Saturday, April 24, 2021

Pucuk Tauge Tumis Bersama Udang & Tauhu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sayur kesukaan Sha ini.. Pucuk taugeh.. Kelmarin masa sahur buat lauk ini dikawankan pula dengan ikan goreng, pergh!! Memang sedaplah bersahur.. Kali ini Sha masukkan tauhu, sedap je makannya.. Bahannya pun tak banyak dan mudah.. Portion Sha masak ini untuk dua orang makan..

Pucuk Tauge Tumis Udang & Tauhu

Bahan-bahannya:
 Segenggam pucuk tauge
1/2 potong tauhu (dipotong kecil)
seulas bawang merah (dihiris)
Seulas bawang putih (dihiris)
Setengah biji cili merah (dihiris)
5 ekor udang sederhana
Minyak untuk menumis dan sedikit air

Cara Memasak:
1. Panaskan kuali dan minyak kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih bersama cili merah.
2. Setelah naik bau masukkan udang dan sedikit kiub ikan bilis Knorr/Adabi
3. Setelah udang separuh masak, bolehlah masukkan pucuk taugeh, tauhu dan sedikit air. Biarkan sehingga pucuk taugeh masak, tutup api dan bubuh sedikit garam..
Boleh dihidangkan bersama nasi dan ikan goreng..

p/s: Air tu boleh dimasukkan untuk bagi berkuah, kalau tak nak tak yah bubuh..

8 comments:

  1. Sedap ni sha... tq bg idea.. x dpt pucuk pun xpe.. tauge pun dh mmg sedap.. letak udang banyak atau letak sawi.. mantoppp.. tapi nk tumis ikan masin pun sodap jugak.. adoiii

    ReplyDelete
  2. sedap ni, terasa2 di lidah hehe

    ReplyDelete
  3. Akak pun suka sayur ni..memang masak tumis dengan udang kering atau udang kertas...sedap sangat...

    ReplyDelete
  4. Sedap menu ni.. walaupun simple berselera mkn

    ReplyDelete
  5. Sedapnya! Gandingan mantap bahan-bahan berkhasiat. tak tahan tengok udangnya tu hihihiii.

    ReplyDelete
  6. favourite saya juga pucuk taugeh ni. ratah fresh rangup lepas masak tumis tu memang sedap.

    ReplyDelete
  7. sedap ni... sy pun suka lauk ringkas mcm ni mkn dgn ikan goreng perghhhhh nikmat

    ReplyDelete
  8. nyumm nyum.. kecur liur rasa

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »