Wednesday, November 29, 2017

Celebration For Me

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Jarang sebenarnya dapat keluar betul-betul pada tarikh lahir Sha.. Kebetulan tahun ini dapat.. Memang ohsemlah.. Pagi-pagi lagi Sha dah rasa gembira bila berjaya menggembirakan seseorang.. Perasaan yang tak dapat diungkapkan.. Kemudian kami terus gerak ke Aeon Rawang.. Plannya memang nak tengok wayang dua filem, cari kasut dan beli buku.. 

Wayang tu satu Sha tebus birthday treat dari TGV sebab jadi ahli TGV siap dapat set popcorn dengan air.. Satu je Sha kena bayar.. RM22 untuk 2 tiket.. Memang berbaloilah.. Sebelum tengok wayang, kami pergi cari kasut Sha dulu.. Encik Suami nak belanja.. Sha beli Camel Active.. Masuk satu kedai je.. Pilih, cuba dan bayar.. Karang kalau masuk banyak-banyak kedai mulalah tak tahu nak pilih apa..

Lepas tengok Justice League, pergi makan dan solat.. Lepas tu baru sambung wayang kedua..
Habiskan masa berdua sebenarnya lebih menggembirakan berbanding diberi hadiah tapi yang tersayang tiada bersama.. Cara Sha dan suami memang mudah.. Keluar tengok wayang dan makan bersama.. Ini cara kami.. Sebab bila anak dah sekolah, masa untuk berdua sangat terhad.. 

Kasut encik suami belanja.. Alah membeli, menang memakai..

Buku ini sha belanja diri sendiri.. Siap buat kad Popular (3 tahun punya keahlian - Dapat dua keping voucher RM5) Total lost RM105.40 jimat RM22.60.. Untung juga sebab Popular tengah buat salekan.. Diskaun20% untuk sebuah buku dan ada buku tertentu diskaun 25%.. Untung tau.. Voucher tu satu je boleh guna.. Yang satu lagi dalam bulan Disember nanti..  Sha memang budget RM100 je untuk beli novel dan buat kad.. 3 novel seram.. Satu novel remaja dan satu novel komedi.. 

7 comments:

  1. wish you all the happiness selalu Sha.

    ReplyDelete
  2. kasut mahal mmg tahan lama...syok tiket free dr tgv club

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah Mama.. Beli satu pakai setahun kan..
      Sha memang buat club card tgv.. hehehe

      Delete
  3. Sanah helwah sha. Semoga berbahagia dan dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  4. kasut mcm ni selesa dipakai...

    ReplyDelete
  5. banyak beli novel nampaknyee.. yg lama2 tu dah baca ke.. haha.. Adehh nape sha menggugat iman membeli buku ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com