Friday, April 2, 2021

Day 1 | Cuti Di Waktu Covid19

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semalam Sha dan encik suami ambil cuti untuk bawa anak-anak pulang ke Kg. Gajah.. Seawal pagi lepas selesai kemas rumah, jemur baju dalam rumah baru kami gerak untuk sarapan pagi.. Makan roti canai dan nasi lemak.. Kemudian terus gerak ke Teluk Intan untuk survey harga peti ais.. MIL bagi tahu peti ais kat rumah MIL dah rosak.. Peti ais tu usia dia dah 18 tahun, memang dah patut ganti baru.. Sha dan encik suami bersetuju dengan jenama Panasonic tapi keputusan di tangan MIL.. hehehe.. Jadinya lepas survey, kami terus gerak balik rumah MIL.. Makan tengahari dan solat, baru gerak semula ke Teluk Intan.. Alhamdulillah, MIL setuju dengan pilihan kami.. Bayar dan terus gerak ke TF Value Mart untuk beli dan top up barang rumah MIL.. Sempatlah Sha shopping buah anggur.. hahaha.. Murah.. 2 pek harganya RM13.99 je.. Belilah 2, buat makan sambil membaca nanti.. Pukul 5 lebih sampai rumah MiL dan 10 minit kemudian peti ais baru sampai.. 

Kami je.. hehehe..

Bergambar di menara condong lepas selesai survey peti ais..

Bye bye peti ais lama..

Welcome peti ais baru.. hehehe..

11 comments:

  1. dah bagitau jiran2 sekampung ke mak beli petiais baru tuhh., heheheh gurau2 wak je ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂😂😂 udah dibuat sebaran dalam group whatsapp wak.. hahaha..

      Delete
  2. senyum2 MIL dpt peti ais baru sempena nak puasa ni kan ;-)

    ReplyDelete
  3. then MIL kak sha bersetuju tak dgn panasonic ni? hahaha dah beli kan, mesti la setuju ye tak ahaah h

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dia.. Terus bayar je lepas tengok.. 😊😊

      Delete
  4. Uit, bukan selalu Sha shopping online je ke. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. ada juga survey online.. Tapi sebab harga lebih kurang je, beli kedailah.. terus dapat.. 😂😂

      Delete
  5. Wahh puasa dan raya tahun ni bersama peti sejuk baru hahaha. Boleh simpan lagi banyak makanan ni.

    ReplyDelete
  6. Elok sangat dapat peti ais baru dekat nak puasa ni...

    ReplyDelete
  7. terbaik sha..peti ais baru..shida pun duk bertimbg tara nk tukaq peti ais ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »