Monday, April 5, 2021

Warung Langos (Roti Hungary)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kedai Langos ini letaknya di Kampung Telok Bakong Hulu, Lambor Kanan.. Sebelum ini beliau berjualan di pasar pagi, kemudiannya baru di buka kedai ini.. Namun kedai ini hanya beroperasi setiap hari Jumaat hingga Ahad sahaja.. Waktunya pula dari jam 3.00 petang hingga 6.30 petang.. Masa Sha singgah ini Sha tak berpeluang jumpa pemiliknya yang berasal dari Hungary sebaliknya Sha hanya berjumpa dengan isteri beliau sahaja.. Lagipun Sha beli bungkus je.. Nak cepat.. InsyaAllah ada rezeki, Sha singgah makan di sini dan cuba kesemua menu yang ada.. Pada Sha yang paling sedap semestinya Langos yang dimakan dengan Paprika.. Memang sedap tak terkata.. Paprika ini rasa dia tak pedas dan ada sedikit masam dan berempah.. Memang gandingan yang mantap gitu.. Manakala untuk Langos Bawang Putih M. Zaitun Cheese pula, cukup makan ini sahaja anda akan kenyang.. Dengan cheese yang melimpah ruah, puas hatilah.. Rasa bawang putihnya tak terlalu kuat.. Cicah dengan coklat dan sekaya pun sedap wei untuk mereka yang tak suka pedas.. Kalaun suka pedas boleh makan dengan sambal tumis rangup, sambalnya tak adalah pedas pun..

Warungnya tepi jalan je.. Senang sangat nak cari..


Langos

Menu yang ada di Warung Langos ini..

Langos Sekaya Power - RM2
Langos Coklat Leleh - RM2
Langos Sambal Tumis Rangup - RM2
Ayam Paprika + Langos - RM5

Langos Bawang Putih M. Zaitun Cheese - RM4

9 comments:

  1. teringat masa tengok pasal dia buat langos ni dekat majalah 3 teringinnya rasa... tak sangka akak dah cuba dan sedap... lagi best orang sana yg buat yek

    ReplyDelete
  2. tak pernah jumpa pulak roti macam ni...alahai teringinnya nak makan...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi langos ni.

    ReplyDelete
  4. tak pernah tahu pun roti ni. nampak sedap juga :)

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap tu. Pertama kali dengar langos.

    ReplyDelete
  6. waaaa ! dia kwen ngn malay eh kak sha?

    ReplyDelete
  7. pertama kali dgr menu ni..Langos Bawang Putih M. Zaitun Cheese..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »