Assalamualaikum..
Hye semua..
Enchanteur datang lagi dengan wangian roll-on yang sangat ohsem..
Wangian yang mudah untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana.. Mesra beg tangan tau..
Bersaiz 9ml Enchanteur Paris Petite Parfum memang sangat sempoi dan ohsem..
Hye semua..
Enchanteur datang lagi dengan wangian roll-on yang sangat ohsem..
Wangian yang mudah untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana.. Mesra beg tangan tau..
Bersaiz 9ml Enchanteur Paris Petite Parfum memang sangat sempoi dan ohsem..
Jomlah mewangi bersama-sama ye..
Kali ini datang dengan 4 wangian iaitu Belle Amour, Adore, Jolie & Cheri
Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah.
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.
Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.
Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa
bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja.
Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan
di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan
saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum
meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di
dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang
lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam
tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan.
Rangkaian
ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada
diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta
wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)
Buat
yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis
untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar
menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple,
Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat
perhatian ramai
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)
Ciptaan
dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan
meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si
gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon,
Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti
romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap
kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya
selamanya.
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)
Haruman
‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan
yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild
Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang
elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan
berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih
padamu.
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)
Kombinasi
keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai
bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan
instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk
memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim
menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.
Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia.
Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan
anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.
ENCHANTEUR
PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan
RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The
Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.
packaging camni mudah dibawa..senang nk selit dlm hangbag
ReplyDeletewow dah ada roll-on dah sekarang. Tak sabar nak try!
ReplyDeleteBestnya sha. Mudah nak bawa ke mana2 ni dan boleh kekal wangi kan.
ReplyDeleteBestnya.. Blh try ni
ReplyDeleteBau enchauteur mmg sangat wangi dan best. Tambahan pula, harga dia sangat berpatutan.
ReplyDeleteBrand ni mmg dah lama. Mmg sedap dan wangi bau dia. Teringat dulu roomate suka beli bedak dia
ReplyDeletebotol kecil, cute ... mudah dibawa dlm totebag...
ReplyDeleteSenang nak selit parfum baru enchanteur ni dalam beg...
ReplyDelete