cari udang dan petai..  Sha pun apa lagi, cubalah buat Sambal Tempoyak Udang Petai.. Alhamdulillah, cubaan pertama menjadi.. Cumanya Sha pakai cili kering kisar, bukan cili padi tumbuk.. Tapi sedap juga.. Kikiki.. Sambil menaip ini pun telan air liur.. Sedap.. Memang sedap.. Kalau tak, tak adalah encik suami puji.. Kikiki.. 

Sambal Tempoyak Udang Petai
Bahan-bahannya:-
1/2kg Udang
4 papan petai (dikopek)
2 sudu besar Tempoyak
Cili kisar (cili kering, bawang merah, bawang putih & halia) 
Serai

Cara Memasak:-
Tumis cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan tempoyak dan biarkan mendidih.. Setelah mendidih, bolehlah masukkan petai, udang dan serai.. Jangan lupa bubuh garam, gula dan sedikit air.. Supaya sambal tak terlalu kering.. Biarkan hingga udang masak.. 

Bahan utama.. Petai, tempoyak & udang.. 

Tumis cili kisar sampai naik bau.. 

Masukkan tempoyak dan biar mendidih.. 

Kemudian masukkan udang dan petai.. Perasakan dengan garam dan gula.. Boleh tambah air sekiranya sambal nampak terlalu kering.. 

Dah siap.. Marvellous.. 

12 comments:

  1. Ya ampun...sedapnya....makan dengan nasi panas...fuh. :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya sambal tempoyak tapi saya tak makan petai.. hihi tekak masih belum terima lagi walaupun dah banyak kali cuba..

    ReplyDelete
  3. Feveret saya ni, mai pos sini sikit :P

    ReplyDelete
  4. nampak menyelerakan sambal udang tu

    ReplyDelete
  5. tk mkn sambal tempoyak n petai tu..udang sambal mkn

    ReplyDelete
  6. Aduhai, sedapnya! Bagai terasa-rasa sambal tu kat anak tekak 🤤

    ReplyDelete
  7. nmpk nya sy tgk je laa sbb x mkn petai ;-)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com