Thursday, April 15, 2021

Drama Melayu | The Maid (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini kelakar sangat pada Sha sebab Sherry Al Hadad.. Watak dia dalam drama ini banyak memikat untuk Sha tonton drama ini sampai habis.. Best.. Seronoklah juga tengok walaupun ada babak-babak yang kurang berkenan.. Jalan cerita dia okay dan menarik.. Kesudahan dia memang tak disangkalah bila pembunuh dan motifnya diketahui.. Memang tak terjangka.. hahaha.. Bila sampai episod 9 dah boleh teka dah siapa yang membunuh.. Kalau ikutkan 10 episod je tapi disebabkan sambutan ramai, produksi tambah lagi 2 episod..

JUDUL : THE MAID
EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 6 Januari 2021
WAKTU SIARAN : Rabu, 9:30 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Ria HD
PENGARAH : Helmi Yusof
PRODUKSI : Juita Viden
PELAKON : Norman Hakim, Sherry Al Hadad, Mira Filzah, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Siti Khadijah Halim, Zarina Zainoordin, Isha Norsham, Nadya Syahera, Ieda Moin

SINOPSIS THE MAID
Mengisahkan Suhana, Nadia, Fika dan Elisa yang merupakan isteri kepada seorang jutawan terkenal, Jay. Hubungan keempat-empat isteri ini pada luarannya nampak baik tetapi sebenarnya mereka sering bermusuhan.
Jay seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jay dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

7 comments:

  1. Akak dah tengok sampai episod 6 ke 7. Kelakar dan sesuailah untuk tontonan santai 😊

    ReplyDelete
  2. memang best drama ni, watak dia semua kelakar terutama sekali sherry..hahaha

    ReplyDelete
  3. Ika tengok short video jeee tapi memang nampak best hehe

    ReplyDelete
  4. Ada tgk teaser mmg nampak best

    ReplyDelete
  5. drama ni dlm list..tak sabar nak tgk

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »