Assalamualaikum..
Hye semua..
Best betul jalan-jalan dekat blog Kak Farah.. Ada je resepi yang mudah dan senang nak dibuat yang Kak Farah Share.. Kali ini resepi tempoyak goreng.. Bila Sha buat, Sha akan olah ikut kesesuaian Sha.. Bukan apa, selera kita dengan selera orangkan tak sama.. Resepi asal boleh tengok di SINI..
Tempoyak Goreng
Bahan-bahannya:-
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.
1 biji bawang merah/besar
2 ulas bawang putih
8 tangkai cili api & 1 tangkai cili merah (boleh guna cili merah/hijau)
8 tangkai cili api & 1 tangkai cili merah (boleh guna cili merah/hijau)
Petai yang dah dibuang kulit. Tak nak bubuh pun takpe.. Terpulang anda.. Sha memang suka petai..
Segenggam kecil ikan bilis, digoreng hingga rangup dan diketepikan.
Tempoyak
Cara memasak:-
Cili padi, Cili merah, Bawang merah dan bawang putih ditumbuk.. Nak kisar atau hiris sahaja pun boleh.. Terpulang..
Panaskan minyak. Tumis bawang besar/bawang merah, bawang putih dan cili api yang dah ditumbuk. Boleh masukkan gula dan garam..
Masukkan tempoyak dan kacau-kacau di atas dapur sehingga tempoyak masak dan bertukar warna.
Masukkan petai dan biarkan sekejap..
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Gaul sekata. Angkat dan hidangkan.
Sambal tempoyak goreng dah siap.. Bolehlah disimpan di dalam peti ais.. Sha buat banyak.. Bila nak makan, cedok dalam bekas lain dan makan dengan nasi..
X pernah makan... tp nampak cam sedap jek...
ReplyDeletetengok macam selera sangat makan dengan nasi panas. tapi shu tak reti makan tempoyak ni, durian saja reti. hahaha
ReplyDeletesemalam baru akak buat ni, cuma satu je kurang petai takde, kalau tak mesti lagi sedap
ReplyDeletesedapnya sambal tempoyak tu. Tapi kalau buat dekat rumah ne miza sorang jew makan
ReplyDeletehah td tgk kt blog farah tu la menu tempoyak goreng..1st time dgr
ReplyDeletenampak sedap walaupun saya kurang gemar dgn tempoyak..
ReplyDeleteAerill Hassan
sha. aida tiru resepi ekk.
ReplyDeletesedap nyer lah.
saya tak boleh makan tempoyak ni.
ReplyDeletetakpernah makan tempoyak, tak lalu haha.
ReplyDeletewow...menyelerakan..
ReplyDeletelauk tempoyak sahaja dah cukup..
tak perlu lain lain..
lebih jimat la
Sedapnya, last time pernah makan ada kawan bawa ke ofis masa tu. Memang menyelerakan :)
ReplyDeleteOhh tempoyak goreng ... ingatkan goreng camner tadi. Ni biasa wife saya masak ni, tak tahu pulak namanya tempoyak goreng .. hehee...
ReplyDeleteWahh nampak sedap ni kak. Kena simpan resepi ni
ReplyDeletenak buat resipi ni tapi tempoyak tak jumpa padahal tengah musim
ReplyDeletesambal tempoyak kalau Fiza panggil.. makan nasik panas2 mmg menambah la jawabnye.
ReplyDeleteOkey jugak buat tempoyak goreng mcm ni... Kebetulan ada tempoyak kat rumah ni. Nanti nak cuba lah resepinya.
ReplyDeletebaru tahu ada sambal tempoyak goreng..nampak sedap
ReplyDelete