Monday, April 12, 2021

Drama Thailand | Girl From Nowhere (2018)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama Thailand yang sangat menarik dan menakutkan.. Hahaha.. Tertengok klip video dia dekat Youtube.. Mengujakan betul.. Teruslah Shari dan tengok.. hehehe.. Drama ini menarik bila setiap episod Nanno berada disekolah yang berbeza dan melakukan pembalasan pada kejahatan yang pelajar sekolah tersebut lakukan.. Nanno ini macam karma gitu.. Dari satu sekolah ke satu sekolah Nanno membongkar kejahatan dan memberikan pembalasan.. Namun semua yang berlaku berpunca dari kita sendiri.. kita diberikan pilihan untuk memilih jadi baik ataupun jahat.. Setiap tindakan ada kesan dan akibatnya.. Nanno tu memang snagat menakutkan dan manipulatif.. Sila tengok dengan risiko sendiri.. hahaha.. Katanya ada season 2.. 

 
 
E01 - The Ugly Truth
Episod ini Nanno membongkarkan kegiatan guru sekolah yang memaksa pelajar melakukan seks dan merakam video aksi tersebut.. Guru tersebut menggunakan video rakaman sebagai ugutan supaya pelajar terus melakukan seks dengan beliau.. Kebenaran dibongkar oleh Nanno..

E02 - Apologies
Bila buat salah kita minta maaf namun bila kesalahan sama diulang, apalah maknanya maaf.. Kerana cemburukan perhatian yang diberikan pada Nanno, Teaw dan Tim telah membawa Nanno kepada Hok dan kengkawannya untuk dimabukkan dan dirogol.. Namun Hok tanpa sengaja telah terbunuh Nanno.. Mereka membawa Nanno ke kawasan lapang untuk ditanam, malangnya Nanno tersedap namun mereka terus menanam Nanno.. Esoknya Nanno muncul disekolah.. Seram kan..

E03 - Trophy
Tindakan seorang guru sepatutnya membantu memberikan galakan kepada pelajar bukannya merendah dan memperlekehkan pelajar.. Tindakan salah sepatutnya diperbetulkan bukannya menyokong kesalahan dan membenarkan kesalahan terus berlaku.. semuanya kerana nama dan kemasyuran..

E04 - Hi-So
Bila duit lebih penting dari segala-galanya.. 

E05 - Social Love
Episod ini memang gilalah.. Semuanya kerana inginkan Like dan follower di Media Sosial sampai sanggup mencipta hubungan cinta sosial.. Sudahnya memang malanglah.. Tambahan pula bila bercinta dengan Nanno..

E06 & E07 - Wonderwall
Nanno berpindah lagi.. Kali ini Nanno mengganggu team bola sepak.. Menjadi co-manager dan dicemburui manager sedia ada iaitu Bam.. Semasa Bam marah dan lari duduk dalam tandas melepaskan marah, dia menulis di dinding tandas Nanno bermuka busuk.. Keesokan harinya muka Nanno betul-betul busuk.. Dinding tandas menjadi ajaib.. Namun ianya bukanlah perkara yang menggembirakan bila ramai yang tahu dan mula melepaskan kemarahan didinding tandas tersebut..

E08 - Lost & Found
Episod kali ini agak sedih sedikit.. Nanno bantu seorang pelajar untuk bertemu semula dengan ayahnya yang terlalu sibuk dengan kerja sampaikan segala urusan si anak diselesaikan oleh pembantu beliau menggunakan duit..

E09 - Trap
Seorang banduan terlepas ke sekolah dan mula membunuh.. Beberapa orang pelajar terperangkap dalam sebuah kelas bersama seorang guru.. Masa ini boleh kita lihat siapa yang pentingkan diri..

E10 - Thank You Teacher
Kisah seorang guru yang jadi tertekan kerana suaminya bermain cinta dengan pelajar dan keadaan semasa sekolah yang membiarkan pelajar melakukan perkara sesuka hati akhirnya meletup.. Bukan mudah kita nak tahu bahawa sesorang itu ada depresi ataupun tidak..

E11 - The Rank
Kerana terlalu obses mengejar tempat pertama paling cantik, manusia sanggup buat apa sahaja.. Seram okay bila pelajar menjadi kompetitif..

E12 & E13 - BFF
Dua episod akhir ini berjaya memberikan gambaran hubungan pelajar disekolah.. Memanipulasi kedaan, membuli dan memulaukan pelajar yang tak disukai..

Drama: Girl From Nowhere
Also Known As: New Kid The Series, Dek Mai The Series, Girl from Nowhere the Series, Girl from Nowhere: The Series, Garota de Fora
Screenwriter: Lek Kongdej Jaturanrasamee, Aticha Tanthanawigrai
Director: Est Komgrit Triwimol, Pong Pairach Khumwan, Dom Sitisiri Mongkolsiri, Jatuphong Rungrueangdechaphat, Pete Taifa T-Thawat Taifayongvichit, Yemen Siwawut Sewatanon, To Chaianan Soijumpa
Genres: Mystery, Psychological, Crime, School, Drama, Fantasy
Country: Thailand
Episodes: 13
Aired: Aug 8, 2018 - Oct 31, 2018
Aired On: Wednesday
Original Network: GMM 25
Duration: 46 min.
A mysterious, clever girl named Nanno transfers to different schools, exposing the lies and misdeeds of the students and faculty at every turn.
(Source: Netflix)

Ini watak utama dia..

Bawah ini pelakon tambahan untuk setiap episod.. Pelakonnya lain-lain..

6 comments:

  1. Tengok dengan risiko sendiri ye kaksha. Aduh, dengar camtu pun seram dah.

    ReplyDelete
  2. atie mmg put this in the list dari hari tu .. tapi tak tertengok ! hahaha but im watching later

    ReplyDelete
  3. Cuter ganas ke sha.. alamakk negeri baca mcm2 jenis org ada

    ReplyDelete
  4. Cam seram je. Nanti nak tengok lah kat Netflix

    ReplyDelete
  5. Drama ini mmg sangat popular dan antara drama unik daripada Thailand. Ada kat netflix kan kak. Drama thai skang dah makin hebat dan boleh lawan drama korea dan jepun , taiwan dan china. Bila la drama ni kita nak capai level cmnie. rasa last drama kita lain daripada lain ialah drama seram Kekasihku Seru iaitu 10 tahun yg lalu. Lepas itu, drama malaysia macma duk takuk lama je. huhu.

    ReplyDelete
  6. tengok tajuk dia teringat movie Man From Nowhere, itu yg macam seram je nak tengok..hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »